Sunday, July 12, 2009

Kenangan suami bersama member di Baidhok, Saudi Arabia - "Bukit Magnet"

Gambar ni aku suka tgk sb membuat aku teringat saat manis masa pegi Baidhok. tapi, masa ni.. suami aku pegi dgn member2 dia yg dah nk grade. masa ni aku dah pn balik ke Msia.. gambar ni aku amik dlm kamera digital suamiku.. dia bg aku masukkn gambar2 ni dlm blog. aku suka tgk gambar2 dorg ni.. nampak hubungan yg sgt akrab. tergambar juga raut wajah suamiku yg sgt gembira masa ni. dia mmg sayang kat member2 lama yg sama2 belajar kat Madinah.

Suasana di Baidhok ni, masa tgh berakhir musim sejuk.. biasanya masa ni plg best utk berkelah. golongan syabab mmg suka aktiviti rehlah begini.. lihatlah pd wajah2 mrk.. masa ni, mrk buat barbeque utk isi perut. mereka main bola, dan ada yg mendaki bukit.. biasanya cuaca begini nampak je mcm panas. sbnrnya angin yg bertiup sangat dingin(sblm matahari tegak).

Nak buat persiapan barbeque


Tengah rengtungkan ayam.. haha..gurau je

Baba Tasneem kat tengah tu.. semua posing maut!

Baba Tasneem sengih je.. dah mandi ke belum ni.. cam kerang bucuk jer!hehe

hah.. makanlah korang air tangan aku..hoho..

Saturday, July 11, 2009

Majlis perkahwinan Siti n Asri

jam 11 pagi td aku, suami, Tasneem n mertuaku pegi ke Ampang. Harini Siti buat majlis kahwin(sambut menantu). Suamiku drive sdri kete mertuaku utk ke sana. almaklumlah.. kitorg takde kete lg.. so, menumpang ajelah.. aku lak.. mula2 rasa mcm malas nk pegi sb penat drp prog BIG belum hilang lg. tp.. ape kan daya.. semangat demi adik yg disayangi... n adik ipar sdri... aku pegi jugak gagahkan diri. lepas beli hadiah(sori la tak seberapa)... kitorg ke Ampang.

tapi malangnye.. kami tsilap jalan. so, bila sedar je tersesat, kami cepat2 patah balik.. tiba2... dlm kesesakan lalulintas tu.... tiba2 bunyi.. BUUUMMM!!! cepat2 aku toleh ke belakang, tempat arah bunyi tu. kelihatan seorg lelaki terjatuh dari motor, dan tangannya berdarah.. dan luka. ape lg, cemas jugaklah suamiku yg drive masa tu. aku yg menyedari hal tu, terus menenangkn suamiku yg mudah panik. aku srh dia parking tepi jalan, dan tgk org yg langgar bumper kete kami. siasat punye siasat.. mcm2 la alasan budak tu. yg pasti.. dr jauh aku tahu budak tu tidak sengaja(yela.. mana ada org yg sengaja nk cari nahas, ye tak?).. jd, aku bgtau suami, spy tenang .. jgn marah2 dan tgk budak yg jatuh tu ok ke, tidak.. kmdn, mrk bbincang. ternyata salah tu jelas.. pemuda tu yg langgar kereta kami naiki, bkn kami yg salah. pada mulanya budak tu kata, break motor dia tak makan. tp setelah digertak oleh mertuaku yg mmg garang ni... budak tu mengaku je dia bawa laju n tak dapat kontrol motor tu.


bg aku, aku tenang jer.. sb bkn kete aku.. and.. semua yg ada dlm kete selamat. tu yg pntg.. nyawa. pastu, bg aku... drp marah2, baik berbincang secara rasional. aku tidak lupa nasihati suamiku supaya jgn sesekali menyumpah2 org.. sb laki aku ni jenis yg kdg2 ada angin nye jugak.. aku masih belum yakin utk benarkan suamiku beli kete sndri. sb.. kadang2 dia mudah berang semasa memandu. aku plg risau kalau dia bawa tak tentu arah.. nak laju, nak cepat2... tapi, alhamdulillah suami sedar n dia dgr gak nasihat aku kali ni. bkn mudah nk nasihat lelaki ni.. hehe... kdg2 dia rasa dia je yg betul.. hoho..

so, last2 budak tu sanggup ganti bumper yg pecah dilanggarnya. pendek cite.. semuanya settle.. aku ke kenduri.. kat sana jumpa dgn cik mah.. emak kpd asri. Aku mmg sayang dgn cik mah ni. kdg2 rasa mcm lebih sayang kat dia drp mertua sdri. sb.. cik mah ni baik orgnya. untung adikku dapat mertua mcm cik mah. cik mah ni suka tolong org.. ringan tulang, manis mukanya, baik bicaranya... dan aku mmg dr mula2 kenal cik mah.. aku rasa mcm saudara yg rapat. alhamdulillah.. aku tidak kesal adikku dapat mertua mcm cik mah. Asri juga anak yg taat pd ibu bapanya. Cuma, aku juga bharap Asri tidak lupa hargai adikku sbg seorg isteri.

sbg anak, mmg wajib berbakti pd ibu bapa. itu suatu tgjwb yg wajib dilakukan tanpa berkira. cuma, harapan aku.. semoga semua suami di dunia ini, tidak mengenepikan isteri dan pandai ambil hati isteri. seorg isteri tidak meminta apa yg dia tahu suaminya tidak mampu tunaikan. tp seorg isteri tetap mahukan perhatian dan luangan masa bersama. krn dgn bersama, br wujud persefahaman.. akan wujud pula timbang rasa.. jgn sampai isteri rasa dirinya dibiarkan.. ditinggalkan...

aku berdoa agar Asri dapat sambung Master di Madinah dan adikku Siti dapat ikut dan tinggal bersama2 di sana. semoga ada peluang juga utk Siti sambung belajar di sana..

BIG

alhamdulillah.. aku berjaya mengikuti program BIG(Bina Insan Guru) di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. berkayak ke tengah lautan dan membuat terjunan 20 meter ke bawah.. terus tenggelam ke dalam laut.. dan timbul semula.. mcm2 yg aku tempuhi spjg 4 hari 3 malam di sana. Pelbagai aktiviti spt LDK(Latihan Dalam Kumpulan), kembara juga diadakan. Namun, krn aku tidak sihat maka ekspedisi mendaki bukit, masuk hutan.. aku tidak ikuti. melalui apa yg aku ikuti.. aku blh kata ianya sgt best!!!


perkara paling melucukan, aku bersama rakan2 sekumpulan "Cendekiawan" dikehendaki buat persembahan dikir barat pada malam akhir program tu. So, masa tu kami berlatih bsungguh2.. siap hampar tikar n berlatih tepi pantai... punyela bsemangat! hihi.. kami mmg target nk dapat no satu kalau blh.. alang2 usaha.. mana tau ada rezki,, blh dpt no 1... dapat hadiah.. tp, pd malam persembahan, tetiba je semua mcm gelabah.. ada jugak bt kesilapan. tp paling mengejutkan.. kumpulan aku dapat no 2... huahuahaha.. tengkezut semuanya.. kumpulan kami bt persembahan dikir barat tajuk berkaitan program BIG n kami gabungkan bahasa Arab dengan loghat Kelate.. tu yg menggemparkan dewan.. alhamdulillah semuanya dah pn berlalu..

bila balik je drp BIG,, aku mmg tak sabar nk jumpa anak kesayangan ku... Tasneem. dan tak lupa pd suami yg aku cintai. Namun, kepulanganku takde sape pun yg sambut. Tasneem duduk di rumah mama tok.. Baba nye pula mengajar masa tu. dia kat sekolah...
so, bila balik umah dalam keadaan penat.. tentu tak sabar nk letakkan badan yg mmg tak berapa sht ni. batuk yg teramat teruk... mbuatkan rasa tidak selesa.. malangnya, katil pula tidak bercadar.. entahlah.. aku tak tahulah kenapa... terasa bengang jugakla sedikit.. aku rasa, aku balik umah pn... mcm tak balik.. sedih je.. takde sesapa meraikan kepulangan aku..

aku cuba lelapkan mata di ruang tamu... baring atas lantai jela.. lg best.. sejuk2.. pusing kanan, pusing kiri.. tak blh lak nk lelap mata ni.. last2 aku kuar umah... aku jalan2... bawa diri.. utk tenangkan pikiran. aku ke kedai makan... aku makan chicken grill complete set.. n minum jus belimbing susu.. sbnrnya aku takde selera nk makan sb penat. tp entahla... mgkn emosi tak brp stabil.. jd aku makan jugak.. sb nk duk kat kedai n berehat... kat umah.. sebijik nasi utk dimakan takde.. lauk lg la takde... herm.. nasib lah badan.. jd org pompuan.. takde layanan.. best lg jd lelaki agaknye... nk makan, bini serve.. nk tidur.. bini serve.. urus anak.. bini jugak.. pegi keje.. bini lagi... hem.. mcm2 tugas bini.. tugas laki, ape ler sgt ek?

kalau cakap bab laki n pompuan.. kang ramai ler yg komen aku. sukatilah ni blog aku.. kan? ni tempat aku nk lepaskan rasa bengang, suka, tension dan apa2 ler... kalau rasa tak suka.. takyah ler buang karan.. baca blog aku ni.. ye tak? huahuahua.. mau berapi la sape yg makan cili di luar sana tu...? lebih2 lg org laki..

baru2 ni aku tulis ttg suami aku.. mmg aku byk kutuk dia melalui cite2 tu.. tp dah tu yg aku bengang.. aku tulis jela.. tp, laki aku ok jer... dia kenal perangai aku. takde lak dia sound aku.. kalau dia baca pn.. dah mmg tu yg benar.. dia diam je biasa nye.. bkn aku reka cerita. ala... laki bini gaduh.. biasalah tu.. sehari pn tak sampai.. dah berbaik semula. cite.. sekadar cite.. ape lak nk kira semua.. bkn hal korang pn..ye tak? laki aku tak pape.. korang lak lebih2...

org hipokrit je yg cite semua baik2.. padahal belakang, mengutuk sakan jugak... huahuahua.. entah2 member laki aku yg komen aku, kot.. jgn marah la yek.. heeee

sbnrnya, hidup aku ni biasa2je.. jenis selamba. gaduh ke, apa.. yg baik, yg buruk,, semua tu asam garam kehidupan. so, jgnler korang yg baca cite aku ni.. feeling lebih2.. aku tak penah gaduh dgn laki aku lebih dr sehari.. merajuk2 tu biasak ler... dah mmg perangai org laki mcm yg aku cite tu.. nk wat cmne.. mengaku jela.. sape yg dah kawin.. lebih 3 tahun... mesti tau nye.. yg poyo ni, yg tak kawin.. yg baru kawin.. tu ler yg feeling lebih2... appadaaa...

aku cite yg benar.. so, kalau ada laki yg perangai nye kureng tu... sedar2 la.. ada bini, hargailah.. bg aku, aku terima je laki aku seadanya. yg aku bengkek sebenarnya.. dgn mertua aku.. nk bt cmne.. dah tak puas nk manjakan anak.. iye tak? hoho.. kdg2 bkn ape.. jd bini bosan jugak... kalau laki asyik berkepit dgn makbapak dia je.. org lain ada makbapak gak.. takde pn cenggitu.. entahler belalang.. belum kene, belum tau.. ok.. babai.. nk wat assignment lak.. wa chow!

Sunday, June 28, 2009

suamiku kata.. jd cikgu mmg best!!! aku rindu Tasneem






Oleh krn aku n suami bakal jd guru, takde benda lain yg kami lalui dlm hidup ni.. kecuali rutin harian yg mmg bsangkut paut rapat dgn hal2 keguruan (padahal.. hidup kami sempoi n simple jer..huhu).. aku rasa gembira sgt2 bila suamiku dpt jd cikgu. aku mmg dah lama nk dia g maktab n lalui pengalaman yg pernah aku lalui dulu, yg aku tak dpt kongsi "rasa" dgn dia sblm ni, sehingga dia laluinya sdri.

ramai yg kata, kalau nk jd hartawan, jutawan dan mcm2 lg "wan" lah...(tak termasuk cendawan), jgn jd cikgu. tp jd lah usahawan atau ahli perniagaan. mmg tugas cikgu ni, blh dikatakan bkn mengumpul harta yg btimbun2 tp.. mengumpul ilmu yg tak berhabis.. mengumpul ilmu utk diajar pd murid2. suamiku amat seronok sekali bila berada di maktab. kalau dulu waktu tido dia agak tak terurus (sb dia mmg jenis payah tido), skrg bila sampai masa.. mlm je mmg dia tdo mati. hidupnya lebih sistematik, sejak dia g maktab selama 1 mgu (untuk prog mgu orientasi). kepenatan dan kepadatan jadual, menyebabkan dia tido lena pd waktu malam. semua kene urus sdri. dia seronok sgt2 tak terkata, bila berada di maktab. sb dpt pengalaman, kawan2, ilmu, semangat dan paling ketara, kelihatan jiwanya terisi. sblm ni dia jd suri rumah sepenuh masa, sb aku keje. dialah yg basuh baju (wpn mesin basuh yg basuh sbnrnya), dialah yg jemur pakaian pagi2 time aku pegi keje (ngajar), dialah yg urus Tasneem (mandikan, bt susu, bg susu, cebuk kencing berak Tasneem), kemas umah dan blh dikatakan 80% kerja umah dia yg buat semuanya. aku pegi sekolah, balik sekolah, masak, dan rehat(tido sb kepenatan, kdg2 tak lalu makan). pastu bila bangun, aku bt assignment maktab yg melambak2. suamiku jugaklah yg tpaksa melayan karenah Tasneem. bermain dgn dia mcm budak2, kejar2, bgurau senda .. mcm2 lg. sedangkan aku masa tu berada dlm bilik, mengurungkan diri, menghadap laptop dan buat keje2 maktab. sb bln 8 ni, aku ada interaksi di maktab sekali lg (dlm bln pose). masa tu semua assignment kene hantar. Waktu malam, kami mengajar ngaji( free.. no charge).. then, n gitu gini.. jam pn dah malam.. kami semua kepenatan n tido. suamiku juga akan melalui benda2 ni, cuma mgkn dia lebih mudah sb mgkn ada bbrp assignment aku akan disedutnya (copy n paste). dan mungkin jugak, aku yg akan buatkan utk dia.. hoho.. (sb dia selalu bt agak lambat cikit(hihi jgn marah ye bang..).
td, kelam kabut aku memasak.. lepas isi borang utk suami, dia bangun.. kami g kedai beli lauk.. aku terus masak. lauk sambal sotong utk suamiku. dia nk bawa bekal ke maktab.. nak makan bsama kawannya.. Pojie.. aku hepi dgn keadaan suamiku di sana. sb dia ada kawan2.. dan semuanya lucu2 jer.. so, aku bekalkan nasi lauk sotong utk dia n kawannya sekali. Pojie sebilik dgn suamiku.. kelihatan dia berdua agak rapat sb sama2 belajar di Madinah. Aku bahagia sgt2 dgn kepulangan suamiku. Masa 2 hari yg ada utk bersama, sgt bermakna sb bila berjauhan kemesraan dan kerinduan itu membuatkan kita lebih menyayangi, merindui, dan menghargai.. terima kasih ye bang..

Dlm diam di rumah, aku sgt merindui Tasneem. kdg2 aku sdri tak sedar.. aku bcakap seorg diri. aku bcakap mcm Tasneem selalu cakap, dan aku buat gaya mcm Tasneem selalu lakukan.. Aku sbnrnya sunyi dan kesik sekali.. tanpa Tasneem di mataku.. kdg2 mmg tak keruan aku dibuatnya. Mmg rindu sgt2.. dan aku asyik tgk gambar2 dia dlm laptop ni.. br2 ni, emak kata.. Tasneem demam. Dia kene chicken pox untuk kali kedua.. namun, di hatiku.. aku cuma bdoa agar dia sht, sembuh. wpn dia begitu, aku masih rasa tenang krn yg menjaganya adalah emakku.. dibantu oleh Mak Iti nya(siti). Tasneem ada kawan, sepupu dia Umair.. jd hidupnya tidak sunyi.. bila dia tak sunyi dan gembira, dia akan melupakan aku. aku lebih suka begitu. Emak kata, Tasneem langsung tidak cari mama.. lagipun dia sudah paham byk perkara. bila dia tanya mama..mama.. emak akan bgtau dia, mama keje, baba kursus. dia terus diam dan tidak bertanya lg.. tanda dia benar2 paham.. begitulah sikap anak kecil.. yg mesti kita hargai sbg ibunya.
menjadi seorg ibu, kita kene sedar.. bhw, bukan hanya ibu sahaja yg berkorban utk anaknya. tetapi, seorang anak wpn kecil.. juga banyak berkorban demi ibunya.. seorg anak wpn kecil, sudah pandai membuat pengorbanan.. pengorbanan yg besar bg dirinya yg masih mentah.. si anak kecil, mengorbankan semua perasaannya.. rasa rindu, rasa mahu dibelai, rasa mahu mengadu, rasa mahu difahami keperluannya, dan segala rasa menanti kepulangan ibunya.. bukan mudah.. bkn sng.. anak yg bjauhan dgn ibu, akan rasa terpencil di sudut hatinya. wpn dia sdg bgelak ketawa, tp bila kita tanya ttg ibu bapanya.. kdg2 dia terus menitiskan airmata.. dan mencebik bibirnya.. kdg2.. dia tidak meraung, tp dlm kelopak matanya bertakung airmata.. tgl bersama org lain, tidak sama tinggal bersama ibunya. bersama ibu, sia anak kecil sering dipeluk, dibelai dan dimanja.. itulah perbezaan penjagaan seorg ibu dgn penjagaan org lain. terima kasih Tasneem.. sb berkorban utk mama dan baba..

mama sayang Nem...

Saturday, June 27, 2009

hari ini harijadiku..






harini pepagi buta lg aku bangun n xtdo pas subuh. aku tolg suamiku(dia tgh tdo sedap2ni), isi borang pjanjian guru. herm.. nk jd cikgu pn kene ada pjanjian, sb yg bayar elaun guru pelatih mcm aku n suami, adalah pihak maktab. so, dorg tkut student mcm kitorg ni lari cenggitu jerk... so, dorg ikat kami ni dgn pjanjian yg mmg byk giler kene isi. suamiku smpi nk stress jugak urus borg ni. mane taknye.. dia tu teliti sesangat.. tak mcm aku yg mmg sempoi2.. tulisan pn comot2 jek.. ahak..ahak..
sbnrnya suamiku tak bg sgt aku kacau borang2 dia. almaklumlah,, tulisan aku hodoh.. dia takut tak cun gak nye.. tp aku nk dia ingt jugak.. sehodoh2 tulisan aku ni, dulu aku isi borang aku sdri tanpa bantuan org lain pn. aku lulus jer isi borg yg sebijik mcm dia tgh isi skrg ni.. malah elaun aku dah pn dapat terus.. hoho.. terer tak?kuang,,kuang kuang.. bg aku, asal blh baca, orait ape, ye tak?

one more thing, aku jugak tolong isikan kengkawan aku nye borang masa dul maktab tu. bkn member pompuan, tp 2 org member lelaki yg sekelas dgn aku. sb diorg.. waduh2.. very slow ler.. borang satu habuk tak isi di saat orglain busy btungkus lumus(smpi stress) mengisinye.. biasalah.. lelaki..(hero tok gaduh/hero cool je selalunye).. actually, aku cuma bantu member sekelas tu(berbelas helaian borg aku isi utk dorg) sb bhgn HEP(hal ehwal pelajar) dah warning kat student semua.. if sorg je tak anta borg tu dgn lgkp.. semua org takkan dapat elaun... mmg maktab aku ni strict giler2.. silap cikit je.. kene isi borang lain semula dr awal sampai abis.. sb tu semua ramai stress... mula2 aku mmg stress gak.. tp bila dah serabut sgt, aku cool kan diri aku n try bt andaian positif.. aku anggap isi borang tu mcm isi borang biasa.. aku tulis pn biasa2je.. takdela nk jaga sgt cantik ke tidak.. so, dgn cara tu aku dpt isi borg ni dgn tenang, and betul.. tak gelabah n panik. sb bila panik, lg mudah bt silap.. ye, tak? lu pikirla sdri...
aku nampak gaya nye tpaksa sign out dulu.. sb suami dah bangun, kitorg nk g kedai beli lauk utk seminggu. petang ni suamiku akan ke maktab semula satu mgu. aku duk umah sorg.. tp selasa ni mak aku nk dtg dgn tasneem dan anak sedara ku umair..

ops sblm terlupa.. harini harijadi aku. smlm suami aku bt surprise.. dia beli kek utk aku.. ahahaha.. kelakar je.. first time dia sambut harijadi aku. siap beli kek.. terharu lak rasa.. sejak masuk maktab ni.. byk jugak pkara yg dia hargai aku ni.

suamiku kata.. best giler g maktab! mcm2 dia belajar.. aku tunjuk rasa takjub.. menghargai apa yg dia luahkan. dulu aku dah pn lalui n aku dah tahu semuanya.. tp, sb dia suka sgt n excited.. apa salahnya aku pn kongsi apa yg dia rasa, ye tak?