Monday, June 22, 2009

Teknik mengajar anak bcakap?

Harini baba Tasneem masuk Maktab. Jam 5 pagi(fuyyoo!!believe it or not!) awal pagi lagi baba Tasneem dah kuar ke Maktab bersama abah n mama(mertuaku). smlm aku pn tdo agak lewat, menyusun sijil n borang2 husband tersayang. Mcm2 yg dibawanya...instant drink, meehun segera(semua makanan segera), berus, sabun basuh baju, shower foam, syampu, n semua peralatan utk stay about 2 weeks dibawanya. utk daftar ni, wajib pakai songkok, kemeja lengan panjang(putih), tali leher, suar slack, n kasut(semua warna gelap). penampilan mmg kene jaga, kalau tak mmg tak blh daftar. aku tak dpt teman suami, sb aku mengajar harini(isnin).

Bermula harini aku duk umah sorg. siang, malam, pagi petang, aku bebas sepenuhnya. hihi.. teringat lak cite "HOME ALONE". mlm ni, tak taula.. ake kecut perut ke tak.. tp yg pastinya, aku tetap kene duk sorg. hujung mgu ni baba Tasneem n Tasneem akan pulang. Tasneem pulang dgn nenek yg dtg dr Segamat.

Baru ni, aku balik Segamat bertiga. Cuma naik bas je(takde transport sdri). tp, best jugak! sb tasneem dah besar, dia suka duk dlm bas. dia mcm hairan je. Aku ajar dia ckp "kita nak balik kampung. Umah nenek Sukinah(nama emak aku). kita naik "hafilah." Tasneem blh sebut "hafilah." tasneem alhamdulillah skrg dia dah berumur 2 tahun 2 bln n dia dah fasih ckp mcm2. dgn memek muka dan gaya dia bckp mmg lucu sgt2. penuh dgn emosi n body language tu boleh dpt full mark lah!

Tasneem dah besar.. dia dah reti nyanyi lagu buai laju2 sampai pokok sena, apa dlm baju, sekuntum bunga cina.. dia dah lama hafal n suka sgt la nyanyi lagu tu. tasneem skrg dah tak pakai pampers kecuali masa tdo.. nak berak n kencing dia ckp. dia dah tak terkencing merata2.. dan ini mmg agak menjimatkan kos pampers. cuma susu dia mmg kuat sb nasi dia kurang mkn. tp aku tetap bg dia makan lauk, buah2an dan apa yg dia nak ler.. dia makan ikut mood. tp yg pasti dia suka sup2.. tasneem ni kalau pakai kasut or selipar, mmg tak terbalik, dia pn dah reti main basikal.. kayuh punyela laju, dan dah reti berkawan sb jiran2 n murid2 yg aku ajar ngaji selalu main dgn dia. cuma, dia mmg tak blh tgk baby. habis diterkamnya sb geram, kot!

aku sbnrnya rindu kat Tasneem. selalu aku bt gaya dia bcakap, sb mulut dia agak riuh juga! kalau pegi umah mama tok(mertuaku), setiap kali nk balik, dia akan mintak duit! hihi.. dgn org lain dia tak mintak. tp dgn mama tok dia, dia suka mintak duit.

dulu bila menyusu botol, Tasneem suka main rambut org yg bg susu botol tu kat dia. selalunya, rambut mama n baba dia yg jd mangsa. Tp tadi, nenek dia kata dia skrg dah ubah tabiat tu. kali ni dia lak suruh org gentel rambut dia. herm.. lawak je. ada2 je dia tu..

Tasneem skrg dah reti baca doa naik kenderaan. wpn ada yg tputus2 tp bila kita baca, dia blh sambung lah jugak.. tu yg kelakar sket. mcm tak caya je. tp benda ni kene selalu dibacakan spy dia lg cepat ingt.

antara teknik supaya anak ckp cepat ialah;
1. selalu berkomunikasi dgn anak2 dgn bahasa yg fasih dan sebutan yg betul(bkn pelat)
2. hendaklah pandang pd matanya bila bercakap. pandang pd muka dan ajak dia sebut perkataan tu berulang kali. tp jgnla sampai dia jemu
3. kene ajar secara bperingkat2, bkn menyebut ayat1 yg panjang. bermula dgn menyebut kalimah, kemudian ditambah 2 kalimah, kmdn ayat2 ringkas, dan ayat2 bersambung.
4. mesti selalu tanya ttg kalimah, ayat yg telah diajar.
5. mesti sebut dgn nada riang gembira, bkn marah2
6. pd peringkat awal, jgn putus asa utk kenalkan dia dgn apa2 disekeliling dia. tunjuk benda yg berada di sekeliling dia, lebih berkesan bbanding gambar dlm buku2, terutama bg budak yg aktif
dan tidak suka blaja secara formal.
7.jgn sesekali paksa dia menulis atau mewarna atau bt apa2 yg dia mmg tak suka. tetapi, tanamkan rasa suka dgn melukis sambil menyanyi ttg apa yg dilukis supaya dia rasa tertarik
8. sebaik2nya bg dia bergaul dgn kanak2 yg lebih dewasa drp dia krn ini bkn shj dpt mengajar dia bcakap, tp dpt mengajar dia cara bersosial.
9. jika dia sudah mahir menyebut ayat(ada 3,4, perkataan), tambahkn perkataan itu.. dan blh ajar dia bkomunikasi apa jua ayat. cuba bcakap dgn dia, dgn intonasi yg betul, dan ada gaya. ini akan melatih pergerakan atau body language dia.
10. jika ingin ajar dia ayat atau sebutan yg ssh mcm bahasa arab atau ayat quran, hendaklah selalu membacakannya. bkn memaksa dia baca sehingga dia rasa jemu.

Tasneem ni, alhamdulillah dia tak pelat. dia blh ckp n bt ayat sdri. semua yg dia ckp, mmg tidak dinafikan dia ikut cara ibubapa n org yg menjaga dia. Tasneem byk duduk bersama baba dia, kdg2 mmg lucu sb dia ikut cara baba dia ckp. baba dia lak, ckp dgn dia mcm2 perkataan yg aku sdri jarang guna, dan tidak sangka dia dapat ikut. tp sangkaan aku ada jugak silap, krn rupanya dia bkn shj blh ikut, ckp.. sebut. tp dia blh ckp sesuatu yg ada makna.

cnthnya, bila aku ckp nk tidur dlm buai blh tak? dia kata, "tak blh.. tak muat." kdg2 ada jugak dia ckp "mama gemuk, buncit".. hish kurg asam betul. Tasneem ni dah besar, pernah jugakla aku n suami tercakap suara yg meninggi, dia terus menegur. padahal aku n suami tak pernah ajar dia. dia kata "jgn la gaduh".(kebetulan masa tu mmg aku n suami ada selisih fhm sket. tp bila tasneem ckp cmtu tetiba, kitorg sama2 rasa malu, n terkejut. dia ni,, kalau tak suka g kacau dia, dia akan ckp "jgn la kacau.." dia suka bg kucing makan. kalau blh semua benda nak disumbatkan kt kucing. kalau kitorg g kedai, dia main kucing je kejenya. dulu dia takut, skrg kucing tu habis dikerjakannya. bermula dengan usik2 bulu kucing, bg makan mcm2, sampaila last dia geram sgt, dia tarik kucing tu punye ekor... hampir tenat kucing tu melayan karenahnya. huhu..

tasneem ni, seboleh2nya aku bg je dia main apa2. petang2 kdg2 baba Tasneem bawa dia round naik motor. tgk tasik.. tasneem dah kenal tasik. dia stp kali lalu kawasan tu, mmg dia akan pgl aku. "mama!mama!tasik.tasik.." kalau nampak sekolah tmpt aku mengajar, "mama!mama! sekolah mama!"

kalau naik motor, mcm2 dia blh nampak. lg best drp naik keta. kalau naik keta, aku lebih suka berbual ttg warna dan alam semulajadi. aku selalu tanya, tu apa? dia kata, "pokok". pastu, aku tanya, pokok warna apa? dia kata "hijau". apa yg aku belajar dr tasneem pula ialah... jgn merendahkan kemampuan kanak2 kecil. dia mampu menyebut, mengingat dan menghayati sesuatu lebih mendalam tanpa kita sedari. sesekali kene cuba ajar sesuatu yg berat pd dia, jgn pandang rendah pd kemampuan akal dan IQ anak2. pd usia inilah otak dia sbnrnya lebih kuat n cerdas.

baba Tasneem penah ckp kat tasneem, "nak susu satu?" Tasneem kata, nak!nak! Baba ckp lagi, "betul ni, nak satu? comfirm?" tasneem kata' "comfirm" sambil tunjuk jari dia nombor satu.

masa mula2 nk ajar dia kencing n berak, mmg kene sabar. sb dia lambat nk kencing atau berak, bila dia mula nampak air. pikiran dia mula hilg fokus utk buang air. jd, masa ni aku kene tanya dia, nak kencing tak?cangkung, bt bunyi kencing syu..syu.. dan kalau nk berak, bunyikan 'ek.. 'erk.. pastu tanya, mana tahi dia.. sebutla besar ke.. banyak ke.. busuk,,,kene ada perkara yg menceritakan ttg berak.. najis.. br dia lebih jelas dgn perkataan yg kita gunakan. masa ni mmg kene sabarla kalau mula2 kene duk toilet lama. pastu, kalau taknak bg dia pakai pampers.. stp kali lepas buang air.. dan nak pakaikan seluar, kene ckp kat dia.. jgn kencing tau. jgn berak tau.. pastu ckp.. kalau nk kencing kat mana?"bilik air." (sambil tunjuk arah toilet).

pastu, bila dia dah paham maksud jgn berak, jgn kencing, ajar dia guna ayat yg lebih tepat. "nak kencing, cakap ye?" ulang byk kali ayat tu... pastu bila dia dah mula faham.. tambah lagi ayat.. "kalau nk kencing, ckp tau! cakap, baba.. nak kencing(kalau baba yg pakaikan seluar). kalau mama yg pakaikan suar(mama, nk kencing,,) ajar dia ayat mudah, dan tepat. kalau rasa give up.. kene la tanya2 org yg bpengalaman.. mgkn cara lain lbh bkesan utk anak kt.


oklah.. ini saje.. utk dikongsi hari ni. smga semua dpt manfaat..

Friday, June 19, 2009

Suamiku Daftar Maktab

alhamdulillah.. syukur kepada Allah. 17 Jun 2009, keputusan KPLI j-QAF kuar kat internet. Saat yg dinanti2kan selama ini akhirnya sampai jua. Syukur pd Allah krn suamiku, Mohd Hafiz bin Sadri telah berjaya dan mendapat tawaran menjadi guru pelatih KPLI j-QAF. dia dapat opsyen mengajar Bahasa Arab. Kawannya Pojie, yang bersama2 pernah belajar di Madinah suatu masa dulu, juga dapat jugak. Tawaran yang sama iaitu mengajar Bahasa Arab.

Skrg suamiku mmg busy. dan aku, mesti lah lg busy dibuatnya. sape lg nk diharapkn kalau bukan pada isteri.. ye tak? 22 jun 09, Isnin ni... suamiku akan ke Maktab Perguruan Islam Bangi untuk melaporkan diri. Di sana dia mgkn akan bersama2 Pojie, mendaftar diri. Yg suspen nye... pihak maktab belum menetapkan sekolah yg bakal mereka berkhidmat. Tp, in sya Allah dlm area Selangor jugakla. Sb, biasanya pihak KPM akan menempatkan org yg dah berkahwin ni, di alamat pasangannya kerja. aku amat berharap agar Allah permudahkan segala urusan kami.

Oleh krn baba Tasneem nk masuk maktab dlm 2 mgu, utk sesi mgu orientasi n taklimat, Tasneem terpaksa dihantar ke umah nenek di Segamat. Jap lg.. petang ni, in sya Allah kami akan pulang ke Segamat. seboleh2nya, aku n suami tidak mahu bjauhan dgn Tasneem. Sb Tasneem lah pengubat kesunyian kami di rumah. Kini, kalau Tasneem duduk dgn nenek, maka aku tpaksa berada di rumah seorg diri. Pd waktu maghrib hingga Isyak, biasanya aku n suami akan mengajar budak2 mengaji. jd, Tasneem ada kawan utk bermain dan mengaji. tp, kali ni.. aku kene mengajar seorg diri. baba duk hostel di Maktab n mgkn hujung mgu je dia akan pulang.

Tak dapat bayangkan cmne kehidupan aku 1 mgu ini..

Skrg, aku membantu suami menyediakan borang2 dan persiapan utk ke maktab. Petang ni kalau jd akan ke segamat hantar tasneem. sabtu ni, aku ada kelas komputer di sekolah. belajar microsoft excell advance... aku mmg nk sgt pegi. dahla free... sekolah yg menganjurkan LADAP(latihan dalam perkhidmatan). sape tak nk, kan? dah tua2 ni pn kene belajar mcm2.

sejak aku ke maktab baru2 ni.. aku semacam dapat merasakan keseronokkan dan semangat belajar yg berkobar2. aku terdetik hati utk sambung master jika diberi peluang. in sya allah.. aku berhajat utk sambung di UKM kali ni. jika rezki aku di situ.. aku plan senyap2 utk sambung master selepas tamat praktikal maktab. iaitu tahun depan.. mudah2an allah mengizinkan.

tidak dapat ku lupakan saat indah dan manis suatu ketika dulu aku pernah sambung master kat UIA. tp keadaan tidak mengizinkan, aku pregnant masa tu n alahan teruk. jd aku tpaksa berhenti belajar, dan sebenarnya ada rezki yg Allah nk kurniakan. aku dapat ikut suami ke Madinah... aku sedikitpn tidak menyesal ttg apa yg telah ditakdirkan Allah. bg aku,, nilai master, ijazah atau apa jua sijil bukanlah matlamat. apa yg penting.. aku dapat belajar. sebab itu aku rasa nikmat bekerja menjadi cikgu wpn org kata.. bt pe ngaja sekolah rendah, sedangkan ada ijazah? bg aku, itu bkn persoalannya.. ijazah aku cuma bidang usuluddin. skrg aku masuk dlm bidang pendidikan. ianya mmg jauh bbeza. byk benda aku tidak tahu sblm ni, tp skrg diberi peluang utk mempelajarinya.

Aku belajar seni dlm pendidikan. iaitu mengajar dan menerapkan perkara2 seni. wpn mengajar agama, tp nilai kesenian utk mengajar dapat dipelajari dgn menjadi guru. seni ada 3 jenis. seni visual(apa yg kita nampak), seni muzik, dan seni pergerakan. bayangkan betapa seronoknya murid atau kt sdri belajar sesuatu sambil bergerak, sambil mendengar bunyi, dan dapat mencorakkan sesuatu dgn tgn kita sdri,, kan?

aku juga dapat belajar ilmu psikologi. teori psikologi ttg tingkahlaku manusia. bgmana tingkahlaku seseorg itu blh terbentuk? mgkn kita tak pernah tfikir.. knp seorg budak itu menjadi seorg yg aktif/ pasif/ hyper aktif/ apa jua bentuk sikap. tp dgn belajar ilmu psikologi, kt bkn shj dpt kenal murid.. tp kita blh membaca tingkahlakunya. kt blh membaca sikap anak kita, dan mendidik dgn cara yg sewajarnya..

oklah.. gotta go.. suami dah nk solat jumaat.. nk kene tgk tasneem nk sedia utk balik... semoga dpt bkongsi ilmu lg yek!!!

Sunday, June 14, 2009

Interaksi Maktab

alhamdulillah, aku diberi kesempatan utk update blog ni. sblm ni aku mmg busy, dgn keje kursus yg maktab tetapkn. sblm masuk maktab pd 30 mei br2 ni pn, aku dah kene bt 6 assignments. tp aku cuma sempat siapkn n hantar 3 je. bakinya, aku sdg n ada yg dah siapkn. syukur alhamdulillah.

baru2 ni aku ada interaksi kat maktab. kene stay sana about 2 weeks... punyela mencabar hidup di sana. tglkan suami n anak yg dirindui, mmg tak tertahan. so, every weekend aku mmg chow balik umah. rindu giler kat suami n tasneem. 1 mgu aku berjauhan, dah tak tentu arah dibuatnya. tp keadaan sibuk dgn kelas yg bermula jam 7.30pg hingga 5.30ptg membuatkan aku tpaksa melupakan mrk seketika. aku ditempatkn luar kampus. sb hostel penuh dgn student KDC(khidmat dalam cuti). aku kene duk asrama budak sekolah agama menengah sg. merab. budak2 sekolah ni tgh cuti pertengahn tahun. asrama dorg kosong. aku kene byr rm52 n duk sana 2 mgu. jauh sket dgn maktab. first day aku kat sana, kene jalan kaki ke kuliah, sb takde transport. punyela rasa nk ttanggal kaki ni.. jalan berbukit2, then pikul laptop.. kelas lak berada di tgkat 4. mmg aku rasa pagi tu aku paling sihat dlm dunia.

tp.. mmg pancit jugakla, mujur aku pakai kasut getah RM10 yg aku beli kat pasar mlm paya jaras. aku mmg dah menjangkakan kaki aku akan sakit spjg duk maktab ni. so, aku pakai kasut yg paling best. alhamdulillah kaki aku takde masalah langsung. kawan2 lain ada yg mengaduh sakit kaki, penat dan sebagainya. sbnrnya, kasut memainkan peranan pntg utk kesihatan badan. urat saraf byk tdapat pada tapak kaki kt. kesihatan kaki mmg perlu dijaga.

Duk di asrama ni, mmg mcabar. antaranya, kedai makan jauh. aku tpaksa beli makanan pagi untk makan jam 7 ptg lepas balik kelas. tp selalunya juga, breakfast aku minum something yg bernutrisi spy aku tak lapar n sntsa btenaga. aku makan quaker oat, dan minum coklat 3 in 1.
alhamdulillah spnjg di kelas aku tak tersengguk mcm org lain. aku selalu tdo awal jugakla. plg lewat pn 12 mlm. tu pn dah teramat lewat bg aku semasa di maktab sb pagi kene bangun awal utk g kelas. kdg2 aku tumpg kete member, kdg2 aku naik bas. pihak maktab akhirnya bsetuju menyediakan bas utk kami. so,, ianya mmg mbantu la.

dalam kelas mmg penat jugak. jadual anjal sejam, dua jam dan ada yg 3 jam. dah mcm student master lak. tering masa aku kt UIA dulu. amik master.. kelas plg lama aku kene attend ialah 6 jam non stop. tp, masa tu depends on lecturer yg mengajar la. kdg2 aku g tandas jap..

benda yg aku rasa paling baik aku bt dlm hidup ni ialah.. aku tak penah tdo dlm kelas time ada cikgu. wpn ngantuk cmne.. mata aku akan buka n celik. bg aku, biadap n malu gile kalau tdo dpn guru. so,, masa kat maktab ni pn, kalau penat.. aku cuma betulkan cara duduk aku jela. kdg2 aku bersila je atas kerusi. as long as aku rasa comfort.. aku blaja... bg fokus n respons pd lecturer.. tu yg aku bt.

kelas paling best... kelas PJ iaitu pendidikan jasmani. 3 jam berada di padang. aku main rounders dan susun selipar. sblm tu pensyarah ajar cara utk warm up. bila abis semua dia ajar lak cara cool down. kali ni warm up n cool down yg dibuat mmg beza dgn yg penah dibuat sblm ni. aku dberi 2 biji bola saiz kecik.. dan disuruh baling dgn pelbagai cara. ada juga aktiviti warm up.. yang berpasangan. kene angkat pasangan kt dari belakang badan, pastu ada permainan patung. tolak rakan di tengah seperti patung.semua menyeronokkan.

kelas aku ada 20 org student. 5 lelaki(yg masih kekal n tak pupus), dan 15 pompuan. dibahagikan kpd 2 kumpulan pula, kumpulan aku 3laki n 7 pmpuan(including me), dan kumpulan lawan 8 pmpuan 2 lelaki. permainan ni kami bercampur. dan kumpulan aku dapat markah seri dgn pihak lawan(main susun selipar, tp ditukar selipar tu kepada susun kon).

Permainan kedua, ialah rounders(besball/bola lisut). kumpulan aku bjaya dapat 16-2. mmg kalah teruk pihak lawan ni. aku dapat pukulan kuat.. bola pegi jauh, then dapat round 1 pusingan terus. mmg best giler pmainan ni. sbnrnya, pmainan ni adalah pmainan bukan saja. kami belajar sambil praktikkan ilmu pendidikan jasmani utk diguna masa di sekolah. sekiranya guru PJ tidak dapat hadir, n tetiba guru agama mcm kitorg ni yg kene handle sukan tu.. kami kene bt aktiviti begini. bkn lepas tgn, duk dlm kelas atau batalkan pendidikan jasmani. inilah tujuan kami guru agama belajar ilmu PJ ni. so,, jgnla pndg rendah pd ilmu ni. nampak sempoi.. tp susah jugak, kalau tak belajar. yg jd mangsa, anak murid.

masa belajar PJ ni, kami diberi lecture jugak. pensyarah kata, kita kene bt pmainan utk budak2 yg mana syarat pmainan ditentukan oleh kita sdri. pmainan mestilah menyeronokkan murid2. bayangkan, kalau kita main tadi dah rasa seronok, apatah lagi murid2 kita, ye tak? murid2 ni, biasanya akan tgu2 saat PJ stp kali waktu PJ diadakan. sb murid2 suka pmainan. mrk dapat lepaskan energy mrk. kt tak boleh kongkong sifat kanak2. kanak2 mmg Allah dah jadikan dia mpunyai energy yg byk, dan mrk tak blh simpan. dia tak boleh duduk mcm kita, dlm kelas berjam2 tanpa aktiviti bgerak, bermain. Sb itulah kalau ada anak, atau budak2.. kita tak blh halang mrk drp berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. Itu amat pntg utk pkembangan psikomotor mrk.

Kanak2 yg pandai, tp tidak aktif.. akan tbantut proses pkembangan psikomotor mrk. kt dapat beza budak dulu dgn bdk skrg. dulu, budak main tembak2 guna senapang dibuat drp kayu, mrk mandi sungai, reti berenang, lasak dan sebagainya. tp budak skrg, yg hidupnya lebih byk kpd aktiviti dlm rumah, main game, mengadap komputer.. mrk tidak kreatif wpn mereka bijak dlm pelajaran. bila sekolah bt pkhemahan, mrk tak reti mhidupkan api, tak kreatif malah tak blh bfikir bgmna utk memasang khemah. mrk tidak tahu memasak dan sebagainya. sb apa? sb mrk hidup senang. apa mrk nk sejak kecik, mrk dapat terus.mrk hanya tahu menerima shj.

bila disuruh mendaki, memanjat, mrk gagal. mrk tidak reti main bola, dan tidak ada kemahiran membaling, menyepak, dan sebagainya. inilah yg kita kne baiki.

Fuyyooo!!! mmg dasat tu! itulah kata2 pensyarah yg masih tngiang2 kat dalam lubang telinga ni. pensyarah tu muda je.. nampak dia pn mcm student. tp mmg best giler blaja dgn dia. cara dia mmg berkesan! masa tu aku cuma tbayang tasneem je. seboleh2 aku mmg nak tasneem mdapat didikan dan pelajaran mcm ayah aku bg selama ni. masa aku kecik2, aku tak takut memegang lintah. sb aku selalu memancing kat kebun atuk. aku tak takut pd ular.. wpn dusun atuk sgt luas n bsemak. aku juga mahir memancing ikan, melompat, terapung di atas air.. mcm2 lagi yg best2 aku lakukan d zaman kanak2 aku. aku mmg mahukan tasneem spt aku. sekurang2nya bila dia besar, dia tidak akan mengungkit, krn tidak diberi pelajaran dan kemahiran yg sepatutnya dia perolehi semasa kecik.

semua aktiviti kanak2 sbnrnya akan mbentuk jati diri, sikap, tgkah laku dan personaliti anak itu sdri. jd, ibu2.. jgnlah terlalu mengongkong kebebasan anak. sebaliknya, lepaskan mereka spy belajar bdikari. biar dia jatuh dan bangun.. jgn mrk bangun dan terjatuh bila mrk sudah dewasa. anak2 yg bebas.. akan lebih kreatif.. mrk akan byk bfikir, dan belajar membuat keputusan. tapi anak2 yg sering dikongkong... akan pasif, tidak reti bfikir dan btindak sdri. apepun.. smga kita tidak salah mendidik.

byk ilmu yg aku blaja semasa di maktab. ilmu yg bkn shj utk mengajar murid2.. tp ilmu psikologi kanak2 yg amat bguna utk anak sdri.

aku juga belajar ttg apa itu stress.. bagaimana mengurus stress.. apakah tanda2 stress..
nanti ada kesempatan, aku ceritakan.. ok..

sampai disini shj coretanku.. salam kerinduan buat bumi madinah! aku mmg rindu pada saat lengang di sana. saat rehat, dan saat aku punya byk waktu di sana. kini aku berada dibumi yg amat sibuk.. sehingga aku hilang masa utk dri sdri. namun, semoga semua yg aku bt.. sntsa mdapat keberkatan dr Allah. ITULAH HADAF(tujuan) utama hidup ini.. wassalam

Friday, May 8, 2009

Duniaku...bagaimana pula duniamu?

Semasa menaip ni aku berada di surau sekolah tmpt aku mengajar iaitu SK Kuang. Harini sebetulnya aku kene bt OLL(on-line learning). Keje maktab bertimbun2 sbb aku yg menangguhkannya dgn sengaja. Bkn apa, aku tidak suka bt keje celam celup. Aku lebih suka bt keje secara fokus dan menghadapnya dgn sepenuh masa dan dlm keadaan bsedia. Tambah2 lagi, aku nye keje bkn mcm org keje pejabat, bkn mcm org bt jalan raya atau bkn juga spt tukang cuci. Yg mana, kejenya cuma menggunakan tenaga. Aku kene perah otak, bfikir, mengumpul maklumat, menyusun dan menulisnya dgn penuh teratur. kalaulah ianya semudah menulis blog.. fuuhhhh.. sudah tentu dah lama siap!

Aku ni cuma pelajar, bgelar guru pn belum layak sbnrnya. Aku pelajar maktab dan hanya guru pelatih. Pening kepala sb internet ni amatla slow. Pastu, bila puas n penat menunggu, nak login utk enter web pulak tak dapat. huuhh.. sungguh menyeksakan..

So, ape lagi.. sambil menunggu masa nk balik,, aku menaipla sikit.. saje nk bgtau.. ttg diri yg sibuk ni. herm.. suami ku pun sibuk jugak mgu ni. sb dia ada temuduga j-QAF. mudah2an dia bjaya. dia pn tgh study utk bsedia ke maktab. kalau berjaya, dia akan masuk maktab sama dgn aku pd Jun ni. so,, cuti sekolah 2 mgu ni cuma dihabiskan kat maktab jela.. tasneem duduk dgn nenek dia di Segamat. Neneknya yg dah lama jaga dia sejak dia dilahirkan,, teramat merindui Tasneem. Sblm ni suami aku exam Mtest utk j-QAF ni. dan krn dia lulus exam tu, dapatla ke temuduga. Aku bharap semoga Allah bg yg tbaik bt kami semua.

Aku mmg tak sabar nk tgu suamiku bekerja. Kalau dia keje, blh la income umah ni lebih skit. Bkn apa, bbrp hari ni aku asyik memikirkn hutang aku dgn PTPTN. pd mulanya thn 2004 aku stop amik PTPTN. jumlah hutang cuma 19 ribu lebih. tp sbb interest 3% dari tahun 2004 smpi ke saat ini, telah menyebabkn jumlah pinjaman PTPTN aku mjadi 25ribu. GILA TAK? aku mmg sedih sesangat dgn desakan PTPTN ni. sb aku mmg tak suka bhutang lama2. pada tahun 2005 aku tak keje wpn dah tamat belajar di UM. aku melanjutkn pelajaran ke UIA utk master. tp memandangkn keadaan tidak mengizinkan dan aku tpaksa bhenti. Kemudian aku mengikut suami ke Madinah, dan belum bekerja sehingga lah tahun ini. Pd Jan 2009 aku mula bekerja.

pendapatan aku cuma RM1300. ini bukanlah gaji, tapi cuma elaun sbg pelajar maktab. sehingga tahun depan dan aku tamat menjadi guru pelatih, barulah gaji yg akan kuterima diberi mengikut Sijil Ijazah. Aku dah pn mula mbayar PTPTN sebaik shj aku mdapat tawaran bekerja ni. stp bulan aku bank in RM200 utk PTPTN. dan aku juga membantu adikku yg masih belajar. Stp bln aku bantu RM300. baki duit yg tinggal cuma RM700. duit ini aku guna utk bayar bil internet, duit kutu, beli bahan2 bantu mengajar dan keperluan umah. Suamiku, wpn belum bekerja, namun alhamdulillah dia penah bekerja di Madinah. Simpanan yg diperolehi masa kerja musim haji di Mekah dan Madinah inilah yg mbantu dia menyara aku dan anak. Membayar sewa rumah, mengisi minyak motor, bil api dan air, pampers anak, susu anak.. lauk pauk.. dan sebagainya. Namun, jauh di sudut hatiku.. aku sgt2 bsyukur pd Allah atas segala nikmat dan rahmatNya.

Kerana, lepas pulang dr Madinah, aku tidak menganggur lama. Suamiku juga ada menerima tawaran bekerja di Pusat Zakat Selangor dan Open University. Cuma, krn menunggu tawaran j-QAF dia tpaksa tolak utk sementara memberi laluan j-QAF yg menjadi pilihan utamanya. Sekiranya bkn rezekinya pd j-QAF, dia merancang utk menerima kerja lain yg diterimanya itu. Sebulan shj penantian utk mengetahui keputusan j-QAF ni. Sementara ni, suamiku menjadi pengasuh dan suri rumah. Jaga Tasneem, dan bantu aku mengurus rumah. Kalau zaman dulu, org mmg org tua2 pantang kalau lelaki bt keje2 rumah. Bg mrk, keje umah cuma urusan perempuan. Tp zaman dah berubah. apa yg pntg pemikiran kita kene ada anjakan paradigma. bkn pk soal lama. bkn bgaduh hal2 remeh. org lelaki zaman dulu keje nya di sawah padi, menangkap ikan di laut,.. pagi2 buta sblm nyamuk bangun dia dah turun ke laut dan sawah bendang. sb itu urusan umah diserah bulat2 kpd isteri. org zaman skrg.. isteri ramai yg bekerja.. takkanlah semua tugasan isteri yg bt. sedangkan nabi sdri pernah mbantu isterinya memasak. tak malukah kita kalau rasa diri lebih sehingga tak blh menolong langsung mbuat keje umah?

bg aku, itu bukannya suatu kebenaran yg mrk nk tegakkn, tp sekadar melepaskn tgjwb, malas dan hanya mahu bsenang lenang. apa yg penting kene saling memahami antara tugas suami, isteri dan kerjasama. rumah yg didiami adalah bsama2.. jd anggaplah keje2 yg dibuat itu adalah tgjw bsama. ye tak?

dan satu hal lagi.. tak payahla ckp byk2... ttg duit dan harta ni.. yg pntg kt minta drp Allah KECUKUPAN. ada org duit byk pn tak cukup2 jugak. hutang melambak wpn pakai kete besar.. umah besar.. harta banyak... tak penah cukup. ada org yg hidupnya susah pd mata masyarakat yg melihat.. tp hatinya senang, pkrnnya lapang dan tiada hutang dikeliling pinggang. Anak2 mrk malah lebih bjaya. cuba pk,, knp ye?.zaman skrg.. yg berjaya byknya org susah. yg atap umahnya bocor.. yg makannya cuma hasil kais pagi makan pagi, kais petang mkn petang... bknlah Islam itu menyekat kt mjadi kaya. Malah itulah yg dituntut dlm Islam. Apa yg pntg.. kecukupan dlm hidup ni, dan keberkatan pd rezki yg diperolehi.

sesiapa yg ada harta yg byk,, bersedekahlah dlm bentuk harta. semoga harta itu lebih subur.. siapa yg ada ilmu wpn sedikit.. sebarknlah.. semoga ia menjadi rezki di akhirat.. dan di dunia..

Thursday, April 23, 2009

busy? penatnye~ tp best!

Alhamdulillah aku dberi ksmptn utk menulis di blog yg kian usang ni. Aku bkn kekeringan idea, tp kesempatan utk aku menumpu mmg kurg. sejak keje, komitmen pd pengajaran n pmbelajaran(P&P) semakin tinggi. Aku yg hanya guru bidan terjun, yg sblm ini tidak pernah blaja utk mjadi guru, kini dberi mandat utk mengajar murid2 tahun satu dan tahun 5. mmg mudah ajar budak2.. tp sukar sbnrnya utk menjadikan mereka celik huruf serta mdidik.

kalau zaman dulu, cikgu kt mengajar hanya bmodalkn buku teks, buku latihan dan sebatang kapur, zaman IT ni, guru2 kene mengajar mgunakn bahan bantu mengajar yg mcm2 bentuk dan jenisnya. Laptop, VCD, kaset, radio, kad manila, kad bgambar, kertas mahjong, permainan roda impian, permainan keretapi, permainan sahibba, dan sebagainya. guru2 kene buat permainan kpd murid yg teramat lemah jawi. malah, tak cukup permainan cmtu, guru2 disuruh blaja dan mereka cipta program jawi dan alquran mgunakn komputer. guru2 juga mesti ada laptop sdri utk mengajar mgunakan power point. merakam suara sdri dan ada juga yg disarankan mbuat atau mereka lagu utk tujuan pengajaran.

pagi td, di sekolah ada mengadakan hari mbaca sedunia. semua murid diminta mbawa buku2 ilmiah selain buku teks. utk memeriahkn lagi suasana dan mhangatkn program, guru j-QAF b.Arab telah melatih budak2 utk bt psembahan. Murid2 tahun 5 telah bjaya mengadakn psembahan dikir barat dlm bahasa Arab. Ini antara pkara yg menarik phatian ramai. Sblm ini blm ada lg org yg bt dikir barat dlm bahasa Arab, tp tahniah kpd guru2 j-QAF dan Guru Pendidikan Islam yg bjaya mcetuskn idea. inilah guru zaman skrg. bkn sekadar mengajar, mdidik, mcurahkn ilmu tetapi juga menyahut cabaran semasa. guru mesti kreatif, melawan arus modenisasi dunia. bahasa arab mula dimartabatkn, dan guru2 zaman ini.. sntsa bkerja keras utk bsaing dgn keperluan semasa. menanamkn rasa cinta dan minat pd bahasa arab... selain bahasa inggeris, sains dan matematik.

guru dulu, dgn cara yg sesuai dgn zaman suatu masa dahulu. Guru skrg, perlu lebih pantas, aktif dan berinovatif. Guru dahulu, bsenjatakan rotan di tangan. Guru skrg... pakai laser, power point, nasyid, lagu, permainan dan mcm2 lagi utk mengawal murid2. senjata rotan sudah tidak lut lagi. semua main psikologi je.. mmg penat mjadi guru. mcm2 permainan kene reka, dan cipta.

dulu, guru mengajar je.. muka guru bengis, masam, serius dan nampak garang. semua budak2 kecut perut. guru skrg.. mcm kawan sebaya je, dgn murid2. murid tak takut lgsg. guru skrg kene blemah lembut, manis muka, herm... mcm2 lagi. guru skrg kene reka cipta pmainan. kalau dulu tak penah main anak patung, skrg dah besar bila jadi cikgu.. kene buat patung doremon. puppet, dan mcm2 lg. poket doremon tu diisi dgn kalimah al-quran dan dibuat pmainan supaya murid seronok dan cepat pandai baca al-quran. permainan kotak beracun pn ada. permainan tanah liat, main pasir.. mcm2 lg.. aku sdri skrg sntsa bfikir.. pmainan apa yg bagus dan sesuai utk mengajar murid mengenal huruf jawi dan mbaca jawi.

perkara menakjubkan aku, kalau dulu darjah 6 baru reti baca quran betul2.. budak zaman sekarang.. darjah satu dah reti baca quran dgn makhraj yg tepat serta fasih dan btajwid. oleh itu, aku skrg memasang target yg sama.. budak yg tak reti baca, perlu diprogramkan supaya bila umur 7 tahun sudah tahu baca al-quran, bukan mukaddam. inilah cabaran yg aku tempuhi skrg. inilah tugas aku.. selain guru2 b. arab bhempas pulas mengajar arab.. guru jawi n quran kene bhempas pulas juga.

dulu aku belajar arab ttg fe'el, isim, haraf, isim fa'il, isim maf'ul, dll... di sekolah menengah. tp zaman skrg, semua sukatan yg aku belajar masa tingkatan 1,2, dan 3, diajar kepada murid2 darjah 1-5. gila tak? tp, tak hairan jugak.. sb bila exam,, ramai yg dpt 100 peratus markah. budak skrg makin cerdik. guru2 kene lebih bijak dan cpt belajar. termasuklah aku.. kalau yg lembab menaip tu.. yg blaja kat tanah arab atau eropah ke.. kene la blaja2 menaip jawi dgn laju atau blaja ilmu komputer. tak blh malas2.. setakat buka email, chatting tu... tak mainla.. skrg nk minta ngaja MRSM pn dah kene bt micro teaching semasa temuduga.. huuhhh.... IT.. IT...

okla.. aku kepenatan sbnrnya.. saje2 mcurahkn pengalaman penat ni. sape2 yg duk umah, rileks2.. bsedialah.. satu hari nanti,, anak kita juga akn btanya.. malu jugak kalau kt tak reti. belajar2lah arab ke,, inggeris ke.. redah semua. jgn malas2.. kalau yg nk cari keje, dah nak konvo tu... kurg2kn la main game, main bola, tgk bola, ada masa.. belajarla IT dan cuba bt program bmanfaat. kalau blh, fikirkanlah cara plg mudah n cepat utk anak2 kecil blaja al-quran. selamat mjana idea!