Sunday, June 28, 2009

suamiku kata.. jd cikgu mmg best!!! aku rindu Tasneem






Oleh krn aku n suami bakal jd guru, takde benda lain yg kami lalui dlm hidup ni.. kecuali rutin harian yg mmg bsangkut paut rapat dgn hal2 keguruan (padahal.. hidup kami sempoi n simple jer..huhu).. aku rasa gembira sgt2 bila suamiku dpt jd cikgu. aku mmg dah lama nk dia g maktab n lalui pengalaman yg pernah aku lalui dulu, yg aku tak dpt kongsi "rasa" dgn dia sblm ni, sehingga dia laluinya sdri.

ramai yg kata, kalau nk jd hartawan, jutawan dan mcm2 lg "wan" lah...(tak termasuk cendawan), jgn jd cikgu. tp jd lah usahawan atau ahli perniagaan. mmg tugas cikgu ni, blh dikatakan bkn mengumpul harta yg btimbun2 tp.. mengumpul ilmu yg tak berhabis.. mengumpul ilmu utk diajar pd murid2. suamiku amat seronok sekali bila berada di maktab. kalau dulu waktu tido dia agak tak terurus (sb dia mmg jenis payah tido), skrg bila sampai masa.. mlm je mmg dia tdo mati. hidupnya lebih sistematik, sejak dia g maktab selama 1 mgu (untuk prog mgu orientasi). kepenatan dan kepadatan jadual, menyebabkan dia tido lena pd waktu malam. semua kene urus sdri. dia seronok sgt2 tak terkata, bila berada di maktab. sb dpt pengalaman, kawan2, ilmu, semangat dan paling ketara, kelihatan jiwanya terisi. sblm ni dia jd suri rumah sepenuh masa, sb aku keje. dialah yg basuh baju (wpn mesin basuh yg basuh sbnrnya), dialah yg jemur pakaian pagi2 time aku pegi keje (ngajar), dialah yg urus Tasneem (mandikan, bt susu, bg susu, cebuk kencing berak Tasneem), kemas umah dan blh dikatakan 80% kerja umah dia yg buat semuanya. aku pegi sekolah, balik sekolah, masak, dan rehat(tido sb kepenatan, kdg2 tak lalu makan). pastu bila bangun, aku bt assignment maktab yg melambak2. suamiku jugaklah yg tpaksa melayan karenah Tasneem. bermain dgn dia mcm budak2, kejar2, bgurau senda .. mcm2 lg. sedangkan aku masa tu berada dlm bilik, mengurungkan diri, menghadap laptop dan buat keje2 maktab. sb bln 8 ni, aku ada interaksi di maktab sekali lg (dlm bln pose). masa tu semua assignment kene hantar. Waktu malam, kami mengajar ngaji( free.. no charge).. then, n gitu gini.. jam pn dah malam.. kami semua kepenatan n tido. suamiku juga akan melalui benda2 ni, cuma mgkn dia lebih mudah sb mgkn ada bbrp assignment aku akan disedutnya (copy n paste). dan mungkin jugak, aku yg akan buatkan utk dia.. hoho.. (sb dia selalu bt agak lambat cikit(hihi jgn marah ye bang..).
td, kelam kabut aku memasak.. lepas isi borang utk suami, dia bangun.. kami g kedai beli lauk.. aku terus masak. lauk sambal sotong utk suamiku. dia nk bawa bekal ke maktab.. nak makan bsama kawannya.. Pojie.. aku hepi dgn keadaan suamiku di sana. sb dia ada kawan2.. dan semuanya lucu2 jer.. so, aku bekalkan nasi lauk sotong utk dia n kawannya sekali. Pojie sebilik dgn suamiku.. kelihatan dia berdua agak rapat sb sama2 belajar di Madinah. Aku bahagia sgt2 dgn kepulangan suamiku. Masa 2 hari yg ada utk bersama, sgt bermakna sb bila berjauhan kemesraan dan kerinduan itu membuatkan kita lebih menyayangi, merindui, dan menghargai.. terima kasih ye bang..

Dlm diam di rumah, aku sgt merindui Tasneem. kdg2 aku sdri tak sedar.. aku bcakap seorg diri. aku bcakap mcm Tasneem selalu cakap, dan aku buat gaya mcm Tasneem selalu lakukan.. Aku sbnrnya sunyi dan kesik sekali.. tanpa Tasneem di mataku.. kdg2 mmg tak keruan aku dibuatnya. Mmg rindu sgt2.. dan aku asyik tgk gambar2 dia dlm laptop ni.. br2 ni, emak kata.. Tasneem demam. Dia kene chicken pox untuk kali kedua.. namun, di hatiku.. aku cuma bdoa agar dia sht, sembuh. wpn dia begitu, aku masih rasa tenang krn yg menjaganya adalah emakku.. dibantu oleh Mak Iti nya(siti). Tasneem ada kawan, sepupu dia Umair.. jd hidupnya tidak sunyi.. bila dia tak sunyi dan gembira, dia akan melupakan aku. aku lebih suka begitu. Emak kata, Tasneem langsung tidak cari mama.. lagipun dia sudah paham byk perkara. bila dia tanya mama..mama.. emak akan bgtau dia, mama keje, baba kursus. dia terus diam dan tidak bertanya lg.. tanda dia benar2 paham.. begitulah sikap anak kecil.. yg mesti kita hargai sbg ibunya.
menjadi seorg ibu, kita kene sedar.. bhw, bukan hanya ibu sahaja yg berkorban utk anaknya. tetapi, seorang anak wpn kecil.. juga banyak berkorban demi ibunya.. seorg anak wpn kecil, sudah pandai membuat pengorbanan.. pengorbanan yg besar bg dirinya yg masih mentah.. si anak kecil, mengorbankan semua perasaannya.. rasa rindu, rasa mahu dibelai, rasa mahu mengadu, rasa mahu difahami keperluannya, dan segala rasa menanti kepulangan ibunya.. bukan mudah.. bkn sng.. anak yg bjauhan dgn ibu, akan rasa terpencil di sudut hatinya. wpn dia sdg bgelak ketawa, tp bila kita tanya ttg ibu bapanya.. kdg2 dia terus menitiskan airmata.. dan mencebik bibirnya.. kdg2.. dia tidak meraung, tp dlm kelopak matanya bertakung airmata.. tgl bersama org lain, tidak sama tinggal bersama ibunya. bersama ibu, sia anak kecil sering dipeluk, dibelai dan dimanja.. itulah perbezaan penjagaan seorg ibu dgn penjagaan org lain. terima kasih Tasneem.. sb berkorban utk mama dan baba..

mama sayang Nem...

Saturday, June 27, 2009

hari ini harijadiku..






harini pepagi buta lg aku bangun n xtdo pas subuh. aku tolg suamiku(dia tgh tdo sedap2ni), isi borang pjanjian guru. herm.. nk jd cikgu pn kene ada pjanjian, sb yg bayar elaun guru pelatih mcm aku n suami, adalah pihak maktab. so, dorg tkut student mcm kitorg ni lari cenggitu jerk... so, dorg ikat kami ni dgn pjanjian yg mmg byk giler kene isi. suamiku smpi nk stress jugak urus borg ni. mane taknye.. dia tu teliti sesangat.. tak mcm aku yg mmg sempoi2.. tulisan pn comot2 jek.. ahak..ahak..
sbnrnya suamiku tak bg sgt aku kacau borang2 dia. almaklumlah,, tulisan aku hodoh.. dia takut tak cun gak nye.. tp aku nk dia ingt jugak.. sehodoh2 tulisan aku ni, dulu aku isi borang aku sdri tanpa bantuan org lain pn. aku lulus jer isi borg yg sebijik mcm dia tgh isi skrg ni.. malah elaun aku dah pn dapat terus.. hoho.. terer tak?kuang,,kuang kuang.. bg aku, asal blh baca, orait ape, ye tak?

one more thing, aku jugak tolong isikan kengkawan aku nye borang masa dul maktab tu. bkn member pompuan, tp 2 org member lelaki yg sekelas dgn aku. sb diorg.. waduh2.. very slow ler.. borang satu habuk tak isi di saat orglain busy btungkus lumus(smpi stress) mengisinye.. biasalah.. lelaki..(hero tok gaduh/hero cool je selalunye).. actually, aku cuma bantu member sekelas tu(berbelas helaian borg aku isi utk dorg) sb bhgn HEP(hal ehwal pelajar) dah warning kat student semua.. if sorg je tak anta borg tu dgn lgkp.. semua org takkan dapat elaun... mmg maktab aku ni strict giler2.. silap cikit je.. kene isi borang lain semula dr awal sampai abis.. sb tu semua ramai stress... mula2 aku mmg stress gak.. tp bila dah serabut sgt, aku cool kan diri aku n try bt andaian positif.. aku anggap isi borang tu mcm isi borang biasa.. aku tulis pn biasa2je.. takdela nk jaga sgt cantik ke tidak.. so, dgn cara tu aku dpt isi borg ni dgn tenang, and betul.. tak gelabah n panik. sb bila panik, lg mudah bt silap.. ye, tak? lu pikirla sdri...
aku nampak gaya nye tpaksa sign out dulu.. sb suami dah bangun, kitorg nk g kedai beli lauk utk seminggu. petang ni suamiku akan ke maktab semula satu mgu. aku duk umah sorg.. tp selasa ni mak aku nk dtg dgn tasneem dan anak sedara ku umair..

ops sblm terlupa.. harini harijadi aku. smlm suami aku bt surprise.. dia beli kek utk aku.. ahahaha.. kelakar je.. first time dia sambut harijadi aku. siap beli kek.. terharu lak rasa.. sejak masuk maktab ni.. byk jugak pkara yg dia hargai aku ni.

suamiku kata.. best giler g maktab! mcm2 dia belajar.. aku tunjuk rasa takjub.. menghargai apa yg dia luahkan. dulu aku dah pn lalui n aku dah tahu semuanya.. tp, sb dia suka sgt n excited.. apa salahnya aku pn kongsi apa yg dia rasa, ye tak?

Friday, June 26, 2009

teknik mengajar di cekolah..

arrggghhhh...... mengantuknya rasa, stp kali lps makan nasi lemak. mesti mata aku kiok.. mcm mata ikan..huhu.. harini hr sabtu, tp aku kene g sekolah mcm biasa. harini ada sekolah ganti, sb nk cuti hari raya lebih lama, so kene tarik hari sekolah ke waktu cuti sabtu. tp harini jadual tak padat. aku cuma mengajar darjah 5 then rileks.. tp kol 10 ni dah kene standby. hari ni sekolah aku bt hari terbuka. parents akan dtg tgk rekod pelajaran anak2,, then bawak anak2 mrk balik umah terus. so aku pasni kene jumpa parents diorang ler..

td aku mengajar budak tahun 5 cuma sekejap je. bg tgk tayangan ttg isu sembelihan yg tak ikut cara Islam. then isu kilang tauhu n air soya yg kotor. aku paparkan LCD guna laptop yg aku bawa dr umah. inilah set induksi pengajaran aku harini. Tajuk pelajaran yg hendak dikaitkan ialah "Adab jual beli". sejak aku jd guru, br aku tahu teknik mengajar sbnr. sblm ni aku selalu je fail utk control kelas. teknik mengajar sbnr ialah;

1)mulakan dgn bacaan doa-2 minit
2)buat set induksi(paparan apa2 shj yg ada kaitan dgn tajuk pelajaran yg akan diajar)
-ini btujuan menarik perhatian semua murid bg memudahkan kawalan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran.
-set induksi blh dibuat pelbagai bentuk sama ada nyanyian, paparan LCD, atau CD, atau radio, gambar2 atau benda2 atau apa shj yg boleh menimbulkan tanda tanya murid2 seterusnya membuatkan mrk tertarik dan betul2 bersedia utk terima pelajaran.
so.. harini aku buka LCD cite ala2 edisi siasat 360(three sixty).

paparan ni mmg ada kaitan dgn tajuk adab jual beli. sb apa yg aku paparkan adalah sikap penjual yg tidak ikut aturan jual beli secara islam.

ayam yg tak disembelih tp diletakkn bsama ayam yg sudah disembelih cara betul, mengelirukan pembeli
premis yg kotor sekaligus menjejaskan kualiti barangan juga salah dan menyalahi adab jual beli
jualan haiwan yg tidak disembelih cara islam adalah dikira sbg bangkai, dan bg umat islam ianya tidak halal

akhir paparan, aku menayangkn cara sembelihan binatang mengikut Islam, dan jual beli barangan begini adalah halal dan sah

murid2 semua mmg fokus n suka menonton.. mereka bukan shj celik bijik mata, malah mrk blh fikir, blh bg respon dan penyampaian maklumat lebih jelas.. inilah bezanya org yg mengajar dgn ada ilmu pendidikan, dgn org yg mengajar tanpa ada ilmu pendidikan.

utk jd cikgu yg terlatih, kursus perguruan diberi mmg utk belajar cara2 mengajar yg betul dan mgunakan teknik yg berkesan..

3)langkah 1 :bgtau murid ttg isi pembelajaran yg paling asas dan rendah. tahap ini dilaksanakan utk murid yg paling lemah. contohnya.. kita terangkan maksud jual beli dan ciri2 jual beli yg mengikut adab .. sekurang2nya murid yg lemah dapat ambil pengajaran, dan amalkn dlm kehidupan mrk.. wpn mgkn mrk tidak mampu utk menulis dan menyenaraikan kesemua adab jual beli.

4)langkah 2: masuk kepada isi pembelajaran kedua iaitu tahap murid yg sederhana.. murid tahap sederhana IQ nya, yg dah paham ttg aras pertama(langkah pertama yg telah diterangkan tadi) dan ditambah dgn isi pembelajrn seterusnya.

-pada asalnya mmg la semua isi pelajaran ini disampaikan pd murid2.. tp kita kene ngajar ikut step satu persatu. sb dlm kelas akan ada murid yg lemah, sederhana, dan yg bijak. murid lemah biasanya boleh sebut shj ttg apa yg basic yg diajarkan.
-murid yg sederhana dapat menyebut dan menyatakan satu persatu apa yg diajar
-murid yg bijak,, bukan shj akan dapat menyebut, menyatakan satu-persatu.. malah dia blh menyenaraikan apa yg telah dipelajari.. dgn cara menulis

5)langkah 3: mengadakan permainan atau mengadakan aktiviti soal jawab atau juga blh buat kuiz(teknik belajar sambil bermain)
-permainan blh dibuat mcm2..
kotak beracun, roda impian, teka silangkata, atau puzzle .. apa saje lah ...yg berkaitan dgn pelajaran

6)langkahg 4:aktiviti pengukuhan iaitu menulis nota, atau buat latihan dan jawab soalan dlm buku teks atau mana2 bahan luar

dan yg terakhir.. adalah

7)aktiviti pengukuhan di rumah
-guru dikehendaki bg kerja rumah supaya murid dapat bt ulangkaji dirumah. kerja rumah mgkn blh dibuat dgn cara edarkan lembaran kertas kerja.. soal jawab dibuat dan dihantar pada tarikh yg ditetapkan.

-ibu bapa dikehendaki tanda tangan selepas murid siap bt kerja tersebut, sblm ianya dihantar pd guru. ini bertujuan supaya murid diberi perhatian oleh ibu bapa, di rumah. ibu bapa juga diberi tgjwb memerhati dan ambil berat ttg pelajaran anak2..


okla.. lenkali aku sambung la cite ttg teknik mengajar yg lain.. aku ngantuk but cannot sleep... aku nk g kelas jmpa parents bebudak tahun 1.. bg buku rekod.. cite2 sket ttg perangai anak... dll... wassalam

Monday, June 22, 2009

borak2 kosong ttg BIG

6 julai 2009 ni, aku kene g program BIG(Bina Insan Guru), anjuran maktab. compulsory!no excuse.. agenda nye.. kayak ke tengah laut(aku kene kat Teluk Kemang, Negeri sembilan). pastu, ekspidisi/ kembara dalam hutan.. mendaki bukit... program ni diadakan 4 hari. semua student KPLI j-QAF akan terlibat dgn aktiviti lasak ni.

program kayak ni, caranya berpasangan lelaki dengan pompuan, kayak ke tengah lautan yg dalam.. diberi baju keselamatan, dan mcm2 peralatan dikehendaki bawa. spt, sun block, kasut getah, swimming cap.. thirt lengan pjg n seluar warna gelap. diberi satu kayak 2 org iaitu laki dan perempuan, krn jika dua2 org pompuan yg berkayak ke tengah lautan.. alamatnya mmg tak sampai. sb teramat jauh... tu pn ramai yg muntah n mabuk laut.. tak tbayang rasanya..

suamiku kat maktab skrg ni, 2 mgu utk taklimat sblm ditugaskan mengajar di sekolah yg bakal diberi nnt. jd, peralatan aku pula... kene tgu dia balik, br leh shopping. nampaknya bgilir2la aku n suami.. sorg kuar, sorg balik n duk umah. skrg suamiku ke maktab.. 6 julai ni, aku lak berkumpul di maktab bangi then naik bas lak ke Teluk Kemang. Aku mesti kerinduan pd Tasneem..

tak lama lagi, adik ipar aku akan blk dr Madinah. Asri n Siti(adikku), akan bt majlis sambut menantu yg tertangguh sblm ni. Siti bjauhan dgn suaminya 9 bln lamanya. Mudah2an Allah permudahkan urusan mrk bdua. sejak aku masuk maktab, join bidang pendidikan ni, jadual aku full jer.. tak sabar jugak nk abis praktikal ni. sb aku dah tak sabar nk bercuti. selain hujung mgu.. aku takde cuti lain.

stp hari rutin harian sama jer... tup!tup!usia aku dah nk 30 tahun.. tua nye aku.. 3 tahun akan dtg... entahla..
aku tetiba takde idea lak nk menulis ni
mana tak nye mata dah macam mata ikan.. lepas makan nasi lauk budu n durian fresh.. punyela sedap.. mata aku dah mula kiok... ngantuk.. len kali jela aku sambung ye..
sblm tlupa.. tahniah buat pasangan fawwaz n dr nurizah atas kelahiran cahaya mata abdul bari.. semoga bahagia semua dunia akhirat.. wassalam..

Teknik mengajar anak bcakap?

Harini baba Tasneem masuk Maktab. Jam 5 pagi(fuyyoo!!believe it or not!) awal pagi lagi baba Tasneem dah kuar ke Maktab bersama abah n mama(mertuaku). smlm aku pn tdo agak lewat, menyusun sijil n borang2 husband tersayang. Mcm2 yg dibawanya...instant drink, meehun segera(semua makanan segera), berus, sabun basuh baju, shower foam, syampu, n semua peralatan utk stay about 2 weeks dibawanya. utk daftar ni, wajib pakai songkok, kemeja lengan panjang(putih), tali leher, suar slack, n kasut(semua warna gelap). penampilan mmg kene jaga, kalau tak mmg tak blh daftar. aku tak dpt teman suami, sb aku mengajar harini(isnin).

Bermula harini aku duk umah sorg. siang, malam, pagi petang, aku bebas sepenuhnya. hihi.. teringat lak cite "HOME ALONE". mlm ni, tak taula.. ake kecut perut ke tak.. tp yg pastinya, aku tetap kene duk sorg. hujung mgu ni baba Tasneem n Tasneem akan pulang. Tasneem pulang dgn nenek yg dtg dr Segamat.

Baru ni, aku balik Segamat bertiga. Cuma naik bas je(takde transport sdri). tp, best jugak! sb tasneem dah besar, dia suka duk dlm bas. dia mcm hairan je. Aku ajar dia ckp "kita nak balik kampung. Umah nenek Sukinah(nama emak aku). kita naik "hafilah." Tasneem blh sebut "hafilah." tasneem alhamdulillah skrg dia dah berumur 2 tahun 2 bln n dia dah fasih ckp mcm2. dgn memek muka dan gaya dia bckp mmg lucu sgt2. penuh dgn emosi n body language tu boleh dpt full mark lah!

Tasneem dah besar.. dia dah reti nyanyi lagu buai laju2 sampai pokok sena, apa dlm baju, sekuntum bunga cina.. dia dah lama hafal n suka sgt la nyanyi lagu tu. tasneem skrg dah tak pakai pampers kecuali masa tdo.. nak berak n kencing dia ckp. dia dah tak terkencing merata2.. dan ini mmg agak menjimatkan kos pampers. cuma susu dia mmg kuat sb nasi dia kurang mkn. tp aku tetap bg dia makan lauk, buah2an dan apa yg dia nak ler.. dia makan ikut mood. tp yg pasti dia suka sup2.. tasneem ni kalau pakai kasut or selipar, mmg tak terbalik, dia pn dah reti main basikal.. kayuh punyela laju, dan dah reti berkawan sb jiran2 n murid2 yg aku ajar ngaji selalu main dgn dia. cuma, dia mmg tak blh tgk baby. habis diterkamnya sb geram, kot!

aku sbnrnya rindu kat Tasneem. selalu aku bt gaya dia bcakap, sb mulut dia agak riuh juga! kalau pegi umah mama tok(mertuaku), setiap kali nk balik, dia akan mintak duit! hihi.. dgn org lain dia tak mintak. tp dgn mama tok dia, dia suka mintak duit.

dulu bila menyusu botol, Tasneem suka main rambut org yg bg susu botol tu kat dia. selalunya, rambut mama n baba dia yg jd mangsa. Tp tadi, nenek dia kata dia skrg dah ubah tabiat tu. kali ni dia lak suruh org gentel rambut dia. herm.. lawak je. ada2 je dia tu..

Tasneem skrg dah reti baca doa naik kenderaan. wpn ada yg tputus2 tp bila kita baca, dia blh sambung lah jugak.. tu yg kelakar sket. mcm tak caya je. tp benda ni kene selalu dibacakan spy dia lg cepat ingt.

antara teknik supaya anak ckp cepat ialah;
1. selalu berkomunikasi dgn anak2 dgn bahasa yg fasih dan sebutan yg betul(bkn pelat)
2. hendaklah pandang pd matanya bila bercakap. pandang pd muka dan ajak dia sebut perkataan tu berulang kali. tp jgnla sampai dia jemu
3. kene ajar secara bperingkat2, bkn menyebut ayat1 yg panjang. bermula dgn menyebut kalimah, kemudian ditambah 2 kalimah, kmdn ayat2 ringkas, dan ayat2 bersambung.
4. mesti selalu tanya ttg kalimah, ayat yg telah diajar.
5. mesti sebut dgn nada riang gembira, bkn marah2
6. pd peringkat awal, jgn putus asa utk kenalkan dia dgn apa2 disekeliling dia. tunjuk benda yg berada di sekeliling dia, lebih berkesan bbanding gambar dlm buku2, terutama bg budak yg aktif
dan tidak suka blaja secara formal.
7.jgn sesekali paksa dia menulis atau mewarna atau bt apa2 yg dia mmg tak suka. tetapi, tanamkan rasa suka dgn melukis sambil menyanyi ttg apa yg dilukis supaya dia rasa tertarik
8. sebaik2nya bg dia bergaul dgn kanak2 yg lebih dewasa drp dia krn ini bkn shj dpt mengajar dia bcakap, tp dpt mengajar dia cara bersosial.
9. jika dia sudah mahir menyebut ayat(ada 3,4, perkataan), tambahkn perkataan itu.. dan blh ajar dia bkomunikasi apa jua ayat. cuba bcakap dgn dia, dgn intonasi yg betul, dan ada gaya. ini akan melatih pergerakan atau body language dia.
10. jika ingin ajar dia ayat atau sebutan yg ssh mcm bahasa arab atau ayat quran, hendaklah selalu membacakannya. bkn memaksa dia baca sehingga dia rasa jemu.

Tasneem ni, alhamdulillah dia tak pelat. dia blh ckp n bt ayat sdri. semua yg dia ckp, mmg tidak dinafikan dia ikut cara ibubapa n org yg menjaga dia. Tasneem byk duduk bersama baba dia, kdg2 mmg lucu sb dia ikut cara baba dia ckp. baba dia lak, ckp dgn dia mcm2 perkataan yg aku sdri jarang guna, dan tidak sangka dia dapat ikut. tp sangkaan aku ada jugak silap, krn rupanya dia bkn shj blh ikut, ckp.. sebut. tp dia blh ckp sesuatu yg ada makna.

cnthnya, bila aku ckp nk tidur dlm buai blh tak? dia kata, "tak blh.. tak muat." kdg2 ada jugak dia ckp "mama gemuk, buncit".. hish kurg asam betul. Tasneem ni dah besar, pernah jugakla aku n suami tercakap suara yg meninggi, dia terus menegur. padahal aku n suami tak pernah ajar dia. dia kata "jgn la gaduh".(kebetulan masa tu mmg aku n suami ada selisih fhm sket. tp bila tasneem ckp cmtu tetiba, kitorg sama2 rasa malu, n terkejut. dia ni,, kalau tak suka g kacau dia, dia akan ckp "jgn la kacau.." dia suka bg kucing makan. kalau blh semua benda nak disumbatkan kt kucing. kalau kitorg g kedai, dia main kucing je kejenya. dulu dia takut, skrg kucing tu habis dikerjakannya. bermula dengan usik2 bulu kucing, bg makan mcm2, sampaila last dia geram sgt, dia tarik kucing tu punye ekor... hampir tenat kucing tu melayan karenahnya. huhu..

tasneem ni, seboleh2nya aku bg je dia main apa2. petang2 kdg2 baba Tasneem bawa dia round naik motor. tgk tasik.. tasneem dah kenal tasik. dia stp kali lalu kawasan tu, mmg dia akan pgl aku. "mama!mama!tasik.tasik.." kalau nampak sekolah tmpt aku mengajar, "mama!mama! sekolah mama!"

kalau naik motor, mcm2 dia blh nampak. lg best drp naik keta. kalau naik keta, aku lebih suka berbual ttg warna dan alam semulajadi. aku selalu tanya, tu apa? dia kata, "pokok". pastu, aku tanya, pokok warna apa? dia kata "hijau". apa yg aku belajar dr tasneem pula ialah... jgn merendahkan kemampuan kanak2 kecil. dia mampu menyebut, mengingat dan menghayati sesuatu lebih mendalam tanpa kita sedari. sesekali kene cuba ajar sesuatu yg berat pd dia, jgn pandang rendah pd kemampuan akal dan IQ anak2. pd usia inilah otak dia sbnrnya lebih kuat n cerdas.

baba Tasneem penah ckp kat tasneem, "nak susu satu?" Tasneem kata, nak!nak! Baba ckp lagi, "betul ni, nak satu? comfirm?" tasneem kata' "comfirm" sambil tunjuk jari dia nombor satu.

masa mula2 nk ajar dia kencing n berak, mmg kene sabar. sb dia lambat nk kencing atau berak, bila dia mula nampak air. pikiran dia mula hilg fokus utk buang air. jd, masa ni aku kene tanya dia, nak kencing tak?cangkung, bt bunyi kencing syu..syu.. dan kalau nk berak, bunyikan 'ek.. 'erk.. pastu tanya, mana tahi dia.. sebutla besar ke.. banyak ke.. busuk,,,kene ada perkara yg menceritakan ttg berak.. najis.. br dia lebih jelas dgn perkataan yg kita gunakan. masa ni mmg kene sabarla kalau mula2 kene duk toilet lama. pastu, kalau taknak bg dia pakai pampers.. stp kali lepas buang air.. dan nak pakaikan seluar, kene ckp kat dia.. jgn kencing tau. jgn berak tau.. pastu ckp.. kalau nk kencing kat mana?"bilik air." (sambil tunjuk arah toilet).

pastu, bila dia dah paham maksud jgn berak, jgn kencing, ajar dia guna ayat yg lebih tepat. "nak kencing, cakap ye?" ulang byk kali ayat tu... pastu bila dia dah mula faham.. tambah lagi ayat.. "kalau nk kencing, ckp tau! cakap, baba.. nak kencing(kalau baba yg pakaikan seluar). kalau mama yg pakaikan suar(mama, nk kencing,,) ajar dia ayat mudah, dan tepat. kalau rasa give up.. kene la tanya2 org yg bpengalaman.. mgkn cara lain lbh bkesan utk anak kt.


oklah.. ini saje.. utk dikongsi hari ni. smga semua dpt manfaat..

Friday, June 19, 2009

Suamiku Daftar Maktab

alhamdulillah.. syukur kepada Allah. 17 Jun 2009, keputusan KPLI j-QAF kuar kat internet. Saat yg dinanti2kan selama ini akhirnya sampai jua. Syukur pd Allah krn suamiku, Mohd Hafiz bin Sadri telah berjaya dan mendapat tawaran menjadi guru pelatih KPLI j-QAF. dia dapat opsyen mengajar Bahasa Arab. Kawannya Pojie, yang bersama2 pernah belajar di Madinah suatu masa dulu, juga dapat jugak. Tawaran yang sama iaitu mengajar Bahasa Arab.

Skrg suamiku mmg busy. dan aku, mesti lah lg busy dibuatnya. sape lg nk diharapkn kalau bukan pada isteri.. ye tak? 22 jun 09, Isnin ni... suamiku akan ke Maktab Perguruan Islam Bangi untuk melaporkan diri. Di sana dia mgkn akan bersama2 Pojie, mendaftar diri. Yg suspen nye... pihak maktab belum menetapkan sekolah yg bakal mereka berkhidmat. Tp, in sya Allah dlm area Selangor jugakla. Sb, biasanya pihak KPM akan menempatkan org yg dah berkahwin ni, di alamat pasangannya kerja. aku amat berharap agar Allah permudahkan segala urusan kami.

Oleh krn baba Tasneem nk masuk maktab dlm 2 mgu, utk sesi mgu orientasi n taklimat, Tasneem terpaksa dihantar ke umah nenek di Segamat. Jap lg.. petang ni, in sya Allah kami akan pulang ke Segamat. seboleh2nya, aku n suami tidak mahu bjauhan dgn Tasneem. Sb Tasneem lah pengubat kesunyian kami di rumah. Kini, kalau Tasneem duduk dgn nenek, maka aku tpaksa berada di rumah seorg diri. Pd waktu maghrib hingga Isyak, biasanya aku n suami akan mengajar budak2 mengaji. jd, Tasneem ada kawan utk bermain dan mengaji. tp, kali ni.. aku kene mengajar seorg diri. baba duk hostel di Maktab n mgkn hujung mgu je dia akan pulang.

Tak dapat bayangkan cmne kehidupan aku 1 mgu ini..

Skrg, aku membantu suami menyediakan borang2 dan persiapan utk ke maktab. Petang ni kalau jd akan ke segamat hantar tasneem. sabtu ni, aku ada kelas komputer di sekolah. belajar microsoft excell advance... aku mmg nk sgt pegi. dahla free... sekolah yg menganjurkan LADAP(latihan dalam perkhidmatan). sape tak nk, kan? dah tua2 ni pn kene belajar mcm2.

sejak aku ke maktab baru2 ni.. aku semacam dapat merasakan keseronokkan dan semangat belajar yg berkobar2. aku terdetik hati utk sambung master jika diberi peluang. in sya allah.. aku berhajat utk sambung di UKM kali ni. jika rezki aku di situ.. aku plan senyap2 utk sambung master selepas tamat praktikal maktab. iaitu tahun depan.. mudah2an allah mengizinkan.

tidak dapat ku lupakan saat indah dan manis suatu ketika dulu aku pernah sambung master kat UIA. tp keadaan tidak mengizinkan, aku pregnant masa tu n alahan teruk. jd aku tpaksa berhenti belajar, dan sebenarnya ada rezki yg Allah nk kurniakan. aku dapat ikut suami ke Madinah... aku sedikitpn tidak menyesal ttg apa yg telah ditakdirkan Allah. bg aku,, nilai master, ijazah atau apa jua sijil bukanlah matlamat. apa yg penting.. aku dapat belajar. sebab itu aku rasa nikmat bekerja menjadi cikgu wpn org kata.. bt pe ngaja sekolah rendah, sedangkan ada ijazah? bg aku, itu bkn persoalannya.. ijazah aku cuma bidang usuluddin. skrg aku masuk dlm bidang pendidikan. ianya mmg jauh bbeza. byk benda aku tidak tahu sblm ni, tp skrg diberi peluang utk mempelajarinya.

Aku belajar seni dlm pendidikan. iaitu mengajar dan menerapkan perkara2 seni. wpn mengajar agama, tp nilai kesenian utk mengajar dapat dipelajari dgn menjadi guru. seni ada 3 jenis. seni visual(apa yg kita nampak), seni muzik, dan seni pergerakan. bayangkan betapa seronoknya murid atau kt sdri belajar sesuatu sambil bergerak, sambil mendengar bunyi, dan dapat mencorakkan sesuatu dgn tgn kita sdri,, kan?

aku juga dapat belajar ilmu psikologi. teori psikologi ttg tingkahlaku manusia. bgmana tingkahlaku seseorg itu blh terbentuk? mgkn kita tak pernah tfikir.. knp seorg budak itu menjadi seorg yg aktif/ pasif/ hyper aktif/ apa jua bentuk sikap. tp dgn belajar ilmu psikologi, kt bkn shj dpt kenal murid.. tp kita blh membaca tingkahlakunya. kt blh membaca sikap anak kita, dan mendidik dgn cara yg sewajarnya..

oklah.. gotta go.. suami dah nk solat jumaat.. nk kene tgk tasneem nk sedia utk balik... semoga dpt bkongsi ilmu lg yek!!!

Sunday, June 14, 2009

Interaksi Maktab

alhamdulillah, aku diberi kesempatan utk update blog ni. sblm ni aku mmg busy, dgn keje kursus yg maktab tetapkn. sblm masuk maktab pd 30 mei br2 ni pn, aku dah kene bt 6 assignments. tp aku cuma sempat siapkn n hantar 3 je. bakinya, aku sdg n ada yg dah siapkn. syukur alhamdulillah.

baru2 ni aku ada interaksi kat maktab. kene stay sana about 2 weeks... punyela mencabar hidup di sana. tglkan suami n anak yg dirindui, mmg tak tertahan. so, every weekend aku mmg chow balik umah. rindu giler kat suami n tasneem. 1 mgu aku berjauhan, dah tak tentu arah dibuatnya. tp keadaan sibuk dgn kelas yg bermula jam 7.30pg hingga 5.30ptg membuatkan aku tpaksa melupakan mrk seketika. aku ditempatkn luar kampus. sb hostel penuh dgn student KDC(khidmat dalam cuti). aku kene duk asrama budak sekolah agama menengah sg. merab. budak2 sekolah ni tgh cuti pertengahn tahun. asrama dorg kosong. aku kene byr rm52 n duk sana 2 mgu. jauh sket dgn maktab. first day aku kat sana, kene jalan kaki ke kuliah, sb takde transport. punyela rasa nk ttanggal kaki ni.. jalan berbukit2, then pikul laptop.. kelas lak berada di tgkat 4. mmg aku rasa pagi tu aku paling sihat dlm dunia.

tp.. mmg pancit jugakla, mujur aku pakai kasut getah RM10 yg aku beli kat pasar mlm paya jaras. aku mmg dah menjangkakan kaki aku akan sakit spjg duk maktab ni. so, aku pakai kasut yg paling best. alhamdulillah kaki aku takde masalah langsung. kawan2 lain ada yg mengaduh sakit kaki, penat dan sebagainya. sbnrnya, kasut memainkan peranan pntg utk kesihatan badan. urat saraf byk tdapat pada tapak kaki kt. kesihatan kaki mmg perlu dijaga.

Duk di asrama ni, mmg mcabar. antaranya, kedai makan jauh. aku tpaksa beli makanan pagi untk makan jam 7 ptg lepas balik kelas. tp selalunya juga, breakfast aku minum something yg bernutrisi spy aku tak lapar n sntsa btenaga. aku makan quaker oat, dan minum coklat 3 in 1.
alhamdulillah spnjg di kelas aku tak tersengguk mcm org lain. aku selalu tdo awal jugakla. plg lewat pn 12 mlm. tu pn dah teramat lewat bg aku semasa di maktab sb pagi kene bangun awal utk g kelas. kdg2 aku tumpg kete member, kdg2 aku naik bas. pihak maktab akhirnya bsetuju menyediakan bas utk kami. so,, ianya mmg mbantu la.

dalam kelas mmg penat jugak. jadual anjal sejam, dua jam dan ada yg 3 jam. dah mcm student master lak. tering masa aku kt UIA dulu. amik master.. kelas plg lama aku kene attend ialah 6 jam non stop. tp, masa tu depends on lecturer yg mengajar la. kdg2 aku g tandas jap..

benda yg aku rasa paling baik aku bt dlm hidup ni ialah.. aku tak penah tdo dlm kelas time ada cikgu. wpn ngantuk cmne.. mata aku akan buka n celik. bg aku, biadap n malu gile kalau tdo dpn guru. so,, masa kat maktab ni pn, kalau penat.. aku cuma betulkan cara duduk aku jela. kdg2 aku bersila je atas kerusi. as long as aku rasa comfort.. aku blaja... bg fokus n respons pd lecturer.. tu yg aku bt.

kelas paling best... kelas PJ iaitu pendidikan jasmani. 3 jam berada di padang. aku main rounders dan susun selipar. sblm tu pensyarah ajar cara utk warm up. bila abis semua dia ajar lak cara cool down. kali ni warm up n cool down yg dibuat mmg beza dgn yg penah dibuat sblm ni. aku dberi 2 biji bola saiz kecik.. dan disuruh baling dgn pelbagai cara. ada juga aktiviti warm up.. yang berpasangan. kene angkat pasangan kt dari belakang badan, pastu ada permainan patung. tolak rakan di tengah seperti patung.semua menyeronokkan.

kelas aku ada 20 org student. 5 lelaki(yg masih kekal n tak pupus), dan 15 pompuan. dibahagikan kpd 2 kumpulan pula, kumpulan aku 3laki n 7 pmpuan(including me), dan kumpulan lawan 8 pmpuan 2 lelaki. permainan ni kami bercampur. dan kumpulan aku dapat markah seri dgn pihak lawan(main susun selipar, tp ditukar selipar tu kepada susun kon).

Permainan kedua, ialah rounders(besball/bola lisut). kumpulan aku bjaya dapat 16-2. mmg kalah teruk pihak lawan ni. aku dapat pukulan kuat.. bola pegi jauh, then dapat round 1 pusingan terus. mmg best giler pmainan ni. sbnrnya, pmainan ni adalah pmainan bukan saja. kami belajar sambil praktikkan ilmu pendidikan jasmani utk diguna masa di sekolah. sekiranya guru PJ tidak dapat hadir, n tetiba guru agama mcm kitorg ni yg kene handle sukan tu.. kami kene bt aktiviti begini. bkn lepas tgn, duk dlm kelas atau batalkan pendidikan jasmani. inilah tujuan kami guru agama belajar ilmu PJ ni. so,, jgnla pndg rendah pd ilmu ni. nampak sempoi.. tp susah jugak, kalau tak belajar. yg jd mangsa, anak murid.

masa belajar PJ ni, kami diberi lecture jugak. pensyarah kata, kita kene bt pmainan utk budak2 yg mana syarat pmainan ditentukan oleh kita sdri. pmainan mestilah menyeronokkan murid2. bayangkan, kalau kita main tadi dah rasa seronok, apatah lagi murid2 kita, ye tak? murid2 ni, biasanya akan tgu2 saat PJ stp kali waktu PJ diadakan. sb murid2 suka pmainan. mrk dapat lepaskan energy mrk. kt tak boleh kongkong sifat kanak2. kanak2 mmg Allah dah jadikan dia mpunyai energy yg byk, dan mrk tak blh simpan. dia tak boleh duduk mcm kita, dlm kelas berjam2 tanpa aktiviti bgerak, bermain. Sb itulah kalau ada anak, atau budak2.. kita tak blh halang mrk drp berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. Itu amat pntg utk pkembangan psikomotor mrk.

Kanak2 yg pandai, tp tidak aktif.. akan tbantut proses pkembangan psikomotor mrk. kt dapat beza budak dulu dgn bdk skrg. dulu, budak main tembak2 guna senapang dibuat drp kayu, mrk mandi sungai, reti berenang, lasak dan sebagainya. tp budak skrg, yg hidupnya lebih byk kpd aktiviti dlm rumah, main game, mengadap komputer.. mrk tidak kreatif wpn mereka bijak dlm pelajaran. bila sekolah bt pkhemahan, mrk tak reti mhidupkan api, tak kreatif malah tak blh bfikir bgmna utk memasang khemah. mrk tidak tahu memasak dan sebagainya. sb apa? sb mrk hidup senang. apa mrk nk sejak kecik, mrk dapat terus.mrk hanya tahu menerima shj.

bila disuruh mendaki, memanjat, mrk gagal. mrk tidak reti main bola, dan tidak ada kemahiran membaling, menyepak, dan sebagainya. inilah yg kita kne baiki.

Fuyyooo!!! mmg dasat tu! itulah kata2 pensyarah yg masih tngiang2 kat dalam lubang telinga ni. pensyarah tu muda je.. nampak dia pn mcm student. tp mmg best giler blaja dgn dia. cara dia mmg berkesan! masa tu aku cuma tbayang tasneem je. seboleh2 aku mmg nak tasneem mdapat didikan dan pelajaran mcm ayah aku bg selama ni. masa aku kecik2, aku tak takut memegang lintah. sb aku selalu memancing kat kebun atuk. aku tak takut pd ular.. wpn dusun atuk sgt luas n bsemak. aku juga mahir memancing ikan, melompat, terapung di atas air.. mcm2 lagi yg best2 aku lakukan d zaman kanak2 aku. aku mmg mahukan tasneem spt aku. sekurang2nya bila dia besar, dia tidak akan mengungkit, krn tidak diberi pelajaran dan kemahiran yg sepatutnya dia perolehi semasa kecik.

semua aktiviti kanak2 sbnrnya akan mbentuk jati diri, sikap, tgkah laku dan personaliti anak itu sdri. jd, ibu2.. jgnlah terlalu mengongkong kebebasan anak. sebaliknya, lepaskan mereka spy belajar bdikari. biar dia jatuh dan bangun.. jgn mrk bangun dan terjatuh bila mrk sudah dewasa. anak2 yg bebas.. akan lebih kreatif.. mrk akan byk bfikir, dan belajar membuat keputusan. tapi anak2 yg sering dikongkong... akan pasif, tidak reti bfikir dan btindak sdri. apepun.. smga kita tidak salah mendidik.

byk ilmu yg aku blaja semasa di maktab. ilmu yg bkn shj utk mengajar murid2.. tp ilmu psikologi kanak2 yg amat bguna utk anak sdri.

aku juga belajar ttg apa itu stress.. bagaimana mengurus stress.. apakah tanda2 stress..
nanti ada kesempatan, aku ceritakan.. ok..

sampai disini shj coretanku.. salam kerinduan buat bumi madinah! aku mmg rindu pada saat lengang di sana. saat rehat, dan saat aku punya byk waktu di sana. kini aku berada dibumi yg amat sibuk.. sehingga aku hilang masa utk dri sdri. namun, semoga semua yg aku bt.. sntsa mdapat keberkatan dr Allah. ITULAH HADAF(tujuan) utama hidup ini.. wassalam