Monday, November 30, 2009

sempoinya aku..

semua org tau aku ni jenis selamba n sempoi. cuma sesekali aku tpaksa jd seorg pemalu, pendiam, dan agak bsopan di depan org2 ttentu(especially depan member2 suamiku n budak sekelas dgn suamiku). sungguh poyo menjadi diri org lain.. tp nk bt cmne. demi mjaga maruah, airmuka dan haibah suamiku.. it's just a small sacrifice. anyway, tak kisahla.. mmg sepatutnya menjadi wanita perlu kpd pwatakan cmtu. takkan aku nk bsikap selamba dpn mrk2 tu.. nampak lg poyo lah gamaknye..

spjg berada di maktab ni, aku mmg sng nk jmpa suami. maklumlah.. kelasnya xsampai 20 langkah drp kelas aku. selalu jugakla dia menjenguk2 aku. ada aje hal yg mjadi sebab kami bjumpa. cuma ni je peluang nk tgk muka pon. sb kami blainan asrama. tak duduk bsama di luar kampus.

saat plg aku rasa "bere" iaitu muka tebal, ialah tadi. baru jap td aku ke bilik member. tetiba ada sorg kakak ni tegur aku, "awak isteri ustaz Hafiz, ye?". "Alamak!ni yg malas ni. org dah kenal aku sebagai isteri ustaz Hafiz." aku sbnrnya lebih suka sembunyikan title isteri ustaz Hafiz. sb, bila sebut nama suamiku, aku rasa mcm kureng selesa. aku ni jenis selamba. suamiku pulak, agak tkenal dgn thiqah, baik, dihormati dan bg org2 pompuan khususnya yg sekelas dgn dia, mrk rasa segan dgn suamiku. malah, kawan2 aku dan sesiapa shj yg tahu suamiku bekas pelajar Uni. Islam Madinah, mrk akan kata PANDAI, BAGUS, HEBAT dan mcm2 lagi bunyi yg best2... aku lak, cuma produk UM yg x glamor.. herm.. tu yg buat aku kurg selesa.


sblm ni aku mmg mengelak drp bjumpa dgn suamiku. tak pernah aku ke kelasnya, krn takut org tahu aku isterinya. tp, sesekali kes urgent yg xdpt elak, menyebabkn aku kene ke kelasnya dan bjumpa dgn suamiku. bg kawan sekelasku, mrk mmg dah tahu suami aku siapa. dan mrk kenal perangai selamba aku ni. so, aku xkisah ler sgt. suamiku mmg kerap dtg ke kelas.. hantar modul, hantar makanan, mintak copy keje2 dia, mcm2 hal lg.. blh dikatakan dlm sehari mesti ada je dia dtg ke kelasku utk bjumpa. member2 kelas aku yg lelaki semua dah perli2 aku. tp dorg gurau2 jela.. bila aku nk kuar g tandas pon... diorg kata, "haa.. nak jumpa suami lah tu". lawak betul dorg. huhu...


akhirnya, skrg majoriti bdk kelas suamiku dah kenal aku sbg isteri ustaz Hafiz. tak bebas ler aku nk ke mana2 dgn sifat selamba aku ni.. nasib ler labu,,,,,

bcerita ttg kuliah, maktab, assignment, belajar, dll ni.. kali ni aku rasa teramat hepi dpt bsama member2 sekelas. yg lelaki mahupun yg pompuan. kitorg dah tak segan dan semua budak kelas aku jenis selamba bin badak... huhu.. kitorg mcm satu family. cuma dulu je semua malu tsipu2 masa mula2 masuk maktab ni. Skrg, semua mcm kanak2 darjah satu. Sb budak kelas aku mmg nakal2 semuanya. wpn majoriti emak org, bapak org.. tp bila kat maktab ni, kitorg mcm budak baru masuk sekolah. inilah pengalaman aku yg ter "best" sejak 5 tahun terakhir ni.


baru2 ni, kami sekelas ada kelas PJ(pend. jasmani). kitorg kene g padang n main bola baling. lelaki dgn pompuan campur semua main bsama2. syarat asas diajar supaya di sekolah kami dpt mengajar PJ sekiranya diperlukan. kemudian, syarat khusus diketatkan oleh pensyarah supaya kami lelaki dan perempuan tidak bersentuhan antara satu sama lain. atau dgn kata lain.. takde kes "accident". syaratnya ialah, bila pompuan mendekati lelaki pada jarak ttentu yg ditetapkan, maka lelaki kene pass bola kepada org lain pd kadar bilangan 1,2,3. jika tidak, giliran diberi pd pihak lawan. kami ada 2 team yg blawan. 1 team ada 2 lelaki dan selebihnya pompuan. manakala team 1 lg ada 3 lelaki dan selebihnya pompuan. best giler main bola baling. seumur hidup aku, tak pernah aku main bola jaring, bola baling ... huu.. malang betol aku sblm ni. minggu ni aku ada PJ lagi.. in sya allah ada rezki dpt main lg. kalau duk kelas je.. mmg bosan. Pj adalah aktiviti plg best n mampu hilangkan stress belajo...
okla.. nk tito... dah lewat ni. esk ada kuliah lagi. kuliah kdg2 dr 7.30pg sampai 10 mlm. bhenti rehat je kejap2.. mmg sakit kepala jugak. dgn assignment yg btimbun2.. nk bnafas pn ssh... ok.tata semua..

Wednesday, November 18, 2009

Isu Terkini Diariku

salam kasih sayang bt semua pencinta Allah dan rasulNya

Dikesempatan ini aku nk cite sket sambungan kisah aku dgn cikgu2 di sekolah. Setelah sekian lama aku membisu dan mdiamkn diri serta tidak btegur sapa dgn majoriti guru agama di sekolahku, akhirnya berakhir. Kisahnya begini.. smlm aku ada mesyuarat Panitia Pendidikan Islam. Semua guru2 agama hadir, kecuali 2,3 org yg excuse. pd pmulaan mesyuarat segalanya bjalan dgn baik. Masalah bkenaan kerja shj dibincg bsama. tetapi, di akhir mesyuarat, tba2 ada sorg guru agama bsuara.

Guru tsebut adalah guru yg dahulunya sgt aku hormati dan pandg tinggi thadapnye. memandangkn dia org lama di sekolah ni dan dia lebih tua dariku, maka sebab itu aku respek. Tp, setelah insiden tak best blaku.. iaitu aku mmg sakit hati dgn guru2 agama ni krn menyindir, mengumpat dan suka mengata org, maka sb itu aku tidak bcampur dan bkawan dgn mrk. Tindakan aku ini mmg disengajakan krn bg aku, org spt mrk hanya blh ditegur dgn cara yg begitu. mrk ramai, sedangkan aku seorg shj yg perlu btahan. jd krn aku rasa diri ini lemah nk menanggung benda yg mrk sengaja lakukan, menyakitkan hati aku di atas kesalahan yg bukan aku lakukan, maka dgn sb itu aku amik keputusan utk bjauhan dgn mrk. akhirnya, mrk benar2 merasai apa yg aku rasa selama ini.

Pada asalnya kes ini tjadi bila mrk menyangka aku tidak hadir ke prog tunas usahawan krn ada unsur judi. Padahal aku ada MC dan alasan kukuh utk tidak hadir iaitu aku ada appoitment cabut gigi bongsu. Pihak pentadbir tidak menghadapi apa2 masalah dgn aku. Jd, mrk tidak patut menyindir apatah lg menyalahkan aku dlm hal ini. Jd, aku yg keseorangan mhadapi tentangan hebat dr mrk yg semuanya mmg ramai.

Pendek cerita, ustazah tersebut menceritakan pelbagai perkara yg negatif tentang aku dihadapan semua guru2 agama yg terlibat dan tidak tlibat dgn masalah ni. jd, guru yg tidak tahu menahu akan hal ini, semua telah tahu apa yg blaku ini. Bg aku, mrk hanya akan membuka pekong di dada sendiri. sb mmg kes ini bkn salah aku. jd, aku mencari kesempatan yg penuh keemasan ini untuk meluahkan isi hatiku selama ini. bkn bmakna aku diam, aku adalah pesalah besar dlm hal ini. Perkara ini akhirnya terbongkar..

Ustazah tsebut bcakap dgn penuh berisi. ayatnya sungguh menunjukkan kesalahan mutlak adalah pada diriku. pelbagai tuduhan dilemparkan pd majlis mesyuarat tersebut. katanya, aku berkira dlm membuat kerja, aku tidak btegur sapa sedangkan mrk tidak pernah menghadapi masalah selama ini apabila bkerjasama mjayakan apajua program, malah.. mrk asyik btanya sesama sdri mengapa aku bsikap dingin. katanya, aku tidak mahu btegur sapa, memandang mrk pn aku tidak mahu dan aku menjauhkan diri sehingga tidak menjejakkn kaki ke surau lagi bsama mrk. aku hanya mendengar penuh setia setiap kata2 dia. aku menenangkn diri.. menunggu masa diberi peluang menjawab segala lemparan2 tersebut.

Kemudian ketua panitia memberi ruang kpd ku untuk bcakap. "Bismillahirrahmaanirrahim"... "pertama sekali saya nk ckp, saya tidak suka mcampurkan hal kerja dgn hal peribadi. hal kerja, hal kerja. hal peribadi.. hal peribadi. tp bila org mula menyindir2 saya, sb itu saya mula menjauhkan diri. Sbnrnya saya sebelum ini, sememangnya respek kpd semua guru2 yg berada di sini. malah, sejak saya mula masuk ke sekolah ini, saya mmg respek dan hormat pd akak(ustazah td). tetapi, bak kata pepatah.. pokok tidak akan bgoyang tanpa sebab.

Sbnrnya saya sengaja tidak btegur sapa krn saya tidak tahan bila ada yg menyindir2 saya. Hal ini tjadi sejak prog Tunas Usahawan dahulu. Sy tidak dapat hadir ke Prog Tunas Usahawan atas masalah peribadi. Dan hal ini settle dgn pihak pentadbir. Pihak pentadbir tidak ada masalah lgsg dgn saya, tetapi knp ada org yg tak puashati dan menyindir2 saya. Pd mulanya, saya datang ke sekolah pd hari Isnin spt biasa. Tp sy tgk, semua org buat muka empat segi dgn saya. Malah, bila saya masuk ke surau.. ada yg menyindir2 saya. Bg saya, cara camni mmg tak profesional. Kalau tak puas hati, knp nk menyindir2? Dtg jumpa saya, bsemuka face to face, dan cakap. Mcm sblm ni saya respek kat akak(ustazah td), sb bila ada masalah dia dtg jumpa saya dan ckp apa yg dah blaku. tp, bila kali ni org menyindir2 saya, bg saya saya tak blh trma dan tolonglah bsikap profesional. kalau ada masalah, jumpa, dtg bgtau saya. Jgn sindir2, mengumpat2..


Sejak drp hal tu, saya terus mendiamkan diri dan saya mula bgaul dgn guru akademik. Saya cuma fikir, saya malas pk hal ni dan saya nk fokus pd kerja2 saya. Lagipun tahun depan saya praktikum. dan saya malas nk serabutkan pikiran sy dgn benda lain. Yg saya hairannya, bila saya bgaul dgn guru akademik ni, mrk takde pn yg mengata2 hal org lain. Sy pelik, knp guru agama suka mengumpat dan mengata hal org lain. Malah, saya rasa, surau ni dah jd PORT MENGUMPAT. Sy lebih selesa berada di tempat2 lain, mcm cikgu petang. mrk berada di Bilik Guru, bukan di surau. Jd, sebab itu sy tidak datang ke surau lg.

Kmdn, ada pula sorg ustazah lain yg sblm ni mmg rapat sgt2 dgn aku. Dia juga tidak puashati dgn jawapan aku td. Katanya, kalau begitu kenapa dia juga disabitkan dengan perkara ni. Sb dia takde kene mengena dlm hal ni. aku menjawab lg... "Sy tak bcakap dgn akk sb sy takut kalau sy bcakap dgn akak, saya tercakap apa2 hal. Sy takut apa yg saya cakap tu nanti akan sampai kpd cikgu2 lain(yg berada di surau). jd saya taknak benda ni jd lg keruh sb tu saya diam. tp, sy pn ada SMS akak.. ustazah tu mbalas " bg sy, SMS bkn cara tegur sapa. sb bila bjumpa, takde pn bertegur sapa." Lalu, aku mbalas.. "Sy ada senyum kat akk masa turun dr pejabat, mgkn akk tak perasan". akhirnya.. perkara ini berakhir.. bila ketua panitia meminta kami berdamai. aku berasa lega ..

sblm balik, aku bsalaman dgn semua yg aku tidak tegur selama ini. Pd mulanya mmg hal ini seolah2 menggelapkan duniaku sekejap. Tp, akhirnya aku faham.. bhw Allah mahu aku menghadapi situasi ini. Untuk melatih dan mengingat kembali serta muhasabah diri.. juga memperbaiki imanku. Aku mgkn sudah lupa dgn pegangan dan prinsip yg diajar semasa belajar dahulu. Tp, kisah dan isu perjudian yg berlaku, bgmana aku menghadapi org awam.. dan peranan pendakwah.. semua membuat aku berfikir.. dan lebih mendekatkan diri kpd Allah.

Harini ini aku hadir ke sekolah spt biasa. aku senyum dan bertegur sapa dgn ustazah2 lain spt biasa. Namun, krn byk perkara telah blaku, aku dan mrk spt ada jurang yg menjadi pemisah. Namun, bg ku perkara ini sudah berakhir. Aku sudah meminta maaf dan.. aku sudah bertegur sapa. Namun, utk berada di surau dan bbual dgn mrk spt dahulu.. aku berasa janggal. Dan aku lebih selesa berada di tempat spt biasa.

Pengajaran yg aku dpt simpulkan.. "diam itu lebih baik drp bcakap, kecuali bcakap perkara2 yg bermanfaat". Untuk menjadi insan yg bahagia.. "jgn la mendengar dan bcakap perkara yg sia2 apatah lg yg membawa kita ke neraka".

Sebelum mengakhiri mesyuarat, aku meminta izin drp guru pembimbing utk mengajar pd sesi petang pd tahun hadapan krn suamiku mengajar petang. dgn cara begini, aku dapat meluangkan lebih masa bsama.Bg aku tahun 2010 adalah penentu usaha aku selama menjadi student maktab. Bukan mudah belajar dan bekerja, dan apabila sudah ada keluarga.. aku sudah menghadapi tekanan di sekolah atas apa yg dah blaku. tahun depan minda aku mesti BERSIH dan LAPANG. jualan dadih diberhentikan. Terima kasih pd Allah atas segala ilmu pendidikan yg diberikan kepadaku.

Kpd anak didikku.. Tahun 1, ustazah tahu kamu menunggu2 dadih ustazah. hihi.. aku tak sempat nk bt dadih sb busy layan internet ni. hikhik.. pastu, sb utama adalah penat dan aku malas nk buat. stp kali jumpa anak murid, diorg ckp.. ustazah, ada jual dadih tak? nk beli.. ustazah, sedap ustazah buat dadih.. esok ada jual tak? di rumah, budak mengaji pn asyik tanya.. aku lak asyik janji nk buat. tp asyik tak buat. biasa baba Tasneem ada, dia blh tgk2kan Tasneem. tp kali ni dia ke Janda Baik ada BIG(Bina Insan Guru) selama 4 hari.. aku pn mcm malas je nk buat dadih. in sya Allah aku akan buat sekali nanti.. sb suamiku pn nk jugak. aritu aku buat banyak. tp semua dah abis dijual. tengah poket kering ni.. aku rajinla. dasat..dasat..

Friday, November 13, 2009

Judi,,, please respond

ceritanya bermula begini..

sekolah aku buat prog Tunas Usahawan(dulu dipanggil hari kantin sekolah). aku diberi tugas menjaga tapak permainan. Program ni diadakan secara tbuka. maknanya bkn budak sekolah je yg blh pegi. Prog ni mmg best giler la jugak pd awalnya. acara yg diadakan.. jumble sale(barang 2nd hand), jualan makanan minuman, bgambar bsama haiwan eksotik(ular), rumah hantu, pertandingan gubahan, dan mcm2 lagi. tp yg tak bestnya ada karaoke, dan isu yg timbul iaitu permainan yg mempunyai unsur perjudian.

Permainan yg berunsur perjudian ni, mengingatkan aku dgn kisah semasa berada di UM dahulu. Aku dan kawan2 yg khususnya ambil bidang pengajian Islam menentang terus-menerus program yg diadakan di kolej yang dianjurkn oleh Hal Ehwal Pelajar pentadbir UM. Iaitu menggunakan token dan permainan seperti game. skrg.. sekolah aku pulak buat benda yg sama. dan malangnya, aku yg kene urus bahagian ni. aku hanya AJK bawahan yg tak mampu mengubah apa2..

Bagaimana ianya dikatakan mepunyai unsur judi?

setiap pemain mesti membeli kupon bharga RM1 dan dibolehkan bermain 3 permainan yg diadakan di tapak permainan. Permainan yg ada mmg menyeronokkan. Menyalakan mancis pd lilin, dart, dan mcm2 lagi. jika menang, hadiah akan di beri kpd pemain. It looks so simple!!!

pendek cerita, aku tanya pd suami dan meminta dia tanya kpd org yg faqih dlm bidang hukum. lantas suamiku tanya kpd seorg ustaz yg mengambil PHD di madinah iaitu Ustaz Basit. beliau juga merupakan anak tok guru pondok Sg. Durian di Kelantan. Apabila ditanya hal ni, ustaz tu kata mmg ianya ada unsur perjudian. kerana;

1) ianya menggunakan kupon iaitu sama spt token.
2) perlu bayar RM1 dan habuan diberi jika menang. ini menunjukkan wujudnya pertaruhan, kerana ada habuan sekira menang. Malah, katanya walaupun menang atau kalau jika diberi hadiah.. juga dikira mendapat habuan. jadi wujud pertaruhan di situ. Noktah!

Isu ini aku utarakan pd cikgu2 yg menguruskannya. Namun, malangnya.. kata mrk.. benda ni takde unsur perjudian krn mrk juga telah tanya pd sheikh mrk di mesir. dan akhirnya permainan ini diteruskan. paling menyedihkan aku.. yg urus permainan ni semuanya guru agama yg mengajar pen. Islam dan Bahasa Arab. mereka lebih senang mengambil hujjah yg lebih ringan. Kata sheikh mrk.. ianya bukan judi sb main untuk suka2.. semua bgantung pada niat. So, dglm keadaan pening2 ni.. aku bserah pd Allah. aku tak kisahlah kalau itu kehendak mrk. cuma, aku mmg berat nk join benda ni.

Sb, dulu aku menentang habis2an program spt ni, masa belajar di UM. takkan skrg aku boleh menghalalkan benda yg aku jelas haramnya. sekalipun ada ulama yg khilaf.. aku tetap memilih jalan selamat pd benda cmni.

Akhirnya, aku buat keputusan tak buat apa2 pd program ni. aku amik MC dan pegi klinik gigi. aku cabut gigi bongsu ku yg kebetulan mmg perlu dicabut. jd, aku tak campur lgsg hal ni. sedihnya, pd hari Isnin,, aku kesekolah spt biasa. Namun, org sekeliling ku semua buat muka empat segi dgn aku. gara2 aku tak pegi dan tak tolong menjayakan permainan ni. mrk siap menyindir2 aku.. sakit betul hati ni. mcm kene hiris2 je rasa.

mmg aku ni jenis direct org nye. aku tak suka org mengata aku sindir2. tak profesional langsung. yela.. umur dah banyak. dah tua.. tp ckp sindir2. tak padan dgn cikgu agama. kalau tak puashati ke apa.. ckp jela direct. nampak sgt pengecut.

sblm tu, aku dgn cikgu2 agama semua kamcing giler. kitorg selalu lepak kat surau. tp sejak dorg sindir2 aku.. aku dah buat hal sdri. aku tak kuasa nk bkawan rapat dgn diorg. malah, faktor paling besar aku jauhkan diri.. sb mrk ni semua suka mengumpat org. tak kira walaupun dalam surau.. ada je orglain yg diumpat. aku rasa.. elok aku join dgn cikgu2 lain. aku rasa hepi sgt sb bila bgaul dgn cikgu akademik ni.. nampaknya diorg takde busy body hal org lain. ini tidak.. asyik busy body hal org.. jaga tepi kain org.

itu saje.. so kalau ada sesapa nk kupas topik UNSUR PERJUDIAN ni.. aku amat alu-alukan.

i'm back!

assalamualaikum kpd para pbaca semua.. dah lama aku x jenguk blog ni. gara2 kene block! huahuahua.. bil tenet smpi ke alamat umah mertua. pastu, lama2 dah malas nk g bayar. sb br2 ni bz giler dgn budak2 exam akhir tahun. aktiviti menyusun, stapler dan mbuat agihan kertas budak2.. hingga budak abis exam.. tanda kertas lak! then, kene analisa markah.. n mcm2 lg lah alasan aku utk x online. but now.. i'm home!

23 Nov 2009, berita utama dr aku n husband.. sekali lg kami kene KDC(Kursus Dlm Cuti). ape lg.. maktab ler...!!! so, sape yg rasa2nk ajak aku g kenduri kawin ker.. kenduri tunang ker.. birthday party ker.. kenduri cukur jambul ker.. aqiqah ker.. even kenduri berkhatan pon... aku x dapat nk pegi.. maaf yek! kali ni KDC agak lama. sebulan.. dan first week aku ada kuliah dr pagi sampai mlm. after 1 month.. br abis cuti ni. sedih giler sb kene tglkan Tasneem lg. malah aku n husband pening giler nk pk n urus anak time ni. mgkn Tasneem duk umah nenek di Segamat.. tp mgkn jugak duk umah mertuaku di Sri Kundang.. atau.. ada jugak plan lain. iaitu menumpang umah makcik kpd suamiku di Bangi. Wallahua'lam.. tgkla nanti cmne.. aku harap semoga Allah bg yg terbaik buat aku, suami and anak kesayanganku.

5 Dis 2009 ni, kakakku nk g Cameron Highland. dia nak bawa parents aku skali. Emak pula, bhajat nk bawa Tasneem bsama. aku harap Tasneem sht dan dapat pegi..

18 Januari 2010 adalah tarikh keramat bagi aku. hihi.. saje je guna "keramat". padahal biasa2 jer. cuma, aku start praktikum pd tarikh tu. harap semua khair...

sejak aku x jenguk blog, mmg teramat byk perkara yg blaku dlm hidupku. ianya mmg mengubah mcm2 benda yg bkaitan rapat dgn diri aku. hal ini nanti aku catat dlm post akan dtg.. sb, teramat byk yg hendak dikongsi dan byk benda aku nk tanya pndpt para pbaca... mmg kali ni aku alu-alukan pndpt byk org...... khususnya yg pakar bidang agama. pakar bermaksud.. yg mmg tahu ttg masalah tersebut dan penyelesaiannya. bukan pakar bidang agama yg bkaitan dgn permasalahan di luar pbincangan tu nanti. ok.. noktah di sini... tq for spending time in here. wassalam...