Tuesday, July 28, 2009

niaga.. jual...

Mgu lps aku bt dadih 2 round. dapatla dlm 50 cup saiz bsr. tp lps jual, dimakan, dan dibagi org sikit.. yg dpt jual cuma 40 cup. Tp aku rasa puas hati sb.. modal hanya lbh kurg RM10 je bt dadih ni. dan bila jual 40 cup, aku dptla untung RM30. mula2 suami aku mcm biasa je.. tp bila tgk jualan dadih aku laku.. dia br rasa excited nk niaga ni. skrg aku dh jmpa kdai borong jual brg runcit dan makanan ringan. kt sini ada jual cup utk bt dadih, sudu, perisa dadih dan agar2. Harga agar2 cap layang2 cuma RM2, sudu 100 =RM1.80, pewarna/perasa satu botol 375ml=RM1.70, susu pekat RM2.05, dan cup besar cuma RM10.50 = 100 biji. sini mmg murah n jimat kan modal. wpn kat sini ada jual makanan rapu.. Tp aku tak nak jual makanan rapu pd anak2 murid, mahupun orglain. sb makann rapu ni bkn shj menghabiskan duit, malah merosakkn minda kanak2 atau sesiapa yg memakannya.

Aku niaga dadih ni, saje2 sb sambil duk saje2.. dpt gak tambah2 duit. tp aku suka bt dadih. bila bjaya, rasa puas hati giler. mgu lepas aku bt perasa laici, koko, jagung dan sirap bandung shj. tp, minggu ni pula, aku beli perasa lain. aku bt perasa oren, anggur, strawberi, pandan, dan jagung. akan datang aku nak buat perasa mangga, tembikai susu dan kiwi. kadang2 aku betul2 rasa nk jual dadih kat sekolah. aku jamin laris! sb budak suka sgt mkn dadih ni. entahla.. dah mabuk agaknye aku ni.. napela dr dulu aku tak mulakan?nyesal jugak bila pikir. Kalau tak, blh suami aku jual masa dia belum dpt keje dulu2. skrg dah tak blh. sb dia keje.

Mula2 suami aku segan nk niaga dadih ni, tp aku cite kat dia. Ustazah kat sekolah aku.. suami dia yg buat dadih. dia tolong jualkan je. suami dia mmg bg kerjasama sungguh2 dan suka cari side income. tp, bila aku cite kat dia.. br dia mcm terasa jugakla.. sbg suami mmg kene bantu dan bg sokongan pd isteri. suami aku ni.. kalau setakat tolong jual kat umah, blh la. susah nk cakap.. sb kesedaran tu dtg dr diri sendiri.

sebenarnya, utk bjaya dlm apa jua bidang dan kerja yg kita lakukan.. kene buang rasa malu. kene ada keyakinan, pemikiran yg positif, perasaan utk memajukan dan meningkatkan prestasi kerja. aku kdg2 selalu bandingkan antara keje mengajar dgn jual dadih ni. aku rasa tak banyak pbezaannya. kalau mengajar, kita tackle anak murid.. tarik minat dan phatian dia. tp, bila niaga.. kt tarik phatian pembeli. bila ngajar, kene guna teknik mcm2 supaya bkesan dan tcapai objektif pengajaran. tp bila niaga, kita juga kene pelbagaikan teknik dan campuran bahan utk kelihatan menarik dan memberi rangsangan serta kesan yg benar2 berkesan. bezanya, niaga dadih ni aku pakai modal dan kene role balik modal tu. kalau mengajar, gaji dah dibagi stp bulan. tp kelebihan niaga ni.. mmg blh jd pendapatan sampingan time terdesak.. atau tabungan. bg aku secara peribadi.. niaga dadih ni lebih kpd kepuasan sdri. puas bila dapat buat dan ianya menjadi. pastu, bila org makan dan suka sb sedap.. aku lg rasa puashati. bila org beli,,, suka tgk duit RM1 yg banyak2.. ibaratnya org datang umah aku.. stp hari, utk bg duit. sape yg taknk, kan?

teringat pengalaman aku dulu masa belajar kt UM. aku ni mmg suka bisnes dr dlm umah.. atau dgn kata lain.. tak payah kempen2.. aku suka bisnes yg nampak simple, kecil, mudah dan tidak berhutang. dulu, masa kat UM aku bt bisnes jual topup, jd agen driving school dan bt bisnes printing. mmg laku... sb student U mmg ler kuat makan topup.. pastu, aku tak kene kuar modal. dalam sehari, aku blh dpt dlm RM50 tanpa kuar modal sb aku amik dr org, dan tolong jual jer. aku bt bisnes printing.. satu helai cuma 20 sen. printer aku bkn la canggih sgt pn.. cukup sekadar dpt print kertas assignment. modal bt printing pn tak banyak..

aku pakai refill je printer jenis Canon BJC 1000SP, cuma RM11-RM12 jer. pastu, kertas jens indah kiat 70 Gsm. modal kecik sgt dan untung besar. Tp bt printing ni berisiko kalau kom kene virus, mahal ler repair. Pastu kalau catridge ink bermasalah.. mmg seratus lebih harganye. jd, kene hati2.. bila pernah hadapi masalah.. aku lebih beringt2 dan secra tak lgsg aku belajar ttg printer.. pada mulanya bkn mudah nk handle brg komputer ni. sb aku ni mmg takde basic n tak pernah attend mana2 kelas komputer sejak sekolah. bila masuk UM, abah aku beli komputer guna duit KWSP dia. so, aku dptla merasa guna komputer dan aku belajar menaip sdri, belajar guna komputer, belajar printing sdri... semua aku bt sdri.. main redah je. tp, mmg best bila kt dapat explore sdri benda2 ni.. masa sekolah, aku takut nk usik komputer, sb takut rosak. mmg aku rsa kolot sgt. tp alhmdulillah, skrg okla cikit...

Masa aku jd agent driving school sng jer.. sape yg masuk kelas memandu aku kene daftarkan. ala.. bt resit bayaran jer.. pastu kalau org tu daftar utk kete, aku dapatla RM50 sorg. kalau motor.. dapat dlm rm 25 gitu jer.. tak byk..

aha!pastu aku penah jugak join direct selling jual brg LUXOR.. yg ni aku bt bisnes partner.. actually bisness aku semua berdua. dengan member sebilik. cuma, dia takla aktif sgt.. dia pn jenis segan bab jual2 ni. pastu dia lak jenis byk duit.. so, tak heran sgt bab bisnes2 ni.. bg aku,, selain drp duit.. aku lebih suka bila tgk dpat duit. mcm rezki turun dr langit.. stp org yg dtg bilik aku, tak kira bangsa apepun.. dorg seolah2 dtg utk bg duit kat aku.... itulah pengalaman paling best aku pernah lalui di alam kampus dulu..


No comments: