Thursday, December 25, 2008

Kebun jagung

Ptg td aku g kebun abg aku. Dia tanam pokok jagung n cili. Skrg harga cili RM15 sekilo. meletup betul! Kalau buat projek atau bisnes spt penternakan, atau pertanian.. elokla bersendirian. seboleh2nya tak payahla share dgn kawan. Selalunya kalau org Melayu ni, tulang berat, tp nk untung je lebih. Biar ssh, elokla buat sdri, drp tertipu kmdn hari. mula2 janji Melayu mmg manis, tp pastu.. semua nk lebih. bila maju sket, mula makan kawan.

Dulu ayah aku penah menternak kambing biri2. banyak duit dia dah abis. dia share dgn kawan dia. Kawan dia tu ada tanah. jd ayah aku bt kandang kambing n bela kat kwasan dia. Modal kambing free, ayah aku amik yg kerajaan sediakan. bila biri2 dah mbiak, kene pulangkn. stp hari ayah aku urus kambing tu. buat kandang, bg makan, beli hampas soya utk dia makan, bersihkan najis, dan bakar tahinya.. tp akhirnya bila makin banyak dan membiak2, tiba2 kawan dia kata tak nk share lg.. bengang giler rasa. semua kelengkapan dah cukup.. dia nk bt sdri.

Pakcik aku dulu pn penah terkena cmtu. Nk bt pertanian share dgn kawan. ayah aku dah nasihatkn jgn share, tp biasalah.. kawan punye pasal. last2 lingkup. Akhirnya pakcik aku dah berjaya dgn projek dia, tp bkn share. dia tpaksa mulakan semula ptanian dia menanam pisang. akhirnya bjaya jugak. Abg aku nye kes lak, dia nk bt projek pertanian. Sb skrg projek ptanian mmg menguntungkn. Kalau tanam serai pn bagus. Skrg org bt research, serai ni byk kegunaan. Org bt SPA, minyak urut, dan.. teh serai pn dah ada skrg. Org siap eksport ke German lak tu.. sb dorg minum utk panaskn badan.

Berbalik pd kisah abg aku td, projek ptanian dia bersama kawan akhirnya tergendala jugak. Penat abg aku kuar modal, semai benih, tanam, usahakan.. tp akhirnya kawan dia lak takleh bg komitmen, sb ada kerja lain. Kawan dia cuma blh ke kebun 2 mgu je sebulan. Sblm ni ayah aku dah warning awal2.. tp abg aku kata kalau share blh tanam luas sket. Masa pn singkat, tak bosan sorg2..dia pk bila share ringan sket. Tp last2 cmtulah.. Akhirnya abg aku, terus terang kat dia tak blh share sb tak de komitmen. Teruk jugak masa tu, abg aku lari plan asal. Dia semai 4000 benih cili tp tak sempat bt. Tanaman mula layu sb lambat tanam atas tanah. Semuanya gara2 dia tpaksa bt sorg2. Mmg tak terkejar nk urus semua seorg diri. Tp, abg aku tak pts asa. Dia skrg dah mula projek dia yg baru. Buat masa ni tanam jagung dan cili.


Tghari td aku g tmpt dia, pokok jagung semua dah tinggi. suka tgk tumbuhan hijau.. penuh menutup bumi. Jd aku td siram pokok jela. bayangkn betapa byknya pokok dia. dr jam 12 tghri aku kesana, sampai jam 6.30ptg aku bdiri sambil menyiram satu persatu pokok dia. abg aku br mula projek dia, jd belum ada pam air utk salirkan air. so, kene la buat secara manual.. siram dgn getah paip satu psatu. lama tuh! tp puas hati. Kitorg adik beradik semua dah biasa bt keje kebun. sejak kecik ayah dah suruh ke kebun atuk. Td aku, adik aku siti dan Khadijah turut turun padang. Ayah aku menabur baja, aku siram pokok, manakala adik2ku 2 org tu tanam anak pokok cili. Kmdn kakak ipar aku lak dtg. dia pn tolong sama..

Kerja yg berat mjadi ringan.. bila ramai yg buat. kalau abg ku seorg.. tak terlarat nk usahakan. Tasneem dan anak abg aku Khairullah pula, emak aku yg jaga. semua org ada tugasan masing2.. kat kebun, aku siap pasang khemah dan mbawa bekalan makanan.. esok.. in sya Allah kami akan ke sana lg..

Inilah percutian kami sempena Hari Krismas ni. Percutian yg penuh bermanfaat... penat tak terkata.. tp seronok melihat hasilnya.. alangkah bestnya kalau aku dpt masukkn gmbr dlm ni..


No comments: