Tuesday, January 26, 2010

hanya insan biasa

alhamdulillah, syukur pd Allah yg dah bg aku byk rezki dan peluang utk btaubat diatas dosa2ku selama ini. Td, semasa di sekolah, cikgu Sharina ckp, "zaman skrg ni, org nk mati mudah je kan?". aku sememangnya da sedar pkara ni.

Org zaman skrg mati bkn mcm org dahulu. kebanyakan mrk mati tua, mati sebab penyakit krn kemiskinan dan kurang canggihnya peralatan perubatan.. mati mereka biasanya diberi byk petanda.

Namun, org skrg byk mati di atas jln. byk mati sebelum mati.. byk mati dlm pikiran org lain. dan byk jenis mati lagi yg wujud pd zaman ini. sb, zaman skrg ramai org yg rasa dirinya hebat, rasa dirinya bagus sehingga kdg2 byk yg lupa diri.

anak melupakan ibubapa, ibu bapa membuang anak, kawan makan kawan, bapa makan anak.. mcm2 gelaran yg ada. semua tu mmg petanda kematian dlm pikiran seseorg, bukan kelupaan. org yg mahu menyeksa orglain, bg dirinya org itu telah mati. inilah hakikatnya. sb itu mrk berani buat apa saje pd orglain. menyakiti seolah2 org itu tidak punya perasaan, membenci seolah2 org itu tiada kebaikan, menjauhkn diri seolah2 org itu sudah tinggal di tanah perkuburan.

macam-macam hal lg yg wujud dlm dunia yg sudah penat dgn ragam manusia.

Bg aku, hidup ni kejap sgt2. kalau kita rasa kurang amal, tak payahla tambah dosa yg sedia ada. kalau kita tak boleh bercakap tentang kebaikan dan menyenangkan hati orglain, baiklah berdiam diri. kalau kita rasa berkawan dan bergaul dgn masyarakat di sesebuah kawasan itu lebih byk mdatangkan dosa, baik kita jauh2kan. sebab.. kalau sekali kita dah tsilap, susah sgt2 nak perbetulkan. kalau tersalah cakap, ada yg terasa. bila ada yg terasa, tak pasal2 dptla dosa. kalau tak pandai menutup pintu kemungkaran, jgn menjebakkn diri bersama kemungkaran. baik kita jauh2kan.. kalau kita rasa diri kita cukup sempurna, memiliki segala-galanya yg nampak baik di mata dunia, kita ingat2lah ianya dar Allah jua. jgn sesekali berasa aku itu, aku ini.. sebab takut kita terlahirkan rasa ananiyyah dlm diri(sifat keakuan).

tahun ini memberi perubahan dlm hidupku. aku rindu pada bumi Nilam Puri. setidak-tidaknya, aku ingin hidup dlm dunia kecilku, yg mungkin hanya ada diriku. setelah melalui pelbagai benda dlm kehidupan yg fana ini, aku merasakan.. diriku ini wajar bersama org2 yg baik2. dan aku elok menjauhi org yg boleh mendorong imanku kepada kerosakan. bkn kerana mrk kurang baik dr diriku, atau aku lebih dr mrk.. tidak.. tidak sama sekali..

tetapi,, kerana diriku insan yg lemah. diriku tidak ada iman sekuat Khadijah, Masyitah, Sumayyah, Aisyah,, atau mana2 tokoh pn. aku cuma mengharap, Allah memandangku dgn rahmat dan kasih sayangnya...

kerana ini... SEGALANYA KERANA KASIH DAN SAYANG

No comments: