Saturday, December 27, 2008

TASNEEM SEKARANG




















HUDUD wajarkah?

Jawapan mula2 aku nk bgtau.. sememangnya hudud wajar dilaksanakan. Knp? Sb ia mjaga hak semua makhluk khususnya manusia. Dulu, masa kat UM aku penah bt assignment yg agak mcabar. iaitu ttg pelaksanaan hudud. knp ianya dikatakan tidak relevan? isu ni agak hangat satu ketika dulu.. di Msia. tp sebenarnya ia sudah lapuk. Tidak wujud psoalan pelaksanaan hudud ni wajar atau tidak, sb masa zaman Rasulullah pn.. bukan semua Islam. Tp hudud blh dilaksanakan.

Sebenarnya, hukuman hudud dijatuhkn bg pesalah yg beragama Islam shj. bg yg bukan Islam, hukuman jenayah yg setaraf dgn jenayah hudud sbnrnya dikenakn mengikut agama yg dianuti oleh org tu. Cth, kalau org Hindu yg berzina, ia wajar dikenakan hukuman mengikut agamanya sdri. Tp kalau agamanya tidak menyediakan undang2 khas bg jenayah hudud, maka dia blh dikenakn hukuman mengikut hudud juga. Maka, tiada isu agama, politik atau sosial masyarakat majmuk di Malaysia. Semua agama mengaku bhw perbuatan zina adalah berdosa. Tidak ada satu agama pn yg mengiktiraf jenayah hudud spt mencuri, berzina, dll adalah satu pbuatan yg halal, mulia atau baik. Semua agama dan kepercayaan telah mengakui secara fitrahnya bhw jenayah berkaitan hudud adalah salah, berdosa dan mengancam hak sesama manusia.

Ada org kata kalau hudud dilaksanakn, maka ramai rakyat Msia akn cacat, kudung dan sbgnya.. yg hairannya.. ramai pulak yg membela nasib si pencuri, penzina.. hairan sungguh mentaliti org yg "cerdik pandai".. malah dorg ni takde pulak kisah ttg nasib anak luar nikah, atau mangsa yg kehilangan harta. Sbnrnya bukan apa, mrk yg bckp ni sbnrnya agak jahil ttg agama, apatah lagi soal hudud. yg mrk nmpk cuma hudud tu potong tgn, kaki, sebat, rejam.. cmtu je. padahal Allah Maha Bijaksana. Hukuman hudud ni bkn mudah ut dijatuhkn. tanpa saksi yg bersyarat, dan tiada bukti yg kukuh, hudud tidak blh dijatuhkn. Pd zaman Rasulullah s.a.w. sdri pn kes hudud cuma 1 je yg dilaksanakn. Itu pn krn penzina itu sdri yg mengaku di hadapan Rasulullah s.a.w ttg pbuatan maksiatnya. Rasulullah s.a.w sdri menyuruh dia pulang dan btaubat. Tp, krn dia tetap mengaku sehingga 3 kali, maka hukuman dijatuhkn.

Sekiranya bukti tidak mencukupi atau ada keraguan, hudud tidak boleh dijatuhkn. Islam bkn la agama yg kejam. Sekiranya seorg pencuri itu fakir miskin yg tidak ada apa2 utk mkn, dan dia mencuri sedikit spy tiak mati kebuluran, maka ia juga tidak termasuk jenayah hudud. Kalau mencuri sebiji telur ayam, tidaklah kene potong tgn.. Kes jenayah hudud adalah jenayah yg dianggap berat, sbb itulah hukumannya setimpal dgn pbuatan. Wpn org yg berzina seolah2 mengecapi kenikmatan semasa melakukan hubungan, suka sama suka dan tiak terasa diri dianiaya, sbnrnya secara tidak lgsg mrk telah merosakkn maruah orglain, ibubapa, keluarga, masyarakat malah menatangkn penyakit merbahaya yg blh berjangkit serta menyusahkn orglain. Anak haram yg tidak bsalah juga akn menanggung malu. Harga diri seseorg itu akan hilang.. bukankah itu mengancam hak org lain?

Namun, ada juga org2 jahil yg bersuara. Takkan kes rogol juga dikenakan hudud? Kasihanla mangsa rogol, sudahla dirogol, dikenakan hudud pula. kalau yg blm kawin dikenakan sebatan 100 kali, kalau yg dah kawin, kene lak rejam. ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya? hihi.. lucu sguh dorg. adakah sama rogol dgn zina? hukuman bg perogol adalah sama gn berzina tp tidaklah mangsa itu dikenakan hukuman hudud atau qisas. Mcm kebanyakan kes rogol, bunuh kanak2 di Msia, kalau merogol, kmdn dia korek mata mangsanya, dan dibunuhnya.. maka, sewajarnya dia disebat klu blm kawin, dikorek matanya dan dia juga dibunuh balas(qisas).. kan setimpal? Apepun, Islam tetap adil.. Pikirla sdri..sblm ckp cuba kaji ttg islamic law. jgn main sembur je.. ye tak?

Sape sanggup dirinya dirogol?sape sangup anak bini atau adik kakak nya dirogol? jd, knp la ssh sgt nk laksanakan hukum hudud? mengikut pengalaman aku berada di Madinah, Saudi Arabia yg dah lama laksanakan hudud, negaranya aman. Tidak ada kes pecah umah.. jenayah tidaklah spt di negara kita,, hampir stp hari ada je kes hilang budak, jumpa mangsa rogol yg dibunuh, diliwat, ditanam hidup2.. jumpa mayat dlm sg, kat ladang kelapa sawit.. dlm beg sukan, dlm tong sampah, baby dlm mangkuk tandas.. mcm2 lg.. tp org tak sedar2 jugak. Bila kene atas btg hidung sdri .. takde pulak soal masyarakat majmuk, pelbagai kaum dan agama,,, semua rasa nk bunuh cpt2 penjahat2 tu. Tp bila nk laksanakan hudud, menentang habis2an. pelik.. pelik,,,

so, renung2la.. aku rasa tak relevan org nk pk bkn2 ttg hudud ni. Yg sepatutnya rasa terancam utk laksanakan hudud adalah perogol, penzina, dan semuanya penjenayah kes berat. Tp or ramai mbela hak penjenayah ni drp mbela mangsanya.. Hukum Allah.. krn Allah mengasihi semua makhlukNya, Dia mensyariatkn hudud. Takkan Allah nk menganiaya makhluk yg Dia sdri ciptakan? Apa ke faedahnya.. ye tak?

Friday, December 26, 2008

Permata Hati



Anak Belajar Dari Kehidupannya

Jika anak hidup dengan cemuhan,
Dia belajar mengutuk..

Jika anak hidup dengan keganasan,
Dia belajar melawan..

Jika anak hidup dengan ejekan,
Dia belajar menjadi pemalu..

Jika anak hidup dengan malu,
Dia belajar berasa bersalah..

Jika anak hidup dengan tolak ansur,
Dia belajar menjadi penyabar..

Jika anak hidup dengan dorongan,
Dia belajar menjadi yakin..

Jika anak hidup dengan pujian,
Dia belajar untuk menghargai..

Jika anak hidup dengan adil,
Dia belajar kesaksamaaan..

Jika anak hidup dengan keselamatan,
Dia belajar untuk mempercayai..

Jika anak hidup dengan penerimaan,
Dia belajar menyukai diri..

Jika anak hidup dengan keredhaan dan persahabatan,
Dia belajar mencari cinta di dalam dunia..

Tanam labu

Harini aku n family stay lg kat umah abg aku yg terletak tidak jauh dgn umh atuk kat Segamat ni. Mlm td aku n family bmalam d umh atuk, dan pagi2 terus balik ke umh abg aku. Spt hari smlm, aku, abah, abg, n 2 org adikku ke kebun. Kali ni kitorg semai terus ke tanah benih biji labu. Tanamn labu ni bkn la tanaman utama yg abg aku nk usahakn. Tp ianya sbg sampingn. sb.. ianya lebih mudah jika dibandingkn dgn proses mengusahakn pokok cili dan jagung.

Mula2 abg aku menggali lubang, adikku yg bongsu pula ditugaskn menabur baja tahi ayam, kmdn sedikit tanah biasa. Manakala adikku Siti pula memasukkn benih biji labu, dan kambus dgn tanam biasa sekali lg. Lps tu, tanah ditekan2 spy bila hujan, biji beih tak tkeluar semula. Tugas aku, menyiram tanah tersebut. Sekejap je siap sb bt beramai2.. Cuaca agak panas terik, tghri ni. Mlm n pagi td hujan turun renyai2.. alhamdulillah. memudahkn kerja kalau hujan. tak payah siram tanaman, jimat masa n tenaga. Harini Jumaat, jd kami ke kebun separuh hari je. Ptg nnt kalau bkesempatan kami akan ke sana lg, menanam anak pokok cili dan mnyiram tanaman. Anak pokok tak blh ditanam ke tanah pd waktu panas terik. Sb, pokok yg br ditanam atas tanah perlu disiram dgn air, dan ini akan melecurkn daunnya. Bbeza dgn menyemai benih dan menyiramnya. Takde masalah sb tidak ada daun lg..

Aku mmg suka bt keje2 kebun ni, dan adik2 pn semua tak mengeluh wpn penat. Kami tetap seronok.. Bila ada masa lapang jugak, aku bkesempatan menulis blog ni. abg aku bukak perniagaan sblm dia mula pertanian ni. Dia ada Cyber cafe sdri. Jd takdela kitorg bosan.. hihi..

Thursday, December 25, 2008

Kebun jagung

Ptg td aku g kebun abg aku. Dia tanam pokok jagung n cili. Skrg harga cili RM15 sekilo. meletup betul! Kalau buat projek atau bisnes spt penternakan, atau pertanian.. elokla bersendirian. seboleh2nya tak payahla share dgn kawan. Selalunya kalau org Melayu ni, tulang berat, tp nk untung je lebih. Biar ssh, elokla buat sdri, drp tertipu kmdn hari. mula2 janji Melayu mmg manis, tp pastu.. semua nk lebih. bila maju sket, mula makan kawan.

Dulu ayah aku penah menternak kambing biri2. banyak duit dia dah abis. dia share dgn kawan dia. Kawan dia tu ada tanah. jd ayah aku bt kandang kambing n bela kat kwasan dia. Modal kambing free, ayah aku amik yg kerajaan sediakan. bila biri2 dah mbiak, kene pulangkn. stp hari ayah aku urus kambing tu. buat kandang, bg makan, beli hampas soya utk dia makan, bersihkan najis, dan bakar tahinya.. tp akhirnya bila makin banyak dan membiak2, tiba2 kawan dia kata tak nk share lg.. bengang giler rasa. semua kelengkapan dah cukup.. dia nk bt sdri.

Pakcik aku dulu pn penah terkena cmtu. Nk bt pertanian share dgn kawan. ayah aku dah nasihatkn jgn share, tp biasalah.. kawan punye pasal. last2 lingkup. Akhirnya pakcik aku dah berjaya dgn projek dia, tp bkn share. dia tpaksa mulakan semula ptanian dia menanam pisang. akhirnya bjaya jugak. Abg aku nye kes lak, dia nk bt projek pertanian. Sb skrg projek ptanian mmg menguntungkn. Kalau tanam serai pn bagus. Skrg org bt research, serai ni byk kegunaan. Org bt SPA, minyak urut, dan.. teh serai pn dah ada skrg. Org siap eksport ke German lak tu.. sb dorg minum utk panaskn badan.

Berbalik pd kisah abg aku td, projek ptanian dia bersama kawan akhirnya tergendala jugak. Penat abg aku kuar modal, semai benih, tanam, usahakan.. tp akhirnya kawan dia lak takleh bg komitmen, sb ada kerja lain. Kawan dia cuma blh ke kebun 2 mgu je sebulan. Sblm ni ayah aku dah warning awal2.. tp abg aku kata kalau share blh tanam luas sket. Masa pn singkat, tak bosan sorg2..dia pk bila share ringan sket. Tp last2 cmtulah.. Akhirnya abg aku, terus terang kat dia tak blh share sb tak de komitmen. Teruk jugak masa tu, abg aku lari plan asal. Dia semai 4000 benih cili tp tak sempat bt. Tanaman mula layu sb lambat tanam atas tanah. Semuanya gara2 dia tpaksa bt sorg2. Mmg tak terkejar nk urus semua seorg diri. Tp, abg aku tak pts asa. Dia skrg dah mula projek dia yg baru. Buat masa ni tanam jagung dan cili.


Tghari td aku g tmpt dia, pokok jagung semua dah tinggi. suka tgk tumbuhan hijau.. penuh menutup bumi. Jd aku td siram pokok jela. bayangkn betapa byknya pokok dia. dr jam 12 tghri aku kesana, sampai jam 6.30ptg aku bdiri sambil menyiram satu persatu pokok dia. abg aku br mula projek dia, jd belum ada pam air utk salirkan air. so, kene la buat secara manual.. siram dgn getah paip satu psatu. lama tuh! tp puas hati. Kitorg adik beradik semua dah biasa bt keje kebun. sejak kecik ayah dah suruh ke kebun atuk. Td aku, adik aku siti dan Khadijah turut turun padang. Ayah aku menabur baja, aku siram pokok, manakala adik2ku 2 org tu tanam anak pokok cili. Kmdn kakak ipar aku lak dtg. dia pn tolong sama..

Kerja yg berat mjadi ringan.. bila ramai yg buat. kalau abg ku seorg.. tak terlarat nk usahakan. Tasneem dan anak abg aku Khairullah pula, emak aku yg jaga. semua org ada tugasan masing2.. kat kebun, aku siap pasang khemah dan mbawa bekalan makanan.. esok.. in sya Allah kami akan ke sana lg..

Inilah percutian kami sempena Hari Krismas ni. Percutian yg penuh bermanfaat... penat tak terkata.. tp seronok melihat hasilnya.. alangkah bestnya kalau aku dpt masukkn gmbr dlm ni..


JAWI+QURAN+ARAB+FARDHU AIN=JQAF

ALHAMDULILLAH.. setelah menunggu hampir 2 bln lamanya, keputusan temuduga utk kerja sbg guru JQAF di sekolah rendah, akhirnya keluar. Aku dpt tawaran tu. aku xtau apa perasaanku yg sbnr tp aku cuma pk 1 je.. iaitu "inilah yg terbaik buatku". jika tidak, masakan Allah mentakdirkn aku mdpt kerja ni. Mmg dulu aku seboleh2nya taknk keje ni, sb aku rasa aku "kurg jiwa" utk mdidik anak2 kecil berusia 12 thn ke bawah.

Sblm ni aku penah mengajar sekolah rendah dan juga menengah. Dan aku mbuat penilaian bhw aku lbh suka n rsa seronok mengajar murid yg lbh dewasa. Bg ku lebih mudah mendekati anak2 yg besar drp yg kecik2 ni, dr satu sudut halus, iaitu mendidik, menyampaikan maklumat, dan memahami mrk. Tp, inilah yg dikatakan takdir dan rezeki. Aku tidak mengeluh, tp skrg cuba mpositifkn minda. aku cuba meminati dan menerima sebaik mgkn apa yg Allah bg. Terkenangkn sebuah ayat quran yg bermaksud.. "Tidak semestinya apa yg kamu suka baik bg kamu, dan tidak semestinya apa yg kamu benci itu buruk utk kamu."

Antara benda utama yg bt aku rsa hepi nk trma keje mengajar JQAF ni ialah.. aku dapat kursus pendidikan. Wpn aku keje, sbnrnya dlm masa yg sama, aku mengikuti pengajian Diploma Pendidikan. Aku dtempatkn di Institut Pguruan Bangi. org kata.. maktab. time cuti aku kene blaja, dan time tak cuti aku keje ngaja kat sekolah.

12 Januari 2009 mgkn mjadi detik bsejarah dlm diari hidupku. Aku kene daftar kat Maktab Bangi dan mengikuti mgu orientasi. ala.. mcm masa mula2 masuk U ada mgu orientasi la kan.. sekali lg aku mjejakkn kaki ke IPTA. yg agak lucu, biasanya org amik Ijazah, kmdn amik master. tp aku ni, amik Ijazah, pastu Master separuh jln, pastu turun semula amik diploma. mgkn aku tcicir diploma dulu, kot. hihi.. anyway.. no matter what i will get soon.. i just think this is the best chance for me to be a student. aku suka belajar.. dan aku tak kesal amik apa jua sijil. sb tu bkn matlamat aku. selagi aku bpeluang utk belajar, aku cuma pk utk bt terbaik, dan tambah ilmu. Sijil tu,, mmg akan dpt, so x perlu pk ttg tu. aku mmg ada target. aku tak suka lah dpt sijil setakat lulus.. so, aku bsedia utk dpt keputusan cemerlang kelak.

2 Febuari 2009 pula, adalah tarikh yg mgkn aku tak blh lupakan. aku kene lapor diri kat Sekolah Kebangsaan Kuang. Inilah sekolah yg bakal mdidik aku mjadi seorg pdidik sbnr. Kalau dulu, wpn byk sekolah aku penah mengajar, tp masih rsa kurg mcukupi. Sekadar guru ganti, tugasnya plg mudah, ringan dan gajinya teramat mahal bg aku. Sehari RM100, cuma mengajar dr pukul 7pg sampai 2ptg, plg lewat. dan.. dlm masa tu pn, byk yg aku goyang kaki tgu utk masuk kelas. Tp, skrg gaji tetap setaraf Ijazah, masa mengajar juga lebih singkat. Dr jam 7pg hingga 12.30 tghri cmtu je. cuma, beza menjadi guru ganti dgn guru tetap ni, aku byk komitmen dgn prog sekolah. mesyuarat, kem, prog sukan, motivasi dan mcm2 aktiviti luar selain mengajar. Sb itu bg aku, inilah prog mendidik murid dan mendidik aku sbg guru.

Aku suka kerja ni sb.. ianya bkaitan dgn learning process.. aku dpt belajar dan praktikkan segala teori pendidikan tu. Kedua, sb aku ada anak kecik dan aku rasa blm terlambat utk aku belajar cara didik anak dgn betul, mengikut kemampuan anak tu sdri. Ketiga, ianya mendisiplinkn aku sbg guru, dan sbg ibu.. mcm2 lagi tak tersebut di sini.. nnt aku sambung..

okla gotta go.. abah aku dah panggil. aku nk g kebun abg aku. tolong dia tanam apa yg patut. setakat ni dia tanam cili, jagung n dll.. bye.. see u again..

Tuesday, December 23, 2008

Karut..menjelekkan..realiti?

Br2 ni kat Msia gempak dgn isu artist2 yg bcerai.. ada gak artist tkenal yg kene tgkp basah.. wpn dah jd suami n bapak org. Lelaki yg mpunyai isteri dan anak2.. ditangkap basah bdua2an dgn seorg lg artist anak dara. Sedangkn isterinya br lepas pantang melahirkn anak ketiganya. sungguh aib! Tak kasihan ke, laki ni dgn keadaan isteri yg br lepas bsalin dan anaknya yg br nk kenal dunia? kene tgkp basah dlm bilik, kdg2 mbuatkn tekak rasa mual melihat apa yg tjadi.

Tp dlm masa sama, isu kawin pn meletup! mana tak nye mawi world kawin! fuyyooo...semua rakyat msia tak ketinggalan menyaksikan rncgn khas dorg kawin. mengalahkn ct nurhaliza.. huhu.. teringt lak aku detik2 manis majlis pkahwinanku dulu.. tak sgka skrg dah 2 tahun aku bgelar isteri n ibu. apepun, aku hrp sgt la mawi yg ramai peminat blh mjadi contoh alang2 dah jd idola rakyat Msia..

hm.. aku sbnrnya semacam seram je bila tgk ramai pasgn yg bcerai sejak kebelakangan ni. pastu, tak kurg jugak2 br2 ni isu buang anak. ada yg mati,,, ditanam mcm bangkai haiwan di ladang kelapa sawit. Ada jugak yg masih hidup. aku sgt kasihan dgn nasib manusia yg mgkn hilg arah utk selesaikn mslh sebegini. anak yg tak tahu apa2.. menanggung akibat pbuatan "ibu bapa" nya yg bdosa. br2 ni aku tbaca akhbar metro, bayi yg baru lahir tidak lebih 24 jam, dijumpai masih hidup dlm lubang jamban, sedang mhisap jari. keadaannya kebiru2an, akibat sejuk dan sgt lemah. tali pusatnya masih kelihatan dan ia sgt comel. aku rsa bagai dihentap bila melihat dan mbayangkn anak kecil dbuat sebegitu. betapa dia tseksa.. sedangkn aku yg tdo tanpa selimut pn kesejukn inikn pula bayi yg teramat kerdil. sedih.. sgt sedih..

Dlm masa yg sama, aku ada tgk kisah benar ttg sumbang mahram kisah ni sgt menyedihkn jugak.. ada sorg budak P yg anak luar nikah. sejak dia dilahirkn, dia dipelihara oleh neneknya dan atuknya. tp, bila dia berusia 12 tahun iaitu darjah enam, dia telah dirogol oleh atuknya. entah brp kali, aku tak pastilah.. aku rasa sgt kesian dgn nasib budak ni. dahla lahir luar nikah, tak dpt kasih syg ibu bapa, dan bila baru 12tahun yg aku rasa mgkn belum baligh lg pn.. dia telah dirogol oleh atuknya sdri.. kdg2 aku pn tak tahu nk kata.. binatang jenis apa yg sgup bt cmtu..

Keadaan Msia skrg penuh dgn kehidupan yg karut marut.. aku asyik termenung.. cmne nk bantu nasib org2 begini.. kali ni, aku cuma mdedahkn je kisah ni.. kalau nk kupas, byk benda yg pincang,,

Sebenarnya, ibu bapa adalah tmpt utama anak2 bgantung. jd, bila ibu bapa tak peduli ttg anak yg mereka hasilkan.. org asing mudah mengambil kesempatan atas nasib dan kelemahan anak2..

Anak2 yg kecil, tak penah tanya adakah dia anak luar nikah atau anak halal.. mrk cuma mahukn kasih syg seorg ibu dan pembelaan seorg ayah. semoga anak2 yg malang ini, tetap mdapat kasih syg Allah dan dilindungiNya.. ameen..

Friday, December 5, 2008

Selamat hari raya haji..

aku skrg kat Segamat Johor. balik kampung sb nk sambut raya Haji bsama family aku. mak, abah n adik beradik aku yg smuanya 7 org. kali ni, adik beradik aku dapat bkumpul semua. takde yg tcicir la.. selalu payah nk bkumpul semua, sejak dah bkeluarga ni. ada je yg tenggelam.

saat paling best, bila tasneem dpt bsama main dgn sepupu2 dia. umair dan khairullah.. semua dah besar dan boleh bjalan.. ada yg boleh cakap.. tp best sgt sbb wpn tasneem paling kecik, dia tak ketinggalan. dia dah mcm sebaya dengan umair dan khair. dia dah boleh melompat.. cakap pn dah mcm2.. kelakar tgk budak2 ni main. smlm aku beli keta mainan dan telefon mainan kat pasar malam masa dlm pjalanan ke segamat. pastu umair dgn tasneem seronok bukan main. ayah aku bhenti kete kat surau utk solat isyak.. dorg main kete tu.. bgelak ketawa.. tuhan je tau!

herm.. aku skrg kat cc ang aku. masa ni la aku nk ngadap pc ni. kalau tak,,, nk kuar umah g cc pn melekit je. harini jumaat, tak ramai sgt org dtg cc. mgkn petang nnt kot.

aku tak dpt nk menulis byk.. tetiba mati idea. lagipun gambar tak dapat nk masukkn lagi..

cuma nk ucap selamat eduladha kpd semua! maaf zahir btn

kepada suami tercinta.. selamat menunaikan ibadah haji.. begitu juga pd semua jemaah haji yg lain.. wassalam