Saturday, July 11, 2009

Majlis perkahwinan Siti n Asri

jam 11 pagi td aku, suami, Tasneem n mertuaku pegi ke Ampang. Harini Siti buat majlis kahwin(sambut menantu). Suamiku drive sdri kete mertuaku utk ke sana. almaklumlah.. kitorg takde kete lg.. so, menumpang ajelah.. aku lak.. mula2 rasa mcm malas nk pegi sb penat drp prog BIG belum hilang lg. tp.. ape kan daya.. semangat demi adik yg disayangi... n adik ipar sdri... aku pegi jugak gagahkan diri. lepas beli hadiah(sori la tak seberapa)... kitorg ke Ampang.

tapi malangnye.. kami tsilap jalan. so, bila sedar je tersesat, kami cepat2 patah balik.. tiba2... dlm kesesakan lalulintas tu.... tiba2 bunyi.. BUUUMMM!!! cepat2 aku toleh ke belakang, tempat arah bunyi tu. kelihatan seorg lelaki terjatuh dari motor, dan tangannya berdarah.. dan luka. ape lg, cemas jugaklah suamiku yg drive masa tu. aku yg menyedari hal tu, terus menenangkn suamiku yg mudah panik. aku srh dia parking tepi jalan, dan tgk org yg langgar bumper kete kami. siasat punye siasat.. mcm2 la alasan budak tu. yg pasti.. dr jauh aku tahu budak tu tidak sengaja(yela.. mana ada org yg sengaja nk cari nahas, ye tak?).. jd, aku bgtau suami, spy tenang .. jgn marah2 dan tgk budak yg jatuh tu ok ke, tidak.. kmdn, mrk bbincang. ternyata salah tu jelas.. pemuda tu yg langgar kereta kami naiki, bkn kami yg salah. pada mulanya budak tu kata, break motor dia tak makan. tp setelah digertak oleh mertuaku yg mmg garang ni... budak tu mengaku je dia bawa laju n tak dapat kontrol motor tu.


bg aku, aku tenang jer.. sb bkn kete aku.. and.. semua yg ada dlm kete selamat. tu yg pntg.. nyawa. pastu, bg aku... drp marah2, baik berbincang secara rasional. aku tidak lupa nasihati suamiku supaya jgn sesekali menyumpah2 org.. sb laki aku ni jenis yg kdg2 ada angin nye jugak.. aku masih belum yakin utk benarkan suamiku beli kete sndri. sb.. kadang2 dia mudah berang semasa memandu. aku plg risau kalau dia bawa tak tentu arah.. nak laju, nak cepat2... tapi, alhamdulillah suami sedar n dia dgr gak nasihat aku kali ni. bkn mudah nk nasihat lelaki ni.. hehe... kdg2 dia rasa dia je yg betul.. hoho..

so, last2 budak tu sanggup ganti bumper yg pecah dilanggarnya. pendek cite.. semuanya settle.. aku ke kenduri.. kat sana jumpa dgn cik mah.. emak kpd asri. Aku mmg sayang dgn cik mah ni. kdg2 rasa mcm lebih sayang kat dia drp mertua sdri. sb.. cik mah ni baik orgnya. untung adikku dapat mertua mcm cik mah. cik mah ni suka tolong org.. ringan tulang, manis mukanya, baik bicaranya... dan aku mmg dr mula2 kenal cik mah.. aku rasa mcm saudara yg rapat. alhamdulillah.. aku tidak kesal adikku dapat mertua mcm cik mah. Asri juga anak yg taat pd ibu bapanya. Cuma, aku juga bharap Asri tidak lupa hargai adikku sbg seorg isteri.

sbg anak, mmg wajib berbakti pd ibu bapa. itu suatu tgjwb yg wajib dilakukan tanpa berkira. cuma, harapan aku.. semoga semua suami di dunia ini, tidak mengenepikan isteri dan pandai ambil hati isteri. seorg isteri tidak meminta apa yg dia tahu suaminya tidak mampu tunaikan. tp seorg isteri tetap mahukan perhatian dan luangan masa bersama. krn dgn bersama, br wujud persefahaman.. akan wujud pula timbang rasa.. jgn sampai isteri rasa dirinya dibiarkan.. ditinggalkan...

aku berdoa agar Asri dapat sambung Master di Madinah dan adikku Siti dapat ikut dan tinggal bersama2 di sana. semoga ada peluang juga utk Siti sambung belajar di sana..

No comments: