Saturday, June 28, 2008

EGO?

Baca n nilai diri sdri ye.. ni gambar hiasan je.. gambar Tasneem

"Rendah diri itu lebih baik drp EGO. Sesungguhnya Allah dan RasulNya mencela org yg Ego." Kita wajib mencegah sifat dan penyakit Ego. Al-Quran ada menyebut, "sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yg sombong dan bangga diri."

Adakah Ego ini boleh melahirkan sifat2 lain? Jika ada, apakah sifat2 yg akn lahir sekiranya seseorg itu terkena penyakit ego?

Kenali EGO : Ego ni terbahagi kpd dua. Satu, yg positif dan kedua, yg negatif. Ego yg positif ni spt cntoh; Seorg suami yg bergaduh dgn isterinya, tetapi dia tidak menangis di hadapan rakan2nya, krn Ego tidak mau menampakkn kesedihannya. Atau, seorg isteri yg bkata bhw suaminya tidak pernah makan di luar krn suka masakannya, wpn hanya telur gorg shj.

Ego yg negatif pula, dlm B.Arab disebut sbg takabbur dan riak. Dr segi maksud sbnr pula ialah, Ego adalah penyakit merbahaya krn ianya blh melahirkn penyakit2 dan sifat2 lain. Ego adalah penyakit hati, penyakit dalaman dan batin.

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud, " Tidak masuk syurga org yg ada sifat sombong dan takabbur dlm hatinya wpn sebesar zarrah. Lalu seorg lelaki bertanya, adakah termasuk juga org yg memakai baju dan kasut yg elok? Nabi menjawab, "Allah itu cantik dan Dia suka kpd sesuatu yg cantik."

Nabi juga ada menyebut bhw org yg ego juga, adalah menolak kebenaran dan menghina orglain.
Tasneem dgn baju kurung nye.. tgh timbang berat ke tu?

Ciri2 org yg ego dan sifat yg lahir drp keegoan:

1) seseorg yg pentingkan diri sendiri
2) sombong

3) lemah

4) banyak kekurangan, tp ditutup kelemahan diri itu dgn ego

5) berlagak tahu segalanya, walhal dia tidak tahu, dan dia juga tidak tahu bahawa org lain tahu yg dia itu tidak tahu
6) menolak kebenaran terutama apabila dirinya ditegur
7) menghina org lain
8) tidak mempedulikan perasaan org lain

9) tidak menerima pendapat org lain
10) ego mbuatkn wujudnya suatu khayalan dlm diri seseorg, bahawa dialah wira, hero, dan bagus

11) Kalau seorg ketua, dia akan kata yg dirinya je yg betul

12) sentiasa rasa dirinya tinggi drp orglain dan menganggap org lain hina

13) suka menyalahkn org lain dan rasa dirinya betul. (cth:Pelajar yg suka menyalahkn orglain bila gagal, spt seseorg itu kata gurunya bodoh tidak reti mengajar, atau sbb takde buku dia gagal, atau pensyarahnya seorg yg strict dlm pemarkahan)
14) suka mencari alasan supaya tidak nampak kelemahan dirinya, dan sntsa mcipta realiti yg lain
15) Lekas marah bila kelemahan dirinya ditegur atau diceritakan
16) jiwanya tidak seimbang spt firman Allah yg bmaksud;"Allah jadikan jiwa itu teah disempurnakan, tp diilhamkannya yg baik dan buruk. Berjayalah org yg menyucikan hatinya, dan rugilah org yg dikotorkan hatinya."

Allah sengaja ciptakan setiap org ada kelebihan dan kekurangan. Tp, org yg ego ni rasa dia je yg lebih dan dia plg terer, dan paling pandai.

Al-Quran juga menyebut bhw, "Apakah yg mereka yg membahagikan rahmat Tuhan kamu di muka bumi ini? Kamilah sebenarnya yg memberi rezeki dan Kamilah yg mengangkat sebahagian dr kamu tinggi drp sbhgn yg lain(spy yg lemah akan merujuk kpd yg tinggi)."

Tidak salah seseorg itu memiliki ilmu yg byk, baju dan pakaian yg cantik, anak yg ramai, tp jgn la kt sombong dan ego krn perkara tu.

Gambar Hiasan: Tasneem nye muka tgh ngantuk.. hihi.. kuyu je

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "sesungguhnya org yg rendahkan dirinya akan diangkat oleh Allah, sebaliknya org yg takabbur Allah akan ranapkannya".

Iblis adalah makluk yg paling ego. Ulama ada mengatakan bhw iblis bkn dtg dr golongan malaikat. Sb malaikat tidak akan ingkar pd Allah. Tp iblis ini, adalah pembangkang dan membangkang suruhan Allah, iaitu pd awal pciptaan Adam a.s.apabila iblis disuruh sujud pd Adam(tanda hormat bkn sujud menyembah), iblis berkata bhw dia diciptakan dr api manakala Adam hanya dr tanah.

Apabila iblis bkata begitu, Allah terus menjawab, "sesungguhnya yg paling mulia di sisi Allah adalah org yg bertaqwa". Allah membalas kata2 iblis dgn ayat yg begitu sinis, dan tajam.. bhw org yg mulia adalah yg btaqwa iaitu beriman dan taat pd Allah. Bkn krn rupa, kedudukan, keturunan mahupun kejadian sesuatu makhluk.

Maka kalau begitu, kata iblis aku lah yg lebih mulia. Malah iblis berkata lagi, sekiranya manusia itu lebih tinggi dr aku, maka aku tidak akan tunduk padanya, tp jika aku lebih tinggi dari manusia, maka aku akan hancurkannya.


17) Ego juga melahirkn persengketaan, pgaduhan dan kedengkian.

No comments: