Tuesday, December 14, 2010

i-city shah alam..ma sya Allah..jameel

panorama indah di i-city waktu malam


bismillahirrahmaanirrahiimm..

cuti sekolah kali ini aku sempat melawat beberapa tempat meanrik sekitar selangor ni.. alhamdulillah, wpn suami xbergaji krn tgu posting, namun pendapatanku seorang alhamdulillah masih mencukupi. selain itu, ayah memberi aku meminjam keretanya ke Selangor ni. di kesempatan yg ada, alhamdulillah aku dapat ke beberapa tempat menarik bersama keluarga.. seronok xterkata.. alhamdulillah.. diantara tempat paling menarik dan indah ialah panorama buatan manusia i-city.. di sini tempatnya dipenuhi lampu2.. dan pemandangan2 indah yg sangat romantis.. sesuailah juga kalau dibawa anak2 dan sesiapa shj yg ingin menikmati hidup bersama insan tersayang..
pemandangan pada waktu malam disini sangat menarik krn terdapat pokok2 yg berwarna warni,, serta beberapa jenis lampu-lampu yg direkabentuk mengikut perayaan yg sedang disambut. sekiranya datang time krismas ni..mmg banyakla lampu2hiasan berbentuk christmas tree, dll... mmg teramat cantik.ma sya Allah.. bijaknya manusia menciptanya.. Maha Bijaksana Allah yg menciptakan aqal manusia..
pemandangan di sini bukan shj cantik dan indah, malah udara malam di sini sungguh nyaman, dingin dan berangin.. kalau nk datang, datangla pada waktu malam. krn di sini,, siang harinya merupakan pusat multimedia dan ICT.. lebih kurg camtulah bunyinya.. pada waktu malam pula,, ia menjadi pusat pelancongan terindah .. ianya berada di atas bukit dan sememangnya menyeronokkan..
semasa aku ku sini, kebetulan kamera suamiku hilang. gara2 adikku bawa ke asramanya, last2 hilang.. aduhai ..malang sungguh. jd, di sini aku terpaksa menggunakan gambar yg terdapat dalam internet sahaja utk menggambarkan tempat2 di sini.. dan, gambar ni sama je dgn tempat yang aku pergi.

sebelum terlupa, utk masuk ke sini.. hanya RM 10 bagi 1 kereta. dan masa aku ke sini, RM 10 tu utk masuk dan diberi voucher RM10 utk beli makanan di tempat tertentu yg ada dijual. i-city ini berada di seksyen 7 shah alam..

so, sementara cuti sekolah masih ada.. pergilah ke tempat ini..pastinya tidak menyesal... kalau nak jimat duit.,,belilah permainan yg murah2, yg mempunyai lampu.. xkira apajua mainan krn ianya pasti menyeronokkan anak2 mahupun ibubapanya..

cth permainan berlampu,, kipas2, bola, scarf rambut, getah rambut.. atau apa saje yg dijual di kedai2biasa. krn, kalau beli kat sini.. harganya RM7-15.. baru2ni, aku ke kedai borong berdekatan rumah, scarf mickey berlampu cuma RM 2.50 sedangkan di i-city harganya RM8 satu. permainan yg harga RM 4 menjadi RM 10..

ini kawasan di dataran penuh dengan lampu-lampu berbentuk binatang seperti rusa.. angsa.. bangau.. mcm cite kartun snow white
lampu seperti ini pula,, biasanya menjelang perayaan krismas akan ada.. kalau perayaan lain.. lain pulalah reka bentuknya..


so,terpulanglah.. xde sape larang kalau nk bawa ape2 termasuk makanan. kalau nk beli makanan dlm i-city rasanya xbrp byk pilihan.. dan nak mudah.. makan kenyang2 dulu.. pastu ke sana..lg best. aritu aku ingat xde jual makanan.. so, aku beli kat pasar malam beberapa makanan ringan dan kuih2.. sambil makan.. dan rehat2 di sini..

Friday, December 3, 2010

Gambar Tasneem terkini dgn sepupu dan makcik2nya

alhamdulillah..
walaupun cuti sekolah tahun ni aku n Tasneem xdapat bersama Baba Tasneem.. namun, percutian ini tetap menjadi saat menggembirakan buat kami. kami berada di Segamat bersama nenek dan atuk Tasneem. lebih meriah, bila Tasneem dapat bermain dan berjumpa dgn sepupunya Khairullah dan Nasrullah. Sepupu Tasneem Abdurrahman kini di bumi Madinah.. jd, jumpa kat facebook ummuabdurrahman jela...

spjg di segamat ni,, kami hanya menghabiskan masa bersama keluarga, di rumah emak dan rumah atuk. sesekali sedara mara pulang dr Banting, Seremban .. menjenguk atuk. jadi, masa ini paling menyeronokkan Tasneem sb ramai kengkawan nye..

paling melucukan, bila sepupuku berusia 5 tahun telah bergelar "makcik". sepupu ku masih kecil, tp kalau ikut pangkat.. dia jadi makcik kepada Tasneem. teringat plak pernah ditayangkan iklan raya pasal ni. budak kecik jd makcik kepada org dewasa.. inilah yg unik dlm berkeluarga,,

tasneem mmg seronok sgt2 bila dapat ramai kawan. kalau duk Kuang.. duk umah.. asyik megadu boring duk umah xde kawan. bila tau dapat balik Segamat,, girang semacam je dia. dia mmg kamcing dgn sepupu2nya.. dan time cuti sekolah nilah masa paling bermakna utk alam kanak2dia. semua benda jadi mainan.. okla.. ni gambar2 Tasneem utk cuti ini.. the latest..


Tasneem dgn Khairullah main basikal. kat umah neneknya IOI. Tasneem duka bear besar Baba beli masa kat Madinah. dulu Tasneem kecik,xreti main. Mama simpan dulu. skrg da blh main



Tasneem possing tepi jalan jer,, Acu bawa nem g jalan2 petang2.. mujur handset aci ada kamera, yek..


ewah.. ewah.. kat Giant pn sempat tgkp gambo tepi sayur2.. bkn main lg yer.. bergaya dgn pembalut buah.. semua jd mainan

cewah.. peace.. no war.. sepupu terbaik tasneem.. x gaduh pn.. mmg kamcing giler.. dr celik mata, sampai tido..main je korg

inilah umah sewa nenek.. umah ni mcm tempat persinggahan je. nenek xtinggal sini. cuma letak brg2 jer.. sb kene jaga atuk.. jd nenek berkorban utk mertuanya yg baik hati

inilah gambar adik khairullah dgn Tok Yang Tasneem yg dijaga oleh nenek Tasneem. nenek tasneem tinggal umah Tok Yang ni..

Tasneem, Khairullah dan Nasrullah... geng cuti sekolah
hai.. bila lah Tasneem nk beradik...hihi~

say.. cheese...comel x gigi saya.. ? hehehe

gambar tasneem dgn weena.. Weena inilah "makcik" Tasneem. umur br 5tahun dah jd Makcik.. hihi.. Tasneem nye best friend. TQ weena baik hati bg Tasneem baju ni dan kasut cantik..

ini kakak Weena... syahirah.. pn baik sgt2.. weena yg comel di sebelah kanan. masa ni mrk da nak balik seremban.. sedih je Tasneem

Tasneem kat umah Tok Yang berpossing dgn baju barunye..bkn main lagi,yek

comel bears ni, kan? ini saya punye satu,, yg kecik Acu punye.. acu dah besar, xpayahla main bear lg yer.. bg Nem jer..

pejam mata lak saya.. hehe..
saya sayang bear ni.. semuanya.. hehehe


ini baju baru saya.. nenek belikan.. nenek baik hati,,, belanja Nem 5 pasang baju.. mekacih.. sayang nenek

acu Tasneem.. btpe tu?

Sweet Memory

Tasneem dan khairullah.. peace.. best friend forever

Tuesday, November 16, 2010

SeLaMaT PuAsA HaRi aRaFaH&sELamAt EidulAdha



assalamualaikum pembaca sekalian..

dah lama xtulis blog ni..asyik touch up n make up over kat blog ni..so,harini terpanggil utk menulis. first and foremost..selamat berpuasa semua..harini hari tuah umat Islam..krn Allah bg Kepada kita semua peluang keemasan utk menebus dosa2kita setahun yg lepas,dan setahun akan datang. hanya dgn puasa sehari..kita dapat ganjaran sehebat itu..ma sya allah..tabarakallah..semoga kita dapat lg peluang camni.


sblm ni, ada Ramadhan..namun mungkin belum memadai krn..mgkn ada yg terkurang atau dirasakan kurg sempurna pada amal ibadah. kemudian, Allah bg lg peluang puasa 6 syawal.. namun,ada masih ramai yg xdapat lakukannya..krn mgkn uzur syar'ie, ada open house sana sini, dan mgkn juga sb liat diri utk buat 6hari puasa,setelah terbiasa makan minum waktu beraya..


walau apepun,alhamdulillah kita masih hidup dan diberi kesihatan yg baik, masa yg baik,dan iman yg baik2sahaja..maka kita sekali lg berpeluang melakukan ibadah hari ini..kdg2kita terlupa nikmat hidup ni. kita terlupa ada saudara mara kita yg xsempat jumpa hari ini..

ada dikalangan mrk, terlibat secara langsung dlm kemalangan bas bertarikh keramat 10.10.2010, dan ada yg terlibat dgn kemalangan selepas peristiwa tersebut yg berturut2..malah,ada juga yg ajalnya sampai sebelum tarikh harini..hari Allah nk bg kita hadiah dan ganjaran hebat.

jadi,kita yg bertuah ini... adakah benar2 bertuah? ada yg uzur syar'ie.. lampu merah, x dapat bpuasa.. jika dihitung2 semuanya.. xramai yg diberi ganjaran ini...kan? dan, dalam ramai2 ini..adakah diri kita ini bertuah...? mgkn ada yg mencari alasan untuk elak daripada berpuasa. yg xbersahur, lapar, penat, ada hal, ada program..mcm2lagi. maka,, jika dihitung2 sebenarnya xramai sgtlah yg dapat berpuasa berbanding yg berpuasa dgn sungguh2.. namun, Allah maha adil..semoga kita diberi ganjaran sebaik2nya..
apa yg penting, ikhlas dan berilmu. org yg berilmu, xkan memandang Tuhannya dgn berat sebelah. Allah tidak mengizinkan seseorg itu puasa, yg krn uzur syar'ie.. krn Dia sayang juga hambaNya. bkn xsayang..sama mcm yg dijemput jd tetamuNya menunaikan ibadah haji. yg xdijemput kali ini..mgkn diberi akan dtg, diwaktu kita lebih bersedia. yg uzur dan xdapat puasa harini pn..masih boleh beribadah..boleh berzikir,berdoa,,dan melakukan ibadah lain. harini tetap hari bertuah kpd kita semua. doa kita dimakbulkan dan mustajab.. jd,masih belum terlambat... semoga kita diberi kebaikan hidup dunia dan akhirat..amin~

Monday, September 13, 2010

seronok Raya tahun ni


KENANGAN TERINDAH BUAT TASNEEM DAN KHAULAH


First day of Raya.. keluargaku tema ungu tahun ni.. keluarga khaulah biru..


Gambar khaulah dgn tasneem kat pagar rumah mama tok..

alhamdulillah...mmg seronok sgt2raya tahun ni..peace..no war.. alhamdulillah dapat beraya beberapa buah
rumah,walaupun tak segila tahun2 sudah.. .
kalau dulu, mmg beraya sakan kesana sini xhenti2... seronok sesangat. tp tahun ini terasa kelainan..mahabbah lebih dari dalam keluarga sendiri..ukhuwwah dan terasa seronok. entah knp, kali ni br aku dapat rasa sesungguh2nya...bahawa keluarga suami seperti keluarga ku sendiri...


walaupun sebelum ni secara zahir n batin mmg anggap keluarga suami spt keluarga sendiri..dr batin dan hakikinya..mmg ada jugak sikit yg xsama. tp,syukur pd tahun ni memberi seribu erti buat aku... tiada lg keluarga suami..keluarga aku... tetapi,,,kedua2nya keluargaku...

Peace no war..segalanya krn kasih dan sayang..muah!!

benarlah..masa, keadaan,sifat manusia..boleh berubah.. jd,kalau ada yg kawan kita yg rasakan dirinya tidak bertuah..kita tak boleh mempersendakan nasibnya.. menunjuk2 sgt kebaikan, kelebihan, atau tuah yg kita ada... kerana, masa boleh berubah..manusia boleh berubah.. dan aku selalu mendoakan kebahgiaan begini.. menjadikan aku bahagia selamanya..semuanya krn kasih dan sayang..

tahun ni best sb banyak hikmah dr Allah yg mengatur perjalanan hidupku..sejak aku di maktab, menjelang ramadhan...cuti tanpa gaji,,,berpuasa,beraya.. dan juga beraya tanpa gaji... semua tetap seronok malah membahagiakan.. cuma, mgkn raya tahun ni akuxbalik segamat.. gawat ekonomi dan kebetulan tasneem xbrp sihat..


oklah..ni nak g beraya lg...



kepada silent reader.... sape2yg ada terputus pertalian dgn sesiapa..cuba2lah berhubung di saat raya..kerana, raya is all about relationship.. not only food and money...

Wednesday, September 8, 2010

best ke,raya?



salam kasih sayang semua..

sebenarnya,terasa kurang mendapat kasih sayang pada hari raya kali ni. sebab,org tersayang iaitu ibubapa berada jauh dr mata.. kali ni,aku dijadualkan beraya di selangor bersama keluarga suami. herm..takde apa yg dapat mengatasi keseronokkan beraya di rumah parents sdri..tp,sb turn tahun ni di umah mertua...layan jela...

tahun ni,mgkn tahun last aku sambut 1st raya kat sini. cadangnya,stp tahun aku nak beraya bersama mak,abah dan adik2 di johor. bkn apa.. mmg wajarnya begitulah..sb aku ni mmg rumah pn dekat sesangat dgn umah mertua.sekolah tempat aku ngaja lak,mmg dekat dgn umah.. so, apelah salahnya setahun sekali dapat balik beraya dgn ibubapa aku di johor.. cuma utk raya pertama...

mak aku sejak kawin,duk dekat dgn mertua. tp,setiap tahun mak aku dapat beraya di umah nenekku. ayahku sgt bertimbang rasa dan memahami perasaan emak. so, knp tidak suamiku? hal ni,aku belum utarakan lg pada suami. susah jugak nak bawa berbincang hal2 menyentuh ttg parents ni.pasti dia lebih emosi...

esok last ramadan 2010..aku mmg rindukan Ramadhan.. dgn memujuk hati,aku fokus pd bulan mulia ini.. semoga ini bkn tahun terakhir buatku.dan,aku amat berharap agar tahun ini memberi seribu makna dalam hidup ku..khususnya bln Ramadan..

raya kali ni,terasa mmg kurg best. mukaddimah raya pn..mcm tercalit rasa duka.namun,realitinya aku hanya perlu bersabar sehingga raya keempat. hidup jd xde makna bila dihantui rasa sedih..tp,ini hanya sementara...ya Allah,bukakan padaku jalan kebahgiaan dunia dan akhirat. lapangkan dadaku dgn apa jua kehendakMu yg membawa kebaikan dan keredhaan..disisiMu..amin


kepada teman2 ..aku memohon maaf atas segalanya.diriku hanya insan biasa,tak kira apa jua yg pernah kukata...tak kira besar kecil idea..aku hanya insan yg tinggal di bumi hanya sementara... maafkan aku sepertimana dirimu jua ingin dimaafkan semua org..


terima kasih krn,menjadi sebahagian catatan perjalanan hidupku...

wassalam

Sunday, August 1, 2010

teori pembelajaran kanak-kanak: Albert Bandura vs Qudwah Hasanah

salam kasih sayang..

sedikit coretan dari saya.. mengenai Teori Albert Bandura juga dikenali sebagai teori Bandura.

Menurut Albert Bandura, kanak2 belajar sesuatu perkara melalui pemerhatian. Contoh mudah; kanak2 tgk cite ultraman,kemudian cuba jadi macam ultraman..buat gaya ultraman..

bagaimana aplikasi teori ini?

setiap teori mesti dipraktikkan, sb tujuan teori diwujudkan,atau dikaji adalah utk diaplikasi. para pemikir dan pengkaji bersusah payah utk memahami bagaimana kanak2 atau seseorg itu mempelajari sesuatu. tetapi, dgn hadirnya Islam..sebenarnya hal ini telah lama disediakan oleh Nabi kita sendiri. iaitu Nabi menggunakan konsep qudwah hasanah atau role model dirinya supaya menjadi contoh teladan yg baik. pendek cerita, kalau guru atau ibu bapa berkelakuan baik,maka anak2 akan meniru gaya mereka.tak mustahil kalau kita tgk kanak2yg petah bercakap, ibu atau bapa atau penjaganya adalah seorang yg talkative(peramah,banyak cakap).

malah,ada kanak2yg dijaga oleh orang Indon, akan bertutur seperti org Indon. secara mudah, ini hanya merangkumi aspek pertuturan.kalau dilihat aspek lain..seperti kelakuan, sifat peribadi,..maka secara xlangsung akan terikut2. contohnya,pemarah.. pendendam.. kalau kanak2 selalu dimarahi dan ditengking2..dirinya juga akan jadi garang..

peranan guru?
pertuturan :guna bahasa yg jelas,perkataan yg baik
perwatakan :lemah lembut,penyayang, berbudi bahasa, peramah..segala yg positif
pengajaran:menggunakan tulisan yg cantik supaya murid tulis cantik,cekap guna ICT dan cekap serta mahir guna bahan bantu mengajar supaya murid lebih cekap dan tidak slow semasa belajar
inilah sedikit perkongsian utk kali ni.wassalam..


seterusnya teori pembelajaran lain..akan menyusul kmdn..

Friday, July 2, 2010

the indeed Friends

A friend in need is a friend indeed
Good Looking ... proud of myself..hahaha

haha.. what a funny out there!!
smile as easy as 1, 2, 3....
candid!

i'm great! said diana..showing her finger..

hello.. peace..
im protecting my eyes...
actually, i have two eyes.. hiks..hiks
so sorry.. same pic maa...

from left : she is shima.. i always with her to college.. i always enjoy singing in her cute car,
maher zain songs..
mardiana... very easy going person.. we have our own "DOBI" project
raihanah.. the youngest among us.. always has blue and yellow ideas..hahaha
always colour our chit chatting with various colours of joking
mazni.. pinky girl.. my ex roomate.. very understanding

they are all known as.. gadis perasan.. hahaha
3 dara pingitan...hukhuk..
mmuahhsss!!



blue TUDUNG : kak tiqah.. always smile by your side..
guiding me to the right...
kak siti.. with green veil... very perfect teeth u have
and.. wada.. always give us free smiles.. non stop