Wednesday, March 10, 2010

sudahkah terlambat?




sudahka terlambat utk aku mengajar anakku mengenal dan membaca al-Quran? sudahkah terlambat utk anakku mendalami ilmu al-Quran? atau.. waktunya masih terlalu awal utk si anak kecil berusia 2 tahun utk mempelajari al-Quran? kerana... rata2 anak Melayu Islam di tanahair kita mempelajari dan sudah boleh membaca al-Quran hanya apabila usia mereka mencecah 7 tahun. usia 5 tahun baru tahu menyanyi huruf alif ba ta.. dan belajar mengenal huruf2 tersebut.

sedikit terkilan di sudut kecil hatiku. apabila aku melihat kanak2 berusia 3 tahun sudah boleh membaca surah maryam.. dan surah2 yg panjang tanpa mengenal satu pn huruf alif ba ta. dan org buta juga ada yg sudah menghafaz alquran. bila aku ceritakan hal ini kepada sahabatku.. katanya, "oo.. budak ni mmg cerah hati, cerdik, dan jaga makan minumnya." jd, timbul persoalan bagiku. adakah dgn jawapan begitu, sudah memadai utk budak berusia 3 tahun membaca surah dengan begitu lancar? kenapa anak kita belum reti sebegitu walaupun kita menjaga makan minumnya?

sebenarnya, kanak2 kecil ni bkn sahaja dijaga makan minumnya. tetapi, selain faktor pendedahan awal tentang al-quran... persekitarannya juga perlu kepada input tersebut. sebagai ibu, terasa diri ini terpanggil utk mengajar anak di rumah. kadang2 terasa sedih krn aku byk menyibukkan diri mengajar anak org di sekolah. sedangkan anak di rumah dibiar bermain sendiri. Tasneem mmg suka belajar. tak kira di mana dia berada. dia suka buku. suka menulis dan membaca. tp takde sape nak layan kesukaannya tu. aku selalu jugak belikan buku2 utk dia. colour, pensil.. kertas.. dan sebagainya. benda2 ni mmg perlu korbankan wang. walaupun dia merosakkan, dan tidak menjaga dgn baik.. itu sifat kanak2 yg ada pada dirinya. tetapi, ia boleh diajar dgn baik. aku kdg2 kesal tidak ajar dia mcm2. kadang2 bila dah penat keje, bg je dia tgk tv cite kartun. apa yg dia dapat?

tasneem ni suka tgk drama, cite geng bas sekolah, afi dan abah, dan cite kanak2 yg lebih besar. kartun dia kurang berminat. masa dia kecil, dia lgsg tak suka menonton. sekarang pula, dia suka bermain basikal di luar rumah dan menulis, membaca, mewarna. aku skrg lebih sedar apa yg Tasneem perlukan. baba Tasneem lebih byk masa bsama Tasneem. sb stp kali tasneem celik mata, bangun tido.. dia akan nampak Baba nya dan bersama Baba nya. Mama sudah ke sekolah waktu itu. aku sgt mengharapkan agar suamiku suka mengajar Tasneem belajar. kalaulah dia ajar sejak dulu.. sudah tentu tasneem sudah boleh membaca beberapa surah, detik hatiku..

doa2 yg aku ajar dan nayid2 yg diajar pd Tasneem biasanya aku hanya sempat ajar ketika dia hendak tidur, naik motor, dan apabila dapat bersama dia. alangkah bagus jika aku suri rumah. boleh aku ajar dia mcm2. berbeza sgt masa aku menjaga tasneem semasa aku suri rumah. tasneem belajar berjalan, bermain, menyanyi, menari, dan bermain mcm2.. tak kira siang mahupun malam.. aku dapat melayan dia jauh lebih baik dari skrg. sedih jugak.. namun aku yakin, belum terlambat.

skrg aku busy dgn praktikum.. masa lagi singkat bersama tasneem. tasneem byk belajar sendiri. aku suka tgk perkembangan tasneem. daripada tak pernah pegang pensil, sehingga dia sudah reti mewarna. sgt seronok. malah, dia boleh ingt doa hendak tidur dan makan dalam tempoh 1 minggu je. tetapi,, kenapa aku tidak mula lebih awal?

org suka kata, cerdiknya budak tu. cerdiknya budak ni.. budak yg lambat bercakap, cakap pelat, dan tidak tahu apa2 disangka tidak cerdik. kita memang silap!! sebenarnya, budak zaman skrg kebanyakannya cerdik2 belaka. yg membezakn tahap kecerdikan tu, hanya pendedahan awal atau lewat sebenarnya. budak yg diberi perhatian, dididik utk belajar akan dapat mengingat dan menyebut dgn baik. kita yg silap menilai. kita yg kurg mengajar. bukan kanak2 tu yg kurang belajar. kebanyakan anak2 kecil dijaga pemakanannya sejak dari dalam rahim ibu, dengan baik sekali. minuman berkarbonat(air gas) si ibu tidak minum, minuman berkafein, juga berpantang. bermacam2 si ibu berpantang. malah, byk makanan berkhasiat di makan semasa mengandung dan sehingga baby dilahirkan diberi makann berkhasiat. namun, malangnya.. kita menyediakan otak dan neuron2 yg baik.. tetapi tidak memberi sebarang input bermanfaat kepada anak kecil. mengapa?
g
menyentuh ttg pemakanan.. kita sebagai ibu, kita lebih tau apa yg baik, dan sihat utk dimakan.. tetapi knp selalunya ibu2 suka memberi anak2 mrk memilih makanan sdri? bila anak mintak utk makan makanan ringan.. bukan sahaja kita melarang. malah kita siap keluarkan wang utk menurut kehendak si anak. bila anak nk minum air gas(minuman berkarbonat), kita jugagklah yg tunjuk dan beri pada dia. malah segala yg buruk dan tidak elok, kita jugak yg sumbat ke dalam perut mrk. masa dlm kandungan bkn main lg kita jaga. apa gunanya?

bila anak lemah dalam pembelajaran.. kita menyalahkan dia. asyik tak ingat2 apa yg diajar. kita kata malas belajar.. padahal, kita tidak pernah menyokong dan mendorong. utk membeli baju anak... si ibu suka beli sebanyak2nya, supaya anak kelihatan cantik. tetapi utk beli flashcard, buku, alatulis, permainan... berat sekali utk keluarkan wang. sesetengah si ibu suka beli alat kosmetik, si ayah beli handset yg canggih2.. entah berapa kali tukar, wallahua'lam...
tapi, utk beli buku cerita utk anak... berat sungguh. alasannya, "kan ayah dah beli aritu, kat rumah". nak tunggu budak boleh habis ingat dan baca 1 buah buku, baru nak beli yg lain. budak pn ada rasa jemu dan bosannya. pakar motivasi ada menyebut..

kita perlu wujudkan budaya membaca di dalam keluarga. supaya anak2 suka membaca. antara caranya, belikan anak2 sekurang2nya 1 buah buku sebulan.. atau, lebih.. dan kene peruntukkan masa utk membaca. barulah anak2 juga akan ikut. wujudkan rasa minat utk membaca dan belajar dahulu. lainkali, dia tak payah disuruh utk membaca.

aku bcakap bagi diriku sdri.. bkn utk pembaca2 shj. daripada bawa anak ke shopping compleks yg xde tujuan, baik dibelikn buku. budak berusia 6 bulan adalah waktu paling sesuai utk belajar menggunakan flashcard. bila dah berusia 1 tahun dan boleh menyebut.. dia akan sebut dan tahu apa yg ditunjuk. inilah miracle!

mari sama2 kita mencuba.. anakku tasneem hanya manusia biasa. apa yg membezakan dia dan kanak2 lain.. bgantung pd apa yg kita bentuknya... anak2 juga cermin kepada ibu bapanya. sama2 kita mengubah dunia dgn mengubah diri kita dahulu.

No comments: