Thursday, November 20, 2008

Tasneem sudah bercakap

Setiap pagi, Tasneem bangun awal. waktu subuh time ayam jantan berkokok dia sudah bangun. Alamak! pampers penuh rupanya .. mama tido tak bangun utk salin, sbb kepenatan dan kadang2 cuaca dingin dan sejuk menambah kenikmatan tidur malam. Di Madinah mgkn mama Tasneem selalu bjaga mlm melayan karenah Tasneem dan kdg2 memasak jam 2,3pg. Tp di sini, waktu mlm sememangnya masa utk tidur. Mgkn krn sini cuaca tetap panas dan lembap sepanjang tahun. Beda sekali dgn Madinah yg cuaca panas sejuk sering silih bganti menyebabkn waktu tidur tidak menentu.

Kokokokkooook!!!itulah bunyi ayam jantan yg membingitkn telinga Tasneem sehingga dia tbangun awal disamping pampers Fitti saiz L yg sudah sarat dgn air kencingnya, menyebabkn dia tidak lagi berasa nikmat utk teruskn mimpinya. Dia bangun awal minta disalin pampers dan susu utk mengisi perut yg sudah mula dimasuki angin. Tasneem merengek sehingga aku tidak lg enak tidur. Ku bingkas bangun menyelesaikn kemelut yg melanda!huh!.. azan sudah bkumandang. alang2 bangun, baik solat subuh terus. kalau tidak,, alamatnya bersubuh gajah la..

Lps bsarapan(kdg2 tak sempat sarapan), Tasneem meminta tudung, kdg2 dia ambil dan memakainya sdri. Dia memakai tudung Indon yg skrg sgt glamour di tanahair Msia. Sgt mudah utk disarungkn di kepala. Dia menunggu di muka pintu sambil memanggil2 utk bawanya keluar. Pagi2 begini sudah mjadi kebiasaannya mahu keluar bila mata celik! Utk mendiamkn mulutnya, kdg2 nenek atau makcik2nya tpaksa mbawa Tasneem keluar. Namun, ada juga sesekali aku tidak dapat mengelakkn diri. Aku memakaikn nya baju sejuk blengan pnjg dan btutup kepala. utk elak dr digigit nyamuk, dan cuaca sejuk di awal pagi. Tasneem berasa sguh seronok.

Tok!tok!tok! bunyi ayam betina sdg mcari makan. Benar kata org2 tua ayam bunyinya riuh sekampung. comel ayam jiranku, ayam serama spesisnya. Kmdn, tiba2 tnampak makhluk besar bwarna putih.. Tasneem begitu excited sambil menunjuk2 haiwan yg sedang meragut. Namanya So'od. Itulah lembu peliharaan jiranku sejak kecil. cuma seekor.. ditambat dan ada jugak sesekali tlepas. habis umah orang diserangnya.. baru2 ni, umah emakku habis diberaknya. Tahinya...Tuhan je tau.. besar.. setompok amat menggelikan. mak aku kata, dulu tahinya kecil.. skrg... simbah dgn air pn tak mau jalan. Last2 mak aku pgl ank jiran aku yg bela lembu ni. dia yg kena bersihkn najis tu! hihi.. itulah pengajaran. kalau bela lembu, jgn smpi mganggu jiran tetangga. bukan kah nabi selalu bpesan,, jgn kita menyakiti jiran. kalau dah lembu berak kat atas simen umah.. sape tak marah.. ye, tak?

Herm.. Tasneem pantang nmpk kucing. Terus dia bt bunyi meow..meow.. dia geram sungguh tgk kucing. Pnt aku mengejar dia,, ke sana sini. bila nampak kucing dia kejar kucing. langsung dia tidak berasa takut. Bila nampak ayam,, habis sekumpulan ayam tu lari lintang pukang.. bila penat blari, last2 aku tak larat kejar dia,, aku pn ajak dia masuk umah. Dia seolah2 paham jugakla.. dia nk susu kehausan.

Skrg aku rasa seronok bila dia sudah pndai bercakap. Bila di tanya bunyi ayam mcmana? dia bunyi.. kok! kok! kok! bunyi cat kucing mcmana? meow..meow.. katanya. Bunyi lembu? Moo..moo.. bunyi cicak?dia cuma sebut ci cak! sambil jari nya dituding ke arah cicak.

Mak aku kata, budak zaman skrg mmg cerdik. kecik2 dah reti main handset. Tasneem pantang jumpa hp.. dia ambil dan ckp elo..elo.. pastu entah apa mulutnya mbebel. Tasneem reti mintak air, mcm2 lg. bila dia buka handset aku. dia kata Rosak! ada2 je.. budak2 ni.. Tasneem dah reti sembahyang. semua pergerakan boleh dikatakan dia boleh buat. rukuk, bdiri sambil tgn di perut, sujud dan duduk tahiyyat pn dia buat, sambil mulut terkumat-kamit seolah2 mbaca ayat di dalam smbahyang.

Tasneem kenal semua anggota badan. semua dia boleh tunjuk dgn gaya tsendiri. bila sebut mata, dia kenyit2kan matanya. bila sebut gigi.. dia tunjuk giginya yg sudah pn penuh. tp bila nk tanya telinga, kene sebut uzunun(telinga dlm B.Arab). tangan, kaki, rambut, hidung semua dia tahu. Tasneem dah kenal byk benda. bila suruh tendang bola, aku ckp la Kick the ball.. dia terus sepak bola tu. dia mudah mengikut arahan tanda dia paham. byk keje dia blh buat. angkat bantal, ambil kain, ambil susu, dan bila nk cuci berak, aku suruh dia mencangkung.. semua dia buat dgn baik..

Herm.. tak sabar nk tgu dia bcakap lebih byk lagi. nanti mesti mcm2 dia tanya..


Tuesday, November 4, 2008

Peluang yg dihargai..yg mhilang telah kembali

Dah lama aku tak menulis. Dah bbrp bulan tiada pos yg diterbitkan. Tp alhamdulillah dgn izinNya kali ni aku dpt meneruskan apa yg dah lama aku tglkan.

Menjawab ptanyaan ramai pihak, ke mana aku mhilang selama ini? sebenarnya aku tidak lg di Madinah. Aku sudah pulang ke tanahair setelah setahun berada di Tanah suci. Sesekali perasaan ni bdebar2 mengenangkan detik pjalanan hendak pulang, sbb sblm ni pelbagai kesusahan dan rintangan yg dilalui orglain utk kembali ke Msia. Pengurusan dgn pihak airport, imigresen,, mcm2 lg. Namun, berkat doa ramai org2 beriman, dgn izin Allah aku dan family Niza sahabatku dapat pulang dgn cara teramat mudah.

Bila jejak je kaki di lapangan terbang KLIA, benda ptama yg aku rasa nikmat adalah udara. sejuk, lembap, aku terasa seolah2 baru turun dr planet lain. Kebetulan ketika tu, hujan renyai2 membasahi bumi Msia. Ia seolah2 menyamput kepulangan kami dgn penuh dgn rasa. Rasa nyaman, sejuk dan indah. Tambahan pula, masa tu bln Ramadhan.

Tahun lepas, dlm waktu yg sama, kakiku mula bpijak di Jeddah ketika bulan Ramadhan mula menjengah. Genap setahun masa blalu.. dan kini bulan Ramadhan lg menyambut kepulanganku. Bezanya menyambut Ramadhan tahun lepas, adalah cuaca panas terik di sana tahun lepas. tahun ini cuaca sejuk sekali. oleh krn dh tbiasa dgn kepanasan sana, bpuasa di sini buat aku tidak terasa apa2.

Mengimbas kembali detik dlm flight. Spnjg pjalanan dlm flight, anakku Nuur Tasneem tidak mahu tidur. Dia asyik bjalan ke hulu ke hilir dr mula kepala kapal terbang, hingga ke hujung ekornya. Puas aku melayan dia, ikut sahaja kehendak dia. Ke sana ke sini, bermain bsama pramugari2 yg cantik2 belaka. Syukur alhamdulillah wpn anakku tidak tido, dia tidak merengek spjg pjalanan. Malah dia gembira dan seronok, menari sambil pramugari2 semua melayan dia. Anak Niza pula, Atin masa tu teramat lena tidur. Dr mula masuk ke perut kapal terbang, hingga tiba, dia nyenyak sekali. Dia tahu, ibu bapanya keletihan mengangkat barang dan mggalas beg. Dlm pjalanan, kebanyakan pramugari yg ada turut merebut pahala di bulan mulia. Mrk tidak lupa membaca al-Quran wpn sibuk melayan penumpang. Pd tgn mrk, ada Quran kecil yg dibawa bsama. Kami sebenarnya rasa sgt blapang dada, krn masa pulang ni.. bkn shj mudah pengurusannya, malah penumpang dlm flight pn tak ramai. setiap org boleh dikatakan bkn shj memiliki satu tiket penerbangan dgn 1 tempat duduk. tetapi, 1 tiket bersamaan 4 tempat duduk. kebanyakan penumpang jd kn seat tu sbg katil.. mrk tido dgn lena, sb penumpang tak ramai.

alhamdulillah.. akhirnya sampai aku ke Msia. berada di Selangor umah mertua selama seminggu, aku ke umah emakku di Tganu selama 2 mgu, kmdn ke Selangor semula hingga tiba Hari Raya. Kmdn aku sibuk ke sana sini.. hingga harini, baru aku rasa keadaan mula kembali tenang.

Dan harini baru aku dapat meluangkan sedikit masa.. ke cc bdekatan umah emak,, dan inilah kisah ku.. setelah lama mhilang..

in sya allah.. ada rezki.. akan ku teruskan penulisan ku di sini. terima kasih kpd yg sudi bkongsi rasa. mudah2an.. ada rezki,, adalah aku di sini, tak kira aku berada di mana... aku mahu bsama blog dan kalian yg mjadi teman..


Saturday, June 28, 2008

EGO?

Baca n nilai diri sdri ye.. ni gambar hiasan je.. gambar Tasneem

"Rendah diri itu lebih baik drp EGO. Sesungguhnya Allah dan RasulNya mencela org yg Ego." Kita wajib mencegah sifat dan penyakit Ego. Al-Quran ada menyebut, "sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yg sombong dan bangga diri."

Adakah Ego ini boleh melahirkan sifat2 lain? Jika ada, apakah sifat2 yg akn lahir sekiranya seseorg itu terkena penyakit ego?

Kenali EGO : Ego ni terbahagi kpd dua. Satu, yg positif dan kedua, yg negatif. Ego yg positif ni spt cntoh; Seorg suami yg bergaduh dgn isterinya, tetapi dia tidak menangis di hadapan rakan2nya, krn Ego tidak mau menampakkn kesedihannya. Atau, seorg isteri yg bkata bhw suaminya tidak pernah makan di luar krn suka masakannya, wpn hanya telur gorg shj.

Ego yg negatif pula, dlm B.Arab disebut sbg takabbur dan riak. Dr segi maksud sbnr pula ialah, Ego adalah penyakit merbahaya krn ianya blh melahirkn penyakit2 dan sifat2 lain. Ego adalah penyakit hati, penyakit dalaman dan batin.

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud, " Tidak masuk syurga org yg ada sifat sombong dan takabbur dlm hatinya wpn sebesar zarrah. Lalu seorg lelaki bertanya, adakah termasuk juga org yg memakai baju dan kasut yg elok? Nabi menjawab, "Allah itu cantik dan Dia suka kpd sesuatu yg cantik."

Nabi juga ada menyebut bhw org yg ego juga, adalah menolak kebenaran dan menghina orglain.
Tasneem dgn baju kurung nye.. tgh timbang berat ke tu?

Ciri2 org yg ego dan sifat yg lahir drp keegoan:

1) seseorg yg pentingkan diri sendiri
2) sombong

3) lemah

4) banyak kekurangan, tp ditutup kelemahan diri itu dgn ego

5) berlagak tahu segalanya, walhal dia tidak tahu, dan dia juga tidak tahu bahawa org lain tahu yg dia itu tidak tahu
6) menolak kebenaran terutama apabila dirinya ditegur
7) menghina org lain
8) tidak mempedulikan perasaan org lain

9) tidak menerima pendapat org lain
10) ego mbuatkn wujudnya suatu khayalan dlm diri seseorg, bahawa dialah wira, hero, dan bagus

11) Kalau seorg ketua, dia akan kata yg dirinya je yg betul

12) sentiasa rasa dirinya tinggi drp orglain dan menganggap org lain hina

13) suka menyalahkn org lain dan rasa dirinya betul. (cth:Pelajar yg suka menyalahkn orglain bila gagal, spt seseorg itu kata gurunya bodoh tidak reti mengajar, atau sbb takde buku dia gagal, atau pensyarahnya seorg yg strict dlm pemarkahan)
14) suka mencari alasan supaya tidak nampak kelemahan dirinya, dan sntsa mcipta realiti yg lain
15) Lekas marah bila kelemahan dirinya ditegur atau diceritakan
16) jiwanya tidak seimbang spt firman Allah yg bmaksud;"Allah jadikan jiwa itu teah disempurnakan, tp diilhamkannya yg baik dan buruk. Berjayalah org yg menyucikan hatinya, dan rugilah org yg dikotorkan hatinya."

Allah sengaja ciptakan setiap org ada kelebihan dan kekurangan. Tp, org yg ego ni rasa dia je yg lebih dan dia plg terer, dan paling pandai.

Al-Quran juga menyebut bhw, "Apakah yg mereka yg membahagikan rahmat Tuhan kamu di muka bumi ini? Kamilah sebenarnya yg memberi rezeki dan Kamilah yg mengangkat sebahagian dr kamu tinggi drp sbhgn yg lain(spy yg lemah akan merujuk kpd yg tinggi)."

Tidak salah seseorg itu memiliki ilmu yg byk, baju dan pakaian yg cantik, anak yg ramai, tp jgn la kt sombong dan ego krn perkara tu.

Gambar Hiasan: Tasneem nye muka tgh ngantuk.. hihi.. kuyu je

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "sesungguhnya org yg rendahkan dirinya akan diangkat oleh Allah, sebaliknya org yg takabbur Allah akan ranapkannya".

Iblis adalah makluk yg paling ego. Ulama ada mengatakan bhw iblis bkn dtg dr golongan malaikat. Sb malaikat tidak akan ingkar pd Allah. Tp iblis ini, adalah pembangkang dan membangkang suruhan Allah, iaitu pd awal pciptaan Adam a.s.apabila iblis disuruh sujud pd Adam(tanda hormat bkn sujud menyembah), iblis berkata bhw dia diciptakan dr api manakala Adam hanya dr tanah.

Apabila iblis bkata begitu, Allah terus menjawab, "sesungguhnya yg paling mulia di sisi Allah adalah org yg bertaqwa". Allah membalas kata2 iblis dgn ayat yg begitu sinis, dan tajam.. bhw org yg mulia adalah yg btaqwa iaitu beriman dan taat pd Allah. Bkn krn rupa, kedudukan, keturunan mahupun kejadian sesuatu makhluk.

Maka kalau begitu, kata iblis aku lah yg lebih mulia. Malah iblis berkata lagi, sekiranya manusia itu lebih tinggi dr aku, maka aku tidak akan tunduk padanya, tp jika aku lebih tinggi dari manusia, maka aku akan hancurkannya.


17) Ego juga melahirkn persengketaan, pgaduhan dan kedengkian.

shopping&window shopping

Tasneem pandang sape tu? Semacam je..
Kelmarin sedara mara aku sebelah suami, dtg ke Madinah. Dorg dtg sini utk ziarah sambil bt umrah. Harini dorg btolak ke Mekah setelah 3hari berada di Madinah ni. Masa dorg berada di sini, aku n family jumpa mrk kat hotel bdekatan dgn masjid nabi. Mrk dtg semuanya dlm 10 org cmtu. Seronok tak terkata! Riuh rendah suasana bila kami bkumpul dan bertemu muka. Macam2 hal yg diborak. Paling best ialah.. dorg ada bawa makanan dr Msia utk aku n family. Cuma ada jugakla makann tu yg terpaksa dibuang sbb rosak. Maklumlah, pjalanan dlm flight je dah makan masa hampir 10 jam dr Msia ke Jeddah. Pastu mrk tpaksa naik van dan dtg ke Madinah ni. Gitu gini, hampir separuh hari jugakla.

Tasneem tengah landing atas lantai..berehat lps main..

Bila dorg sampai sini je, keesokan harinya awal2 pagi lepas subuh kami ke hotel. Borak2, dan ambil bekalan yg mertua aku kirim serta sedara mara di Msia. Malam semalam lak, mrk semua dtg ke rumah aku. Aku ajak mrk makan malam kat umah aku. Merasa makanan Arab.. pada awalnya plan suruh dtg lepas Isyak lebih kurg kol 9 mlm. Tp, oleh krn mrk masuk Raudhah.. maka terperangkap ler sampai kol 12 mlm br dpt kuar. Sb masa ni jemaah mmg ler ramai. Jemaah buat umrah mrk semua dtg ke sini jugak. Berasak2.. biasalah.. alhamdulillah akhirnya mrk sampai jugak kt umah aku..

Inilah anak ku yg comel..hihi maa syaa Allah..

Berbaju kurung Mama Tok dia kirim dr Msia
Ttg barang yg org Msia kirim lak, kali ni yg plg bertuah ialah Tasneem anak ku.. Byk giler baju yg diorg kasi. Cantik2 semuanya. Maklumlah, baju dr Msia ni kainnya serta buatannya jauh lebih cantik dan elok dr sini. Baju plg best yg Tasneem dpt ialah 3 pasang baju kurung. Mak mertua aku yg kirim. Katanya ni utk Tasneem pakai buat raya. Tapi, tak sempat raya, malam td sekali lagi aku ke hotel dan Tasneem disarungkan baju tu. Ada lg 2 pasang baju kurung yg belum dipakai. Nanti aku masukkn lagi bila dia pakai. Saje nk buat surprise.. utk raya ni. Tp tgkla cmne..sb takut kalau tgu raya, takut baju tu dah tak muat lak. Sb biasanya budak cpt mbesar.

Sibuk nk usik butang baju dia.Tasneem comel..
first time pakai baju kurung ni..hihi

Tasneem seronok sgt smlm wpn dia keletihan smpi ttido kat bahu baba dia. Tasneem kelihatan sgt comel smpi ada org tgkp gambar dia dan main2 dgn dia. Kami jalan2 ke sekitar kawasan Masjid Nabi. Sekeliling masjid dipenuhi dgn bangunan hotel yg tinggi2, dan juga kedai2 pelbagai jenis. Kami bawa sedara mara ke kawasan mbeli belah. Byk gak yg dibeli, sb dpt tawar harga murah. Jubah dan minyak wangi serta kurma. Mcm2 ada.. tp mrk beli setakat tmampu sb sebahagian wang lg nk diguna utk mbeli belah di Mekah. Harini mrk semua bertolak ke Mekah..
"selamat mengerjakan ibadah umrah"
buat Mami, Cik Dah, Ayah Su, Papa, Abah, Mok Long, Juliani, dan Epi..
semoga kt bjumpa lagi nanti. Jika diizinkan Allah..mudah2an jmpa di Musim Haji atau Ramadhan nanti ye.. sampaikan salam kami buat semua saudara mara di Msia.. semoga jmpa lagi..

Tasneem sedang timbang berat badan..hihi..
suka la main alat penimbang tu..
Smlm aku n family sampai di rumah jam 1 pagi.. punyela penat sbb kuar jmpa dorg dr jam 9 lebih dekat kol 10 mlm.. pastu jalan2 beli2..gitu gini.. dah 12 lebih. Smpi umah je, dah kol 1 pagi. tak sedar jap je masa blalu. Balik umah terus kami tdo kepenatan. Mujur dah solat Isyak kat sana. Harini pula, suami aku dah mula kelas. Cuti dia yg sepatutnya 3 bln lebih, menjadi 1 minggu je. Gara2 dia nk amik kelas short semester ni.. musim panas, maka kene la bkorban..huhu tak balik Msia. Malah cuti pn seminggu je. Kawan2 dia dah sampai Msia dah..

Friday, June 20, 2008

Baca n fikirkan

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control
Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

Nampaknya sekarang harga petrol akan menghampiri RM 3.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DI DUNIA iaitu
1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan
PROJET.
Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja..

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER...

Mudah saja, anda cuma perlu....... ......
1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda
dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

#this article comes from someone.. just think about it and take an action!