Saturday, June 28, 2008

EGO?

Baca n nilai diri sdri ye.. ni gambar hiasan je.. gambar Tasneem

"Rendah diri itu lebih baik drp EGO. Sesungguhnya Allah dan RasulNya mencela org yg Ego." Kita wajib mencegah sifat dan penyakit Ego. Al-Quran ada menyebut, "sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yg sombong dan bangga diri."

Adakah Ego ini boleh melahirkan sifat2 lain? Jika ada, apakah sifat2 yg akn lahir sekiranya seseorg itu terkena penyakit ego?

Kenali EGO : Ego ni terbahagi kpd dua. Satu, yg positif dan kedua, yg negatif. Ego yg positif ni spt cntoh; Seorg suami yg bergaduh dgn isterinya, tetapi dia tidak menangis di hadapan rakan2nya, krn Ego tidak mau menampakkn kesedihannya. Atau, seorg isteri yg bkata bhw suaminya tidak pernah makan di luar krn suka masakannya, wpn hanya telur gorg shj.

Ego yg negatif pula, dlm B.Arab disebut sbg takabbur dan riak. Dr segi maksud sbnr pula ialah, Ego adalah penyakit merbahaya krn ianya blh melahirkn penyakit2 dan sifat2 lain. Ego adalah penyakit hati, penyakit dalaman dan batin.

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud, " Tidak masuk syurga org yg ada sifat sombong dan takabbur dlm hatinya wpn sebesar zarrah. Lalu seorg lelaki bertanya, adakah termasuk juga org yg memakai baju dan kasut yg elok? Nabi menjawab, "Allah itu cantik dan Dia suka kpd sesuatu yg cantik."

Nabi juga ada menyebut bhw org yg ego juga, adalah menolak kebenaran dan menghina orglain.
Tasneem dgn baju kurung nye.. tgh timbang berat ke tu?

Ciri2 org yg ego dan sifat yg lahir drp keegoan:

1) seseorg yg pentingkan diri sendiri
2) sombong

3) lemah

4) banyak kekurangan, tp ditutup kelemahan diri itu dgn ego

5) berlagak tahu segalanya, walhal dia tidak tahu, dan dia juga tidak tahu bahawa org lain tahu yg dia itu tidak tahu
6) menolak kebenaran terutama apabila dirinya ditegur
7) menghina org lain
8) tidak mempedulikan perasaan org lain

9) tidak menerima pendapat org lain
10) ego mbuatkn wujudnya suatu khayalan dlm diri seseorg, bahawa dialah wira, hero, dan bagus

11) Kalau seorg ketua, dia akan kata yg dirinya je yg betul

12) sentiasa rasa dirinya tinggi drp orglain dan menganggap org lain hina

13) suka menyalahkn org lain dan rasa dirinya betul. (cth:Pelajar yg suka menyalahkn orglain bila gagal, spt seseorg itu kata gurunya bodoh tidak reti mengajar, atau sbb takde buku dia gagal, atau pensyarahnya seorg yg strict dlm pemarkahan)
14) suka mencari alasan supaya tidak nampak kelemahan dirinya, dan sntsa mcipta realiti yg lain
15) Lekas marah bila kelemahan dirinya ditegur atau diceritakan
16) jiwanya tidak seimbang spt firman Allah yg bmaksud;"Allah jadikan jiwa itu teah disempurnakan, tp diilhamkannya yg baik dan buruk. Berjayalah org yg menyucikan hatinya, dan rugilah org yg dikotorkan hatinya."

Allah sengaja ciptakan setiap org ada kelebihan dan kekurangan. Tp, org yg ego ni rasa dia je yg lebih dan dia plg terer, dan paling pandai.

Al-Quran juga menyebut bhw, "Apakah yg mereka yg membahagikan rahmat Tuhan kamu di muka bumi ini? Kamilah sebenarnya yg memberi rezeki dan Kamilah yg mengangkat sebahagian dr kamu tinggi drp sbhgn yg lain(spy yg lemah akan merujuk kpd yg tinggi)."

Tidak salah seseorg itu memiliki ilmu yg byk, baju dan pakaian yg cantik, anak yg ramai, tp jgn la kt sombong dan ego krn perkara tu.

Gambar Hiasan: Tasneem nye muka tgh ngantuk.. hihi.. kuyu je

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "sesungguhnya org yg rendahkan dirinya akan diangkat oleh Allah, sebaliknya org yg takabbur Allah akan ranapkannya".

Iblis adalah makluk yg paling ego. Ulama ada mengatakan bhw iblis bkn dtg dr golongan malaikat. Sb malaikat tidak akan ingkar pd Allah. Tp iblis ini, adalah pembangkang dan membangkang suruhan Allah, iaitu pd awal pciptaan Adam a.s.apabila iblis disuruh sujud pd Adam(tanda hormat bkn sujud menyembah), iblis berkata bhw dia diciptakan dr api manakala Adam hanya dr tanah.

Apabila iblis bkata begitu, Allah terus menjawab, "sesungguhnya yg paling mulia di sisi Allah adalah org yg bertaqwa". Allah membalas kata2 iblis dgn ayat yg begitu sinis, dan tajam.. bhw org yg mulia adalah yg btaqwa iaitu beriman dan taat pd Allah. Bkn krn rupa, kedudukan, keturunan mahupun kejadian sesuatu makhluk.

Maka kalau begitu, kata iblis aku lah yg lebih mulia. Malah iblis berkata lagi, sekiranya manusia itu lebih tinggi dr aku, maka aku tidak akan tunduk padanya, tp jika aku lebih tinggi dari manusia, maka aku akan hancurkannya.


17) Ego juga melahirkn persengketaan, pgaduhan dan kedengkian.

shopping&window shopping

Tasneem pandang sape tu? Semacam je..
Kelmarin sedara mara aku sebelah suami, dtg ke Madinah. Dorg dtg sini utk ziarah sambil bt umrah. Harini dorg btolak ke Mekah setelah 3hari berada di Madinah ni. Masa dorg berada di sini, aku n family jumpa mrk kat hotel bdekatan dgn masjid nabi. Mrk dtg semuanya dlm 10 org cmtu. Seronok tak terkata! Riuh rendah suasana bila kami bkumpul dan bertemu muka. Macam2 hal yg diborak. Paling best ialah.. dorg ada bawa makanan dr Msia utk aku n family. Cuma ada jugakla makann tu yg terpaksa dibuang sbb rosak. Maklumlah, pjalanan dlm flight je dah makan masa hampir 10 jam dr Msia ke Jeddah. Pastu mrk tpaksa naik van dan dtg ke Madinah ni. Gitu gini, hampir separuh hari jugakla.

Tasneem tengah landing atas lantai..berehat lps main..

Bila dorg sampai sini je, keesokan harinya awal2 pagi lepas subuh kami ke hotel. Borak2, dan ambil bekalan yg mertua aku kirim serta sedara mara di Msia. Malam semalam lak, mrk semua dtg ke rumah aku. Aku ajak mrk makan malam kat umah aku. Merasa makanan Arab.. pada awalnya plan suruh dtg lepas Isyak lebih kurg kol 9 mlm. Tp, oleh krn mrk masuk Raudhah.. maka terperangkap ler sampai kol 12 mlm br dpt kuar. Sb masa ni jemaah mmg ler ramai. Jemaah buat umrah mrk semua dtg ke sini jugak. Berasak2.. biasalah.. alhamdulillah akhirnya mrk sampai jugak kt umah aku..

Inilah anak ku yg comel..hihi maa syaa Allah..

Berbaju kurung Mama Tok dia kirim dr Msia
Ttg barang yg org Msia kirim lak, kali ni yg plg bertuah ialah Tasneem anak ku.. Byk giler baju yg diorg kasi. Cantik2 semuanya. Maklumlah, baju dr Msia ni kainnya serta buatannya jauh lebih cantik dan elok dr sini. Baju plg best yg Tasneem dpt ialah 3 pasang baju kurung. Mak mertua aku yg kirim. Katanya ni utk Tasneem pakai buat raya. Tapi, tak sempat raya, malam td sekali lagi aku ke hotel dan Tasneem disarungkan baju tu. Ada lg 2 pasang baju kurung yg belum dipakai. Nanti aku masukkn lagi bila dia pakai. Saje nk buat surprise.. utk raya ni. Tp tgkla cmne..sb takut kalau tgu raya, takut baju tu dah tak muat lak. Sb biasanya budak cpt mbesar.

Sibuk nk usik butang baju dia.Tasneem comel..
first time pakai baju kurung ni..hihi

Tasneem seronok sgt smlm wpn dia keletihan smpi ttido kat bahu baba dia. Tasneem kelihatan sgt comel smpi ada org tgkp gambar dia dan main2 dgn dia. Kami jalan2 ke sekitar kawasan Masjid Nabi. Sekeliling masjid dipenuhi dgn bangunan hotel yg tinggi2, dan juga kedai2 pelbagai jenis. Kami bawa sedara mara ke kawasan mbeli belah. Byk gak yg dibeli, sb dpt tawar harga murah. Jubah dan minyak wangi serta kurma. Mcm2 ada.. tp mrk beli setakat tmampu sb sebahagian wang lg nk diguna utk mbeli belah di Mekah. Harini mrk semua bertolak ke Mekah..
"selamat mengerjakan ibadah umrah"
buat Mami, Cik Dah, Ayah Su, Papa, Abah, Mok Long, Juliani, dan Epi..
semoga kt bjumpa lagi nanti. Jika diizinkan Allah..mudah2an jmpa di Musim Haji atau Ramadhan nanti ye.. sampaikan salam kami buat semua saudara mara di Msia.. semoga jmpa lagi..

Tasneem sedang timbang berat badan..hihi..
suka la main alat penimbang tu..
Smlm aku n family sampai di rumah jam 1 pagi.. punyela penat sbb kuar jmpa dorg dr jam 9 lebih dekat kol 10 mlm.. pastu jalan2 beli2..gitu gini.. dah 12 lebih. Smpi umah je, dah kol 1 pagi. tak sedar jap je masa blalu. Balik umah terus kami tdo kepenatan. Mujur dah solat Isyak kat sana. Harini pula, suami aku dah mula kelas. Cuti dia yg sepatutnya 3 bln lebih, menjadi 1 minggu je. Gara2 dia nk amik kelas short semester ni.. musim panas, maka kene la bkorban..huhu tak balik Msia. Malah cuti pn seminggu je. Kawan2 dia dah sampai Msia dah..

Friday, June 20, 2008

Baca n fikirkan

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control
Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

Nampaknya sekarang harga petrol akan menghampiri RM 3.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DI DUNIA iaitu
1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan
PROJET.
Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja..

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER...

Mudah saja, anda cuma perlu....... ......
1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda
dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

#this article comes from someone.. just think about it and take an action!

~Minyak oh minyak~

Perbandingan harga minyak Malaysia dgn negara lain - Suatu perbandingan yg silap.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia. Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin." Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.
Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.
Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.- tajdid

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Tuesday, June 17, 2008

Pupusnya org minyak

Minyak dulu murah, skrg mahal kat Msia.. dgn mahalnya harga minyak, maka pupuslah org minyak sbb mrk mgkn tidak lg digeruni atau dianggap seram.. malah kalau org jmpa si org minyak ni.. silap2 semua berebut. Nk miliki org minyak.. hm.. ape aku merepek ni.. fail ler bt essay cmni.. mujur lulus BM.. kalau tak, tak pasal2 kene amik BM Julai..

Actually saje je, bt tajuk ni sbnrnya nk ckp ttg minyak je.. takde kaitan pn dgn org minyak. Hm, br2 ni aku tgk kat Youtube.com ttg ucapan someone about this issue.. knp minyak kt Msia naik?Dgn kata lainnya, knp negara pengeluar minyak spt Msia blh alami krisis minyak? Mahal giler2 la,, dgn kata lainnye. Katanya lagi, knp negara pengeluar minyak mcm Saudi dan negara minyak lain takde pn seteruk ni. Malah negara mrk minyak plg murah. Lainla mcm Singapore, India, dan negara2 lain yg bukan pengeluar minyak. For sure la harga minyak mahal, so takleh la kt nk bandingkn harga minyak negara kt(sbg pengeluar dan pengeksport) minyak dgn negara yg mengimport minyak. Tak munasabah lgsg bg org yg ada akal.. mesti blh pk.. ye tak?

Bila aku dgr ucapan dia, aku rasa mmg betul.. psoalan yg aku ttanya2 selama ni terjawab! cuma, mmg ada bbrp pihak yg kata, Msia sengaja bt cmtu sbb nk jaga hasil minyak tu spy dpt guna smpi ke anak cucu cicit akan dtg.. generasi akan dtg.. tp aku mmg tak puas hati,, kalau ye pn cmtu, takkn smpi menindas golongan bpendapatan rendah skrg.. kan?Takkn takleh consider lgsg nk kurgkn di tahap sederhana.. ye tak?

Hm.. kata dia lg, kt takleh banding harga minyak negara kt dgn negara yg import minyak, sptmana kt takleh nk bandingkan harga bawang dan cili/lada kat India. Negara India bawangc, cili semua murah, sbb mrk eksport. Mrk jd pengeluar.. Di Msia harga bawang lbh mahal drp harga bawang di India. Kt juga tak blh nk bandingkan harga pisang di Msia dgn harga pisang yg dijual di Jepun.. boleh pikir sdri kan? betul tak?

hm.. well.. aku nk cite sket ttg hal minyak ni memandangkan aku skrg berada di negara pengeluar minyak ni.. iaitu Saudi Arabia. Well, harga minyak satu liter kat sini 60sen. cuba bandingkan dgn Msia, kan jauh panggang dr api.. padahal sama2 negara pengeluar minyak. Kalaulah kt nk kata minyak kat Msia dah kurg, dan nk jaga utk kepentingan generasi akan dtg.. takkan sampai harganya dkt 3 rggt ye tak? mana ler org tak hot!

hm.. kat sini takde kelapa sawit.. so minyak masak mmg diimport. Kat sini minyak masak mahal bbanding di Msia.. wajarlah, kan? Tp minyak kenderaan murah dan tak menyusahkan rakyat. Kalau harga barang mahal sekalipun, sekurang2nya minyak murah utk pengangkutan.. Jd ianya takkn jadi teramat mahal. Mcm kat Msia .. barang mahal, minyak kete mahal.. ditambah dgn tol pulak.. kat sini minyak kenderaan murah, dan tol takde langsung.. jalanraya semua tetap ok.. elok,, cun je..

Pikir2la sendiri.. lainkali mengundi tu biar guna akal,, bkn dgn nafsu sbb yg jd mangsa, diri sdri jugak.. ye tak? huhu..

Sunday, June 15, 2008

~duit oh duit~

Pembuka bicara dlm bulan Jun ni aku muatkn dgn isu kenaikan harga minyak dan brg keperluan di Msia. Sbnrnya bg org yg hidupnya ssh, isu kewangan dan bajet yg lemah ni dah lama dirasai, cuma kini mrk semakin dihimpit2 lg dgn beban yg baru muncul. Kalau dulu golongan miskin je yg merana, kini golongan bpendapatan sederhana sudah gelisah dan tak tentu arah krn isu ni. Bg aku yg berada di Madinah, Saudi ni.. sbnrnya bajet bulanan aku n family bukanlah mewah. Hanya bgantung pd biasiswa yg suamiku perolehi setiap bulan yg cuma angkanya hampir seribu riyal shj. Krn menyedari hakikat ini, aku mengatur pelbagai strategi jugakla utk kawal belanjawan bulanan, mingguan, dan harian. Antaranya cara bg ku utk berjimat cermat ialah, dgn membeli brg dapur(brg2runcit) di tempat yg harganya spt harga borong(murah tp kene beli byk), dan membeli brg basah di pasar(sb pasar lebih murah dr supermarket).

Selain itu, dlm soal pakaian aku dan suami tidaklah membeli sgt. Bbrp bln jika ada kewangan lebih sikit br beli dan itu pn yg murah2. Memandangkan di sini pakaian di luar rumah adalah diwajibkan memakai jubah, tudung/selendang dan purdah serba hitam, maka tidak menjadi masalah bg ku utk memikirkan hal2 pakaian. Tidak spt di Msia, kalau kuar umah kene pakai baju warna warni, baju kurung pelbagai fesyen, spy kelihatan tidak bosan bila mata memandang baju yg sama berulang kali dipakai. Di sini, aku juga byk duduk di rumah dan tidak bebas keluar. Sesekali shj keluar dgn syarat bersama suami atau mahram. Jd, pakaian harian yg aku pakai cuma pakaian dlm rumah shj. Aku juga mengatur masa yg sesuai utk beli pakaian anakku. Pakaian Tasneem dibeli sekiranya yg ada, dah tidak muat. Pakaian utk jalan aku asingkn dgn pakaian dlm rumah spy baju utk jalan, tidak kelihatan terlalu buruk dan lusuh bila kerapkali dipakai. Bajet utk beli pakaian anak, aku tetapkn pd bulan tertentu shj, setelah segala keperluan asas lain didahulukan.

Mengatur belanjawan ni, perlu spy tidak tersepit dlm perkara tertentu. contohnya, jika bln ni aku nk beli baju anak, maka bulan ni aku tak shopping brg dapur berlebihan. brg dapur yg asas spt bawang, kentang, sayur2, lauk harian, shj yg dibeli. Tp jika bln ni aku tak beli baju anak2, maka duit itu dptla digunakan utk beli permainan anak. Bln lain pula, aku bajet utk shopping brg tambahan spt air minuman sunquick, koko utk bt kek, bhn utk bt pizza, dan benda2 tambahan shj. Jika bln ini aku tak gunakan utk semua yg td, maka dapatla aku sekeluarga keluar jln2 sambil makan2 di luar. Semuanya mesti diatur spy tidak berlebihan dan menyebabkan kekurangan pd bhgn lain.

selain itu, aku juga bjimat dgn mgunakan internet yg ada ni, semaksima yg blh. Aku jarang beli prepaid card utk topup handset, sebaliknya mgunakan pkhidmatan free utk hntr msg ke Msia. Aku juga gunakan fon server card utk call family di Msia, dan sesekali jika bpeluang aku call pc to pc mgunakan Yahoo Messenger. Topup card ni cuma suamiku shj yg kerap beli, sb dia perlu hubungi kwn2 dan sbg alat phubungan jika hal2 perlu. Dgn bjimat begini, dpt juga mengurangkan kos telefon ni, sb kat sini cas bg SMS dan call mahal bbanding di Msia. Kalau boros dlm hal ni, mmg blh ganggu pbelanjaan dapur dan isi rumah. Aku kat sini share internet dgn 5 org, jd stp bln cuma 30 riyal(RM30). Dpt bhubung dgn jiran dan kawan2 di sini dan di Msia dgn kos yg amat ler rendah.

Sbnrnya mcm2 cara blh jimat cermat, dgn cara susun keperluan mengikut keutamaan. Sbnrnya, soal ni bkn time ssh je kt kene buat, tp time sng pn kita tetap kene bt. Supaya, "masa senang kt senang dan masa susah kita tak susah." Islam byk nasihat dan bg panduan kpd kt dlm hal berbelanja. Antaranya, hendaklah kt belanjakan harta pd jalan Allah.. Tidak membazir krn mbazir itu saudara syaitan, dlm hal ambil wuduk pn, sekalipn kt berada di tgh lautan atau dikelilingi air, kita tak blh berlebihan. Kadar bilangan basuhan tidak bertambah sekalipun ketika air byk. Bg yg merokok, hentikanlah.. kasihanilah isteri, anak2, adik2 atau ibu bapa kalian yg mgkn lebih berhak di atas wang rokok anda. Kalau ada motor, blh guna motor atau bgilir2 sesekali guna motor drp kereta, berkongsi kereta, mcm2 lg. Sekiranya kt berjimat dlm keadaan ekonomi yg tak stabil ni, maka in sya allah kt blh gunakan wang tu utk keluarga. Pulang ke kampung ziarah ibu bapa, membawa keluarga jalan2, dan meluangkn masa bsama keluarga. Tp jika kt mbazir smpai kurg dlm satu hal yg lain, mgkn kt tak dpt balik kmpg krn kos minyak dan tol, tak blh bawa family jalan2 dll. Sbnrnya kt blh tukar aktiviti keluarga spt kalau biasanya kt bawa anak makan2 kat kedai, mgkn kt blh memasak di rumah dan pergi berkelah di pantai, air terjun dan sebagainya. Yg pntg,, jgn sesekali kt abaikan sesuatu krn melebihkn sesuatu yg lain.

Dlm soal belanja makan minum.. mgkn kene tukar menu.. kalau selalu makan ayam, kene tukar kpd ikan, dan telur. Tp bknla bermakna tak makan ayam langsung.. tp mestilah diselang seli dgn teratur spy keluarga dpt zat dan makanan berkhasiat sntsa. Aturkan segalanya ikut suka kita tanpa abaikan makanan seimbang dan berkhasiat. Kalau biasanya anak2 diberi duit utk beli di kantin, blh la ditukar bergilir2 dgn membawa bekal ke sekolah. Kalau suami biasa minum kopi atau teh di kedai pd waktu rehat, apa salahnya bawa bekal air dr rumah mgunakan termos yg sesuai. Mcm ayah aku.. dia hampir stp hari mbawa bekalan makanan utk ke pejabat, dia bkn jenis yg suka mbazir atau makan dikedai. Stp hari dia bawa bekal. Jika tidak, dia akan pulang ke rumah pd waktu tengahari. Emak biasanya jam 5 pg sudah bangun menyediakan bekalan utk ayahku. bagus tak?hihi..

hm.. Aku ni dah lama jugak tak jalan2 kuar umah.. Ini disebabkn skrg musim panas dan suamiku juga tgh exam. Aku dok umah jela jaga anak, dan sesekali kacau suamiku study.. sbb aku mmg teramat rindu saat2 manis masa study dulu. Kdg2 aku baca2 jugakla nota2 exam dan ada jugak tolong2 bt assignment dia... hikhik.. ala,, tolong salin je.. bkn ape.. kdg2 tolong dgr ayat quran yg dia hafaz, dan ada jugak tolong cari2 makna dlm kamus.. tu pn sikit2je.. saje nk join..

Hm,, dgn cara begini buat aku tidak bosan sgtla dok umah ni. Jimat duit pn ye gak,, kalau kuar mesti belanja pn byk.. jd, dok umah ni dapat kurgkn kos pengangkutan dan kos beli belah tu.. aku pn kene jaga baby jd sambil2 tu aku jenguk2 blog masakan dan catat ler resepi2 best. Nak buat, takleh sbb kene jaga anak,, sb suami nk exam.. study.. sambil jaga anak, aku buka le nasyid2 alif baa taa.. kartun2 arab n english.. download video barney and friends..mcm2 la keje aku buat utk hiburkn diri aku dan spy anak aku tak bosan.. aku pn siap joget2la,, ikut benda2 tu utk anak aku tak bosan,, dia pn belajar mcm2..ler.. hm,, bila penat, aku tido la dgn anak aku.. hihi.. ada masa, aku masak.. menonton drama.. mcm2 ler lagi aktiviti aku..

hm.. tak lama lg birthday aku,, ntah ape la suami aku nk wat surprise agaknye.. hihi.. aku rasa, surprise plg gempak ialah tak ucap ape2 n bt do no jer.. huhu..

lusa suami aku abis exam tak sabar nye rasa.. nanti nk jalan2.. dah lama aku terperap kat umah je. Yela, hidup ni kene byk berkorban... dia exam, aku takleh nk demand sgt.. kalau nk ape2 blh order je,, dia belikan.. makan kat umah.. hm.. skrg musim tembikai.. fuuuhhh.. punyela sedap.. time musim panas ni kene lak buah tembikai. sini byk jual tembikai jenis besar2 dan lonjong atau panjang2.. tak mcm kat Msia buah tembikai semua byk yg bulat2.. sini tembikai bapak besar.. huhu.. makan sampai tak termakan.. okla.. sampai sini je coretan aku.. selamat bjimat cermatla,, dah tau harga barang naik..

sbnrnya aku tak heran dgn harga brg naik tu sb kat sini 2,3,4 kali ganda lagi mahal brg dr Msia. kat Msia ayam sekilo 6,7 rggt org dah kecoh.. aku kat sini,, ayam sekilo 12 rggt plg murah.. ada tu kat 20 rggt pn ada.. kalau sotong, sekilo pn sama la dekat 20 rggt.. skrg ni ntah knp kat pasar semua takde ikan lauk2 takde.. ikan besar2 je ada.. mgkn musim panas nelayan sini tak ke laut.. teramat panas.. taua ikan takde.. ntahla.. so,, aku skrg byk mkn ayam ler.. telur ayam.. kalau sotong tu.. makan yg import jela,, frozen nye.. tp aku syukur.. mudah2an Allah tambah lg rezki kita bila kt sabar n syukur.. wassalam

P/S: utk bjimat2, rujukla artikel ISU TERHANGAT dr ustaz zaharuddin tu.. mudah2an dpt panduan.


Wednesday, June 11, 2008

ISU TERHANGAT

Harga Naik, Apa Perlu Buat?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Minyak adalah emas hitam?

Sebagaimana dijangka oleh ramai, kebanyakan harga barangan asas dan lain-lain akan naik. Walau cuba dikawal oleh kerajaan ia masih gagal dikawal. Keluhan demi keluhan di dengari di segenap pelusuk Negara. Masing-masing melihat PETRONAS (termasuk saya) sebagai sumber duit negara, tidak dinafikan juga ramai keliru dengan fungsi dan cara pengurusan wang PETRONAS ini.

Harga Ayam

Gambar : Harga ayam : pada 7 Jun 2008 ( sumber Kosmo)

Harga minyak
Gambar : Sejarah harga minyak naik (Malaysiakini)

kambing pun senyum
Harga pasar

Gambar : Harga Barangan di pasar pada 7 jun 08 ( utusan malaysia)

PETRONAS & PELIK

Saya menjadi pelik kerana bekas orang nombor dua negara selaku bekas menteri kewangan yang kini menerajui sebuah parti politik juga kelihatan macam kurang tahu dengan pengurusan wang Petronas ini.

Namun yang paling pelik adalah apabila seorang bekas Perdana Menteri yang pernah perintah 22 tahun juga seolah-olah tidak berapa arif bagaimana urustadbir wang PETRONAS, sehingga beliau berkata :-

"250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit). Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang. Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi. Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan." ( petikan )

Ayat beliau ini seolah membenarkan ‘simple math' orang awam tentang pendapatan PETRONAS yang berlipat ganda dengan kenaikan harga minyak. Saya pernah menyentuh hal ini dalam artikel yang lalu (rujuk sini )

Menteri Kewangan Kedua pernah memberitahu bahawa setiap kenaikan USD 1 kepada harga minyak dunia, kerajaan turut mendapat penambahan pendapatan bersih sebanyak RM 250 juta.

Dalam tahun 2006 pula dinyatakan bahawa setiap kenaikan USD 1 bagi satu barrel minyak akan menambah hasil bersih Negara sebanyak RM 228 Juta. Rujukan di sini

Namun sebagai balasan komen gandaan wang untung PETRONAS ini, YB Menteri Kewangan Kedua menjawab :-

"Kalaupun boleh, kita ambil keuntungan PETRONAS dan memberi subsidi kepada rakyat, supaya harga tak naik. Satu, pendapatan PETRONAS tidak akan bertahan. Akan tahan hanya 6 -7 tahun. Lepas itu, PETRONAS perlu import minyak. Kedua, bukankah tanggungjawab kita untuk menggunakan 250 million bagi setiap dolar kenaikan harga itu untuk menggunakan dengan sedemikian rupa supaya dapat pendapatan dan income yang dapat menjana ekonomi untuk masa depan anak-anak kita, cucu-cucu kita. Memang kita boleh, kita ingin buat, kita boleh bagi. Kita boleh teruskan subsidi, tapi kerajaan berpendapat bahawa keuntungan PETRONAS sepatut di gunakan untuk masa depan negara dan juga anak-anak dan cucu-cucu kita."

Inilah ayat yang boleh ‘mengunci mulut' orang yang ‘membebel' tapi jawapannya seperti ini terawang di udara dan tidak pasti adakah benar-benar digunakan untuk masa depan Negara dan anak cucu kita atau hanya anak cucu orang tertentu?.

Namun saya rasa orang seperti bekas PM sepatutnya mampu memberikan sesuatu penjelasan dengan terang berkenaan cara urus wang PETRONAS ini. Namun penjelasan seperti itu tiada. Seolah mereka tidak tahu atau sengaja ‘terpaksa' disembunyikan. Saya tidak pasti, mungkin juga ‘tersangka buruk'.

Penyelewengan oleh kakitangan awam juga menjadi faktor masalah belanjawan negara, Prof Emiritus Dr Mohd Arief berkata :-

Bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak ini, kerajaan mesti mengatasi masalah ketirisan dan penyelewengan yang berlaku di peringkat persekutuan dan negeri, sebagai contoh pembelian pensil berharga RM1 untuk kegunaan pejabat kerajaan tapi kemukakan resit RM10 sebatang.

Mungkin dengan berbuat demikian, kerajaan boleh membantu rakyat meringankan beban hidup yang kian bertambah, tetapi bukan dengan mengambil laba simpanan Petronas untuk membiayai subsidi penggunaan minyak semasa yang sepatutnya dibuat untuk generasi akan datang.

YB Menteri Kewangan Kedua mengukuhkan hujjahnya dengan respon berikut pula :-

Ada juga cadangan yang diberikan, bahawa senang sahaja kita ambil LABA PETRONAS, keuntungan PETRONAS. Apa susah, kita ada minyak. Tapi, itu akan merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, sebab PETRONAS pun bukan akan mendapat untung selama-lamanya melalui minyak. Tahun 2014, habis dah. Kita tak jadi exporter lagi. Jadi, kita harus menguruskan keuntungan dan pendapatan PETRONAS dengan sedemikian rupa, supaya generasi yang akan datang, supaya anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita dapat keuntungan. Kalau kita teruskan dengan sistem subsidi yang ada sekarang, yang kita bagi kepada 10 orang yang kaya, ini tidak akan dapat memberi faedah kepada negara dalam jangka masa yang panjang. (Rujukan )

Pengerusi PETRONAS pula mengungkit kos carigali minyak yang meningkat dan kesukaran mencari minyak, hingga terpaksa menggali tempat-tempat yang tidak menghasilkan minyak yang sedikit sekitar 10 juta tong sahaja berbanding sebelum ini menumpukan kawasan yang mampu menghasilkan 100 juta tong.

Saya teringat kisah yang dicatat di dalam buku "Who Move My Chesee". Lebih baiklah kita mendapat sedikit keuntungan daripada enggan berubah dan ego untuk menumpu kepada yang banyak sahaja. Satu nasihat yang nyatakan di dalam buku tersebut :

"It's safer to search in the maze, than remain in a cheeseless situation"

Justeru, betul tindakan PETRONAS untuk menggali telaga kecil di ketika gagal menemui telaga besar. Namun yang kita bimbang kos penggalian adalah tidak seperti yang sewajarnya. Kita tidak mahu pembaziran dalam kos penggalian dan juga pengurusan. Namun bercakap sememangnya lebih mudah dari bertindak. Berharap memang lebih mudah dari realiti. Namun, at least, itu tuntutan kita dan kita suarakan.

PERUBAHAN

Saya cuba meletakkan diri saya dalam kumpulan berpendapatan kecil dan sukar (Alhamdulillah kini dalam keadaan sederhana), apakah yang patut mereka lakukan dalam menghadapi situasi kenaikkan ini?. Memang sukar.

Perubahan cara belanja mungkin salah satu penyelesaian jangka pendek buat mereka yang terkesan teruk dengan kenaikkan harga-harga ini. Teringat sekali lagi tulisan Dr Spencer Johnson :

If you do not change you can become extinct

Benar apa yang dikatakan, jika kita berdegil dengan cara lama dan tidak mahu berubah, kita mungkin akan pupus dan lemas kerana enggan mengubah sikap berbelanja dan pengurusan kita. Perubahan cara perbelanjaan mesti di peringkat individu dan juga negara sudah tentu. Lalu kerajaan mengambil keputusan mengubah pengurusan subsidi sehingga memberikan kesan terbesar buat rakyat yang belum bersedia. Sewajarnya mereka memulakan dengan peringkat atasan dahulu.

Bagi individu, saya bimbang dalam usaha mereka mencari perubahan, ada yang terperangkap dengan pujukan Syaitan hingga berubah kepada jalan yang salah.

Dahulu mereka tidak perlu ambil rasuah, kini berubah kepada ambil dan minta rasuah,

Dahulu tidak terjebak dalam judi, kini berubah kepada terjebak, kononnya peraduan SMS dan bukannya judi.

Dahulu tidak pernah endah dengan skim cepat kaya, kini terpaksa mengintai dengan harapan tinggi untuk perolehi wang tambahan.

Dahulu selalu mengira-ngira pendapatan sudut halal atau haram, kini akibat tertekan dengan harga barang, lalu berkatalah mereka:

"lantaklah..aku terdesak, Allah tahu" monolog hatinya.

Benarkah demikian mudah? Sedangkan jalan halal masih banyak dan terbuka cuma perlukan usaha.

Dahulu tidak kenal siapa ah-long, kini sudah dimasukkan dalam senarai orang yang perlu dijumpai.

Dahulu tidak pernah terfikir lakukan jenayah, sekarang mula terfikir

Ia sesuai dengan kata-kata hikmah :-

كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُونَ كُفْرًا

Ertinya : Hampir-hampirlah kefaqiran itu menjerumuskan diri dalam kekufuran ( Riwayat Abu Nuaim : Al-Munawi : sanad lemah)

Malangnya semasa mengira-ngira untuk BERUBAH, banyak yang dahulunya dilakukan ingin diteruskan, padahal ia bukanlah perkara asas yang patut diteruskan. Seperti siaran astro, steramyx, surat khabar, makan empat kali sehari (pagi, tengahari, petang dan malam), pembelian surat khabar, ringtone membazir, sms Akademi Fantasia, memasang air cond hampir 24 jam, windows shopping setiap hari minggu sehingga terangsang membeli, membeli vcd filem-filem, majalah-majalah hiburan, rokok dan lain-lain.

Ubahlah perkara sebegini jika rasa beban bertambah semakin banyak. Agar sentiasa dapat menghalang diri dari perkara haram yang menggoda.

PEMIMPIN PERLU JADI CONTOH BERUBAH

Jika tadi kita cerita berkenaan keperluan perubahan oleh orang awam. Sebagai pemimpin bertanggungjawab, agar bertepatan dengan kehendak Islam dan prinsip keadilan sejagat, saya amat setuju saranan S.S Mufti Perlis agar pemimpin memulakan kempen jimat cermat dan melepaskan sebahagian peruntukan diri sebagai Perdana Menteri, Menteri Persekutuan, Menteri Besar, Exco kerajaan negeri tidak kira pimpinan BN atau Pakatan. Saya yakin ia akan mencecah ratus juta ringgit malah mungkin billion.

Jumlah ini bolehlah dimanfaatkan untuk golongan berpendatan rendah atau menambah budjet negara untuk ‘simpanan makanan negara'. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghapuskan toll di lebuh raya.

Ringkasnya, rakyat tidak akan meluat dengan nasihat pemimpin jika mereka menunjukkan komitmen dan kesungguhan mereka berkorban kepentingan diri untuk rakyat. Hanya air liur yang menerang sahaja tidak lain kecuali mendatangkan meluat yang berterusan sahaja. Berikut petikan nasihat yang amat baik buat para pemimpin (rujuk ) :-

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi.

‘Umar enggan makan bahkan berkata:

"Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya.Lalu ‘Umar bertanya:

"Dari mana diperolehi ini?".

Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar:

"Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir)

TOL

Kerajaan mungkin boleh mengambil alih pengurusan toll dari syarikat-syarikat swasta kini yang boleh dibeli sekitar harga RM25 billion. Ia juga adalah cadangan Dato' Shahrir Samad (sebelum menjadi menteri) dan juga YB Rembau berkata :

"Sort out the toll issue - I think one way of mitigating the increase in petrol prices would be to reduce toll rates or abolish them out right. Abolishing toll roads would mean nationalizing these concessions with the Government buying out the remainder of the concession from the operators. Based on a blended valuation (market capitalization and discounted cashflow), PLUS and LITRAK (the concessionaire for the LDP) can be bought for around RM25 billion. That would mean no more toll on the highways operated by PLUS and LITRAK. Of course, the real cost of nationalization would be higher once maintenance is factored in. (sumber )

SPONSOR SYARIKAT GLC DAN SWASTA

Bagi menmperolehi bujdet membeli pengurusan lebuhraya, kerajaan juga sewajarnya bijak mendekati syarikat swasta yang kaya raya untuk mendapatkan bujdet tambahan bagi membantu rakyat yang semakin menderita. Ia amat sesuai dan baik dari membiarkan ia ditanggung oleh rakyat yang semakin buntu hari ni serta hanya mencadangkan orang pendapatan rendah berjimat dengan menggunakan air liur semata-mata.

Bayangkan, betapa agaknya belanja yang dikeluarkan sebuah syarikat telekomunikasi untuk menaja bolasepak piala Eropah dengan iklan ‘TIDAK BERAQAL, berambut biru dan BERKORBAN DEMI BOLA SEPAK!!. Bagimana juga kos yang dikeluarkan syarikat-syarikat lain untuk menaja pelbagai aktiviti yang bukan member kebaikan kepada asas kehidupan, kebanyakkannya bercorak hiburan semata-mata. Amat membazirkan dan merugikan. Jika pengiklanan yang mereka cari, maka penyaluran wang kepada kerajaan boleh juga diberi ruang khas iklan oleh kerajaan di RTM dan lain-lain.

Keuntungan bank-bank mega yang bebrillion ringgit satu tahun, wajar disedut sedikit bagi tujuan awam.

KAKITANGAN AWAM

Demi untuk memberikan perubahan kepada golongan awam ini, CEUPACS mencadangkan agar kerajaan membenarkan sebahagian kakitangan awam bekerja sampingan di luar waktu pejabat. Bagi saya ia kelihatan baik tetapi sebenarnya ia amat tidak baik, kerana :-

a- Pastinya kakitangan tersebut akan hilang fokus kepada tugas kerajaan. Tugasan sendiri kerap lebih diutamakan hingga mengambil masa pejabatnya.

b- Tugasan wajib di pejabat akan menjadi semakin TERLALU lambat ( sekarang sudah lambat) akibat kehilangan stamina dan tenaga.

c- Ikatan institusi keluarga semakin bermasalah kerana tumpuan mencari duit untuk menampung kehidupan menjadi priority.

d- Akan memalukan kerajaan yang seolah-olah tidak lagi mampu membayar gaji yang sebaiknya buat kakitangannya.

Saya yakin terdapat pro dan kontra dalam hal ini, namun secara peribadi saya ras abimbang dengan prestasi kerja kakitangan ini kelak.

AKHIRNYA

Kita semua adalah miskin dan Allah sahaja yang kaya. Kita sentiasa memerlukan bantuan Allah swt. Kewujudan minyak adalah dalam ruang lingkup kuasa Allah, keyakinan dunia tentang minyak yang menyebabkan naik perminataan dan harga juga adalah dalam kekuasaan Allah, global warming adalah kuasa Allah dan semuanya milik Allah,

Kita ingin semuanya baik dan menarik, namun yang kita persembahkan kepada Allah adakah semuanya baik dan seiring dengan apa yang diingini oleh Allah?!,. KIta sentiasa menuntut yang terbaik dari Allah swt namun kerap sekali mempersembahkan yang buruk kepadaNya.

FirmanNya :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Ertinya : Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji ( Fatiir : 15 )

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

8 Jun 2008