Monday, April 7, 2008

Rumahku Syurgaku



Masa aku kecik, semua adik-beradik aku juga kecik2. Sbb jarak umur kami semua dekat2. Selang setahun, 2 thn, lbh kurg camtu je. Aku ada 7 org adik-beradik. Masa aku darjah 6, adik aku yg bongsu masih baby. Stp hari, aku ke sekolah naik kete antik ayah, yg rupanya unik sekali. Besar, gemuk, dan warnanya juga lusuh. Skrg org dh tak pkai kete camtu. zaman tu jugak, yg pakai kete camtu cuma ayah aku je, dgn seorg cina old fashion. Bkn semua org minat brg lama. Lagipn kete tu je yg mmpu ayh aku miliki. Maklumlah, pndptn kecik. Yg bekerja cuma ayah aku sorg, itupn kami rasa bsyukur krn wpn susah, kami masih bsekolah, masih dpt beli baju baru stp awal thn, dan kami dpt merasa naik motor, kereta, basikal, dan mcm2 lg. Kami mkn dan minum smua cukp. Cuma sesekali tu, cuma "cukup-cukup" adalah pkara biasa bg kami. Dr lauk ayam, hingga ke lauk ikan kering, semua kami pernah rsa bsama. Cuma lauk udang tu, jrg2 sekali, sbb mahal.

Aku pernah merasa memakai pakaian lusuh, pakaian turun temurun. Pakaian org bg, dan mcm2 jenis pakaian. Semuanya tak pernah mbuatkn aku rasa malu atau segan. Malah aku juga sentiasa memakai kasut koyak dan bocor. Aku segan nk mintak dgn ayah kasut baru. Sbb aku tau ayah pn takde duit. Dulu kasut sekolah mmg mahal. Skrg semua brg dah murah. Aku dulu ke sekolah belanja 50 sen plg byk. Kdg2 tak belanja atau belanja 20sen je bila emak bg bekal makanan. Aku balut buku sekolah dgn kertas minyak je. Tu pn, bila kertas pembalut tu masih elok, ayah menyuruh kami terbalikkn pembalut tu, utk balut buku baru. Kertas pembalut tu, kami guna 2kali. Depan dan blkg, selagi blh guna. Masa tu, nk beli pembalut plastik pn tak mampu sgt. Sbb duit yg ada, byk lg keperluan lain nk diguna.

Ayahku cuma kakitangan kerajaan yg bpendapatn rendah. Tp oleh krn tanggungan ramai, maka cukai pintu tak la byk sgt. Rumah kami pn murah masa tu. Rumah kampung, wpn murah, kami dpt tgl satu keluarga dgn selesa. Rumah kami besar, dan luas sbb takde perabot. Bilik tidur kami kongsi bsama, tp cuma utk jadikan bilik study kami adik-beradik. Biasanya kami tidur atas toto nipis, di ruang tamu. Mak selalu pasang kelambu sbb ayah aku mmg sejak dulu bmusuh dgn sang nyamuk. Malah, tingkap rumah kami pn dipasang jaring.

Hidup kami penuh dgn disiplin yg dikuatkuasakan oleh ayah aku. Sbb emak aku tak garang. Cuma suka berleter aje. Ayah aku lak, suka bt lawak, dan bgurau senda dgn anak2. Tp bila time serius, habis urat leher dia nmpk tegang. Dgn mata yg terjegil bulat, sape tak takut dgn ayah aku? Malah ayah juga memiliki rotan sbg senjatanya. Kami masa kecik2 mcm anjing dgn kucing. Ada je benda nk digaduhkn. Rumah kami sntsa bising dan riuh. Jd, ayah mmg perlukn senjata utk mengawal kami adik-beradik. Rotan ayah ada 2 jenis. Stp kali bt salah, kami diberi tawaran hebat, sama ada nk makan roti(rotan) kurus dan panjang atau roti(rotan) tebal dan pendek. Biasanya rotan dikenakan sbyk 2 kali. Jd, kami bebas memilih mengikut selera msg2. Bg aku, yg nipis dan panjang itu agak ok drp yg tebal. Sb, penangannya mmg ler menyakitkn wpn pd bunyinya bila disebat tu ia lebih senyap. Bisanya ke tulang... huuu.. kalau blh elak, mmg kami elakkn. Sbb tu biasanya kami ni baik sgt2 time ayah ada di rumah. Yg anjing dgn kucing tu, semua jd kucing.. baik je. Kalau tgh gaduh, nmpk je ayah, terus jd baik. Senjata ayah mmg bkesan.

Pernah satu kali tu, kami adik-beradik dihukum oleh ayah sbb bergaduh. Wpn gaduh tak teruk, tp semua kene hukum. Masa tu kami cuma 4 org, sbb adik lain kecik2 lg. Mrk tak reti bgaduh. Abg Mail, Kak Ecah, aku dan juga Mamat dihukum dgn cara yg agak luar biasa. Ayah menutup mulut kami berempat dgn salotape yg kuat gamnya. Salotape yg biasanya org guna utk binding assignment atau buku. Ianya ditampal ke mulut kami, dan tangan kami cuma dibenarkn letak dilutut, sambil duduk di bawah meja dapur. Ayah begitu marah masa tu. Sb kami bising dan bgaduh. Tp, kami rasa seronok dgn hukuman yg pelik ni. Akhirnya dgn hukumn ni kami bbaik semula. Lps tamat tempoh hukuman, kami buka salotape di mulut. Habis kesan gam melekat di sekeliling bibir. Kami mhilangknnya dgn menyapu minyak masak, dan sabun.

Hari Jumaat pula biasanya kami bgotong-royong bersihkan halaman umah. Dpn umah ada pokok biji saga wrna merah kecik2. Jd, buahnya mmg selalu gugur, dan daunnya serta tangkainya bsepah je kat halaman. Hari Jumaat adalah hari cuti negeri Johor masa tu, sblm ditukar ke hari sabtu dan Ahad. Jd, kami adik-beradik diwajibkn sapu sampah, cuci tingkap rumah dan juga lap lantai rumah. Masa ni, selalunya kakak aku akn kene serangan sakit kepala mengejut. Dia suka mengelak drp bt keje lasak2. Jd, kelentong dia tu kira menjadikla. Maka, dia ditugaskn bersihkn dlm rumah. Kami lak, kene panas matahari di luar.

Lepas solat Jumaat, biasanya kami akan ke rumah atok. Rumahnya lebih kurg setengah jam dr umah kami. Inilah saat yg kami tunggu2. Kami adik-beradik mmg suka ke rumah atuk. Sb waktu mlm kami tak kene baca buku, malah kami blh menonton sepuas2nya. Rumah atuk mmg bsr dan mcm2 ada, bbanding umah kami. Rumah atuk ada peti ais, telefon dan tv yg ada remote control. Rumah kami takde peti ais, takde telefon, dan TV pn mcm dah tenat. Yg bestnya, kami mmg rasa seronok sbb dlm peti ais rumah atuk biasanya ada makann sedap2. Tp, ayah sudah pesan kpd kami, smpi umah atuk jgn buka peti ais dan tudung saji terus. Kene beradab sopan. Salam atuk dan jgn sesekali bgaduh. Maka, kami pn beringat2 jugakla nasihat ayah.

Hari Sabtu, kami sekeluarga kene ke kebun atuk. Atuk ada dusun buah2an. Kami kene bantu bersihkn rumput2 dan lalang, serta mbakar sampah. Kebun atuk luas, dan kami agak penat jugak mbersihknnya. Kebun atuk sgt istimewa. Atuk tanam pokok koko, durian, rambutan, mata kucing, bachang, quinin, dan mcm2 lg. Plg best time musim buah!

Kat kebun atuk juga ada satu parit yg agak besar. Airnya turun dr bukit bdekatan. Ada ikan sungai mcm2 jenis. Jd, sesekali kami juga memancing ikan dan berkelah sambil makan nasi goreng. Kat kebun atuk juga ada petai. Ayah ambil atas pokok dan kami mkn terus dgn nasi gorg. Sedap sgt2! Di kebun ni juga ada perigi yg dikorek. Atuk gunakan utk tadah air hujan, memudahkn utk dia menyiram tanaman. Biasanya aku main anak katak(berudu) dan anak ikan kat situ. Kdg2 pula, air tu kami guna utk cuci berak dan kencing.

Berada di kebun atuk, mmg menyeronokkn. Wpn ada semak sikit2, kami tak pernah rasa takut ada ular ke apa. Ntahla, mgkn kami dah dibiasakan dgn berani. Ular atau apa2 binatang lgsg kami tak hiraukn. Kini atok dah tua, tak larat lg ke kebun. Malah, keluar rumah pn jrg2. Namun atuk sbnrnya insan yg gagah. Kebun yg luas, dia usahakan sdri. Drp menanam benih, hingga menabur baja, semua dibuatnya sdri. Dgn adanya kebun atuk, zaman kanak2 aku amat bermakna. Aku tidak spt budak2 lain. Ada komputer dan game di rumah. Tp, kehidupan aku sntsa diisi dgn sesuatu yg bmanfaat.

Bila berkebun, sbnrnya menanam rasa kasih dan cintakan alam. Menanam rasa tau mhargai titik peluh orglain yg mengusahaknnya. Belajar erti kesabaran, dan plg best.. pengalaman kami tu mgkn tak dpt dibeli di mana2. Sape pernah melihat dan memegang lintah spt kami? Kami tidak geli dgn lintah. Sbb di kebun atuk, byk lintah hidup di dlm parit. Stp kali kami hayunkn tin utk menceduk air, stp kali itu jugak byk lintah yg akn berpaut pd tin. Yg gemuk, panjg, kurus, mcm2. Lintah ni kerjanya mhisap darah. Mgkn darah ikan, atau cacing dlm air. Atau katak? ape2 ajela..

Inilah kisah zaman kanak2 aku..

No comments: