Thursday, November 20, 2008

Tasneem sudah bercakap

Setiap pagi, Tasneem bangun awal. waktu subuh time ayam jantan berkokok dia sudah bangun. Alamak! pampers penuh rupanya .. mama tido tak bangun utk salin, sbb kepenatan dan kadang2 cuaca dingin dan sejuk menambah kenikmatan tidur malam. Di Madinah mgkn mama Tasneem selalu bjaga mlm melayan karenah Tasneem dan kdg2 memasak jam 2,3pg. Tp di sini, waktu mlm sememangnya masa utk tidur. Mgkn krn sini cuaca tetap panas dan lembap sepanjang tahun. Beda sekali dgn Madinah yg cuaca panas sejuk sering silih bganti menyebabkn waktu tidur tidak menentu.

Kokokokkooook!!!itulah bunyi ayam jantan yg membingitkn telinga Tasneem sehingga dia tbangun awal disamping pampers Fitti saiz L yg sudah sarat dgn air kencingnya, menyebabkn dia tidak lagi berasa nikmat utk teruskn mimpinya. Dia bangun awal minta disalin pampers dan susu utk mengisi perut yg sudah mula dimasuki angin. Tasneem merengek sehingga aku tidak lg enak tidur. Ku bingkas bangun menyelesaikn kemelut yg melanda!huh!.. azan sudah bkumandang. alang2 bangun, baik solat subuh terus. kalau tidak,, alamatnya bersubuh gajah la..

Lps bsarapan(kdg2 tak sempat sarapan), Tasneem meminta tudung, kdg2 dia ambil dan memakainya sdri. Dia memakai tudung Indon yg skrg sgt glamour di tanahair Msia. Sgt mudah utk disarungkn di kepala. Dia menunggu di muka pintu sambil memanggil2 utk bawanya keluar. Pagi2 begini sudah mjadi kebiasaannya mahu keluar bila mata celik! Utk mendiamkn mulutnya, kdg2 nenek atau makcik2nya tpaksa mbawa Tasneem keluar. Namun, ada juga sesekali aku tidak dapat mengelakkn diri. Aku memakaikn nya baju sejuk blengan pnjg dan btutup kepala. utk elak dr digigit nyamuk, dan cuaca sejuk di awal pagi. Tasneem berasa sguh seronok.

Tok!tok!tok! bunyi ayam betina sdg mcari makan. Benar kata org2 tua ayam bunyinya riuh sekampung. comel ayam jiranku, ayam serama spesisnya. Kmdn, tiba2 tnampak makhluk besar bwarna putih.. Tasneem begitu excited sambil menunjuk2 haiwan yg sedang meragut. Namanya So'od. Itulah lembu peliharaan jiranku sejak kecil. cuma seekor.. ditambat dan ada jugak sesekali tlepas. habis umah orang diserangnya.. baru2 ni, umah emakku habis diberaknya. Tahinya...Tuhan je tau.. besar.. setompok amat menggelikan. mak aku kata, dulu tahinya kecil.. skrg... simbah dgn air pn tak mau jalan. Last2 mak aku pgl ank jiran aku yg bela lembu ni. dia yg kena bersihkn najis tu! hihi.. itulah pengajaran. kalau bela lembu, jgn smpi mganggu jiran tetangga. bukan kah nabi selalu bpesan,, jgn kita menyakiti jiran. kalau dah lembu berak kat atas simen umah.. sape tak marah.. ye, tak?

Herm.. Tasneem pantang nmpk kucing. Terus dia bt bunyi meow..meow.. dia geram sungguh tgk kucing. Pnt aku mengejar dia,, ke sana sini. bila nampak kucing dia kejar kucing. langsung dia tidak berasa takut. Bila nampak ayam,, habis sekumpulan ayam tu lari lintang pukang.. bila penat blari, last2 aku tak larat kejar dia,, aku pn ajak dia masuk umah. Dia seolah2 paham jugakla.. dia nk susu kehausan.

Skrg aku rasa seronok bila dia sudah pndai bercakap. Bila di tanya bunyi ayam mcmana? dia bunyi.. kok! kok! kok! bunyi cat kucing mcmana? meow..meow.. katanya. Bunyi lembu? Moo..moo.. bunyi cicak?dia cuma sebut ci cak! sambil jari nya dituding ke arah cicak.

Mak aku kata, budak zaman skrg mmg cerdik. kecik2 dah reti main handset. Tasneem pantang jumpa hp.. dia ambil dan ckp elo..elo.. pastu entah apa mulutnya mbebel. Tasneem reti mintak air, mcm2 lg. bila dia buka handset aku. dia kata Rosak! ada2 je.. budak2 ni.. Tasneem dah reti sembahyang. semua pergerakan boleh dikatakan dia boleh buat. rukuk, bdiri sambil tgn di perut, sujud dan duduk tahiyyat pn dia buat, sambil mulut terkumat-kamit seolah2 mbaca ayat di dalam smbahyang.

Tasneem kenal semua anggota badan. semua dia boleh tunjuk dgn gaya tsendiri. bila sebut mata, dia kenyit2kan matanya. bila sebut gigi.. dia tunjuk giginya yg sudah pn penuh. tp bila nk tanya telinga, kene sebut uzunun(telinga dlm B.Arab). tangan, kaki, rambut, hidung semua dia tahu. Tasneem dah kenal byk benda. bila suruh tendang bola, aku ckp la Kick the ball.. dia terus sepak bola tu. dia mudah mengikut arahan tanda dia paham. byk keje dia blh buat. angkat bantal, ambil kain, ambil susu, dan bila nk cuci berak, aku suruh dia mencangkung.. semua dia buat dgn baik..

Herm.. tak sabar nk tgu dia bcakap lebih byk lagi. nanti mesti mcm2 dia tanya..


No comments: