Saturday, June 28, 2008

EGO?

Baca n nilai diri sdri ye.. ni gambar hiasan je.. gambar Tasneem

"Rendah diri itu lebih baik drp EGO. Sesungguhnya Allah dan RasulNya mencela org yg Ego." Kita wajib mencegah sifat dan penyakit Ego. Al-Quran ada menyebut, "sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yg sombong dan bangga diri."

Adakah Ego ini boleh melahirkan sifat2 lain? Jika ada, apakah sifat2 yg akn lahir sekiranya seseorg itu terkena penyakit ego?

Kenali EGO : Ego ni terbahagi kpd dua. Satu, yg positif dan kedua, yg negatif. Ego yg positif ni spt cntoh; Seorg suami yg bergaduh dgn isterinya, tetapi dia tidak menangis di hadapan rakan2nya, krn Ego tidak mau menampakkn kesedihannya. Atau, seorg isteri yg bkata bhw suaminya tidak pernah makan di luar krn suka masakannya, wpn hanya telur gorg shj.

Ego yg negatif pula, dlm B.Arab disebut sbg takabbur dan riak. Dr segi maksud sbnr pula ialah, Ego adalah penyakit merbahaya krn ianya blh melahirkn penyakit2 dan sifat2 lain. Ego adalah penyakit hati, penyakit dalaman dan batin.

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud, " Tidak masuk syurga org yg ada sifat sombong dan takabbur dlm hatinya wpn sebesar zarrah. Lalu seorg lelaki bertanya, adakah termasuk juga org yg memakai baju dan kasut yg elok? Nabi menjawab, "Allah itu cantik dan Dia suka kpd sesuatu yg cantik."

Nabi juga ada menyebut bhw org yg ego juga, adalah menolak kebenaran dan menghina orglain.
Tasneem dgn baju kurung nye.. tgh timbang berat ke tu?

Ciri2 org yg ego dan sifat yg lahir drp keegoan:

1) seseorg yg pentingkan diri sendiri
2) sombong

3) lemah

4) banyak kekurangan, tp ditutup kelemahan diri itu dgn ego

5) berlagak tahu segalanya, walhal dia tidak tahu, dan dia juga tidak tahu bahawa org lain tahu yg dia itu tidak tahu
6) menolak kebenaran terutama apabila dirinya ditegur
7) menghina org lain
8) tidak mempedulikan perasaan org lain

9) tidak menerima pendapat org lain
10) ego mbuatkn wujudnya suatu khayalan dlm diri seseorg, bahawa dialah wira, hero, dan bagus

11) Kalau seorg ketua, dia akan kata yg dirinya je yg betul

12) sentiasa rasa dirinya tinggi drp orglain dan menganggap org lain hina

13) suka menyalahkn org lain dan rasa dirinya betul. (cth:Pelajar yg suka menyalahkn orglain bila gagal, spt seseorg itu kata gurunya bodoh tidak reti mengajar, atau sbb takde buku dia gagal, atau pensyarahnya seorg yg strict dlm pemarkahan)
14) suka mencari alasan supaya tidak nampak kelemahan dirinya, dan sntsa mcipta realiti yg lain
15) Lekas marah bila kelemahan dirinya ditegur atau diceritakan
16) jiwanya tidak seimbang spt firman Allah yg bmaksud;"Allah jadikan jiwa itu teah disempurnakan, tp diilhamkannya yg baik dan buruk. Berjayalah org yg menyucikan hatinya, dan rugilah org yg dikotorkan hatinya."

Allah sengaja ciptakan setiap org ada kelebihan dan kekurangan. Tp, org yg ego ni rasa dia je yg lebih dan dia plg terer, dan paling pandai.

Al-Quran juga menyebut bhw, "Apakah yg mereka yg membahagikan rahmat Tuhan kamu di muka bumi ini? Kamilah sebenarnya yg memberi rezeki dan Kamilah yg mengangkat sebahagian dr kamu tinggi drp sbhgn yg lain(spy yg lemah akan merujuk kpd yg tinggi)."

Tidak salah seseorg itu memiliki ilmu yg byk, baju dan pakaian yg cantik, anak yg ramai, tp jgn la kt sombong dan ego krn perkara tu.

Gambar Hiasan: Tasneem nye muka tgh ngantuk.. hihi.. kuyu je

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "sesungguhnya org yg rendahkan dirinya akan diangkat oleh Allah, sebaliknya org yg takabbur Allah akan ranapkannya".

Iblis adalah makluk yg paling ego. Ulama ada mengatakan bhw iblis bkn dtg dr golongan malaikat. Sb malaikat tidak akan ingkar pd Allah. Tp iblis ini, adalah pembangkang dan membangkang suruhan Allah, iaitu pd awal pciptaan Adam a.s.apabila iblis disuruh sujud pd Adam(tanda hormat bkn sujud menyembah), iblis berkata bhw dia diciptakan dr api manakala Adam hanya dr tanah.

Apabila iblis bkata begitu, Allah terus menjawab, "sesungguhnya yg paling mulia di sisi Allah adalah org yg bertaqwa". Allah membalas kata2 iblis dgn ayat yg begitu sinis, dan tajam.. bhw org yg mulia adalah yg btaqwa iaitu beriman dan taat pd Allah. Bkn krn rupa, kedudukan, keturunan mahupun kejadian sesuatu makhluk.

Maka kalau begitu, kata iblis aku lah yg lebih mulia. Malah iblis berkata lagi, sekiranya manusia itu lebih tinggi dr aku, maka aku tidak akan tunduk padanya, tp jika aku lebih tinggi dari manusia, maka aku akan hancurkannya.


17) Ego juga melahirkn persengketaan, pgaduhan dan kedengkian.

shopping&window shopping

Tasneem pandang sape tu? Semacam je..
Kelmarin sedara mara aku sebelah suami, dtg ke Madinah. Dorg dtg sini utk ziarah sambil bt umrah. Harini dorg btolak ke Mekah setelah 3hari berada di Madinah ni. Masa dorg berada di sini, aku n family jumpa mrk kat hotel bdekatan dgn masjid nabi. Mrk dtg semuanya dlm 10 org cmtu. Seronok tak terkata! Riuh rendah suasana bila kami bkumpul dan bertemu muka. Macam2 hal yg diborak. Paling best ialah.. dorg ada bawa makanan dr Msia utk aku n family. Cuma ada jugakla makann tu yg terpaksa dibuang sbb rosak. Maklumlah, pjalanan dlm flight je dah makan masa hampir 10 jam dr Msia ke Jeddah. Pastu mrk tpaksa naik van dan dtg ke Madinah ni. Gitu gini, hampir separuh hari jugakla.

Tasneem tengah landing atas lantai..berehat lps main..

Bila dorg sampai sini je, keesokan harinya awal2 pagi lepas subuh kami ke hotel. Borak2, dan ambil bekalan yg mertua aku kirim serta sedara mara di Msia. Malam semalam lak, mrk semua dtg ke rumah aku. Aku ajak mrk makan malam kat umah aku. Merasa makanan Arab.. pada awalnya plan suruh dtg lepas Isyak lebih kurg kol 9 mlm. Tp, oleh krn mrk masuk Raudhah.. maka terperangkap ler sampai kol 12 mlm br dpt kuar. Sb masa ni jemaah mmg ler ramai. Jemaah buat umrah mrk semua dtg ke sini jugak. Berasak2.. biasalah.. alhamdulillah akhirnya mrk sampai jugak kt umah aku..

Inilah anak ku yg comel..hihi maa syaa Allah..

Berbaju kurung Mama Tok dia kirim dr Msia
Ttg barang yg org Msia kirim lak, kali ni yg plg bertuah ialah Tasneem anak ku.. Byk giler baju yg diorg kasi. Cantik2 semuanya. Maklumlah, baju dr Msia ni kainnya serta buatannya jauh lebih cantik dan elok dr sini. Baju plg best yg Tasneem dpt ialah 3 pasang baju kurung. Mak mertua aku yg kirim. Katanya ni utk Tasneem pakai buat raya. Tapi, tak sempat raya, malam td sekali lagi aku ke hotel dan Tasneem disarungkan baju tu. Ada lg 2 pasang baju kurung yg belum dipakai. Nanti aku masukkn lagi bila dia pakai. Saje nk buat surprise.. utk raya ni. Tp tgkla cmne..sb takut kalau tgu raya, takut baju tu dah tak muat lak. Sb biasanya budak cpt mbesar.

Sibuk nk usik butang baju dia.Tasneem comel..
first time pakai baju kurung ni..hihi

Tasneem seronok sgt smlm wpn dia keletihan smpi ttido kat bahu baba dia. Tasneem kelihatan sgt comel smpi ada org tgkp gambar dia dan main2 dgn dia. Kami jalan2 ke sekitar kawasan Masjid Nabi. Sekeliling masjid dipenuhi dgn bangunan hotel yg tinggi2, dan juga kedai2 pelbagai jenis. Kami bawa sedara mara ke kawasan mbeli belah. Byk gak yg dibeli, sb dpt tawar harga murah. Jubah dan minyak wangi serta kurma. Mcm2 ada.. tp mrk beli setakat tmampu sb sebahagian wang lg nk diguna utk mbeli belah di Mekah. Harini mrk semua bertolak ke Mekah..
"selamat mengerjakan ibadah umrah"
buat Mami, Cik Dah, Ayah Su, Papa, Abah, Mok Long, Juliani, dan Epi..
semoga kt bjumpa lagi nanti. Jika diizinkan Allah..mudah2an jmpa di Musim Haji atau Ramadhan nanti ye.. sampaikan salam kami buat semua saudara mara di Msia.. semoga jmpa lagi..

Tasneem sedang timbang berat badan..hihi..
suka la main alat penimbang tu..
Smlm aku n family sampai di rumah jam 1 pagi.. punyela penat sbb kuar jmpa dorg dr jam 9 lebih dekat kol 10 mlm.. pastu jalan2 beli2..gitu gini.. dah 12 lebih. Smpi umah je, dah kol 1 pagi. tak sedar jap je masa blalu. Balik umah terus kami tdo kepenatan. Mujur dah solat Isyak kat sana. Harini pula, suami aku dah mula kelas. Cuti dia yg sepatutnya 3 bln lebih, menjadi 1 minggu je. Gara2 dia nk amik kelas short semester ni.. musim panas, maka kene la bkorban..huhu tak balik Msia. Malah cuti pn seminggu je. Kawan2 dia dah sampai Msia dah..

Friday, June 20, 2008

Baca n fikirkan

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control
Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

Nampaknya sekarang harga petrol akan menghampiri RM 3.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DI DUNIA iaitu
1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan
PROJET.
Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja..

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER...

Mudah saja, anda cuma perlu....... ......
1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda
dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

#this article comes from someone.. just think about it and take an action!

~Minyak oh minyak~

Perbandingan harga minyak Malaysia dgn negara lain - Suatu perbandingan yg silap.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia. Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin." Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.
Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.
Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.- tajdid

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Tuesday, June 17, 2008

Pupusnya org minyak

Minyak dulu murah, skrg mahal kat Msia.. dgn mahalnya harga minyak, maka pupuslah org minyak sbb mrk mgkn tidak lg digeruni atau dianggap seram.. malah kalau org jmpa si org minyak ni.. silap2 semua berebut. Nk miliki org minyak.. hm.. ape aku merepek ni.. fail ler bt essay cmni.. mujur lulus BM.. kalau tak, tak pasal2 kene amik BM Julai..

Actually saje je, bt tajuk ni sbnrnya nk ckp ttg minyak je.. takde kaitan pn dgn org minyak. Hm, br2 ni aku tgk kat Youtube.com ttg ucapan someone about this issue.. knp minyak kt Msia naik?Dgn kata lainnya, knp negara pengeluar minyak spt Msia blh alami krisis minyak? Mahal giler2 la,, dgn kata lainnye. Katanya lagi, knp negara pengeluar minyak mcm Saudi dan negara minyak lain takde pn seteruk ni. Malah negara mrk minyak plg murah. Lainla mcm Singapore, India, dan negara2 lain yg bukan pengeluar minyak. For sure la harga minyak mahal, so takleh la kt nk bandingkn harga minyak negara kt(sbg pengeluar dan pengeksport) minyak dgn negara yg mengimport minyak. Tak munasabah lgsg bg org yg ada akal.. mesti blh pk.. ye tak?

Bila aku dgr ucapan dia, aku rasa mmg betul.. psoalan yg aku ttanya2 selama ni terjawab! cuma, mmg ada bbrp pihak yg kata, Msia sengaja bt cmtu sbb nk jaga hasil minyak tu spy dpt guna smpi ke anak cucu cicit akan dtg.. generasi akan dtg.. tp aku mmg tak puas hati,, kalau ye pn cmtu, takkn smpi menindas golongan bpendapatan rendah skrg.. kan?Takkn takleh consider lgsg nk kurgkn di tahap sederhana.. ye tak?

Hm.. kata dia lg, kt takleh banding harga minyak negara kt dgn negara yg import minyak, sptmana kt takleh nk bandingkan harga bawang dan cili/lada kat India. Negara India bawangc, cili semua murah, sbb mrk eksport. Mrk jd pengeluar.. Di Msia harga bawang lbh mahal drp harga bawang di India. Kt juga tak blh nk bandingkan harga pisang di Msia dgn harga pisang yg dijual di Jepun.. boleh pikir sdri kan? betul tak?

hm.. well.. aku nk cite sket ttg hal minyak ni memandangkan aku skrg berada di negara pengeluar minyak ni.. iaitu Saudi Arabia. Well, harga minyak satu liter kat sini 60sen. cuba bandingkan dgn Msia, kan jauh panggang dr api.. padahal sama2 negara pengeluar minyak. Kalaulah kt nk kata minyak kat Msia dah kurg, dan nk jaga utk kepentingan generasi akan dtg.. takkan sampai harganya dkt 3 rggt ye tak? mana ler org tak hot!

hm.. kat sini takde kelapa sawit.. so minyak masak mmg diimport. Kat sini minyak masak mahal bbanding di Msia.. wajarlah, kan? Tp minyak kenderaan murah dan tak menyusahkan rakyat. Kalau harga barang mahal sekalipun, sekurang2nya minyak murah utk pengangkutan.. Jd ianya takkn jadi teramat mahal. Mcm kat Msia .. barang mahal, minyak kete mahal.. ditambah dgn tol pulak.. kat sini minyak kenderaan murah, dan tol takde langsung.. jalanraya semua tetap ok.. elok,, cun je..

Pikir2la sendiri.. lainkali mengundi tu biar guna akal,, bkn dgn nafsu sbb yg jd mangsa, diri sdri jugak.. ye tak? huhu..