Dah byk kali aku dgr, org kata si dia tu bkn jenis kuat study. Tp dia tu dah mmg jenis bijak orgnya. Ada jugak yg sibuk bg pndpt, katanya aku kalau study last minit br masuk kepala. Kalau study awal2 cepat lupa, pastu tak brp masuk otak je rasanya. Ada juga budak kat kelas aku dulu yg selalu ponteng kelas, tp result dia high score je. Padahal, study tak de pon. Cuma bila last minit tu aku tgk dia study, sampai tak tido malam.. Mmg dia jenis bijak dan cpt pick up kot, ek? Entah2, dah sifat semulajadi dia jenis study last minit. Pastu dia ni mmg jenis bila blaja cepat catch up..?
Mcm2 andaian org buat ttg isu study last minit ni. Malah adik aku sdri dia merungut kat aku bila exam dia tak dapat jwb. Bila aku nasihat dia, "ko study la awal2. Study last minit tu yg blank je bila masuk exam.."Dia lak kata, sbb aku study awal ler aku jd lupa apa aku dah study, dan bila msuk exam, yg aku study last minit tu yg aku ingt n blh jwb. Yg awal2 semua tak ingt.
Biasanya org study last minit, dia alami satu tekanan n desakan dlm diri utk mengingat segala yg dia baca. Secara tak lgsg, minda dia telah sedia utk menerima sekaligus save dlm memorinya. Sbb tu takde dan jarg yg tcicir dan bila masuk exam, semua yg dia save cuma perlu dimuntahkn satu-persatu. Dia dpt jwb dgn mudah! Otak kt ni sbnrnya mcm sistem komputer. Bila maklumat dimasukkn, ia perlu di save(simpan). Dan bila maklumat tu nk digunakan, hanya perlu open file je. Semua data2 tu akn keluar. Sbb tu study last minit tu dianggap bkesan pd pemikiran org yg malas study awal.
Bg yg study awal, minda dia kdg2 tidak save semua yg dia baca, sbb tidak ada tekanan yg mdesak dia spy save maklumat tu. Maklumlah.. exam kan lambat lg.. Malah, ada juga yg save, tp ada yg tcicir. Atau, ada yg save, tp dia masukkn benda2 lain sekali masa tu. Sb dia blaja sambil berkhayal..Jd, yg dikatakan "study last minit itu bagus," sebenarnya adalah salah! Study last minit byk risiko. Kdg2 tak smpt nk abis apa yg dibaca. Kalau sempat abis baca pn, mgkn dia tak smpt nk save semua maklumat yg dibaca sbb terlalu byk. Dan alasan org yg kata dia study awal tp bila exam lupa, adalah krn dia mgkn tidak sempat mengulangkaji semula apa yg telah dia study awal. Dan spt yg aku kata td, mgkn masa yg awal tu juga dia tak save sepenuhnya apa yg dia dah study.
Ingatan manusia ni bsifat lemah. Sifat lupa kt tak sama dgn sistem komputer. Sb komputer tidak ada sifat pelupa. Jd, apa yg telah di save dlm minda perlu diimbas berulang kali. Semakin kerap diulang2, ianya semakin kuat diingat. Faktor usia, cara hidup, tabiat pemakanan dan aktiviti harian juga mpengaruhi kadar daya ingatan seseorg. Oleh itu, sbg insan yg lemah, usaha dr awal adalah bagus dan perlu diamalkn.
Perlu juga sediakn nota ringkas utk hadapi exam. Nota ringkas ni mesti ada keyword2 pntg shj. Kegunaannya adalah utk kt ingt satu-persatu spy apa yg dihafaz tidak tcicir. Keyword ni utk kt imbas segala yg dh blaja, dan penerangan ttg keyword pastinya sudah tersimpan dlm minda.
No comments:
Post a Comment