Tasneem penuh keriangan
Hak Anak Terhadap Ibu Bapa
Org yg wajib kt erat dan jalinkn sillaturrahim mempunyai hak2 tersendiri.. antara mrk yg mempunyai hak adalah anak terhadap ibu bapa. Anak2 mestilah dididik mengikut kemampuan aqal dan tubuh bdn(fizikal) mrk. Anak2 mpunyai hak kawalan drp ibu bapa. Maknanya sekiranya ibubapa mbiarkn anak mrk berpeleseran, bebas dlm pergaulan, maka ibubapa akan dipertanggungjawab kelak di hadapan Allah.
Control comel..Tasneem pakai baju baru Anak2 bkn shj ada hak spt dijaga dan dibesarkn secara fizikal dgn sht dan selamat, tetapi mrk juga wajib dilindungi secara keseluruhannya merangkumi aspek dunia dan akhirat. Ibubapa wajib mjaga anak dan memeliharanya drp kerosakan dunia dan bahaya, juga melindunginya drp api neraka Allah di akhirat kelak. Anak2 mpunyai hak utk mdapat didikan agama yg sempurna, sama spt dia mdapat pdidikan dan pelajaran di sekolah atau mana2 pusat pengajian. Ini spy anak2 dpt hidup bhgia dunia dan akhirat. Bermain dgn kasut baru..testing..testing..muat ke ni?
Anak2 tidak blh dilepaskn atau dibiarkan shj dgn penjagaan di rumah nurseri bersama pengasuh, atau hanya mdapat didikan di sekolah oleh guru2. Sebaliknya tgjwb ibubapa di rumah adalah lebih utama sbg pendidikan awal. Pendidikan mula2 bg seorg manusia adalah di rumah dgn asuhan kedua ibubapanya. Maka, anak2 ini mestilah dijaga spy satu hari kelak, dia menjadi aset utama dlm sesebuah keluarga, dan ummah. Anak wajib dijaga spy mrk akan menjadi insan yg mempertahankn agama Allah satu hari nanti. Hak Sesama Jiran
Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda dgn maksudnya, "Demi Tuhan yg memegang nyawaku, tidak beriman seseorg itu jika dia tidak mengasihi jirannya spt dia kasihi dirinya." Org yg tidak menunaikan hak jirannya adalah org yg tidak beriman. Pernah satu ketika dahulu, ada seorg sahabat bertanya kpd Rasulullah, ada seorg wanita yg kuat beribadah kpd Allah, dan sntsa mjaga ibadahnya, tetapi dia selalu menyakiti jirannya. Maka Nabi menjawab,"Hiya Finnar(dia di dalam neraka)."
Sabda Nabi lagi, "jgnlah kamu menghina, memperlekehkan seseorg sekalipun dgn senyuman". Ini bermaksud kita tidak blh mperlekehkan jiran kita ats apa jua pemberiannya, spt memberi lauk atau makanan yg tidak enak, lauk yg tawar atau masin, atau cair, atau apa jua yg tidak sedap. Termasuk juga hadiah pemberiannya, sebaliknya kt kene trma dgn rala hati dan baik. Sebab, dgn cara itu dia telah usaha utk eratkn hubungan sillaturrahim dgn kita. Mgkn itu shj yg mampu diberinya.
Nabi pernah bersabda dlm hal yg menyentuh perkara ni, "sekiranya kamu masak, perbanyakknlah kuahnya supaya dapat diberi kpd jiran". Hadith yg menyentuh perkara ini terang2 menunjukkn bhw pntgnya jaga hal dan eratkn sillaturrahim sesama jiran, wpn hanya dgn kuah. Nabi tidak srh kt perbanyakkn lauk, tp banyakkn kuahnya menunjukkn betapa kt perlu mhargai pemberian jiran wpn sesuatu yg tidak sbrp. Selain itu Islam juga memesan kpd kt supaya dlm hubungan sesama jiran, kita tidak menjaga tepi kain org. "Janganlah kamu mengintai2, benci-mbenci dan saling berhasad. Dan jadilah kamu org yg saling mencintai krn Allah". Dlm hal ini, kt berbaik dgn jiran bkn sampai kt buat krn ingin sesuatu. Tp hendaklah buat dan erat hubungan sillaturrahim krn Allah.
Apa jd kalau kita buat krn ingin sesuatu, atau bkn krn Allah? Tak mustahil ada yg dikalangan kita akan bergaduh, menyibuk hal org, jaga tepi kain org, memberi ingin mdapat balasn, atau utk menunjukkn kepandaian dan kehebatan dia dlm memasak, atau berbuat baik krn ingin sesuatu manfaat. Dan tidak mustahil sekiranya jirannya tidak buat sptmana yg dia buat pd jirannya, maka dia akan merajuk dan mudah terasa hati. Ini krn apa yg dibuat bkn krn Allah. Sbb itulah Islam sntsa mengajar dan memesan pd kt agar bt apa jua utk ganjaran di sisi Allah.Bkn mdpt balasan drp manusia.
Hak Terhadap Saudara-Mara
Hak terhadap saudara mara yg mpunyai talian darah daging dgn ibu bapa kita pula ialah kita mestilah hormat mrk, dan layan mrk dgn baik. Kita juga perlu menjalinkan hubungan itu selama2nya sekalipun kedua ibubapa kt telah mati. Hubungan dgn mrk wajib dikekalkn sbgmana semasa ibubapa kt masih hidup. Ingatlah.. nerakalah bg org yg memutuskn hubungan sillaturrahim.
No comments:
Post a Comment