Friday, May 2, 2008

Makan Guna Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang...... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

Kedai Makan oi!

Amin masuk ke dalam restoran itu... Sebelum dia hendak memesan apa2 makanan , dia periksa kocek nya..
namun hanya ada rm0.70.. Dia panggil pelayan itu...Lalu Amin bertanya harga air kosong sejuk dan panas berapa harganya?

Pelayan:Air sejuk rm1.40 dan air panas rm0.70
Amin :Kasi saya air panas satu

Lalu pelayan itu memberi Amin satu air panas...Tanpa ragu2 , Amin dengan laju meneguk air yang panas itu . Pelayan itu terkejut lalu bertanya kepada Amin .

Pelayan:Encik..kenapa encik minum laju2??
Amin :Kalau lambat minum , air itu jadi sejuk....nanti saya kena bayar awak rm1.40 pula...
Pelayan:....

TOYSRUS

Gambar2 ni sempat aku tgkap masa family aku n family Niza ke Toysrus yg baru dibuka kat Madinah ni. Bangunan ni mmg besar dan terletak dlm Hyper Panda nye bangunan. Mcm bersambung kot. Kat sini barang2 semua permainan kanak2 pelbagai peringkat umur. Semua blh dikatakan canggih2 dan mmg mahal giler2.. bayangkanlah, bola getah yg aku penah beli kat tepi jalan kawasan Masjid Nabi harganya cuma 5 riyal, kat Toysrus ni harganya 19 Riyal. Tak ke mahal namanya.. kalau nk bandingkn kualiti.. mmg sama. Sebijik sebijan je rupanya..
Kat sini aku beli brg Tasneem gitu gini je abis dlm dekat 50 riyal jugak. Tu pn yg murah2 je.. Cuma, aku sempat beli buku utk Tasneem study. Yg mahal2 semua tu, aku bg Tasneem main je sambil window shopping. Tak beli pon..
Hm.. mmg geram je tgk mainan kat sini. Mgkn ni tempat anak2 org kaya berhibur kot. Mcm aku ni, cuci mata blh la.. Kat sini mmg lengang. Pelanggan blh kira dgn jari je.. Mgkn sbb terlalu mahal.. tu yg tak ramai bkunjung ke sini.
Belon Tasneem ni warna putih. Dgr kata penjual, harganya 10 riyal. Mahal giler.. tp Tasneem dapat free je belon ni sbb aku beli buku utk dia, pastu penjual tu bg hadiah je. Dia kata "baluuna" iaitu BELON ler..
Tasneem ni payah betul nk tgkp gambar dia. Susah nk pandang kamera, kalau dah asyik tgk benda2 pelik kat sekeliling dia, langsung dia bt tak heran je kt panggil.. mcm2 la anak mama ni.
Masa ke sini, Tasneem sbnrnya baru lepas kene cucuk vaksin MMR. Sempena umur dia dah setahun. Dia kene cucuk ni harganya dapat murah la jugak dr biasa. Harganya 120 Riyal=RM103. Duit Msia skrg naik, kalau tukar ke riyal.. jumlahnya lebih kurg RM100=117Riyal. Jd, oleh krn aku bajet duit cucuk dia 200, maka oleh sbb dpt diskaun, maka dapatla beli mainan Tasneem. Lepas je Toysrus, kami singgah ke Hyper Panda jap cari lauk. Maklumla, stok dapur dah takde.. cuma nk beli baju Tasneem tak sempat. Hari pn makin lewat malam. Tasneem keletihn n ngantuk..

Thursday, May 1, 2008

Kucing & Tenggiri

Ini gambar Tasneem
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan... dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi daripemiliknya?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat daripetisurat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut...
kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

wasiat terakhir suami

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun... "
Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama
ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.
Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."