Tuesday, May 27, 2008

kisah aku merapu

salam rindu bt semua pembaca..dah lama aku tak tulis blog sbb aku takde idea nk tulis apa. Stp hari aku lalui pkara yg hampir sama, iman yg jap naik jap turun.. malam yg silih bganti siang, segala rentak hidup aku hampir sama semuanya.Cuma yg takkn sama adalah usia dan masa aku. Stp saat blalu penuh dgn liku2 dan ragam yg sama, tp semakin hari segalanya btambah dlm lingkungan waktu serta ruang yg ada. Kdg2 aku rsa hidup skrg cuma utk dihabiskn dgn santai dan rileks tanpa memikirkn apa2. Adakala aku bosan dgn rentak yg sama, namun disebalik kebosanan tu.. sbnrnya aku lebih tenang. Sblm ni kt Msia hdp aku cuma tau busy..study, pk keje, pk future life dan org sekeliling aku. Tp sejak aku mula terbiasa dgn kepompong aku di Madinah ni, semuanya hilang. Tak de lg benda berat2 dlm pkrn aku, cuma mhabiskn masa hari demi hari..minggu demi minggu..bulan demi bulan. Apa yg aku pk cuma soal anak, suami dan sesekali kerinduan dan ingatan pd kawan2, keluarga, dan tanahair yg dah hampir setahun aku tglkan.

Skrg, semua dlm pkrn aku sblm ni.. hilang. Terasa kosong, tp kdg2 terisi dgn kuliah2 agama dan ceramah. Aku juga byk luangkn masa bhibur dgn mengadap internet sambil melihat2 hasil penulisan org dlm blog yg mcm2. Yg plg aku suka, ttg masakan. Sedar tak sedar sbnrnya aku melalui proses belajar memasak. Minat ni mula tertanam bila aku sedar aku dah ada umah sdri yg takde sape2 blh campur. Kalau aku masak tak sedap, takde sape nk tegur n marah. Takde sape yg akan komen, kecuali sesekali suamiku makan byk atau makan sikit. Tu pn bg aku, tak de masalah. Sblm ni aku mmg tak reti masak. Ke dapur bkn tidak pernah, tp sejak kecil mak asyik srh aku tolong siang ikan, siang sayur, kupas bawang, gunting lada, dan semua benda yg melibatkn soal penyediaan bahan memasak je. Ttg masak, menggorg, atau merebus.. semua keje mak. Mak tak suka org kacau dapur api dia, sbb abah cuma suka apa yg emak masak je. Then, mak pula tak suka bt keje lambat2.. yela, kalau aku yg tolong, mesti keje mak yg sesaat jd mgkn sejam.. sbb aku mgkn byk soal.. knp kene letak bawang, bawang apa kene letak, knp tak letak halia, brp biji nk masukkn dlm kuali ni, mcm2 soal. Tu yg mak aku syok masak sorg2.. keje aku cuma amikkn serai depan umah, petik buah lemon, dan limau kasturi blkg umah, gunting cilipadi kt pokok.. tu jela.. cmne aku nk pandai masak?

So,, bila aku dok kat Saudi ni, umah sdri.. dapur aku milik aku seorg. Takde masalah. nk sepahkn ke.. nk susun cmne ke.. nk alas meja pakai apa ke.. nk sangkut kuali kat mana ke.. semua aku yg bt pelan. hm.. kali ni aku cuma bbekalkan ilmu yg aku tgk emak masak. Masa aku kecik2..ilmu masakan yg aku mula2 belajar adalah masakan yg aku suka je. Aku suka lauk ayam masak lemak cilipadi, asam pedas, terung gorg berempah, sayur petola masak air, dan sambal belacan. Jd tu yg aku mula belajar. Resepi mak, aku hafal dan penah aku cuba2 bt wpn tak brp menjadi. Tp, bila hdp kat sini, alhamdulillah semua yg aku bt menjadik. Yg aku mula2 masak sebaik sampai sini adalah sup dan tomyam. Pastu aku mula belajar bt kek, ambil resepi dgn kawan2 sini.. dan lama2 aku syukur sbb aku dah reti memasak. Fungsi bahan masakan semua dh dlm kepala aku, jd kalau nk ubah masakan ikut citarasa tekak aku, takde masalah la..

Skrg senyap2 je.. hobi aku berubah. Drp suka menonton, aku lebih suka ke dapur. Aku bt kek.. dan cipta bbrp resepi ringkas. Apa yg aku makan, semua aku dpt agak kandungan masakan tu. Cuma dr segi sukatan mgkn ada yg berbeza.. tp setakat ni alhamdulillah semua ok. Aku reti bt pasta, pizza, dan kek juga. Cuma yg aku belum byk mcuba bt kuih2 Melayu. Sbb kat sini tak byk bahan yg dijual. Al-maklumlah.. org Arab. Tekak mereka tak mcm org Melayu. Nasi dorg pn makan dgn lauk kering je.. mana ada kuah2 mcm melayu. Dorg jugak tak makan sos cili, yg ada jual cuma sos tomato. Kat sini, aku cuma kene selalu bt dan belajar masak masakan ala2 Barat.. sbb sini byk bahan2 tu. Cuma, aku kdg2 ada jugak tak dpt mcuba bt sbb nk kuar umah payah. Nak beli ape2 kene kirim suami je biasanya. Dia lak tak reti pilih, so,, sesekali aku sempat kuar aku beli lah.. hm.. skrg suami aku busy exam.. aku jarang dpt masak sbb kene jaga anak. tp ok je
cuma aku tak dapat masak sgt memandangkan air takde umah ni. satu bangunan takde air semacam kene catu. ada time tertentu je dibuka.. jd kalau kene time air ada, anak aku matanya celik,, alamatnya tak memsakla. ni pn dah bbrp hari asyik mkn ayam panggang, ayam stim, ayam bakar..

naik jemu tekak makan benda beli.. kalau kat msia lainla masakan mcm2 dijual.. sini arab makan lauk takde kuah..
huhu..
okla
sambung kmdn.. kisah merapu ni..

Thursday, May 22, 2008

Sillaturrahim II

Tasneem penuh keriangan

Hak Anak Terhadap Ibu Bapa
Org yg wajib kt erat dan jalinkn sillaturrahim mempunyai hak2 tersendiri.. antara mrk yg mempunyai hak adalah anak terhadap ibu bapa. Anak2 mestilah dididik mengikut kemampuan aqal dan tubuh bdn(fizikal) mrk. Anak2 mpunyai hak kawalan drp ibu bapa. Maknanya sekiranya ibubapa mbiarkn anak mrk berpeleseran, bebas dlm pergaulan, maka ibubapa akan dipertanggungjawab kelak di hadapan Allah.

Control comel..Tasneem pakai baju baru Anak2 bkn shj ada hak spt dijaga dan dibesarkn secara fizikal dgn sht dan selamat, tetapi mrk juga wajib dilindungi secara keseluruhannya merangkumi aspek dunia dan akhirat. Ibubapa wajib mjaga anak dan memeliharanya drp kerosakan dunia dan bahaya, juga melindunginya drp api neraka Allah di akhirat kelak. Anak2 mpunyai hak utk mdapat didikan agama yg sempurna, sama spt dia mdapat pdidikan dan pelajaran di sekolah atau mana2 pusat pengajian. Ini spy anak2 dpt hidup bhgia dunia dan akhirat. Bermain dgn kasut baru..testing..testing..muat ke ni?

Anak2 tidak blh dilepaskn atau dibiarkan shj dgn penjagaan di rumah nurseri bersama pengasuh, atau hanya mdapat didikan di sekolah oleh guru2. Sebaliknya tgjwb ibubapa di rumah adalah lebih utama sbg pendidikan awal. Pendidikan mula2 bg seorg manusia adalah di rumah dgn asuhan kedua ibubapanya. Maka, anak2 ini mestilah dijaga spy satu hari kelak, dia menjadi aset utama dlm sesebuah keluarga, dan ummah. Anak wajib dijaga spy mrk akan menjadi insan yg mempertahankn agama Allah satu hari nanti. Hak Sesama Jiran
Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda dgn maksudnya, "Demi Tuhan yg memegang nyawaku, tidak beriman seseorg itu jika dia tidak mengasihi jirannya spt dia kasihi dirinya." Org yg tidak menunaikan hak jirannya adalah org yg tidak beriman. Pernah satu ketika dahulu, ada seorg sahabat bertanya kpd Rasulullah, ada seorg wanita yg kuat beribadah kpd Allah, dan sntsa mjaga ibadahnya, tetapi dia selalu menyakiti jirannya. Maka Nabi menjawab,"Hiya Finnar(dia di dalam neraka)."

Sabda Nabi lagi, "jgnlah kamu menghina, memperlekehkan seseorg sekalipun dgn senyuman". Ini bermaksud kita tidak blh mperlekehkan jiran kita ats apa jua pemberiannya, spt memberi lauk atau makanan yg tidak enak, lauk yg tawar atau masin, atau cair, atau apa jua yg tidak sedap. Termasuk juga hadiah pemberiannya, sebaliknya kt kene trma dgn rala hati dan baik. Sebab, dgn cara itu dia telah usaha utk eratkn hubungan sillaturrahim dgn kita. Mgkn itu shj yg mampu diberinya.

Nabi pernah bersabda dlm hal yg menyentuh perkara ni, "sekiranya kamu masak, perbanyakknlah kuahnya supaya dapat diberi kpd jiran". Hadith yg menyentuh perkara ini terang2 menunjukkn bhw pntgnya jaga hal dan eratkn sillaturrahim sesama jiran, wpn hanya dgn kuah. Nabi tidak srh kt perbanyakkn lauk, tp banyakkn kuahnya menunjukkn betapa kt perlu mhargai pemberian jiran wpn sesuatu yg tidak sbrp. Selain itu Islam juga memesan kpd kt supaya dlm hubungan sesama jiran, kita tidak menjaga tepi kain org. "Janganlah kamu mengintai2, benci-mbenci dan saling berhasad. Dan jadilah kamu org yg saling mencintai krn Allah". Dlm hal ini, kt berbaik dgn jiran bkn sampai kt buat krn ingin sesuatu. Tp hendaklah buat dan erat hubungan sillaturrahim krn Allah.
Apa jd kalau kita buat krn ingin sesuatu, atau bkn krn Allah? Tak mustahil ada yg dikalangan kita akan bergaduh, menyibuk hal org, jaga tepi kain org, memberi ingin mdapat balasn, atau utk menunjukkn kepandaian dan kehebatan dia dlm memasak, atau berbuat baik krn ingin sesuatu manfaat. Dan tidak mustahil sekiranya jirannya tidak buat sptmana yg dia buat pd jirannya, maka dia akan merajuk dan mudah terasa hati. Ini krn apa yg dibuat bkn krn Allah. Sbb itulah Islam sntsa mengajar dan memesan pd kt agar bt apa jua utk ganjaran di sisi Allah.Bkn mdpt balasan drp manusia.

Hak Terhadap Saudara-Mara
Hak terhadap saudara mara yg mpunyai talian darah daging dgn ibu bapa kita pula ialah kita mestilah hormat mrk, dan layan mrk dgn baik. Kita juga perlu menjalinkan hubungan itu selama2nya sekalipun kedua ibubapa kt telah mati. Hubungan dgn mrk wajib dikekalkn sbgmana semasa ibubapa kt masih hidup. Ingatlah.. nerakalah bg org yg memutuskn hubungan sillaturrahim.

Friday, May 16, 2008

Sillaturrahim

Sabda Rasulullah s.a.w yg bmaksud, "sesiapa yg mahu di murahkan bg dirinya rezeki dan panjang umur hendaklah dia menghubungkan sillaturrahim(jalinkan tali persaudaraan)."

Sabda baginda s.a.w lagi, "tidak masuk syurga seseorg yg memutuskan hubungan sillaturrahim".

Sillaturrahim berasal dr 2 perkataan dlm Bahasa Arab iaitu "sillah" dan "rahim". "Sillah" bermaksud hubungan manakala "rahim" memberi byk erti dan makna iaitu kasih syg, kelembutan, mesra&juga simpati.

Knp kita perlu dan wajib mengeratkan sillaturrahim? Pertama, krn ianya suatu perintah dr Allah. Sbgmana dlm al-Quran ada menyebut bhw "sesungguhnya org beriman itu bsaudara, maka jalinkanlah sillaturrahim antara kamu." Spt yg kt tau, stp perempuan dilahirkn secra fitrahnya mpunyai rahim. Jd, sbb tu juga seorg perempuan secara fitrahnya juga mpunyai sifat2 spt mempunyai kelembutan, mpunyai jiwa kasih sayang, mesra dan mudah simpati. Sbb itu juga seorg ibu mempunyai sifat yg sama, krn mrk mpunyai rahim yg mana ianya terkandung sifat keibuan. Berbeza dgn lelaki yg tidak mpunyai rahim, mrk bukanlah tidak ada ciri2 "rahim" yg dimaksudkn, tetapi secara semulajadinya perempuan lebih byk kecenderungan thdp sifat2 tersebut. semuanya kt sdri blh lihat dgn mata kasar, dan mata hati kt.. ye tak? Sebut ttg sillaturrahim ni, secara tak langsung jugak tersentuhlah persoalan ttg siapakah yg mempunyai hak sillaturrahim.. Pertama, nk cite ttg hak seorg ibu terhadap anaknya. Zaman skrg ni, wpn moden n serba canggih sekalipun, takkn mampu mengubah kuasa dan autoriti seorg ibu terhadap anaknya. Ibu bapa mpunyai hak tersendiri yg tidak ada pd orglain. Sbgmana dlm al-Quran ada menyebut bhw jgnlah kita berbuat syirik krn dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah kecuali dgn taubat, dan jgn la mengherdik dan jgn berkata wpn "uf" kpd kedua ibu bapa kamu, tetapi hendakla kamu berkata kpd mrk perkataan yg mulia. Ibu bapa ni jasanya tetap tidak mampu dibalas, dan hendaklah kita berkelakuan baik thdp mrk, sekalipun mrk bukan Islam. Islam tidak pernah memutuskn perhubungan antara ibubapa dan anak sekalipun berlainan agama. Malah, hak2 mrk wajib ditunaikan. Kita perlu taat kpd kedua ibubapa, kecuali dlm hal yg mbawa kpd kekufuran, maka kt hendaklah ingkar sekiranya melanggar syariat Islam. Ingkar hanya pd apa yg menyalahi agama shj, tetapi hubungan tetap perlu dijaga dan hak mrk sbg ibu bapa tetap wajib dilaksanakan.

Al-Quran menyebut lagi, hendaklah seorg anak itu merendahkan diri terhadap ibu bapa dan tunjukkan rahmah(kasih syg) terhadap ibu bapa, sekalipun ketika ini kita mgkn sudah mjadi seorg pemimpin yg berkuasa, berpangkat, berjawatan tinggi dan telah mengumpul harta yg byk. Ini krn, sbb adanya ibubapa itulah kt jd manusia sbgmana kita jadi harini. Sekiranya ibu bapa masih hidup atau telah mati, jasa ibubapa mesti dibalas. Iaitu dgn berdoa memohon kpd Allah agar diampunkn dosa mrk dan spy mrk juga dipelihara dan dilindungiNya sbgmana mrk menjaga dan melindungi kt sejak kecil hingga dewasa.

Sabda Nabi s.a.w juga ada menyebut bhw apabila manusia itu mati, maka terputus segala hal dunia dan amalannya kecuali 3 perkara yg sntsa berhubung dgnnya iaitu pahala sedekah amal jariah(sedekahnya semasa hidup yg masih berterusan sehingga dia mati), ilmu yg dimanfaatkannya semasa dia hidup dan sntsa berterusan disampaikan orglain atau digunakn oleh orglain masa dia mati, dan juga doa anak2 yg soleh. Doa inilah yg tidak pernah memutuskn hak ibubapa terhadap anaknya. Maka menjadi tgjwb anak mendoakan ibubapa sama ada yg hidup atau sudah mati.

Dlm sebuah hadis ada menyebut byk ttg hak seorg ibu, malah al-Quran juga menjelaskn siapakah ibu? Ibu adalah org yg byk berjasa dan mencurahkn sbhgn besar dlm hidupnya utk mbesarkn anak sejak dlm kandungannya selama 9 bln, menanggung kesakitan melahirkn anak, menyusukannya sehingga 2 tahun, dan membesarkn dgn penuh k.syg serta mberi didikan yg sempurna utk bekalan si anak menempuhi kehidupan di masa akan dtg. Maka wajarlah ibu diberi ganjaran yg tinggi oleh Allah sehingga dirinya diletakkn syurga anak2 di bawah telapak kaki ibu. Maknanya seorg anak itu wajib tunaikan tgjwb terhdp ibubapanya, selagi tidak langgar membawa kpd kekufuran. Anak juga mesti berlaku baik pd mrk dgn akhlaq yg mulia.

Pernah satu ketika, Nabi bertanya kpd seorg pemuda ketika pemuda itu menyerahkn dirinya utk pergi jihad fi sabilillah, iaitu berperang. Maka Nabi berkata, "adakah kamu mempunyai ibubapa?Maka pemuda itu mjawab, "ya". Maka Nabi pn berkata, "baliklah. Tunaikanlah hak ibubapa, taati ibu bapa, berbakti dan jihadlah padanya."

Dlm hadis yg lain juga, Nabi pernah berkata, "celaka dan nerakalah bagi org yg ada ibu bapa tp bkn krn ibu bapa itu dia jd sebab ke syurga"

Sbnrnya, ibu bapa yg sudah tua adalah jalan bg seorg anak itu masuk syurga. Ini krn, bila seseorg itu bersabar dgn karenah org tuanya dan tunaikn hak mrk yg mgkn sudah nyanyuk dan lemah, ia memudahkn lagi seseorg itu masuk ke syurga dan mendapat ganjaran di sisi Allah. Bgmana pula dgn anak perempuan yg sudah berkahwin? Tgjwb seorg anak lelaki kpd kedua ibubapanya adalah spnjg hayatnya. Syurga di bawah kaki ibunya, tetapi bg perempuan yg susah berkahwin, tgjwbnya adalah terhadap suaminya lebih besar drp ibubapanya sdri. Keutamaan bg seorg istri adalah kpd suaminya, bkn kpd kedua ibubapanya. Namun, bknlah bermakna dia blh mengabaikn tgjwbnya thdp ibu bapanya. Cuma dr segi keutamaan shj, iaitu pertama kpd suami. Pernah satu ketika dahulu, sahabat Nabi bernama Muaz dtg kpd Nabi s.a.w dan sujud kpd Nabi. Nabi bertanya,"kenapa engkau sujud kpdku?Dia menjawab,"aku lihat org Nasrani(Kristian) sujud kpd rahib2. Maka Nabi menjawab, sekiranya sujud itu harus, nescaya aku suruh istri sujud kpd suami". Maka, dlm hadis ni menunjukkan keutamaan ketaatan seorg isteri adalah pd suaminya melebihi ibubapanya sdri. Bukanlah hadis ini menyuruh istri sujud kpd suami krn dlm Islam mengharamkan kita sujud kpd makhluk. Sujud hanya kpd Allah yg Maha Esa.

Wpn begitu, Islam juga memerintahkn suami menunaikn tgjwb dan hak kpd istri. Antara hak2 seorg isteri thdp suaminya ialah, mengajarknnya ttg agama Islam, berlemah lembut dan melayan istri penuh kasih syg. Ada hadis menyebut bhw sesungguhnya perempuan itu dicipta dr tulang rusuk yg bengkok, sekiranya kamu biarkan maka ianya akan terus bengkok, dan sekiranya kamu berkeras dan berkasar dgnnya, ia akan patah. Maka istri itu mestilah dilayan dan dikasihi dgn kelembutan. Namun, dlm masa yg sama istri juga mestilah memahami tgjwb n beban suami.

Thursday, May 8, 2008

Mc Donald

Gambar ni masa aku n family ke Mc Donald lepas je shopping beli baju Tasneem kat As-Syarq. Pasaraya ni dekat dgn Mc Donald. Ni la gambar yg sempat aku rakamkan sblm makan.. org agak ramai kat sini, tp tempat ni besar.. so ada tempat makan wpn org ramai. Kat sini ada tirai.. makan utk family dia bg ruang yg khas utk family. Sini kan semua pakai purdah.. sbb tu dia pasang tirai. Semua tempat makan kat Madinah ni akan sediakan ruang khas yg tertutup kalau bawa family.. sbb dah adat sini semua berpurdah. Kat Mc Donald ni ada taman permainan kanak2.. cuma aku tak sempat pegi sbb dah lewat malam.

Kat sini best kali ni sbb ada menu baru.. tgkla dlm gambar ni.. Mc D ala2 Arabic meal.. macam kat Msia je rasanya.. tp dia bt style Arab.. daging burger dimakan dgn roti arab. Dia bt macam pocket.. Tgkla,, ni gambar suami aku tgh tunjukkn Arabic meal Mc D.. nyam2.. cedap.. satu meal kat sini 15 riyal.. mahal gakla.. kalau kat Msia ni, dah sama harga makanan kat KLIA agaknye.. tp kat sini sesekali nk makan ape salahnya..

Tengokla Tasneem ni, dia lak bersungguh2 nk mamam Mc Donald. Dia saje je la tu nk buat sepah.. Bkn makan sgt pon.. Hm..kami makan secepat yg blh sbb hari dah makin lewat malam.. kene balik cepatla.. on the way balik umah, Tasneem dah tertido kat bahu baba dia,, kepenatan dan mengantuk.. zzzz.. zzz.. zz..

Wednesday, May 7, 2008

Pasaraya As-Syarq

Sejak bbrp hari internet umah aku ni server down tu yg blog aku pn beku dan sepi seribu bahasa. Hm, harini baru line ok. Tp, ni pn mcm nyawa2 ikan. Tp okla drpd takde. Hm,, aku ni br sempat nk masukkn post kali ni sbb aku busy je. Pastu time br je free, suami aku ajak kuar beli baju Tasneem dan hadiah cikit utk org. Ni aku ke As-Syarq sbb aku suka g sini. Sini byk pilihan baju mcm2 cantik2 pastu ada jual mainan budak2 so,, senang la tak payah ke byk2 tempat. Kali ni aku tak sempat nk tgkp gambar sesapa kecuali baju2 ni je aku tangkap gambar ni. Sbb nk bt kenangan nanti Tasneem dah besar blh tgk baju2 yg mama n baba dia belikan masa dia kecik. Tasneem dah makin besar.. tinggi,, abis baju dia semua dah senteng(singkat). Bila dia pakai nampak le pusat dia.. so, ni kira satu keprluan la utk kami sbg parents dia.. beli yg dia blh pakai. Kalau tak.. alamatnya masuk angin jela perut dia, tambah2 pakai aircond.. sejuk...

Tasneem ni masa kat sana, dia main2 dgn anak2 Arab. Dia skrg suka berkawan. Dah pandai lambai2 org n buat flying kiss lak tu.. hihi.. ni semua gara2 mama dia yg mengajar.. tak sangka lak dia mudah je nk ikut. Tasneem ni heran betol la, dia tak nk pakai kasut.. mesti nangis.. so,, dia ni bila jalan mana2 asyik kene dukung. yg jd mangsa nya ialah baba dia. Tasneem skrg berat dia dah 10.5kg dah sama mcm berat beras seguni.. baba dia penat dukung dia. last2 aku kata, buka stokin dia, biar je dia jalan kaki ayam.. dalam pasaraya ni. Dia suka je.. stokin dia terpaksa buka sbb takut licin lantai ni. Bila letak je dia kat lantai,, berjalan laju je.

Tasneem ni dah blh lari sikit2.. kadang2 penat gakla baba dia nk kejar.. hihi.. okla ni gambar baju2 yg aku beli.. ada lagi gambar mainan dia dan kasut dia. Ni la akibat jarang kuar membeli,, sekali beli,, kene la berpasang2,, alang2 penat biar sekaligus.. lagipun dah berbulan2 tak beli baju dia..

Friday, May 2, 2008

Makan Guna Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang...... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

Kedai Makan oi!

Amin masuk ke dalam restoran itu... Sebelum dia hendak memesan apa2 makanan , dia periksa kocek nya..
namun hanya ada rm0.70.. Dia panggil pelayan itu...Lalu Amin bertanya harga air kosong sejuk dan panas berapa harganya?

Pelayan:Air sejuk rm1.40 dan air panas rm0.70
Amin :Kasi saya air panas satu

Lalu pelayan itu memberi Amin satu air panas...Tanpa ragu2 , Amin dengan laju meneguk air yang panas itu . Pelayan itu terkejut lalu bertanya kepada Amin .

Pelayan:Encik..kenapa encik minum laju2??
Amin :Kalau lambat minum , air itu jadi sejuk....nanti saya kena bayar awak rm1.40 pula...
Pelayan:....

TOYSRUS

Gambar2 ni sempat aku tgkap masa family aku n family Niza ke Toysrus yg baru dibuka kat Madinah ni. Bangunan ni mmg besar dan terletak dlm Hyper Panda nye bangunan. Mcm bersambung kot. Kat sini barang2 semua permainan kanak2 pelbagai peringkat umur. Semua blh dikatakan canggih2 dan mmg mahal giler2.. bayangkanlah, bola getah yg aku penah beli kat tepi jalan kawasan Masjid Nabi harganya cuma 5 riyal, kat Toysrus ni harganya 19 Riyal. Tak ke mahal namanya.. kalau nk bandingkn kualiti.. mmg sama. Sebijik sebijan je rupanya..
Kat sini aku beli brg Tasneem gitu gini je abis dlm dekat 50 riyal jugak. Tu pn yg murah2 je.. Cuma, aku sempat beli buku utk Tasneem study. Yg mahal2 semua tu, aku bg Tasneem main je sambil window shopping. Tak beli pon..
Hm.. mmg geram je tgk mainan kat sini. Mgkn ni tempat anak2 org kaya berhibur kot. Mcm aku ni, cuci mata blh la.. Kat sini mmg lengang. Pelanggan blh kira dgn jari je.. Mgkn sbb terlalu mahal.. tu yg tak ramai bkunjung ke sini.
Belon Tasneem ni warna putih. Dgr kata penjual, harganya 10 riyal. Mahal giler.. tp Tasneem dapat free je belon ni sbb aku beli buku utk dia, pastu penjual tu bg hadiah je. Dia kata "baluuna" iaitu BELON ler..
Tasneem ni payah betul nk tgkp gambar dia. Susah nk pandang kamera, kalau dah asyik tgk benda2 pelik kat sekeliling dia, langsung dia bt tak heran je kt panggil.. mcm2 la anak mama ni.
Masa ke sini, Tasneem sbnrnya baru lepas kene cucuk vaksin MMR. Sempena umur dia dah setahun. Dia kene cucuk ni harganya dapat murah la jugak dr biasa. Harganya 120 Riyal=RM103. Duit Msia skrg naik, kalau tukar ke riyal.. jumlahnya lebih kurg RM100=117Riyal. Jd, oleh krn aku bajet duit cucuk dia 200, maka oleh sbb dpt diskaun, maka dapatla beli mainan Tasneem. Lepas je Toysrus, kami singgah ke Hyper Panda jap cari lauk. Maklumla, stok dapur dah takde.. cuma nk beli baju Tasneem tak sempat. Hari pn makin lewat malam. Tasneem keletihn n ngantuk..

Thursday, May 1, 2008

Kucing & Tenggiri

Ini gambar Tasneem
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan... dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi daripemiliknya?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat daripetisurat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut...
kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

wasiat terakhir suami

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun... "
Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama
ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.
Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."