Sunday, June 10, 2012

sakit yg nikmat

assalamualaikum.. selamat bahagia semua.. semoga lepas baca post kali ni lebih rasa bahagia dan gumbira sekali.. ya. saya alhamdulillah sihat walafiat. syukur pada Allah atas segala nikmat sakit dan nikmat sembuh dr skt... 

dalam bulan lepas Mei 2012 saya sakit kaki, 2 kali. sakit ibu jari kaki. pd suatu malam.. saya xleh tido. sy basuh pinggan mangkuk dan kemas2 dapur. tetiba saya xsedar.. kaki saya sedang memijak seekor cicak.. rasanya mmg betullah cicak. sb masa tu xpakai spek mata. tetiba "ia" menggerak2kan badannya.. saya pn tfikir cicak ler. dan saya pn menjerit dan melompat sb geli. huahuahua.. masa melompat tu, tetiba ibu jari kaki saya tersilap landing. patut landing melurus.. tp ibu jari kaki ni membengkok ke bawah. adoi.. Tuhan sahaja yg tahu. masa tu semua org lain xde.. hihi kalau x orglain pn tahu jugak. hehe...last2 nk bergerak pn xmampu. bengkak ibu jari tu. ingt nk g urut.. tp last2 xjd. sb fikir mcm biarla dulu. kadang2 kene bg masa juga utk sembuhkan apa2 penyakit. syukur alhamdulillah.. setelah seminggu ia beransur pulih. 

setelah apa yg terjadi.. masa tu diri ni br terasa.. nikmatnya ada ibu jari kaki. masa tu juga macam2 terfikir. kenapa Allah jadikan ibu jari kaki lebih besar dr jari2 kaki yg lain? jawapannya.. sb ibu jari kaki tu fungsinya juga jauh lebih besar dr jari2 lain. bila sembahyang.. boleh bdiri mcm biasa dan rukuk,,, sujud.. duduk (sakit2 sikit aje). tp,, subhanallah.. masa nk bangun dr duduk dan berdiri tegak tu.. Allahurobbi.. sakitnya xterkata dan seolah2 mmg xmampu bdiri. saya terpaksa bgantung pd tangan utk bangun. masa tu juga br ku sedar.. bahawa Allah da susun ibu jari kaki tu elok besar dan dua2 berada di bahagian tengah kalau sedang berdiri. sb kedudukannya tengah dan ianya menampung segala anggota badan kita yg di atas sehingga ke bawah..


lps bbrp mgu jari ni da sembuh sepenuhnya. namun, sakit kaki bahagian tumit pula melanda. sakit ni da lama. puncanya drp kasut. sblm ni pakai kasut bata utk temuduga SPP. so, kasut tu agak bertumit sikit. lama2 sb pergi sekolah, balik sekolah jalan kaki.. last2 tumitnya mcm da xrata. wpn kasut tu tahan lama dan masih elok.. namun, tumitnya sudah rosak dan menyebabkan bila pakai tu x brp stabil agaknye. masa tu nk beli yg baru.. tp busy sesangat, last2 pakai je yg tu dulu. akibatnya merana sampai skrg. 

lama-kelamaan sakit tu berlarutan. bila rehat, ok. bila banyak berjalan.. mula sakit. mgkn juga sb berat badan bertambah kot. wallahua'lam. akhirnya pergi ke rumah tukang urut. Makcik Biah kata, ianya bukan apa.. hanya masalah peranakkan. bila diurut satu badan.. bahagian kaki tu dia xurut. dia kata rahim ku menurun sikit. mgkn sb selalu naik motor dan terhentak2.. mgkn juga sb angkat benda berat. wallahua'lam.. segalanya kemungkinan sahaja. akhirnya lepas urut.. alhamdulillah ok. cuma skrg.. sakitnya semakin parah pula.. sb  mmg banyak keje dan ke sana sini.. 

sebenarnya.. sakit dan sihat ni adalah dr Nya. Dia menguji kita dr soal kesabaran, ketabahan, kesungguhan.. dan pegangan kita pd Nya. wpn apa jua ubat yg ditelan. namun,, perlu diingat.. yg Maha Menyembuhkan adalah Dia. oleh itu,, in sya allah saya tidak akan bputus asa utk mencari panawarnya. semoga Allah mengizinkan kesembuhan ini.

Macam sblm ni.. saya pernah sakit ganglion. hampir setahun lamanya sakit berpanjangan. namun, alhamdulillah wpn doktor kata xde penawar kecuali pembedahan.. namun saya masih berusaha cara lain. dan alhamdulillah dgn izinNya saya sembuh. ganglion tu sejenis cecair yg tumbuh pada celah sendi tangan saya. ada org tumbuh pd bahagian lain dan ianya menyerang bahagian saraf. kalau tumbuh pd tangan.. maka seluruh tangan rasa sakit. nk buat keje pn xboleh. syukur pd Allah .. skrg da xde masalah. mudah2 an tangan ni lebih banyak buat ibadah... tanda syukur pd Nya. setelah berfikir dan merenung2 apakah penawar penyakit tersebut.. saya rasa.. bbrp bulan sblm ganglion tu mengecut, saya amalkan makan madu+rumman(pati delima). saya bancuh dgn air dan stp pagi saya bawa ke sekolah. minum macam minuman biasa.. saya mmg amalkan bbrp bulan juga. alhamdulillah mgkn dgn izin Allah.. benda tu jd penawarnya. 

di sekolah, ada bbrp org cikgu yg mengalami sakit ganglion ni. sblm ni kami sama2 tunjukkan ganglion ni dan menceritakan pengalaman penyakit tu. namun, syukur pada Allah saya da sembuh. dan mrk tanya cemana leh sembuh. sekadar bkongsi cerita.. akhirnya diceritakan ttg madu dan rumman. namun, mereka xcakap apa2.. malas lak nk promote lebih2. takut mrk sangka nk bisnes. so,, sekadar itu sahaja yg mampu dikata. kadang2 bila Allah nk izinkan sesuatu .. maka Dia akan membuka hati kita menuju ke arah perkara tersebut. apepun.. jgn mudah putus asa. percaya pd kalam Allah akan khasiat madu dan al-Quran juga ada menyebut ttg rumman..  selebihnya serah pd Nya.

okla.. da panjang sangat .. kalau pas baca masih rasa tidak bahagia.. semoga saat bahagia itu datang jua.. jumpa lagi.. assalamualaikum..to all my silent reader


soalan cepu cemas ~ apakah perbezaan post saya kali ini dgn pos sebelum2 ni? hehe.. nantikan jawapannya dalam post akan dtg.



No comments: