Wednesday, November 30, 2011

percutian PERCUMA

alhamdulillah wa syukran lillah 'ala nikmatihi wa rizqihi~

seronok xterkata.. mmg indahnye hidup kalau semua free. mgkn kalau org beriman, inilah ganjaran besar di akhirat kelak. apa saje yg terlintas di fikiran.. terus dapat secara percuma.

kali ni aku ibarat menumpang tuah. atau.. mgkn juga aku ni BERTUAH? apepun.. kalimah ALHAMDULILLAH selayaknya. 4 hari 4 malam.. suatu tempoh yg agak bermakna buatku. sepanjang dr mula2 berkahwin, xpernah aku bpeluang bercuti atau honeymoon. kali pertama rasa gembira Allah izinkan aku jejakkan kaki dan hidup di Madinah. namun, peluang tu tidaklah aku manfaatkan sepenuhnya. byk perkara aku MISSED masa di sana. maklumlah.. baru kahwin dan br nk belajar bertatih membawa diri serta mencorak kehidupan sdri. masa pantas sekali. dgn anak yg masih kecil,, segala kesibukan belajar menjadi ibu dan isteri sekaligus merentap saat yg berlari.. namun, syukur pada Allah yg tidak pernah melupakan aku.. sentiasa Dia bg surprise demi surprise yg xpenah terlintas dalam pikiran.

bermula dari menjejakkan kaki ke sekolah suamiku.. seolah2 xpercaya. aku, suami dan Tasneem bergegas dan bsiap lebih awal. sblm ke Langkawi, aku siapkan semua pkara penting hal2 bisnes, supaya customer xttanya2 kemana aku mhilang. perasaan rindu pada muka buku... xdapat dibendung. namun aku nekad melupakan segalanya demi PERCUTIAN PERCUMA ini.

jam 9.30mlm, kami bkumpul di sekolah sblm menaiki bas. mukaku menebal krn aku xubah spt pengemis yg minta dikasihani. dan sgt malu bila diberi... namun, jauh disudut hati.. nk je terkam habuan yg diberi. mulanya Tasneem buat hal. silent protest ~mcm biasa. buat hal.. mmg aku hilg sabar.. tp, kejap aje..aku cuba gunakan psikologi kanak2 yg dipelajari. sambil ingt pesan emak.. "peluk je dia". akhirnya tasneem minta maaf."minta maaf,mama.. tasneem janji tak buat lagi, sambil mhulur tangannya yg cumil". terus je aku memaafkan sambil mmbuat bbrp syarat. "nanti kat sana mama belikan nem apa2.. tp, tasneem jgn mintak2.. kalau mama bg je boleh". Tasneem jawab, "mainan boleh?nanti mama belikan Tasneem mainan ke?'" sekali lagi aku mengulang.. menegaskan syarat utama "kalau mama bg je br boleh, ya.."

akhirnya.. setelah bkenalan bbrp guru.. aku menaiki bas. malam tu sakit kepala aku.. budak2 ni excited, maklumlah seramai 63org calon UPSR yg mendapat 5A di sponsor ke Langkawi. dan seramai 58 org yg pergi.. memenuhi 2 perut bas sekolah. murid2 ni lebih excited krn dapat bjumpa kawan2.. dan mrk pula setaraf semuanya geng2 yg dapat 5A.jd, dalam bas tu bising sehingga jam 4pagi.. itupun setelah cikgu pengiring sound mrk. suamiku spt biasa menjadi mat cool. dia mmg segan dgn guru2 tahun 6. sebenarnya semua guru yg pergi adalah guru2 yg mengajar Tahun 6 dan subjek UPSR. tetapi.. kebetulan suamiku ni btuah agaknye.. dia juga dipelawa dan tersenarai. sbnrnya tuah pd takdirnya krn menjadi guru lelaki. semua guru2 lain perempuan. jd, saat ini mmg lelaki diperlukan. lalu mrk memlilih suamiku..

mulanya aku merancang nk ikut rombongan bsama sekolahku. ke langkawi, bayaran RM195 seorg. selama 3 hari 2 malam sahaja. tetapi, sedihnya xdapat pegi krn suamiku terlibat dgn aktiviti murid ekspedisi mendaki bukit. nyaris juga aku nk ikut. tp mengenangkan assignment org xsiap2 jd aku cancel. bosan giler time suami xde. setelah tgu dia pulang, xsempat pula nk ke langkawi. namun, ujian Allah bjaya ku lalui. mgkn juga berkat kesabaran ku .. 2hari selepas tu..suamiku dpt msg.dipelawa ke langkawi FREE sb YB DATo' tanggung. sasaran 5A ialah 60 org. dan seramai 63 org bjaya.. melebihi sasaran.. maka dia sponsor semua.

inilah durian runtuh.. namanya. aku spt xpercaya. malah,, sgt btuah sb FREE. kami menaiki bas.. siap ada seat lebih. suamiku dapat duduk 2 seat, tasneem duduk seat satu dan aku pn seat satu. mmg selesa. sampai je kat sana.. kami ke TANJUNG MALIE RESORT. kami xbanyak menanya. suamiku lebih2 lagi berasa segan. sb free... dan bawa anak bini secara free juga. walhal xde kene mengena dgn sek dia. jd, perasaan segan mmg menebal. tanpa soal, kami hanya mengikut .. MA SYA ALLAH.. rasa nk terbang jer.. kami diberi kunci dapat tgl sebilik. dalam bilik tu ada 2 katil QUEEN. dilengkapi aircond, tandas pn complete ada pemanas air..dan ada tv. aku intai2 harga.. RM140 semalam. dan aku diberi 2 hari disana.bertuah sguh.. mmg tido lena.. keadaan sgt selesa.

beberapa tempat kami sempat melawat. kilang gamat.. mmg best. murah dan ada diskaun sehingga 50% barangannya. kami juga ke kedai batik.. banyak batik indon sgt murah. dalam kepala xpk ape2.. cuma ingt nk uruskan brg dibuat ole2 utk keluarga suami dan keluarga ku. jd, kami beli hampai 20 helai kain batik. tetiba ada cikgu tegur..banyaknye membeli. kang kene cukai.. dalam hati aku... "hah?cukai?".. lalu aku soal2 bbrp org. rupanya kain batik ni ada akta undang2 xleh kuarkan secara banyak dr langkawi ke luar. jd, untung nye kami.. kami agihkan kepada murid2 .. tolong bawakan. alhamdulillah lepas .. semua settle

petang tu, kami ke pantai.. mmg best.. cuma aku je xbermandi manda, cuma tasneem dan kawan2nya je yg mandi. murid2 semua mandi dorg mmg seronok xterkata. waktu makan.. 3 kali sehari. kami diberi makan secara PERCUMA. makanan juga sgt enak.. cukup semua nutrisi. wpn xsemewah hotel. tp, tgh lapar.. semua mmg sedap.ikan fresh!

hari berikutnya pagi2 lagi kami ke cable car. namun, kami xdapat menaikinya,krn cuaca agak berangin. last2... kami makan ice cream je kat situ. nk beli brg2 lain.. bukan itu tempatnya.MAHAL. kemudian, terus je kami ke makam mahsuri, beras terbakar, dan tempat buat crystal. mmg unik! pengalaman sguh bmakna. makan tghari sudah tiba. kami ke kedai makan IKAN JANTAN. kata Pak Ya pemandu bas.. kita akan makan ditempat ikan jantan sahaja. ikan betina tidak ada.. semua tercengang.. pak ya menyebut.. "IKAN BAKAR" oleh krn nama BAKAR itu lelaki.. maka, ikan tu IKAN JANTAN katanya. Pak Ya mmg baik dan sangat mencuit hati. di gerai makan,, kami dibenarkan ambil apa saje yg ada. semua FREE.. masa tu tgh lapar.. sempat suamiku ambil ayam bakar, ikan siakap bakar dan ikan kembung bakar.. dan aku pula,, ambil sotong sumbat masak kicap.. Tasneem makan penuh bselera.tgk makanan rasa nk macam2.. tp, xterdaya nk makan byk2. jd, xbanyak jugakla aku ambil. takut xabis membazir pula.. Tasneem pula, sambil makan.. sambil tangannya berselang seli.. masuk ke mulutnya dan masuk ke mulut kucing. dia bg kucing makan bsama.. katanya kasihan tgk kucing tu

pada waktu petang.. inilah masa ditunggu2.. kami ke IDAMAN SURI dan Haji Ismail Group. sedar xsedar.. abis 2 ribu duitku memborong pinggan mangkuk dan kuali.. mmg sgt2 murah.. aku beli kuali brand TEFAL.. periuk VISION, pinggan mangkuk CORRELL, dan mamgkuk masak dan hidang CORNINGWARE.. semua yg ada rasa tercengang je dan aku menjadi org terakhir. ada juga mulut2 yg laser kat aku. katanya.. da beli da... banyak ? ke, nk angkut satu kedai? hurm... sabar jela. masa aku sibuk memilih brg pn... ada yg cakap.. ala, akak beli aritu sama je harga ni.. kitorg main kutu.. xpayah keluar duit banyak2 sekaligus. jd, aku ni.. hurm.. IYE kan aje.. malas nk layan. sebelum sampai ke feri.. masa kat jeti pn.. ada cikgu pasang telinga perbualan aku dgn hafiz. aku kata benda lain, cikgu tu main menyampuk aje. dia kata.. haa tula,,, sape suh beli brg banyak2.. kali ni mmg aku sakit ati. napela ada jugak manusia camtu. bukan aku bli pakai duit mak bapak dia.. bukan aku suh dia angkut brg2 aku,, adeih.. dengki sguh. brg2 wpn banyak,. keadaan ok je masa bawa. sb pakai troli.. aku beli mmg khas utk angkat brg2..

hurm.. kesimpulannya.. semua BEST.. ASBESTOS~!!!

Saturday, November 19, 2011

kehidupan yg seadanya

assalamualaikum.. salam mesra pembuka bicara. buat diri sendiri memulakan langkah. da lama tak mengadap blog sejak adanya muka buku. dunia bisnes membuatkan aku cuma tahu pegi keje, balik keje, meniaga. dan sesekali mengadap anak dan suami. masa sungguh cemburu. bertukar2 tangan dan bertukar2 langkah. sambil ngadap fb jap2 ke dapur memasak. dan jap2 kemas umah. yg mana sempat aje. umahku xdela cantik mcm orglain. ni da mcm umah peniaga pn ada. masa utk tgk tv? hurm.. mmg takde langsung. yg ada, masa kerja di sekolah, masa memasak, mengemas umah, mengurus baju yg kotor sehingga bersih, bisnes, layan suami dan anak... itu sahaja. dan sesekali tepon emak. camtula rutin harianku..

tup2.. pejam celik, pejam celik.. Tasneem da pn mengakhiri persekolahannya utk tahun 2011. sepatutnya arini dia last day ada majlis konvo. kecik2 br usia 4tahun da konvo. hehe.. sedihnya baba takde dirumah. baba ada perkhemahan. da dua mgu berturut2 baba ke perkhemahan jer setiap hari sabtu ahad tiada di rumah. so, masa ni lah aku take over semua tgjwb thadap anak. mmg agak letih, dan paling xtahan.. aku rasa sunyi umah. xdapat ke mana2.. dan mmg terperuk je dalam umah. xsabar nk tgu 3 hari berlalu dgn pantas. tp, masa ni juga aku curi peluang utk buat asgnment. ada org nk upah aku 7 asgnment sekaligus. yg da bayar baru 3 asgnment. jd,, yg lain2 tu aku rasa mcm nk cancel pn ada. malasnye nk buat. tp, mengenangkan org minta tolg,, dan kebetulan aku tgh sangap.. bosan giler jd elokla dilayankan aje. sekurg2nya aku ada masa utk study. huhu~

sejak mlm td tasneem xsihat. batuk2 lak., da tau nk konvo,, ada persembahan pentas.. dia lak xsihat. tambah2 lagi baba tasneem takde. aku cukup malas dan mmg xde semangat langsung nk pegi. kene tumpang org lak tu.. adeih.. malas nk makan budi dgn org. tgk2.. pagi tadi keadaan tasneem mcm batuk xbrp ok.. jd, aku pk punye pk.. aku nekad malas nk pegi. gara2 tdo lewat mlm td,,, pagi ni tdo mati. xsedar kawanku call. nak ajak ke konvo sekali. last2 ber"konvo" di rumah jer.. lemah sguh jiwa ni kalau suami xde di sisi. dia pula, asyik sibuk dgn sekolah...

arini aku rasa malasnye nk masak. terutama baba tasneem xde dirumah, jd aku bg tasneem minum susu dulu. petang br aku masak. aku uruskan baju kotor, dan goreng keropok. kebetulan lauk daging dalam freezer ada lagi. jd aku panaskan jer.. kalau diikutkan, Tasneem ni mmg payah nk makan.kalau makan, mesti tekak aku membesar da macam speaker masjid.. marahkan dia.. suruh makan. susah sungguh! kadang2 aku mmg fed up krn tpaksa memaksa dia makan. tp, kalau xpaksa.. sampai bila dia nk bgantung dgn susu sahaja. jd, aku nk mudahkan kerja, aku umpan dia dgn petai. tasneem suka sgt makan petai. ada je ulam petai.. xpayah sakit kepala.. dia mesti makan banyak.. cucu atok Rosli lah katakan.. kuat makan petai.

teringat kata2 abah smlm di telefon. katanya da lama aku xjumpa cucu aku sorg tu. pastu aku cakap,,, nanti nk balik cuti ni. walhal mmg xtaula bila masanya. jd, ayahku menambah lagi.. petai skrg tgh banyak. ayahku mmg suka makan ulam petai dan jering. cuma da tua2 ni gigi xbrp cukup nk memamah jering. jd, dia banyak makan petai. kebetulan ayahku juga menanam pokok petai di kebun. jd, mmg fresh hasil ayah, kalau dia balik kebun pasti dia bawa pulang. gemuk2 dan mmg xkan jumpa petai begitu.. ayah tanam sdri, dan siap bubuh baja. jd, mmg puashati kalau makannya. sb itulah Tasneem mmg gemar sgt2 makan petai. sejak kecil, ketika aku ke maktab.. berkursus dan belajar, dia tpaksa tgl bsama nenek yg jauh. dan atuknya makan petai, tasneem pn pandai makan petai...

hm.. rindunya kat suami. semakin lama kawin semakin terasa kehangatan cinta. byk benda yg xserasi mula semakin serasi. kalau dulu xreti nk memahami.. skrg lebih cuba memahami dan btolak ansur. mgkn inilah yg dikatakan bahtera rumahtangga. bila datang ombak.. memang menggugat perasaan dan keimanan.. namun,, bila reda.. menjadikan perjalanan lebih manis dan indah.. semoga sntsa mendapat keberkatan dalam hidup...amin..