Sunday, December 27, 2009

kalau guru..


Kalau guru

kalau guru tunggu diarah
semua kerja kene kerah
kalau guru kurang mengajar
dapatlah pelajar kurang ajar
kalau guru kurang merancang
dalam kelas banyaklah temberang
kalau guru mengajar tanpa alat
pelajar belajar dengan ralat
kalau guru banyak bercakap
ramailah pelajar yang akan gagap
kalau guru mengajar sambil duduk
pelajar belajar sambil mengantuk
kalau guru kurang menilai
tak akan tahu mana yang bodoh dan pandai

TETAPI..

kalau guru suka berdampingan
semua pelajar dapat bimbingan
kalau guru mengajar sambil berlakon
pelajar belajar dengan tekun
kalau guru menjadi pemudahcara
ramai murid pandai berbicara
kalau guru berbudi bahasa
dikenang pelajar sepanjang masa

Friday, December 25, 2009

Inspirasiku => terus maju, kejar cita

Hamdan wa syukran lillah.. aku masih bernyawa dan sihat sehingga skrg, wpn blog ni da mula berkulat krn lama ditinggalkan. 1 bulan lebih aku berkampung di Maktab Perguruan Bangi(MPI) atau IPIS(Institut Perguruan Islam). Begitu juga dgn suamiku, dia pn menghempas pulas untuk terus bertahan. bertahan dgn assignment yg btimbun2, rndu kpd anak yg jauh, mhadap menu yg sama di kantin stp hari, bpisah dgn isteri, kewangan yg agak cukup2 mkn, kepenatan kelas dr pagi hingga malam.. mcm2 lagi.

namun, di dalam rasa 1001 tekanan, bg aku ianya bkn sekadar cabaran. menimba ilmu di maktab, bkn hanya belajar melalui proses pembelajaran, malah pengalaman dan pengalamian. bermakna, mengalami sesuatu sendiri juga merupakan suatu proses pembelajaran. sblm ni aku x pnh tpikir ttg dunia pendidikan. yg aku tau, alam belajar, bt assignment dan kajian. kini, menceburi bidang perguruan atau menjadi seorg pendidik benarlah ia suatu yg lebih praktikal.

Bbrp perkara yg hendak ku rakamkan dlm post kali ini ttg kenangan di maktab baru2 ini ialah;
1) dapat highest mark dlm kelas, semasa English Test
2) dapat pujian krn mhasilkan lukisan cantik masa belajar SDP(Seni dalam Pendidikan)
3) dapat A+ masa buat khat nasakh
4) dapat melukis gambar arnab yg menyerupai arnab sebenar semasa belajar SDP
5) berjaya buat origami sendiri
6) pensyarah puji semasa latihan English
7) dapat jadi org pertama yg siap narrative essay dan org pertama yg present essay dpn lecturer
8) dapat markah sahsiah tambahan krn membacakan doa hendak memulakan pembelajaran masa PS(Subjek Pengurusan Sumber)

ini kenangan manis yg membakar semangat aku untuk lebih berjaya dan meneruskan cita2.. krn pensyarah2 yg mengajar, juga telah berjaya memperkembangkan bakat serta mencungkil bakat yg terpendam.

kenangan lain yg turut menggembirakan aku ialah;
1) dapat main bola baling dan badminton (semasa PJ)
2) dapat reka sebuah sajak sendiri (subjek BM)
3) dapat membuat 1 lirik lagu sendiri (subjek SDP)
4) dapat buat narrative essay dan descriptive essay sendiri
5) menyanyikan lagu Raindrops keep falling on my head(subjek English)
6) dapat speaking English dgn lecturer
7) dapat buat mini website sendiri(subjek Pengurusan Sumber)
8) dapat belajar buat sijil, belajar Microsoft Excel, Access, Power Point, Front Page dan menggunakan Movie Maker

Actually, byk benda best masa interaksi maktab kali ni. semua pembelajaran lebih praktikal, dan bukan bbentuk teori. Xmcm masa mula2 interaksi sem awal. asyik dengar pensyarah ngajar jer..

1) aku kene buat micro teaching
2) berlatih speaking dan bina soalan menggunakan WH Question
3) berlakon mengendalikan mesyuarat, mengendalikan majlis konvokesyen, dan berlakon menjadi pengerusi majlis semasa majlis konvokesyen.
4) berlakon jadi murid masa buat micro teaching
5) melukis dan mewarna
6) menggunakan IT
7) bersukan
8) presentation
9) membuat BBB(bahan bantu belajar)

macam2 perkara aku dapat belajar dan lakukan sepanjang cuti ni. alhamdulillah aku juga dapat siapkan assignment yg melambak2 tu dalam tempoh yg diberi. skrg ada tinggal 1 je assignment yg aku kene siapkan dan send kat lecturer guna email.

Interaksi kali ni, benar membuka minda dan pikiran aku untuk terus belajar. jika diizinkan Allah, aku ingin sekali meneruskan pengajian sampai Master dalam bidang pendidikan, kemudian apply jd pensyarah. at least pensyarah maktab pn ok. aku juga terasa juga nk cepat naik pangkat, gaji dan nak jd guru cemerlang. ini semua cita2 ku dan aku bukan nk berbangga atau gila harta atau material. tp aku ingin menjadi yg terbaik, dan bersungguh2 mencapai cita2ku. teringat kata kawanku.. aku bukan ingin jadi yg terbaik, tapi yang benar2 terbaik.Bila aku dapat buat yg terbaik, aku nakkan kepuasan dan kualiti kerja. aku amat berharap agar kesempatan ini menjadi realiti. sekiranya aku tidak berjaya spt yg aku katakan, sekurang2nya aku telah berusaha. AKU SANGAT2 SUKA BELAJAR.. aku rindu nk terus belajar. aku rindu suasana pembelajaran Master masa di UIA dahulu. aku rindu pada kawan2 yg x jemu menuntut ilmu dan belajar. semoga Allah permudahkan. Ameen..