Wednesday, November 30, 2011

percutian PERCUMA

alhamdulillah wa syukran lillah 'ala nikmatihi wa rizqihi~

seronok xterkata.. mmg indahnye hidup kalau semua free. mgkn kalau org beriman, inilah ganjaran besar di akhirat kelak. apa saje yg terlintas di fikiran.. terus dapat secara percuma.

kali ni aku ibarat menumpang tuah. atau.. mgkn juga aku ni BERTUAH? apepun.. kalimah ALHAMDULILLAH selayaknya. 4 hari 4 malam.. suatu tempoh yg agak bermakna buatku. sepanjang dr mula2 berkahwin, xpernah aku bpeluang bercuti atau honeymoon. kali pertama rasa gembira Allah izinkan aku jejakkan kaki dan hidup di Madinah. namun, peluang tu tidaklah aku manfaatkan sepenuhnya. byk perkara aku MISSED masa di sana. maklumlah.. baru kahwin dan br nk belajar bertatih membawa diri serta mencorak kehidupan sdri. masa pantas sekali. dgn anak yg masih kecil,, segala kesibukan belajar menjadi ibu dan isteri sekaligus merentap saat yg berlari.. namun, syukur pada Allah yg tidak pernah melupakan aku.. sentiasa Dia bg surprise demi surprise yg xpenah terlintas dalam pikiran.

bermula dari menjejakkan kaki ke sekolah suamiku.. seolah2 xpercaya. aku, suami dan Tasneem bergegas dan bsiap lebih awal. sblm ke Langkawi, aku siapkan semua pkara penting hal2 bisnes, supaya customer xttanya2 kemana aku mhilang. perasaan rindu pada muka buku... xdapat dibendung. namun aku nekad melupakan segalanya demi PERCUTIAN PERCUMA ini.

jam 9.30mlm, kami bkumpul di sekolah sblm menaiki bas. mukaku menebal krn aku xubah spt pengemis yg minta dikasihani. dan sgt malu bila diberi... namun, jauh disudut hati.. nk je terkam habuan yg diberi. mulanya Tasneem buat hal. silent protest ~mcm biasa. buat hal.. mmg aku hilg sabar.. tp, kejap aje..aku cuba gunakan psikologi kanak2 yg dipelajari. sambil ingt pesan emak.. "peluk je dia". akhirnya tasneem minta maaf."minta maaf,mama.. tasneem janji tak buat lagi, sambil mhulur tangannya yg cumil". terus je aku memaafkan sambil mmbuat bbrp syarat. "nanti kat sana mama belikan nem apa2.. tp, tasneem jgn mintak2.. kalau mama bg je boleh". Tasneem jawab, "mainan boleh?nanti mama belikan Tasneem mainan ke?'" sekali lagi aku mengulang.. menegaskan syarat utama "kalau mama bg je br boleh, ya.."

akhirnya.. setelah bkenalan bbrp guru.. aku menaiki bas. malam tu sakit kepala aku.. budak2 ni excited, maklumlah seramai 63org calon UPSR yg mendapat 5A di sponsor ke Langkawi. dan seramai 58 org yg pergi.. memenuhi 2 perut bas sekolah. murid2 ni lebih excited krn dapat bjumpa kawan2.. dan mrk pula setaraf semuanya geng2 yg dapat 5A.jd, dalam bas tu bising sehingga jam 4pagi.. itupun setelah cikgu pengiring sound mrk. suamiku spt biasa menjadi mat cool. dia mmg segan dgn guru2 tahun 6. sebenarnya semua guru yg pergi adalah guru2 yg mengajar Tahun 6 dan subjek UPSR. tetapi.. kebetulan suamiku ni btuah agaknye.. dia juga dipelawa dan tersenarai. sbnrnya tuah pd takdirnya krn menjadi guru lelaki. semua guru2 lain perempuan. jd, saat ini mmg lelaki diperlukan. lalu mrk memlilih suamiku..

mulanya aku merancang nk ikut rombongan bsama sekolahku. ke langkawi, bayaran RM195 seorg. selama 3 hari 2 malam sahaja. tetapi, sedihnya xdapat pegi krn suamiku terlibat dgn aktiviti murid ekspedisi mendaki bukit. nyaris juga aku nk ikut. tp mengenangkan assignment org xsiap2 jd aku cancel. bosan giler time suami xde. setelah tgu dia pulang, xsempat pula nk ke langkawi. namun, ujian Allah bjaya ku lalui. mgkn juga berkat kesabaran ku .. 2hari selepas tu..suamiku dpt msg.dipelawa ke langkawi FREE sb YB DATo' tanggung. sasaran 5A ialah 60 org. dan seramai 63 org bjaya.. melebihi sasaran.. maka dia sponsor semua.

inilah durian runtuh.. namanya. aku spt xpercaya. malah,, sgt btuah sb FREE. kami menaiki bas.. siap ada seat lebih. suamiku dapat duduk 2 seat, tasneem duduk seat satu dan aku pn seat satu. mmg selesa. sampai je kat sana.. kami ke TANJUNG MALIE RESORT. kami xbanyak menanya. suamiku lebih2 lagi berasa segan. sb free... dan bawa anak bini secara free juga. walhal xde kene mengena dgn sek dia. jd, perasaan segan mmg menebal. tanpa soal, kami hanya mengikut .. MA SYA ALLAH.. rasa nk terbang jer.. kami diberi kunci dapat tgl sebilik. dalam bilik tu ada 2 katil QUEEN. dilengkapi aircond, tandas pn complete ada pemanas air..dan ada tv. aku intai2 harga.. RM140 semalam. dan aku diberi 2 hari disana.bertuah sguh.. mmg tido lena.. keadaan sgt selesa.

beberapa tempat kami sempat melawat. kilang gamat.. mmg best. murah dan ada diskaun sehingga 50% barangannya. kami juga ke kedai batik.. banyak batik indon sgt murah. dalam kepala xpk ape2.. cuma ingt nk uruskan brg dibuat ole2 utk keluarga suami dan keluarga ku. jd, kami beli hampai 20 helai kain batik. tetiba ada cikgu tegur..banyaknye membeli. kang kene cukai.. dalam hati aku... "hah?cukai?".. lalu aku soal2 bbrp org. rupanya kain batik ni ada akta undang2 xleh kuarkan secara banyak dr langkawi ke luar. jd, untung nye kami.. kami agihkan kepada murid2 .. tolong bawakan. alhamdulillah lepas .. semua settle

petang tu, kami ke pantai.. mmg best.. cuma aku je xbermandi manda, cuma tasneem dan kawan2nya je yg mandi. murid2 semua mandi dorg mmg seronok xterkata. waktu makan.. 3 kali sehari. kami diberi makan secara PERCUMA. makanan juga sgt enak.. cukup semua nutrisi. wpn xsemewah hotel. tp, tgh lapar.. semua mmg sedap.ikan fresh!

hari berikutnya pagi2 lagi kami ke cable car. namun, kami xdapat menaikinya,krn cuaca agak berangin. last2... kami makan ice cream je kat situ. nk beli brg2 lain.. bukan itu tempatnya.MAHAL. kemudian, terus je kami ke makam mahsuri, beras terbakar, dan tempat buat crystal. mmg unik! pengalaman sguh bmakna. makan tghari sudah tiba. kami ke kedai makan IKAN JANTAN. kata Pak Ya pemandu bas.. kita akan makan ditempat ikan jantan sahaja. ikan betina tidak ada.. semua tercengang.. pak ya menyebut.. "IKAN BAKAR" oleh krn nama BAKAR itu lelaki.. maka, ikan tu IKAN JANTAN katanya. Pak Ya mmg baik dan sangat mencuit hati. di gerai makan,, kami dibenarkan ambil apa saje yg ada. semua FREE.. masa tu tgh lapar.. sempat suamiku ambil ayam bakar, ikan siakap bakar dan ikan kembung bakar.. dan aku pula,, ambil sotong sumbat masak kicap.. Tasneem makan penuh bselera.tgk makanan rasa nk macam2.. tp, xterdaya nk makan byk2. jd, xbanyak jugakla aku ambil. takut xabis membazir pula.. Tasneem pula, sambil makan.. sambil tangannya berselang seli.. masuk ke mulutnya dan masuk ke mulut kucing. dia bg kucing makan bsama.. katanya kasihan tgk kucing tu

pada waktu petang.. inilah masa ditunggu2.. kami ke IDAMAN SURI dan Haji Ismail Group. sedar xsedar.. abis 2 ribu duitku memborong pinggan mangkuk dan kuali.. mmg sgt2 murah.. aku beli kuali brand TEFAL.. periuk VISION, pinggan mangkuk CORRELL, dan mamgkuk masak dan hidang CORNINGWARE.. semua yg ada rasa tercengang je dan aku menjadi org terakhir. ada juga mulut2 yg laser kat aku. katanya.. da beli da... banyak ? ke, nk angkut satu kedai? hurm... sabar jela. masa aku sibuk memilih brg pn... ada yg cakap.. ala, akak beli aritu sama je harga ni.. kitorg main kutu.. xpayah keluar duit banyak2 sekaligus. jd, aku ni.. hurm.. IYE kan aje.. malas nk layan. sebelum sampai ke feri.. masa kat jeti pn.. ada cikgu pasang telinga perbualan aku dgn hafiz. aku kata benda lain, cikgu tu main menyampuk aje. dia kata.. haa tula,,, sape suh beli brg banyak2.. kali ni mmg aku sakit ati. napela ada jugak manusia camtu. bukan aku bli pakai duit mak bapak dia.. bukan aku suh dia angkut brg2 aku,, adeih.. dengki sguh. brg2 wpn banyak,. keadaan ok je masa bawa. sb pakai troli.. aku beli mmg khas utk angkat brg2..

hurm.. kesimpulannya.. semua BEST.. ASBESTOS~!!!

Saturday, November 19, 2011

kehidupan yg seadanya

assalamualaikum.. salam mesra pembuka bicara. buat diri sendiri memulakan langkah. da lama tak mengadap blog sejak adanya muka buku. dunia bisnes membuatkan aku cuma tahu pegi keje, balik keje, meniaga. dan sesekali mengadap anak dan suami. masa sungguh cemburu. bertukar2 tangan dan bertukar2 langkah. sambil ngadap fb jap2 ke dapur memasak. dan jap2 kemas umah. yg mana sempat aje. umahku xdela cantik mcm orglain. ni da mcm umah peniaga pn ada. masa utk tgk tv? hurm.. mmg takde langsung. yg ada, masa kerja di sekolah, masa memasak, mengemas umah, mengurus baju yg kotor sehingga bersih, bisnes, layan suami dan anak... itu sahaja. dan sesekali tepon emak. camtula rutin harianku..

tup2.. pejam celik, pejam celik.. Tasneem da pn mengakhiri persekolahannya utk tahun 2011. sepatutnya arini dia last day ada majlis konvo. kecik2 br usia 4tahun da konvo. hehe.. sedihnya baba takde dirumah. baba ada perkhemahan. da dua mgu berturut2 baba ke perkhemahan jer setiap hari sabtu ahad tiada di rumah. so, masa ni lah aku take over semua tgjwb thadap anak. mmg agak letih, dan paling xtahan.. aku rasa sunyi umah. xdapat ke mana2.. dan mmg terperuk je dalam umah. xsabar nk tgu 3 hari berlalu dgn pantas. tp, masa ni juga aku curi peluang utk buat asgnment. ada org nk upah aku 7 asgnment sekaligus. yg da bayar baru 3 asgnment. jd,, yg lain2 tu aku rasa mcm nk cancel pn ada. malasnye nk buat. tp, mengenangkan org minta tolg,, dan kebetulan aku tgh sangap.. bosan giler jd elokla dilayankan aje. sekurg2nya aku ada masa utk study. huhu~

sejak mlm td tasneem xsihat. batuk2 lak., da tau nk konvo,, ada persembahan pentas.. dia lak xsihat. tambah2 lagi baba tasneem takde. aku cukup malas dan mmg xde semangat langsung nk pegi. kene tumpang org lak tu.. adeih.. malas nk makan budi dgn org. tgk2.. pagi tadi keadaan tasneem mcm batuk xbrp ok.. jd, aku pk punye pk.. aku nekad malas nk pegi. gara2 tdo lewat mlm td,,, pagi ni tdo mati. xsedar kawanku call. nak ajak ke konvo sekali. last2 ber"konvo" di rumah jer.. lemah sguh jiwa ni kalau suami xde di sisi. dia pula, asyik sibuk dgn sekolah...

arini aku rasa malasnye nk masak. terutama baba tasneem xde dirumah, jd aku bg tasneem minum susu dulu. petang br aku masak. aku uruskan baju kotor, dan goreng keropok. kebetulan lauk daging dalam freezer ada lagi. jd aku panaskan jer.. kalau diikutkan, Tasneem ni mmg payah nk makan.kalau makan, mesti tekak aku membesar da macam speaker masjid.. marahkan dia.. suruh makan. susah sungguh! kadang2 aku mmg fed up krn tpaksa memaksa dia makan. tp, kalau xpaksa.. sampai bila dia nk bgantung dgn susu sahaja. jd, aku nk mudahkan kerja, aku umpan dia dgn petai. tasneem suka sgt makan petai. ada je ulam petai.. xpayah sakit kepala.. dia mesti makan banyak.. cucu atok Rosli lah katakan.. kuat makan petai.

teringat kata2 abah smlm di telefon. katanya da lama aku xjumpa cucu aku sorg tu. pastu aku cakap,,, nanti nk balik cuti ni. walhal mmg xtaula bila masanya. jd, ayahku menambah lagi.. petai skrg tgh banyak. ayahku mmg suka makan ulam petai dan jering. cuma da tua2 ni gigi xbrp cukup nk memamah jering. jd, dia banyak makan petai. kebetulan ayahku juga menanam pokok petai di kebun. jd, mmg fresh hasil ayah, kalau dia balik kebun pasti dia bawa pulang. gemuk2 dan mmg xkan jumpa petai begitu.. ayah tanam sdri, dan siap bubuh baja. jd, mmg puashati kalau makannya. sb itulah Tasneem mmg gemar sgt2 makan petai. sejak kecil, ketika aku ke maktab.. berkursus dan belajar, dia tpaksa tgl bsama nenek yg jauh. dan atuknya makan petai, tasneem pn pandai makan petai...

hm.. rindunya kat suami. semakin lama kawin semakin terasa kehangatan cinta. byk benda yg xserasi mula semakin serasi. kalau dulu xreti nk memahami.. skrg lebih cuba memahami dan btolak ansur. mgkn inilah yg dikatakan bahtera rumahtangga. bila datang ombak.. memang menggugat perasaan dan keimanan.. namun,, bila reda.. menjadikan perjalanan lebih manis dan indah.. semoga sntsa mendapat keberkatan dalam hidup...amin..

Thursday, September 15, 2011

rindu yg menyapa






seronoknya rasa dihati.. aku bertemu dia, dan bbrp perbualan antara kami blaku. entah mengapa aku menjadi rindu kepadanya. kenangan lalu menggamit rasa.. "takpela, elok awak belikan jubah tu utk isteri awak, kataku kepadanya". memandangkan dia kini sudah berteman, aku bukan lg prioritinya. mgkn dia tidak sedar, tapi elok juga aku yg menyedarkannya, bisik hati kecilku. akhirnya br dia tfikir.. wpn niat dihatinya ikhlas utk beri sesuatu yg tbaik buatku, namun pelawaannya sudah memadai buatku. tenang sekejap.. dia terus blalu..

tetiba telingaku terdengar semakin kuat alunan muzik Barat. badanku terasa bisa2 seketika. ke kanan, dan ke kiri.. mukaku mula berasa panas. cahaya memancar terus ke mataku.. anak mataku yg mengecil mula mencuri ruang utk melihat sekeliling. terasa sejuk kulit tangan dan terasa gatal pula kulit kakiku.. sah!kerja nyamuk mencari rezeki. perlahan-lahan.. aku mulai sedar. rohku menjejakkan kaki dibumi yg nyata. rupa-rupanya aku bermimpi tadi.

bila buka mata, betul2 skrin netbook berada dimukaku. macamana ler xpanas..adeih.. bisik hatiku lagi. astaghfirullahal'azim.. cepat je tanganku mencapai butang keyboard utk membaca msg2 yg ditinggalkan oleh rakan2 fb. ada org nk order habbatussauda rupanya. aku da ter"missed" gara2 tertidur td. sang TV LCD semakin rancak menyanyikan lagu omputih yg bagiku.. mmg sengal giler2 lagu entah apa2 yg sedang blangsung. bosan sguh bunyinya mamat hitam ni nyanyi ala2 hip-hop. terus aku x mengendahkannya, sb itulah pengubat kesunyian aku utk membuat keje. kalau harapkan teman hidupku.. mrk berdua da lama melenakan diri dgn aman dan tenang. jenis tidur awal.. cukup masa.. tido ler si bapa dan si anak.

entah apa2 yg aku mimpi td... adeih.. xsudah2 dgn si mamat tu. kali ni entah apa motif mimpi xtaula aku. ada2 je si setan ni mengusik aku. geram juga.. tp, suka juga.. hihihi.. rindu sungguh pd kawan lama. dia mmg baik.. dan mmg amik berat kat aku satu masa dulu. tp, cukupla utk satu masa dahulu.. skrg masing2 da ada kehidupan sndiri... dan inilah jalan tbaik yg Allah pilih khas buat kami. dan alhamdulillah sama2 bahagia.. wpn dia ada di alam maya.. tp,, sekadar teman maya yg jauh. cukup sekadar wujud.. aku pn xde nk amik kisah hal dia. tp, sesekali bila tmimpi terasa rindu juga pd persahabatan yg pernah terjalin satu masa dahulu. STOP!

mesti org pelik pd post aku kali ni. entah ape2 aje aku merapu sejak mula jari ni bgerak. sebenarnya, yg mendatangkan idea adalah dr seorg duda beranak 2. aku minat membaca penulisannya. jelas sekali ceritanya real dan sangat menarik. membawa fikiranku terus utk melayani blog nyer.. setiap inci penulisannya membuat aku berada dalam situasi dia. kasihan.. dan terasa sepi dihati bila mengenangkan keadaan dia yg aku pn xtau nk bantu camne. cuma,aku mendoakan semoga teman istimewa akan hadir dalam hidupnya segera.. mudah2an Allah bantu dia merungkai kesepian yg melanda. bukan mudah mengharungi alam duda.. dan ada anak 2 serta tpaksa mengikut bbrp jadual dan rutin yg agak tidak bertoleransi dgn diri. nak taknak.. kene redha, dan tabahkan hati.

tanganku masih sakit. tp, alhamdulillah xseteruk bbrp jam yg lalu. penyakit ganglion semakin membesar dan enak sekali berada kat sendi pergelangan tanganku.. namun, krn bisnes.. ku gagahkan diri. kalau sikit usaha, sikit hasilnya. silap2 bukan sikit hasil, malah modal pn xlepas. so,, aku teruskan bisnes aku.. syo tu mmg syok.. tp, agak sibuk. mujur juga tuition arini dibatalkan, gara2 open house sana sini dan keje yg melambak2.. aku mmg semacam da malas nk ngaja tuition math and science. aku lebih sng duk umah merehatkan diri. da puas bisnes sblm ni.. dan aku suka melayan diri di rumah. customer aku juga adalah teman2 rapatku.. byk org aku mula mengenali dan mula menjalinkan psahabatan. mmg best!

hah.....? 3.39 pagi? sedapnya melayan tido td. terbuai2 dgn mimpi dan badanku mmg segar bila bangun. seharian aku bekerja. lepas balik sekolah sampai sblm tertido.. aku keje memanjang. nk layan TV pn xjd. arini ramai customer order tudung. ada yg sampai 6 helai.. dan stok tudung yg aku amik smlm da nk habis dibeli cikgu sekolah dan online customer. cuti 3 hari.. mmg berbaloi!! inilah masa aku nk pulun abis2 ngadap laptop. kalau tidak.. customer asyik tertunggu2 je..

serabut kepala ni.. gara2 malas nk tukar channel TV. alunan muzik barat yg bengong menusuk saraf otakku. rasa nk je tembak penyanyi tu..(padahal aku yg salah, malas nk gerakkan tangan mencapai remote control).

sejuknya... tidola aku bsama tudung2 ngantuk belom hilang lg.. assalamualaikum semua~wassalam.. semoga esok terbaik! stok kene tambah, dan kene urus packing brg..

Saturday, August 20, 2011

seronok!!excited!!

directly to the content .. alhamdulillah syukur pd ALlah akhirnya ketemu jua aku dgn insan yg aku rindui,setelah lama berpisah n lost contact.. xsalah naluriku selama ini... benarlah dia org nyer...

kawan lama.. teman lama.. sahabat lama.. susah dia ada.. time aku senang dia ada juga. tp, rasanya dalam banyak2 kawan... aku rasa mmg xleh pisah jiwa ni dgn dia. entah kenapa selalu ingt kat dia. rupanya dia pn ingt kat aku.cuma masa dan ruang xmengizinkan kami bersama spt dahulu. teringt masa belajar dulu.. aku rasa aku ni antara org yg kesepian xpunya sesiapa. entah cemana datang dia ni mendekati aku. xsangka sejarahnya lama.. wpn lambat.. bibit2 persahabatan.. tp,, akhirnya dalam banyak2 sahabat yg aku jumpa.. kali ni mmg berbeza. seorg yg sgt sederhana, menjadi telinga utk aku luahkan segala cerita dan kisah ceria duka..

hari ini aku bertemu dgn dia. tp, mgkn juga harini terakhir jumpa dia.. at least da jumpa.. lega. kdg2 rindu sgt2.. tp jumpa jauh2 pn okla.. drp lenyap camtu je...






Thursday, August 11, 2011

bunga2indah..

assalamualaikum... to all my reader.. lama sguh x ber blogging... ingatkan aku sorg je sedar.. rupanya ada jugak org2 yg menyedari ketidakwujudan aku dalam blog usang ni(sambil membayangkan tangan menepis sarang2 labah2yg memenuhi dan menutupi coretan2lalu)..

sekejap je masa.. tup!tup! da pose.. malah, da masuk pertengahan Ramadhan pn. kali ni cam best jer puasa.. wpn penuh dgn konflik(bukan cornflakes)... life must go on.. so, slowly aku mencari sesuatu utk diisi dalam jiwa ni.

kadang2 terfikir juga aku.. benarkah perkahwinan mampu membahagiakan? benarkah suami mampu membimbing isteri? benarkan org yg belajar agama mampu menjadi pemimpin terbaik? sambil termenung panjang... aku menemui jawapan. xsure ler jawapan aku ni sume vote ke,, tak.. hehehe... setelah aku hidup 29 tahun ni, ramadhan kali ni membuka sedikit kematangan dalam diri. pencarian ku selama ini rupanya tidak pernah bhenti. tak kiralah dgn siapa seseorg itu kahwin.. yg pntg siapakah yg menjadi teman dirinya.. mgkn kawan, mgkn suami, mgkn anak, mgkn ibu... sekiranya baik org itu, maka haruman kasturi nye pasti menghinggap kat diri kita. jika buruk dan busuk org itu... baunya juga pasti melekat kat kita. kalau tak melekat pn,, mgkn kita akan dpt menghidunya..

dalam dunia ni, pertama kita kene sayangkan diri sdri.. kalau bab nk menjaga diri (rohaniah), kene jaga diri sdri, syg diri lebih dr segalanya. tp, kalau bab zahiriah... mmg xnafikan, kene utamakan orglain daripada diri sdri. maksudku cenggini... kalau blaku sesuatu keburukan pd diri kita, samada sahsiah, amal ibadat, atau apa2 berhubungan dgn Allah.. maka kita kene sayang diri kita lebih dr segalanya. pelihara diri kita dan jauhi maksiat2 yg ada. semampu yg boleh. dan banyakkan bsandar pd Allah dan ingt Nya.. jgnla kita sayangkan insan lain, sehingga tergadai maruah diri dan agama. xkira ler siapa insan tersebut. sb itulah.. kene sayangkan diri. kalau sayang diri, kita akan jauhi dan takut utk mendekati maksiat2. tp, kalau sayangkan orglain.. mgkn kt lakukan maksiat krn memenuhi kehendak dan menggembirakan org lain...

(paham ker ayat aku ni?) da mcm falsafah zaman yunani lak.. hehehe

setelah bkahwin, kdg2 hidup byk bgantung pd suami. terutama sbg isteri.. tp, sbnrnya aku silap. hidup kita xkira dgn sesapa.. yg pntg pgantungan pd Allah dan Rasul. suami tu,, no 3... sb apa aku cakap cmtu? sb bukan semua suami mampu membimbing isteri.. malah, nk jadikan contoh pn.. sbnrnya xramai jugak ler yg boleh jd contoh.. kalau ler suami tu boleh jd contoh,,, mgkn aku leh nyatakan ciri2nya.. 1) yg jaga solat dan ibadah wajibnya ~rajin solat di masjid spt nabi dan para sahabat (2) rajin menghadiri majlis2 ilmu~bawa anak isteri atau paling koman praktiskan ilmunya (3) bersikap adil dan tidak mementingkan diri ~sentiasa membelanjakan harta khususnya dalam menjaga kebajikan isteri dan anak serta keluarga (4) tidak mengungkit segala pengorbanan dan pemberian (5) pndai membimbing dan mentarbiyah isteri dgn kasih sayang dan ikhlas krn cintakan isteri krn Allah dan Rasul (6) sabar dgn karenah isteri dan anak2

banyak ler lagi .. xtersebut kalau nk disebut tu. huhu.. dan yg paling pntg juga pndai menjadi ketua keluarga dan laksanakan tuntutan nafkah zahir dan batin.. hhuuhu.. berat tu..

kalau semua ni takde...aku rasa,, pkahwinan akan jd hambar dan takde makna ...

td aku ke masjid.. setelah lama hidup, da lama juga xberbuka di masjid. entah kenapa.. alhamdulillah allah membawa hati aku nk ke masjid. seronoknya .. da lama xke masjid, sejak kawin ni.. busy dgn urusan umah, dan jiwa terkadang rasa sepi dgn pengisian rohani. wpn ceramah boleh didengar kat tenet ni.. xsama dgn ke masjid. berjalan... menghirup udara luar, bertafakkur,,, dan melepaskan energy yg terlebih2 nie.. pastu, masuk masjid.. da rasa aura nyer... ditambah lg dgn pengisian yg xputus2..

masa bbuka td, aku mula2 beli nasi dan air 3 cup(tamaknye aku.. tp, haus..bisik hati kecik). tak pernah aku bbuka di masjid. sejak hidup da 2 hari buka puasa sorg2 kat umah.. hari ketiga nye aku nekad buka di masjid. lepas je pos brg customer.. aku terus beli makanan kat depan umah, dan bjalan ke masjid.. bila nk bbuka.. muncul 5,6 org budak2 pompuan.. pastu emaknya, pastu neneknya.. xramai yg dtg.. rupanya mrk nk bbuka di masjid juga. sempat aku bkenalan dgn mereka.. seronok sgt2!! terpancar ketenangan .. nuur saakinah! mrk org kampung.. anak ramai.. bila ku tanya,, biasa buka di sini? ya, katanya. kat umah masak ke? takla.. makan kat sini jer.. balik pas solat tido dan sahur br makan lagi. ma sya Allah! takjub aku mendengarnya.. sblm ni biasa org makan dan asyik makan xhenti2.. kalau buka di masjid pn, mesti da masak kat umah.. tp, kali ni berbeza sekali.

katanya lagi.. "kami mmg selalu buka puasa kat masjid, satu family.. dgn anak2 semua.. sb pas azan, bbuka, anak2 terus solat bjemaah. kalau bbuka di rumah, biasanya dorg ni leka, asyik makan jer.. solat pn lengah2.. " mantap!!!! kulihat hidangan yg ada.. rupanya pihak masjid ada sediakan makanan .. tp, cukup sederhana.. mrk makan apa yg ada.. itulah rezeki mrk.. kalau org sedekah lebih,, lebih byk lg yg ada. td, yg ada cuma pisang,kuih gula melaka(ondeh2), air kopi O panas(sedap sguh!), nasi lemak, dan harini ada org tambah sedekah maka ada nasi lauk sotong... dan satu lg air mineral. serba sederhana kurasa.. biasanya aku puasa sblm2 ni.. kuih muih je da 4,5 jenis.. xkira lauk dan desert2lain.. air pn berjenis2.. penuh 1 meja. walhal yg makan bertiga jer.. kali ni, cukup mbuatkan aku teringt keadaan masa bbuka di masjid nabi dulu. ma sya Allah... rindunye.. dan lebih buat aku sedar.. inilah hakikat Ramadhan. apa lah erti makanan ni semua.. ketaqwaan n tarbiyah itu jauh lebih bmakna..

aku rasa sayu dan rasa rendah diri.. kerdil nye aku dgn hamba2 Allah spt mrk.. wpn mrk cukup qanaah dan wasatiah.. bahagia sungguh hidup mrk. dgn Ramadhan almubarak ni.. sayang, ini bulan termulia dari segala bulan...bisik hatiku kepada diri ini" ya allah... didikla hambaMu ini dgn hidayahMu. sblm ni hidup aku cuma, balik keje,, duk umah, esoknya keje.. dan balik umah.. itu sahaja. xpernah bsosial dgn jiran2... sb aku mmg jenis suka duk umah. mcm malas nk borak2.. suka wat hal sdri... bila di masjid,,, seronok, dapat kenal dgn isteri imam masjid.. dan yg lain2.. suka sesangat dapat kawan baru, yg baik.. dan mmg sgt2 menerimaku. mrk ajak aku datang lagi bbuka bsama2.. pesannya.. xpayah beli apa2.. sini byk makanan. aku jawab, yela,.. in sya allah.. mmg best juga buka di sini. sblm ni xpernah, sb tu beli makanan ingatkan saya bbuka sorg arini.rupanya mmg ada org yg tetap bbuka di masjid ni. pasni, kalau boleh nk bbuka di masjid.. terus solat maghrib, isyak, dan tarawih.. imam jemputan khas... ma sya Allah,, bacaannya cukup indah.. rindunya suasana begini... sesekali, teringt juga pd Tasneem... semoga Allah melindungi dan memberi kebaikan kepada anakku xkira dimana dia berada.

bila pulang ke rumah, Tasneem buka pintu.. mama da balik, katanya.. mama,mama pegi mana? mama tersenyum sendirian. tasneem memeluk mama, " rindu mama,, sayang mama.." ~bisik hati, mama juga rindu sgt2 kat neem.. ku hulurkan pisang 2 biji dan air mineral kat Tasneem. dia senyum lebar dan matanya penuh makna... menjelaskan 1001 perkara yg xsempat nk dicerita.

"hidup ini banyak bunga2 yg indah.. jika tidak dipetik sekalipun.. hidulah baunya .. kewujudanNya akan muncul dihati"