Thursday, April 23, 2009

busy? penatnye~ tp best!

Alhamdulillah aku dberi ksmptn utk menulis di blog yg kian usang ni. Aku bkn kekeringan idea, tp kesempatan utk aku menumpu mmg kurg. sejak keje, komitmen pd pengajaran n pmbelajaran(P&P) semakin tinggi. Aku yg hanya guru bidan terjun, yg sblm ini tidak pernah blaja utk mjadi guru, kini dberi mandat utk mengajar murid2 tahun satu dan tahun 5. mmg mudah ajar budak2.. tp sukar sbnrnya utk menjadikan mereka celik huruf serta mdidik.

kalau zaman dulu, cikgu kt mengajar hanya bmodalkn buku teks, buku latihan dan sebatang kapur, zaman IT ni, guru2 kene mengajar mgunakn bahan bantu mengajar yg mcm2 bentuk dan jenisnya. Laptop, VCD, kaset, radio, kad manila, kad bgambar, kertas mahjong, permainan roda impian, permainan keretapi, permainan sahibba, dan sebagainya. guru2 kene buat permainan kpd murid yg teramat lemah jawi. malah, tak cukup permainan cmtu, guru2 disuruh blaja dan mereka cipta program jawi dan alquran mgunakn komputer. guru2 juga mesti ada laptop sdri utk mengajar mgunakan power point. merakam suara sdri dan ada juga yg disarankan mbuat atau mereka lagu utk tujuan pengajaran.

pagi td, di sekolah ada mengadakan hari mbaca sedunia. semua murid diminta mbawa buku2 ilmiah selain buku teks. utk memeriahkn lagi suasana dan mhangatkn program, guru j-QAF b.Arab telah melatih budak2 utk bt psembahan. Murid2 tahun 5 telah bjaya mengadakn psembahan dikir barat dlm bahasa Arab. Ini antara pkara yg menarik phatian ramai. Sblm ini blm ada lg org yg bt dikir barat dlm bahasa Arab, tp tahniah kpd guru2 j-QAF dan Guru Pendidikan Islam yg bjaya mcetuskn idea. inilah guru zaman skrg. bkn sekadar mengajar, mdidik, mcurahkn ilmu tetapi juga menyahut cabaran semasa. guru mesti kreatif, melawan arus modenisasi dunia. bahasa arab mula dimartabatkn, dan guru2 zaman ini.. sntsa bkerja keras utk bsaing dgn keperluan semasa. menanamkn rasa cinta dan minat pd bahasa arab... selain bahasa inggeris, sains dan matematik.

guru dulu, dgn cara yg sesuai dgn zaman suatu masa dahulu. Guru skrg, perlu lebih pantas, aktif dan berinovatif. Guru dahulu, bsenjatakan rotan di tangan. Guru skrg... pakai laser, power point, nasyid, lagu, permainan dan mcm2 lagi utk mengawal murid2. senjata rotan sudah tidak lut lagi. semua main psikologi je.. mmg penat mjadi guru. mcm2 permainan kene reka, dan cipta.

dulu, guru mengajar je.. muka guru bengis, masam, serius dan nampak garang. semua budak2 kecut perut. guru skrg.. mcm kawan sebaya je, dgn murid2. murid tak takut lgsg. guru skrg kene blemah lembut, manis muka, herm... mcm2 lagi. guru skrg kene reka cipta pmainan. kalau dulu tak penah main anak patung, skrg dah besar bila jadi cikgu.. kene buat patung doremon. puppet, dan mcm2 lg. poket doremon tu diisi dgn kalimah al-quran dan dibuat pmainan supaya murid seronok dan cepat pandai baca al-quran. permainan kotak beracun pn ada. permainan tanah liat, main pasir.. mcm2 lg.. aku sdri skrg sntsa bfikir.. pmainan apa yg bagus dan sesuai utk mengajar murid mengenal huruf jawi dan mbaca jawi.

perkara menakjubkan aku, kalau dulu darjah 6 baru reti baca quran betul2.. budak zaman sekarang.. darjah satu dah reti baca quran dgn makhraj yg tepat serta fasih dan btajwid. oleh itu, aku skrg memasang target yg sama.. budak yg tak reti baca, perlu diprogramkan supaya bila umur 7 tahun sudah tahu baca al-quran, bukan mukaddam. inilah cabaran yg aku tempuhi skrg. inilah tugas aku.. selain guru2 b. arab bhempas pulas mengajar arab.. guru jawi n quran kene bhempas pulas juga.

dulu aku belajar arab ttg fe'el, isim, haraf, isim fa'il, isim maf'ul, dll... di sekolah menengah. tp zaman skrg, semua sukatan yg aku belajar masa tingkatan 1,2, dan 3, diajar kepada murid2 darjah 1-5. gila tak? tp, tak hairan jugak.. sb bila exam,, ramai yg dpt 100 peratus markah. budak skrg makin cerdik. guru2 kene lebih bijak dan cpt belajar. termasuklah aku.. kalau yg lembab menaip tu.. yg blaja kat tanah arab atau eropah ke.. kene la blaja2 menaip jawi dgn laju atau blaja ilmu komputer. tak blh malas2.. setakat buka email, chatting tu... tak mainla.. skrg nk minta ngaja MRSM pn dah kene bt micro teaching semasa temuduga.. huuhhh.... IT.. IT...

okla.. aku kepenatan sbnrnya.. saje2 mcurahkn pengalaman penat ni. sape2 yg duk umah, rileks2.. bsedialah.. satu hari nanti,, anak kita juga akn btanya.. malu jugak kalau kt tak reti. belajar2lah arab ke,, inggeris ke.. redah semua. jgn malas2.. kalau yg nk cari keje, dah nak konvo tu... kurg2kn la main game, main bola, tgk bola, ada masa.. belajarla IT dan cuba bt program bmanfaat. kalau blh, fikirkanlah cara plg mudah n cepat utk anak2 kecil blaja al-quran. selamat mjana idea!

Friday, March 27, 2009

kata2 yg mbunuh& kata2 yg merangsang

Sekelompok kodok sdg bjln2 melintasi hutan. Malangnya, 2 di antara kodok tsebut jatuh ke dlm sebuah lubang. kodok2 yg lain mengelilingi lubang itu. ketika melihat betapa dlmnya lubang tsebut, mrk bkata pd kedua2 kodok itu supaya lebih baik mati.

kedua2 kodok tsebut tidak mpedulikn komentar2 itu dan terus mcuba lompat keluar dr lubang itu dgn segala kemampuan yg ada. Manakala kodok2 lain tetap menyuruh mrk bhenti melompat dan lebih baik mati shj.

Akhirnya, salah satu dr kodok itu mdengarkan kata2 kodok lain, lalu menyerah. Dia tjatuh da n mati. Dia tjatuh dan akhirnya mati. Manakala kodok yg lagi satu pula tidak putus asa dan terus cuba melompat. Sekali lagi kodok2 lain semuanya bteriak padanya agar bhenti berusaha dan baik mati sahaja. Tetapi kodok itu berusaha lebih bsungguh2 lagi dan akhirnya bjaya.

Akhirnya dgn satu lompatan yg hebat, dia sampai ke atas. Kodok yg lain semuanya berasa takjub dan kagum dgn semangat kodok tsebut. Lalu kodok2 itu btanya, "Apa kau tidak dengar teriakan kami?" Lalu, kodok itu(dgn mbaca gerakan bibir kodok2 itu) mjelaskn, bahawa ia sebenarnya pekak lagi tuli.

Rupa2nya, semasa berada dlm lubang tadi, kodok yg tuli itu menyangka bhw semua kodok2 lain telah mberikn semangat kpdnya.

Apa yg dpt kita pelajari dr kisah di atas?

Dlm kehidupan ni, ada 2 jenis kata2. Pertama, adalah kata2 yg mberi saranan, galakan dan mbina hidup. Inilah kata2 yg positif. Kedua, kata2 yg blh mbunuh semangat, malah mbunuh kt. inilah kata2 yg sering kt dengar sebenarnya, dlm kehidupan sehari-hari. oleh itu, didiklah diri dgn kata2 yg positif spy kt sntsa bfikiran tbuka dlm apa jua keadaan. org sekeliling kt juga akan rasa seolah2 hdp ini byk peluang dan ruang.

jgn dgr apa org kata, sekiranya kt dpt kesan bhw itu kata2 yg mbunuh. cth; seseorg sdg gagal dlm sesuatu, lepas tu ada org kata;"tu la engkau, sape suruh malas blaja, malas nk usaha, aku dah bgtau ko tak nk dgr nasihat aku dulu. padan muka, skrg rasalah akibatnya". inilah yg biasa kt dgr, tak kira sama ada drp ibubapa, guru, rakan atau musuh. atau.. sesiapa shj disekeliling kt.

kata2 positif pula, akan bkata; "takpe, akan dtg kt tingkatkn usaha lg. kn kt dah cuba dulu. skrg dah tahu, jd nnt kt tambah lg usaha2 lain. ini takdir Allah, kt usaha. Dia menentukn. Apa yg pntg, mulai skrg kt tanam azam baru dan laksanakn nya." atau... nah, ambil ni sbg hadiah pmulaan. wpn kurg bjaya, takpe. nnt cuba lg. sy akn bg hadiah yg lebih baik!atau.. awak bkn cerewet, tp awak teliti orgnya. awk sntsa mahu yg tbaik utk kehidupan awak. atau.. "awak bkn menyusahkn org. Bila awak minta bantuan mrk, mrk rasa dihargai apabila ada org yg mahu meminta ptolongan dr mrk." oo... budak tu bkn nakal, tp dia nk phatian org. Budak mcm tu, biasanya mmg panjang akalnya, nnt dah besar msti bijak orgnya. dia tak duduk diam, sb dia aktif dan otaknya sntsa bfikir." oo.. baby tu selalu nangis bknnya apa, dia nk manja dgn ibunya lebih.. biasalah budak2.." " oo bagus ye kamu, blh la buat yg lain pula.

lihatlah katak yg mati, krn mdengar kata2 yg negatif akhirnya dia "mati katak". oleh itu, aku sarankan, kalau ada je kengkawan yg suka memampuskn kita, kita jauhi dia. wat do no jela.. penah aku hadapi situasi cmtu. aku tgh dlm kesulitan, tension, dan byk problem. takde sape nk bantu. then, tetiba ada la member yg bg kata2 yg mbunuh aku. aku trasa thina bila dgr kata2nya btubi2 menikam aku. akhirnya aku tekad, off je hp n elak drp dia. sbb aku rsa aku akan terus mati on time je.. kalau aku terus mdengar. bila aku tbaca kisah katak ni, aku dpt rasakan bhw tindakan aku tu la yg tbaik.

ingtlah, antara mbebel, dan bg nasihat or tegur org.. adalah 2 pkara yg bbeza. kdg2 ibu bapa, guru2, rakan2 suka mperlekehkn usaha dan buah pikiran kt. malah stp hari mesti ada org yg akan bkata negatif. cth; "alah.. ko tu kalau mak bg buku byk2 pn bukan ko nk buat, bkn ko nak baca." "hah, buku yg beli dulu dah abis baca, ke? yg tu blm abis, dah nk beli yg baru." "ko ni byk sgt memilih, kang last2 tak beli. benda mudah pn jd ssh." herm.. mcm2 lagi..

Friday, March 6, 2009

suamiku sudah pulang



alhamdulillah syukur pd Allah, penantianku lebih kurg 5 bln akhirnya berakhir. Suamiku br je td smpi KLIA, dgn brg2nya yg agak sarat 70kg. Aku tak dpt jemput suami di KLIA memandangkn aku harini mengajar. sekolah berakhir jam 12.30tghri, manakala suamiku smpi di KLIA jam 1ptg. Cuma, mama n abah(mertuaku) yg ke sana menyambut kepulangan satu2nya anak lelaki mrk.
Kali ni aku tak bt apa2 psiapan utk kepulangan suami, krn aku agak kurg sht. Aku br je sembuh dr demam chicken pox dan kini masih batuk2 kokol n selsema. Dal lama aku tak skt, kali ni kene mcm2 siap bpakej. Namun, alhamdulillah aku dpt ke sekolah mcm biasa n mengajar. Wpn suara agak tgelam timbul, mujur ada guru jqaf lain membantu.
Sistem pengajaran j-QAF ni sgt mudah. Aku ngaja darjah 1 dan 5 shj. Mengajar cuma subjek jawi dan Quran. Dlm tempoh 6 bln ptama(Jan-Jun), kami hanya perlu mengajar 2 subjek ni shj kpd murid2. Aku ngaja Iqra' 1-6 kpd murid darjah 1. Bila murid masuk darjah 2, mrk dah blh baca Quran. Bln Julai ni mrk tukar silibus. Mrk akan blaja subjek ulum syariah spt akidah, akhlak, ibadah, sirah dll. Buku Iqra' cuma ada 6 jilid. Jd, bln Jan - Jun setiap bln mesti habis 1 jilid. Manakala murid darjah 2-6 mrk mula baca al-Quran dan akan khatam bila darjah 6. Iniah matlamat j-QAF. Mperkasakan Pendidikan Islam.

Guru j-QAF adalah guru yg mbantu guru Pendidikan Islam yg sememangnya telah lama bkhidmat sblm dtgnya prog j-QAF ni. Pelaksanaannya pula, 1 org guru Pen Islam akan bsama 2 org guru j-QAF di dlm 1 kelas semasa proses pengajaran n pembelajaran. Maknanya 3 org guru, akan mengajar 1 kelas bsama2. Murid biasanya dibahagikn kpd 3 kumpulan mengikut tahap pencapaian mrk. Ini spy dpt mbantu murid yg keciciran atau ketinggalan dlm pljrn. Prog j-QAF ni byk manfaatnya. Murid yg tak mampu sekolah KAFA atau sekolah agama, mrk tetap dpt blaja mengaji, mengenal jawi, blaja B.Arab dan fardhu ain. Malah, kem Bestari Solat juga turut diadakan utk mengukuhkn pemahaman dan mbolehkn murid blaja cara menunaikan solat dgn betul.
Berbalik kpd kepulangan suamiku, in sya Allah dia juga akn memohon j-QAF. Aku dah pn isi borang online utk suamiku. Dia akan mduduki peperiksaan btulis(Math,BI,BM,dan syakhsiah guru) pd 28hb Mac ni. Sekiranya lulus, dia akan temuduga secara individu n bkumpulan. Ujian mbaca al-Quran dan menulis esei Arab juga diadakan. Byk proses dibuat utk memilih guru j-QAF ni. Namun, yg bagusnya.. sesiapa yg bukan dr kelulusan bidang agama juga blh mcuba nasib. Jika bjaya, bulan Jun ni aku bsama suami akan ke Maktab Pguruan(Institut Perguruan) semasa cuti sekolah bln Jun ni. Kami akan menimba ilmu pguruan, cara mjadi murabbi, mudarris dan mu'allim. Tugas j-QAF ni wpn mudah, tp sbnrnya berat. Mendidik seorg manusia bukan dlm masa sehari, tetapi spjg masa. Spt kata Imam Syafei, menuntut ilmu mestilah thuulizzaman. Bkn sekaligus dlm masa tertentu,, tetapi spnjg masa.. semoga Allah mberkati dan membantu pjuangan kami.
Kpd suamiku, slmt pulang.. aku cuma menyediakan umah sewa yg bakal kami diami bmula minggu ni. Perlahan2, aku telahpn mengatur segala jadual utk kami laksanakn dr semasa ke semasa. Bila suamiku sampai, kami akan basuh rumah, beli tikar getah, mesin basuh, dapur, gas, dan peti ais. Katil, almari dan meja solek dah ada. cuma sikit2 yg tmampu kami penuhkn. Plan kedua, kami akan survey nursery utk Tasneem. Bila aku n suami kerja, Tasneem in sya Allah kami nk hantar ke nurseri Institut Al-Razi. Mudah2an dia dpt tarbiyyah di sana, dan blaja bkawan. Tasneem skrg ckp, alhamdulillah dah blh bckp dan rasanya sudah sampai masa utk dia bdikari. Harapan aku menggunung tinggi, namun aku merancang. Sebaik2 perancangan adalah dr Allah jua. Tiada apa di sisi kt sbg insan. Harta dicari tak bawa ke mati. kami hidup, smga segalanya mjadi bekalan utk akhirat kelak. Anak2ku..di sekolah.. anakku di rumah.. di mana jua kalian berada, aku cuma seorg guru. Kalian adalah sama pd mata dan hatiku..inilah naluri seorg guru dan ibu. Aku mharapkn yg tbaik utk Tasneem, dan aku juga mharapkn yg tbaik utk anak2 di sekolah.
Inilah coretanku.. sementara tgu kepulangan suami. Aku br je balik sekolah td.. bsiap2 utk pulang ke umah mertua, n bsama suami. Esok penuh dgn tugas n kerja yg wajib dilakukan.. skrg, masa teramat padat dgn jadual yg telah tetap. Tahniah kpd suamiku.. krn dirimu sgt tabah mharungi detik kt bsama suatu masa dulu di Madinah, dan saat bjauhan anak dan isteri. Smga kt dpt bina kehidupan bsama yg lebih baik n bmakna kelak.. wassalam

dariku, isterimu yg kangan bangat sama kamu..

Wednesday, March 4, 2009

Kenangan bersama Family

Tasneem tgh tido,,,zzzz....zzz..
Tasneem di rumah nenek.. nenek ni dah mcm emak Tasneem lak.. sb dah lama nenek jaga Tasneem.. spjg mama kerja.. in sya Allah, nnt Tasneem balas budi n pengorbanan nenek, ya..
Tasneem dgn Khairullah kat umah Khairullah.. dorg ni suka la sgt main kerusi kecik.. nanti mama belikan utk Tasneem, ye..
Aku dgn kakak ipar aku.. ibu kpd Khairullah..
rAku dan Siti(adikku yg kawin dgn Asri), dan ayahku.. kami tgh kebosanan setelah penat menunggu pengantin menyalin pakaian utk bgambar..
Gambar bersama Sumiyyah adikku yg belajar di UIA. masa ni, kami di rumah pengantin perempuan, semasa adikku Muhammad kahwin.
Inilah Raja Sehari yg baru je selesai bgambar. Adikku Muhammad yg bakal Usahawan Fertigasi, akhirnya mjadi raja sblm mjadi usahawan. hihi.. bersama Tasneem..
Tasneem bersama sepupunya Khairullah, main di halaman umah yg nampak semacam di taman orkid.. hihi.. entah apa la yg dicarinye..
Tasneem sekarang, ikat rambut jarang2.. ni time mood baik la nak ikat..
Aku yg kontrol cun.. hik..hik.. muka seposen.. ni pn masa kat umah pengantin pmpuan. baju sama sedondon dgn Tasneem..
Gambar yg tak berapa menjadi.. tasneem..

Saturday, February 21, 2009

Laptop baru

Alhamdulillah aku sgt bsyukur krn dgn bantuanNya serta keizinanNya aku dpt beli laptop. Aku dh lama menginginkn laptop sdri, akhirnya krn desakn utk kegunaan bt assignment n hal2 pelajaran di Maktab, aku dpt beli tanpa halangan sesiapa. hehe.. sememangnya hidup ni plg best kalau apa yg kt nk, kt dpt..and selagi ianya tak salah di sisi agama.. whoever and wateva lah..

Harga laptop aku ni tak mahal.. cuma RM2499+RM50(install program)=RM2549. Brand Dell Model Inspiron 1420, Core 2 Duo, 14 inci saiznya(mmg berat giler), RAM 2gb, Hardisk 250gb, ada webcam, wireless, dvd, window vista, n semua complete la. Dpt free beg, mouse, remote pendrive 4G, tmpt lock laptop, headset+mic, cooling pad, dll. Pastu aku beli modem broadband n terus daftar celcom nye line, harganya RM399(modem RM331+yuran celcom RM68 sebulan). modem aku ni ada tempat letak memory card and boleh dijadikan sbg USB. So, gitu gini kos semuanya cuma RM2948. alhamdulillah aku rasa bpuas hati sgt.. sb dapat jugak aku masukkn line internet ni n boleh access kat mana2 pn.. aku ni agak jakun sketla.. org lain dah lama guna benda ni,, tp aku br nk mula.. lawak je bila pk2..

benda malang sket.. ialah line coverage celcom or maxis kt tmpt umh aku ni agak kureng memuaskn. so,, setakat nk buka blog... tulis blog ni blh la.. nk guna byk2 prog.. mmg ler lembab n kadang2 tak dpt lgsg.. huhu.. cedih tol.. tp.. ianya tetap blh guna la.. aku kene byk membaca, n cri maklumat je, stakat ni. kalau nk tgk youtube... alamatnya.. jgn hrp la kot.

aku sbnrnya tak sbr tgu kepulangan suami tercinta, dan tak sabar nk bawa Tasneem ke sini. Aku hepi sket skrg ni.. sbb aku dpt sekolah yg bagus, gurunya bagus, muridnya juga bagus.. segalanya sgt menyenangkn hatiku. mgkn inilah yg Allah mahu, iaitu aku berasa lapang dada, wpn dikelilingi perasaan rindu dan sedih sb bjauh dgn anak dan suami. Suamiku juga alhamdulillah telah bjaya dlm exam. Dia sedang menanti masa utk bt pengurusan utk pulang ke Msia. Tak lama lg kami akan sewa rumah bdekatan sekolah tempat aku mengajar, dan kami sekeluarga dpt bsama dan bsatu semula.. in sya Allah..amin

Smlm aku ke The Store, beli baju Tasneem, lengan pnjg dan pendek.. aku beli khas utk dia jemput baba dia kat airport, dan utk dia jalan2 makan angin dgn nenek. Atuk Tasneem akan bersara tak lama je lg. Jd pihak pejabat ada bt jamuan di hotel Ampang. Tasneem ikut nenek n atuk makan anginla... jd, aku beli baju juga utk dia pakai sempena majlis pesaraan tu.

Neneknya kata, Tasneem skrg sudah makin pandai meminta. Malah, dia suka bergaya. Pantang nampak baju lawa2 n berwarna-warni, dia terus buka baju yg dipakai, dan terus menyarungkn baju barunya. Dia selalu mintak atuknya bawa dia jalan keluar. Pantang duk luar umah,, abis ayam semua huru-hara lari lintang-pukang.. itulah keje nya.. dia suka sgt kejar ayam.. pastu, panjat gelongsor dr bawah ke atas.. baru2 ni nenek tpaksa beli basikal utk Tasneem. Kebetulan haritu dia demam, jd nenek bawa ke klinik. sekali, dia tnampak basikal kat kedai sebelah klinik.. ape lg.. dia terus nk... menangis2.. last2 nenek kasihan, belikan jugakla utk dia. pastu,, kopak jugak duit makcik dia. Ape taknya,, dia nampak lak pelampung berbentung ikan dolphin.. dia ckp.. "ikang"(ikan). Seboleh2 dia nak ikan tu. Tasneem ni byk ikut loghat Tganu. Mana taknye dia ni anak kelahiran bumi Terengganu. Abis semua dia ikut.. Lucu..

hihi,,,ok, tahniah utk diriku.. krn telah bsabar utk memiliki laptop ini.. inilah catatan yg aku ingin coretkn sempena hari pertama aku memiliki hak peribadi ini.. wassalam..