Thursday, April 10, 2008

Usahawan Tani

Ni gambar emak aku di dlm nurseri, tmpt Mamat. mak ke sana mbantu Mamat. Bg sokongan moral, bersama ayah. Inilah tempat Mamat.
Rumah Lindungan Hujan-fertigasi

Kali ni aku nk tunjuk ttg pertanian. Sbb walaupn aku ni bkn amik bdg ptanian masa kat UM dulu, tidakla bmakna aku ni tak layak mperkatakn ttg pertanian. Jiwa pertanian sudah meresap dlm batin aku, sejak aku mengikut ayah ke kebun atuk masa kecik2 dulu. Atuk aku dulu pnh bkerja di Jabatan Pertanian. Atuk aku ada 9 org anak tp yg betul2 menurun dia dlm bdg tani cumalah ayah aku. Biasa kt dgr org yg mak ayahnya cikgu, anaknya bila besar jd cikgi, atau cikgu, atau guru besar, atau apejua yg ada kaitan dgn sekolah atau institusi pengajian. Inilah yg dikatakn menurun mak bapak.

Tp bg atuk aku, yg betul ikut jejaknya cuma ayah aku. Ayah aku bekerja dlm bdg perladangan. Wpn perladangan dgn pertanian ni jauh bezanya, tp aktiviti cucuk tanamnya sama dr segi mengutip hasil bumi, iaitu tanah. Ayah aku bkn org yg ditugaskn menanam kelapa sawit atau getah, dia cuma kerja pejabat je. Sesekali dia turun ke ladang utk memerhatikn mat2 Indon dan minah2 Indon serta bbrp pekerja dr tanahair kt, bekerja di ladang.

Ayahku bkn usahawan tani, tp minatnya dlm pertanian, mdorong dia mengusahakn tanaman buah2an di kebunnya sdri. Dlm adik-beradik aku, semuanya blh dikatakan kelulusan bdg agama. Abg aku blajar Syariah di Mesir, kakak aku bkelulusan Syariah(major dlm Islamic Law) di UM, adikku Mamat bkelulusan Diploma Syariah, dan Siti pula Diploma Pentadbiran Islam. Manakala aku ni sorg bkelulusan Usuluddin dr UM. Adik aku skrg yg sdg tgu keputusan masuk U juga skrg apply bdg agama utk ke IPT. Jd, siapa lak yg nk mewarisi bdg ptanian dlm keluargaku? Abg ku sudah ada bisnes sdri buka Cyber Cafe nye kat Segamat. Akak aku, sudah pn keje tetap sbg guru agama JQAF. Aku pn nnt in sya Allah akn jd tenaga pengajar dlm bdg agama. Siapa ye, yg bakal mewarisi pertanian?

Soalan ni akhirnya terjawab, bila ayah aku mbuka minda adik aku Mamat. Mamat lepasan Diploma sblm ni telah pn ditawarkn bekerja di Bhagian Kehakiman sesuai dgn kelulusan Syariah yg dia ada. Tp, sblm tu, ayahku suruh dia masuk program usahawan bhgn pertanian. Tup!Tup! Mamat yg dulu tak suka kerja di kebun, tiba2 jd pencinta pertanian. Mamat yg dulu bkulit cerah, skrg dah hitam dek panas mentari. Sian adik aku. Dia menolak tawaran kerja makan gaji dgn kerajaan, utk meneruskn bdg pertanian. Dia bkn nk jd petani, tp usahawan. Tp, dgn kursus yg diikutinya, dia blajar satu-persatu. Mamat berjaya menuai hasil tanaman tembikainya yg sebiji dgn berat mcecah 10kg. Bayangkn, besarnya tembikai dia.. Duit tu, dia roll utk tanam jagung. Selain dia usahakn tanaman jagung, dia juga usahakn tanaman fertigasi. Tak sia2 dia jd gelap. Dulu dia lah yg hensem.. tp skrg, wpn kulit jd hangus, poketnya berisi.. ah.. itu tak pntg.. skrg dia tgu hasilnya yg baru.
Tanaman Secara Fertigasi
Mak, ayah, kami semua menyokong usaha dia utk jd usahawan fertigasi. Fertigasi ni beza dgn menanamn atas tanah. Tanaman ditanam dlm beg plastik, dan baja disalurkn terus ke akar tanaman. Jd, hasilnya mmg gempak! Dia juga pernah bt tanaman Rock Melon secara fertigasi. Mamat br nk buat blog dia. Nanti korg blh jenguk n tgk sdri hasilnya.
Inilah Rock Melon
Td aku terselak blog usahawan2 tani dr Malaysia. Rupanya,ramai pengusaha cendawan skrg ni yg tumbuh mcm tumbuhnya cendawan slps hujan. Tak sangka, pertanian di Malaysia mndpt sambutan tinggi. Mmg idea yg bagus, ada anak Malaysia yg mahu mjadi usahawan dlm ape jua pertanian. Aku kagum, sbb pengusaha tanaman dan pertanian ni, bkn tidak bkelulusan apa2 mcm yg kt pk sblm ni. Bila sebut keje ladang, keje cucuk tanam, bertani, semua pk org ni cuma org yg takde kelulusan. Mrk silap! Malah ada yg ada kelulusan Sarjana Muda(Master). Bkn setakat berkelulusan Ijazah.

Zaman pemerintahan British dah berakhir. Wpn mak ayah dulunya petani, anaknya skrg adalah Usahawan Tani, bkn lg petani. Kalau dulu mak ayah cuma penoreh getah, skrg anaknya Usahawan Getah.. Zaman sudah berubah. Td aku tgk sorg usahawan cendawan, mpunyai kelulusan Sarjana Muda Kimia(Master dlm bdg kimia). Zaman sudah berubah. Kelulusan, sijil dan Taraf akademik tidaklah melambangkn pekerjaan seseorg kelak. Namun, sijil yg dimiliki bkn sia2. Ilmu bkn utk cari mkn. Tp dgn ilmu, kt dikurniakn makann. Org yg berilmu, mmg darjatnya tinggi di sisi Allah. Dgn ilmu, manusia blh jd sesuatu yg lbh drp apa yg dia miliki. Org yg ada kelulusan Kimia, blh jd usahawan wpn pekerjaannya bkn dlm kelulusan yg sama. Bukalah mata, bukalah minda bersama!

Tuesday, April 8, 2008

Dari lembaran kertas ke sebuah filem



Ayat2 cinta ni merupakan sebuah novel cinta yg agak Islamic. Novel ni mdpt tmpt di hati ramai pcinta novel, dan sesiapa yg minat kpd novel2 cinta khususnya. Novel ni aku pernah disuruh baca oleh sahabatku bnama Saudah. Pd mulanya, bg aku yg merasakn novel ni semuanya cerita semata2 dan hanya mbuang masa mbacanya, aku tidak mengambil peduli ttg dunia novel ni. Tp setelah Saudah seboleh2 memaksa aku mbacanya, maka aku mengambil novel ni dr nya dan cuba membacanya.

Pd awal novel ni mmg mbosankn. Namun aku gagahkn mata aku yg rabun ni dgn menatap dan mhayati satu persatu isinya. Permulaan yg mbosankn sbb kisah hdp seorg lelaki sbg watak utama dlm novel ni dihurai dgn pnjg lebar. Namun, bila smpi ptengahan cerita, mataku yg lesu mjadi segar. Semangatku melonjak2 dan akhirnya aku mbuat keputusan utk habiskn mbacanya wpn dlm keadaan bguling2 atas katil sbb nk hilangkn rasa ngantuk dan menahan mata yg letih.

Kisah dlm novel ni skrg mula mjadi rebutan kbykn msyrkt tak kira Minah Indon, Mamat Indon, atau org Malaysia sdri. Sesiapa yg phm bahasanya, mesti nk baca. Tak kira usia atau kesibukn masa. Novel ni mjadi rebutan krn keunikannya bkn pd warna kulit yg pelik serta gambar 2 biji mata seorg wanita. Tp krn kisah cinta versi Islam yg mceritakn pjalann cinta manusia dan cinta terhadap Tuhan. Malah, novel ni jugak, telah mdapat Award(Anugerah). Penulis2 tkenal juga mengagumi penulisan dan pengisian dlm novel ni. Mrk turut mengiktiraf kebolehan Habiburrahman yg merupakan penulis kisah ayat2 cinta ni.

Bg aku yg tak minat novel2 ni, aku jugak berasa bangga krn ada insan berani dan hebat dlm menyampaikn misi dakwah melalui kisah cinta sebegini. Pndgn aku thadap novel mula berubah. Alangkah bagusnya kalau lebih ramai lg penulis sebegini. Kalau dulu novel Maria pernah meletup, tp kini novel ayat2 cinta mbawa satu gegaran dlm dunia siber. Kalau org bangga dgn adanya internet, buku novel ni lebih bmakna utk dihadap. Sehinggakan org yg tak pernah beli novel, pn beli jugak. Sehinggakan org yg tak pernah miliki novel, mula mbuat koleksi peribadi. Sbnrnya, novel percintaan yg berunsur Islamic value mmg byk. Tp, yg mampu diterjemahkn ke dlm versi Melayu-Indon, mmg ciput. Sbb tu aku amat kagum dgn novel sebegini yg mengetengahkn hakikat cinta sejati manusia dgn cinta hakiki Ilahi. Spy anak2 muda, anak2 tua, anak2 bangsa, semuanya berubah corak dan arus pcintaan mrk. Drp cinta monyet, sampai kpd cinta mawas trend barat, biarla mjadi cinta seorg manusia yg dicintai Ilahi.

Kini, kisah Ayat2 Cinta sudah agak lapuk di dlm naskhah buku dan kertas2. Org sudah mula melaburkn wang utk menonton wayang, melihat sdri watak2 dlm filem Ayat2 Cinta ni. Ianya dilakonkan khas oleh artist2 dr Indonesia. Yela, novel ni pn dr Indon... Cetusan idea mrk mmg mengagumkn. Aku blm bkesempatan lg tgk cite ni. Wpn dah baca novelnya sampai ke kulit terakhir. Harap dptla aku tonton nnt. So, kalau cite ni tak sama dgn dlm novel.. nnt aku komen balik. Baik korang baca dulu novel ni utk naikkn semangat utk tgk filemnya. Sbb kdg2 imaginasi kt mgkn lebih mantap dlm mbayangkn watak2 yg dibaca, drp lakkonan yg dilakonkan. Anyway, it's just my idea.. ok..?

Monday, April 7, 2008

Rumahku Syurgaku



Masa aku kecik, semua adik-beradik aku juga kecik2. Sbb jarak umur kami semua dekat2. Selang setahun, 2 thn, lbh kurg camtu je. Aku ada 7 org adik-beradik. Masa aku darjah 6, adik aku yg bongsu masih baby. Stp hari, aku ke sekolah naik kete antik ayah, yg rupanya unik sekali. Besar, gemuk, dan warnanya juga lusuh. Skrg org dh tak pkai kete camtu. zaman tu jugak, yg pakai kete camtu cuma ayah aku je, dgn seorg cina old fashion. Bkn semua org minat brg lama. Lagipn kete tu je yg mmpu ayh aku miliki. Maklumlah, pndptn kecik. Yg bekerja cuma ayah aku sorg, itupn kami rasa bsyukur krn wpn susah, kami masih bsekolah, masih dpt beli baju baru stp awal thn, dan kami dpt merasa naik motor, kereta, basikal, dan mcm2 lg. Kami mkn dan minum smua cukp. Cuma sesekali tu, cuma "cukup-cukup" adalah pkara biasa bg kami. Dr lauk ayam, hingga ke lauk ikan kering, semua kami pernah rsa bsama. Cuma lauk udang tu, jrg2 sekali, sbb mahal.

Aku pernah merasa memakai pakaian lusuh, pakaian turun temurun. Pakaian org bg, dan mcm2 jenis pakaian. Semuanya tak pernah mbuatkn aku rasa malu atau segan. Malah aku juga sentiasa memakai kasut koyak dan bocor. Aku segan nk mintak dgn ayah kasut baru. Sbb aku tau ayah pn takde duit. Dulu kasut sekolah mmg mahal. Skrg semua brg dah murah. Aku dulu ke sekolah belanja 50 sen plg byk. Kdg2 tak belanja atau belanja 20sen je bila emak bg bekal makanan. Aku balut buku sekolah dgn kertas minyak je. Tu pn, bila kertas pembalut tu masih elok, ayah menyuruh kami terbalikkn pembalut tu, utk balut buku baru. Kertas pembalut tu, kami guna 2kali. Depan dan blkg, selagi blh guna. Masa tu, nk beli pembalut plastik pn tak mampu sgt. Sbb duit yg ada, byk lg keperluan lain nk diguna.

Ayahku cuma kakitangan kerajaan yg bpendapatn rendah. Tp oleh krn tanggungan ramai, maka cukai pintu tak la byk sgt. Rumah kami pn murah masa tu. Rumah kampung, wpn murah, kami dpt tgl satu keluarga dgn selesa. Rumah kami besar, dan luas sbb takde perabot. Bilik tidur kami kongsi bsama, tp cuma utk jadikan bilik study kami adik-beradik. Biasanya kami tidur atas toto nipis, di ruang tamu. Mak selalu pasang kelambu sbb ayah aku mmg sejak dulu bmusuh dgn sang nyamuk. Malah, tingkap rumah kami pn dipasang jaring.

Hidup kami penuh dgn disiplin yg dikuatkuasakan oleh ayah aku. Sbb emak aku tak garang. Cuma suka berleter aje. Ayah aku lak, suka bt lawak, dan bgurau senda dgn anak2. Tp bila time serius, habis urat leher dia nmpk tegang. Dgn mata yg terjegil bulat, sape tak takut dgn ayah aku? Malah ayah juga memiliki rotan sbg senjatanya. Kami masa kecik2 mcm anjing dgn kucing. Ada je benda nk digaduhkn. Rumah kami sntsa bising dan riuh. Jd, ayah mmg perlukn senjata utk mengawal kami adik-beradik. Rotan ayah ada 2 jenis. Stp kali bt salah, kami diberi tawaran hebat, sama ada nk makan roti(rotan) kurus dan panjang atau roti(rotan) tebal dan pendek. Biasanya rotan dikenakan sbyk 2 kali. Jd, kami bebas memilih mengikut selera msg2. Bg aku, yg nipis dan panjang itu agak ok drp yg tebal. Sb, penangannya mmg ler menyakitkn wpn pd bunyinya bila disebat tu ia lebih senyap. Bisanya ke tulang... huuu.. kalau blh elak, mmg kami elakkn. Sbb tu biasanya kami ni baik sgt2 time ayah ada di rumah. Yg anjing dgn kucing tu, semua jd kucing.. baik je. Kalau tgh gaduh, nmpk je ayah, terus jd baik. Senjata ayah mmg bkesan.

Pernah satu kali tu, kami adik-beradik dihukum oleh ayah sbb bergaduh. Wpn gaduh tak teruk, tp semua kene hukum. Masa tu kami cuma 4 org, sbb adik lain kecik2 lg. Mrk tak reti bgaduh. Abg Mail, Kak Ecah, aku dan juga Mamat dihukum dgn cara yg agak luar biasa. Ayah menutup mulut kami berempat dgn salotape yg kuat gamnya. Salotape yg biasanya org guna utk binding assignment atau buku. Ianya ditampal ke mulut kami, dan tangan kami cuma dibenarkn letak dilutut, sambil duduk di bawah meja dapur. Ayah begitu marah masa tu. Sb kami bising dan bgaduh. Tp, kami rasa seronok dgn hukuman yg pelik ni. Akhirnya dgn hukumn ni kami bbaik semula. Lps tamat tempoh hukuman, kami buka salotape di mulut. Habis kesan gam melekat di sekeliling bibir. Kami mhilangknnya dgn menyapu minyak masak, dan sabun.

Hari Jumaat pula biasanya kami bgotong-royong bersihkan halaman umah. Dpn umah ada pokok biji saga wrna merah kecik2. Jd, buahnya mmg selalu gugur, dan daunnya serta tangkainya bsepah je kat halaman. Hari Jumaat adalah hari cuti negeri Johor masa tu, sblm ditukar ke hari sabtu dan Ahad. Jd, kami adik-beradik diwajibkn sapu sampah, cuci tingkap rumah dan juga lap lantai rumah. Masa ni, selalunya kakak aku akn kene serangan sakit kepala mengejut. Dia suka mengelak drp bt keje lasak2. Jd, kelentong dia tu kira menjadikla. Maka, dia ditugaskn bersihkn dlm rumah. Kami lak, kene panas matahari di luar.

Lepas solat Jumaat, biasanya kami akan ke rumah atok. Rumahnya lebih kurg setengah jam dr umah kami. Inilah saat yg kami tunggu2. Kami adik-beradik mmg suka ke rumah atuk. Sb waktu mlm kami tak kene baca buku, malah kami blh menonton sepuas2nya. Rumah atuk mmg bsr dan mcm2 ada, bbanding umah kami. Rumah atuk ada peti ais, telefon dan tv yg ada remote control. Rumah kami takde peti ais, takde telefon, dan TV pn mcm dah tenat. Yg bestnya, kami mmg rasa seronok sbb dlm peti ais rumah atuk biasanya ada makann sedap2. Tp, ayah sudah pesan kpd kami, smpi umah atuk jgn buka peti ais dan tudung saji terus. Kene beradab sopan. Salam atuk dan jgn sesekali bgaduh. Maka, kami pn beringat2 jugakla nasihat ayah.

Hari Sabtu, kami sekeluarga kene ke kebun atuk. Atuk ada dusun buah2an. Kami kene bantu bersihkn rumput2 dan lalang, serta mbakar sampah. Kebun atuk luas, dan kami agak penat jugak mbersihknnya. Kebun atuk sgt istimewa. Atuk tanam pokok koko, durian, rambutan, mata kucing, bachang, quinin, dan mcm2 lg. Plg best time musim buah!

Kat kebun atuk juga ada satu parit yg agak besar. Airnya turun dr bukit bdekatan. Ada ikan sungai mcm2 jenis. Jd, sesekali kami juga memancing ikan dan berkelah sambil makan nasi goreng. Kat kebun atuk juga ada petai. Ayah ambil atas pokok dan kami mkn terus dgn nasi gorg. Sedap sgt2! Di kebun ni juga ada perigi yg dikorek. Atuk gunakan utk tadah air hujan, memudahkn utk dia menyiram tanaman. Biasanya aku main anak katak(berudu) dan anak ikan kat situ. Kdg2 pula, air tu kami guna utk cuci berak dan kencing.

Berada di kebun atuk, mmg menyeronokkn. Wpn ada semak sikit2, kami tak pernah rasa takut ada ular ke apa. Ntahla, mgkn kami dah dibiasakan dgn berani. Ular atau apa2 binatang lgsg kami tak hiraukn. Kini atok dah tua, tak larat lg ke kebun. Malah, keluar rumah pn jrg2. Namun atuk sbnrnya insan yg gagah. Kebun yg luas, dia usahakan sdri. Drp menanam benih, hingga menabur baja, semua dibuatnya sdri. Dgn adanya kebun atuk, zaman kanak2 aku amat bermakna. Aku tidak spt budak2 lain. Ada komputer dan game di rumah. Tp, kehidupan aku sntsa diisi dgn sesuatu yg bmanfaat.

Bila berkebun, sbnrnya menanam rasa kasih dan cintakan alam. Menanam rasa tau mhargai titik peluh orglain yg mengusahaknnya. Belajar erti kesabaran, dan plg best.. pengalaman kami tu mgkn tak dpt dibeli di mana2. Sape pernah melihat dan memegang lintah spt kami? Kami tidak geli dgn lintah. Sbb di kebun atuk, byk lintah hidup di dlm parit. Stp kali kami hayunkn tin utk menceduk air, stp kali itu jugak byk lintah yg akn berpaut pd tin. Yg gemuk, panjg, kurus, mcm2. Lintah ni kerjanya mhisap darah. Mgkn darah ikan, atau cacing dlm air. Atau katak? ape2 ajela..

Inilah kisah zaman kanak2 aku..

K.A.W.A.N

Kawan adlh teman dikala susah mahupun senang. Kawan pengubat duka bila kt ditimpa musibah. Kawan penenang hati dikala kt gundah. Kawan adalah insan yg memahami apa yg kt simpan dlm hati


Dlm hdp ni, aku pnh jd kwn kpd orglain. Aku juga pnh mpunyai kwn. Masa tadika, aku sudahpn reti bkwn. Aku bkwn bkn setakat di sekolah. Tp bila di luar aku masih bkwn. Di rumah pula, aku ada kwn. Dia jiran aku, namanya Intan. Wpn badannya lbh bsr drp aku, bknla bmakna dia lebih tua dan lebih matang dr aku. Dia bbadan bsr cuma krn dia byk isi dr aku. Sedikitpn tidak mcacatkn hubgn kami wpn tak sama saiz. Kelebihan yg dia ada pd bdn, tak menentukn nilai hebat seorg kwn. Kami bkwn baik, tp kdg2 ada jugak dia berubah angin.

Pd satu tengahari hujung mgu cuti sekolah, Intan memanggil aku dr jarak jauh. Aku berasa sungguh hepi dan dihargai bila nama aku dipanggil. Bg aku, itu tandanya dia memerlukan aku. Dgn riang kami mdekati antara satu sama lain. Di bwh pokok mangga yg sdg bbuah ketika itu, dia melemparkn senyuman plg manis pd aku. Mulutnya juga kelihatan ternganga2 seolah2 tidak sabar ingin mperkatakn sesuatu. Telinga aku yg kecik terus mjadi bsr tanda tak sabar jugak nk dgr apa yg nk dikatakannya. "Saya nk bgtau awak sesuatu," kata Intan.

Aku yg makin tak sabar2 ni terus mbesarkn lg lubang telinga aku sambil meninjitkan kaki aku yg pendek. Aku mahu telinga aku smpi terus ke mulut dia. Maklumlah, dia bkn shj bbadan bsr, malah tinggi jugak. Tiba2, dia mbisikkn.. "Mulai harini saya tak nk kawan awak lg". Lps tu, dia terus blah dan tglkan aku dlm keadaan 'blur'. Aku rasa heran dan semacam bengang pn ada. Sbb aku rasa diperbodohkn hidup2! Kalau la ada malaikat yg bgtau aku awal2 dia nk ckp camtu kt aku, mesti aku bt pekak je bila dia pgl aku td. Tiba2 aku rsa sedih sesangat. Aku juga bingung dgn kenyataan ringkas tp pedas tu. Sblm ni aku tak pnh tfikir, ada jugak manusia camni, ek. Pgl aku bkn main. Melaung2 tp cuma utk sakitkn ati aku camtu.

Bila aku intai2 br aku sedar, rupanya Intan tu ada kawan lain. Sepupu dia dtg umah dia. Tu yg dia blagak sgt dgn aku. wpn aku ni lbh tua dr dia, lgsg dia tak hormat aku. Yela, bdn aku yg kecik dan kurus, tak setanding dgn badannya yg tlebih zat. Lps tu, aku pn bjalan balik ke rumah. Sedih sgt2 masa tu. wpn aku bdk2 tp aku ada perasaan masa tu. Aku dpt rasa erti dikecewakn, dan dihina. Aku rsa sayu, sdh dan ingin bsendirian. Kenangn ni amat mberi kesan pd aku. Sbb tu aku ingt smpi ke harini.

Mmg betul kata pepatah, "Experience is the best teacher". Pengalaman mengajar kt ttg sesuatu. Pengalaman itu adalah laluan yg Tuhan aturkn. Dgn siapa kt btemu, dgn siapa kt akan bpisah, segalanya telah ttulis. Aku sbg manusia, mengenangkn kisah ini, bkn utk aku meluahkn dendam lama. Tp sekadar bkongsi cerita, dan kisah seorg budak. Budak yg kecil tp mampu menerima segala rasa, dan mampu mbuat kesimpulan atas apa yg pernah tjadi pdnya. Akulah budak itu..

Intan tetap istimewa bg aku. Sbb dia cpt lupa ttg kejahatan yg dia buat pd aku. Sekelip mata dia menolak aku jauh2, bbrp kelip mata lps tu dia mcari aku semula. kami terus bkawan hingga aku darjah 6. Lps itu, hubungn kami tidak rapat sbb aku bsekolah di negeri lain. Dia pula, mgkn dah jmpa kwn lain. Tp, aku pnh jmpa dia bila dah besar ni. Dia dah masuk universiti. Badannya tidak lg berisi. Kelihatan mukanya yg tembam dulu, sudah kempis. Dia tetap tinggi, dan kurus kini. Tak sangka, ya.. segalanya berubah. Tp aku, tak byk berubah. Aku masih ingt kenangan manis suka duka bsama dia. Dan zaman kanak2 yg kami pernah kongsi bsama. Terima kasih Intan krn dirimu mengajar aku ttg sesuatu yg baru.



Hadiah dari Tuhan

"Kawan kt blh pilih. Tp, mak, ayah, adik beradik, itu semua hadiah dr Tuhan. Mmg kalau kt tak tgk pd hadiah tu semua, kt tak suka. Tp sebaliknya kalau kt tgk hadiah tu btl2, hadiah tu byk kegunaannya. Lebih2lg kalau hadiah tu hadiah dr Tuhan."


Manisnya kata2 ni, bila aku dgr dr mulut arwah Yusni Jaafar. Kata2 ni diungkap masa dia blakondlm cite Impak Maksima, yg skrg sdg blangsung kat TV3. Mula2 aku tak bminat tgk drama2 cmni, tp lama2 best jugak. Aku rsa tharu je, bila tgk wajah si arwah dlm cite ni. Mcm tak caya, gambar yg bgerak2 spt org hidup ni, sbnrnya hanya jasad semata2. Sdgkn rohnya sudah kembali kpd Tuhannya. Aku mmg minat Yusni Jaafar sejak kecik lg. Mgkn sifat dan naluri kanak2 aku masa tu yg mbuatkn aku mudah menyayangi sesiapa shj yg baik pd kaca mata aku ketika tu.

Harini aku rasa sayu je. Bila memikirkn ttg sahabat, kwn baik, teman dan juga rakan2 yg aku pnh jmpa spjg hdp aku. Masa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, sehingga skrg setelah aku bgelar isteri, dan juga ibu kpd seorg anak. Pd mulanya, aku cuma rasa bhw kwn yg aku pnh jmpa selama ni, cuma teman aku dijalanan. Bg aku, kwn yg rapat dgn kt mestilah yg satu kepala dgn kt. Maknanya sikapnya mesti ada byk psamaan dgn diri kt. Sb tu dia kekal jd kwn baik. Tp, bila aku koreksi satu psatu, aku rsa, sbnrnya Allah mdatangkn kwn yg mdampingi aku sbnrnya bkn sekadar kwn. Tp mrk juga cermin ajaib kpd aku. Cermin yg kdg2 mnampakkn kegembiraan dan kdg2 cermin itu juga menampakkn kesedihan diwajahku. Dan yg plg pntg, cermin itu sbnrnya mampu mengubah pendirianku dan perasaan ku.

Dlm kesayuan aku mlm ni, tba2 aku trasa semacam dihembus oleh angin yg menyedarkn aku ttg kisah hidup. Mgkn aku tahu sblm ni, tp aku sering lupa. Iaitu hadiah dr Tuhan. Mak, ayah, serta adik-beradikku yg selama ni aku rasa kian jauh, sbnrnya mrk adalah hadiah yg tidak tnilai harganya. Selama ni aku asyik memikirkn ttg kwn.

Kehidupn tanpa kwn spt kesunyian di hutan rimba. Kdg2 mbuat kt fikir mcm2 ttg sekeliling sehingga lupa dunia yg besar. Sejak dtg ke Madinah, yg ada cuma kwn2. Mgkn sb tu jugak aku hanya memikirkn ttg kwn. Tp, bila aku dgr ungkapan yg tkeluar dr mulut Yusni Jaafar td, aku mula tfikir ttg sesuatu yg amat bharga yg selama ni aku miliki. Aku jrg pndg kpd Hadiah Tuhan tu. Aku asyik sibuk memilih kwn, dan kini, aku mula memandu pkrn aku. Mengubah segala rsa yg aku lalui, dgn memandang hadiah yg aku simpan selama ni. Sesekali, aku perlu ubah corak yg tercalit dlm kotak fikiranku. Supaya hatiku lapang, jiwaku lebih tenang, nafasku berbau haruman kenangan yg mmpu mengubah semula aura emosiku.


Semoga Allah mengampuni dosaku dan dosa arwah Yusni Jaafar. Amin..