Ni gambar emak aku di dlm nurseri, tmpt Mamat. mak ke sana mbantu Mamat. Bg sokongan moral, bersama ayah. Inilah tempat Mamat.
Rumah Lindungan Hujan-fertigasi
Kali ni aku nk tunjuk ttg pertanian. Sbb walaupn aku ni bkn amik bdg ptanian masa kat UM dulu, tidakla bmakna aku ni tak layak mperkatakn ttg pertanian. Jiwa pertanian sudah meresap dlm batin aku, sejak aku mengikut ayah ke kebun atuk masa kecik2 dulu. Atuk aku dulu pnh bkerja di Jabatan Pertanian. Atuk aku ada 9 org anak tp yg betul2 menurun dia dlm bdg tani cumalah ayah aku. Biasa kt dgr org yg mak ayahnya cikgu, anaknya bila besar jd cikgi, atau cikgu, atau guru besar, atau apejua yg ada kaitan dgn sekolah atau institusi pengajian. Inilah yg dikatakn menurun mak bapak.Tp bg atuk aku, yg betul ikut jejaknya cuma ayah aku. Ayah aku bekerja dlm bdg perladangan. Wpn perladangan dgn pertanian ni jauh bezanya, tp aktiviti cucuk tanamnya sama dr segi mengutip hasil bumi, iaitu tanah. Ayah aku bkn org yg ditugaskn menanam kelapa sawit atau getah, dia cuma kerja pejabat je. Sesekali dia turun ke ladang utk memerhatikn mat2 Indon dan minah2 Indon serta bbrp pekerja dr tanahair kt, bekerja di ladang.
Ayahku bkn usahawan tani, tp minatnya dlm pertanian, mdorong dia mengusahakn tanaman buah2an di kebunnya sdri. Dlm adik-beradik aku, semuanya blh dikatakan kelulusan bdg agama. Abg aku blajar Syariah di Mesir, kakak aku bkelulusan Syariah(major dlm Islamic Law) di UM, adikku Mamat bkelulusan Diploma Syariah, dan Siti pula Diploma Pentadbiran Islam. Manakala aku ni sorg bkelulusan Usuluddin dr UM. Adik aku skrg yg sdg tgu keputusan masuk U juga skrg apply bdg agama utk ke IPT. Jd, siapa lak yg nk mewarisi bdg ptanian dlm keluargaku? Abg ku sudah ada bisnes sdri buka Cyber Cafe nye kat Segamat. Akak aku, sudah pn keje tetap sbg guru agama JQAF. Aku pn nnt in sya Allah akn jd tenaga pengajar dlm bdg agama. Siapa ye, yg bakal mewarisi pertanian?
Soalan ni akhirnya terjawab, bila ayah aku mbuka minda adik aku Mamat. Mamat lepasan Diploma sblm ni telah pn ditawarkn bekerja di Bhagian Kehakiman sesuai dgn kelulusan Syariah yg dia ada. Tp, sblm tu, ayahku suruh dia masuk program usahawan bhgn pertanian. Tup!Tup! Mamat yg dulu tak suka kerja di kebun, tiba2 jd pencinta pertanian. Mamat yg dulu bkulit cerah, skrg dah hitam dek panas mentari. Sian adik aku. Dia menolak tawaran kerja makan gaji dgn kerajaan, utk meneruskn bdg pertanian. Dia bkn nk jd petani, tp usahawan. Tp, dgn kursus yg diikutinya, dia blajar satu-persatu. Mamat berjaya menuai hasil tanaman tembikainya yg sebiji dgn berat mcecah 10kg. Bayangkn, besarnya tembikai dia.. Duit tu, dia roll utk tanam jagung. Selain dia usahakn tanaman jagung, dia juga usahakn tanaman fertigasi. Tak sia2 dia jd gelap. Dulu dia lah yg hensem.. tp skrg, wpn kulit jd hangus, poketnya berisi.. ah.. itu tak pntg.. skrg dia tgu hasilnya yg baru.
Tanaman Secara Fertigasi
Mak, ayah, kami semua menyokong usaha dia utk jd usahawan fertigasi. Fertigasi ni beza dgn menanamn atas tanah. Tanaman ditanam dlm beg plastik, dan baja disalurkn terus ke akar tanaman. Jd, hasilnya mmg gempak! Dia juga pernah bt tanaman Rock Melon secara fertigasi. Mamat br nk buat blog dia. Nanti korg blh jenguk n tgk sdri hasilnya.
Inilah Rock Melon
Td aku terselak blog usahawan2 tani dr Malaysia. Rupanya,ramai pengusaha cendawan skrg ni yg tumbuh mcm tumbuhnya cendawan slps hujan. Tak sangka, pertanian di Malaysia mndpt sambutan tinggi. Mmg idea yg bagus, ada anak Malaysia yg mahu mjadi usahawan dlm ape jua pertanian. Aku kagum, sbb pengusaha tanaman dan pertanian ni, bkn tidak bkelulusan apa2 mcm yg kt pk sblm ni. Bila sebut keje ladang, keje cucuk tanam, bertani, semua pk org ni cuma org yg takde kelulusan. Mrk silap! Malah ada yg ada kelulusan Sarjana Muda(Master). Bkn setakat berkelulusan Ijazah.Zaman pemerintahan British dah berakhir. Wpn mak ayah dulunya petani, anaknya skrg adalah Usahawan Tani, bkn lg petani. Kalau dulu mak ayah cuma penoreh getah, skrg anaknya Usahawan Getah.. Zaman sudah berubah. Td aku tgk sorg usahawan cendawan, mpunyai kelulusan Sarjana Muda Kimia(Master dlm bdg kimia). Zaman sudah berubah. Kelulusan, sijil dan Taraf akademik tidaklah melambangkn pekerjaan seseorg kelak. Namun, sijil yg dimiliki bkn sia2. Ilmu bkn utk cari mkn. Tp dgn ilmu, kt dikurniakn makann. Org yg berilmu, mmg darjatnya tinggi di sisi Allah. Dgn ilmu, manusia blh jd sesuatu yg lbh drp apa yg dia miliki. Org yg ada kelulusan Kimia, blh jd usahawan wpn pekerjaannya bkn dlm kelulusan yg sama. Bukalah mata, bukalah minda bersama!
1 comment:
bidang yang adik akak buat nie, azie minat gak, teringin azie nak buat mcm adik akak buat.. moga adik akak terus berjaya dalam bidang nie.. insyaallah.. akak doakan gak azie yer...
Post a Comment