Thursday, June 17, 2010

SPIDERS



Pembaca budiman, untuk post kali ini saya bercadang untuk berkongsi dengan anda berkaitan SPIDERS.

SPIDERS ni saya dapat semasa belajar di sekolah menengah satu ketika dahulu. Kami diingatkan supaya berhati-hati dengan SPIDERS.

Apakah SPIDERS?

SPIDERS adalah satu strategi musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam secara sembunyi. Ia adalah strategi saraf yang umat Islam tidak sedar.

Berikut adalah SPIDERS:

S- SEX

P- POLITIC

I- IDEOLOGY

D-DRUGS

E-ECONOMY

R-RELIGION

S-SONG




1-SEX:

Jika kita lihat sex sebelum nikah(zina) ini telah cuba dijadikan budaya dikalangan muda-mudi. Jika di barat, remaja yang tidak pernah melakukan sex dianggap ketinggalan. Budaya ini menular ke negara umat Islam. Buktinya sekarang ramai rakan kita yang telah terlibat dengan sex sebelum nikah.

Salah satu penyumbangnya bila budaya COUPLE itu satu kebanggaan. Saya ingin bertanya kepada anda, betul atau tidak boleh katakan semua remaja Islam di negara kita sudah mempunyai couple masing-masing. Mana-mana pemuda pemudi yang tiada pasangan lagi dianggap jumud atau tidak laku. Ini adalah doktrin yang meresap kita.

cadangan penyelesaian: kita beri kefahaman dan doktrin semula masyarakat dan kawan-kawan kita, couple itu menjijikan dan haram.



2-POLITIC


Musuh Islam juga cuba menghancurkan kekuatan umat Islam dengan pecah dan perintah. Mereka melagakan sesama umat Islam. Akhirnya semua berebut kuasa. Negara jadi tidak stabil sedangkan mereka terus kuat.

Mereka caturkan penubuhan pelbagai parti-parti politik yang akan mencerai beraikan umat Islam. Sebagai contoh, seperti di Palestin mereka biar parti Fatah(bukan parti yang bertunjangkan Islam) berlaga dengan parti HAMAS(parti yang bertunjangkan Islam) bersilat dalam pilihanraya di Palestin. Mereka tahu, umat Islam akan kuat jika bernaung di bawah parti yang berjuang untuk Islam.Oleh itu, mereka galakkan tubuhnya parti-parti yang bukan berjuang untuk Islam.

Jika di Palestin ada parti yang berjuang untuk Islam( HAMAS) dan parti yang tidak berjuang untuk Islam (FATAH), bagaimana pula di Malaysia? Ada ke parti yang berjuang untuk Islam dan parti yang berjuang selain untuk Islam?

penyelesaian: sokong parti Islam la.


3-IDEOLOGY

Ideology adalah acuan pemikiran yang direka oleh manusia tanpa bersandarkan al-Quran dan Sunnah.

Contoh ideology- komunisme, nasionalisme, kapitalisme, sosialisme, sekularisme dan lain-lain lagi.

kalau nak tahu apa maksud setiap ideology yang saya nyatakan di atas, boleh rujuk naqib naqibah anda. Kalau dia tak tahu anda boleh google je kat internet atau baca buku.
Ideology akan melahirkan manusia yang berpemikiran syaitan. Dari segi luaran nampak dia adalah seperti seorang muslim, tetapi pemikirannya adalah seperti orang kafir. Inilah akibatnya apabila orang Islam diracuni pemikirannya dengan Ideology.

Sebagai contoh, bila umat Islam terkena ideology nasionalisme (pemikiran yang mengagungkan bangsa), mereka ini akan masih beramal dengan Islam, tetapi pemikirannya racist (perkauman).

Mereka akan perjuangkan bangsanya melebihi Islam. Bangsa lain tak penting. Asalkan bangsanya dapat survive. Walaupun bangsa lain itu ada yang beragama Islam. Ini bertentangan dengan apa yang Islam ajar. Islam larang kita dari asabiah (berpuak-puak/racist).
Bersatulah atas Islam.Hanya Islam dapat menyatukan umat manusia. Kita tidak dapat memelayukan Cina, kita tidak dapat memelayukan India, kita tidak dapat memelayukan negro, tapi apa yang kita boleh buat kita boleh mengislamkan Cina, india dan negro.
Bukankah kita jadi sesuatu bangsa itu kebetulan sahaja? sebagai contoh, saya lahir dari seorang ibu yang berbangsa Melayu, jadi saya pun Melayulah. Menjadi Melayu bukannya dapat 'markah lebih' untuk masuk syurga pun. Jadi mengapa fanatik sangat dengan Melayu? Yang betulnya Islam!

Nabi dah buktikan Islam menyatukan semua. Contoh, bilal (orang kulit hitam), Abu Bakar(orang arab) dan salman Al-farsi (orang parsi) boleh bersatu bersama kerana mereka semua Islam.


cadangan Penyelesaian: study semua ideology yang ada dan check kita terpengaruh ke tak dengan ideology tersebut.


-oklah saya pause kat IDEOLOGY dulu.Insyallah dalam post akan datang saya sambung lagi deh!




tengok surah Al-Baqarah : 120

penulisan ini adalah drpd blog ehsanhalim.blogspot.com

Wednesday, June 2, 2010

kisah alqamah,,,atau dongengan?sahih/maudhu'?

Setiap kali sambutan Hari Ibu, seringkali kedengaran samada di radio atau televisyen satu kisah yang sangat masyhur, iaitu kisah Alqamah dan ibunya. Tidak ketinggalan pada tahun ini, dalam beberapa rancangan televisyen khasnya berbentuk keagamaan, kisah Alqamah dan ibunya turut menjadi bahan pengisian beberapa ustaz dan ustazah.

Ringkasan cerita Alqamah dan ibunya ialah, pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada seorang pemuda berada dalam keadaan nazak. Malangnya, beliau tidak mampu mengucapkan dua kalimah Syahadah, sekalipun telah berulangkali diajar dan dituturkan di telinganya. Kes ini diadukan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ringkas ceritanya, baginda meminta ibu pemuda tersebut memaafkan dan meredhai terhadap anaknya, Alqamah. Selepas si ibu meredhai anaknya, Alqamah, barulah beliau dapat mengucapkan dua kalimah Syahadah dan sejurus selepas itu, beliau wafat.

Namun pernahkah kita berfikiran kritis, untuk mempersoalkan sejauh manakah kesahihan cerita masyhur ini, yang kita baca dan dengari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dari sumber manakah cerita ini datang, dan apakah penilaian para ulama Islam terhadap cerita ini, berdasarkan metodologi ahli hadis.

Sumber Cerita Alqamah dan Ibunya

Antara kitab hadis utama yang menyebut kisah ini ialah, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Tetapi hanya disebut secara ringkas tanpa menyebut nama pemuda tersebut. Tersebut dalam Musnad Ahmad:

Berkata Abu Abdul Rahman (Anak Imam Ahmad): Pada awalnya terdapat dalam kitab ayahku (Imam Ahmad), hadis yang berbunyi: Telah meriwayatkan kepada kami oleh Yazid bin Harun, katanya: Telah meriwayatkan kepada kami oleh Faid bin Abdul Rahman, katanya: Aku mendengar Abdullah bin Abi Aufa berkata:

“Seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang pemuda yang sedang nazak. Diucapkan kepadanya Lailahaillallahu, beliau tidak mampu menyebutnya”. Baginda berkata, “Tidakkah ketika hidupnya, dia boleh menuturkannya?”. Kata lelaki itu, “Benar”. Baginda bertanya, “Apa yang menghalangnya daripada menyebutnya ketika hampir mati?”. Lalu beliau menyebut hadis itu secara panjang lebar.”

Kata Abu Abdul Rahman: Ayahku (Imam Ahmad) tidak meriwayatkan kepada kami hadis ini. Beliau memadamkan hadis ini dari kitabnya, kerana beliau tidak meredhai hadis Faid bin Abdul Rahman, kerana pada pendapatnya Faid bertaraf Matruk al-Hadis.
(Musnad Ahmad 32/155)

Maka jelas kepada kita walaupun kisah ini wujud dalam Musnad Ahmad, tetapi sebenarnya Imam Ahmad sendiri tidak menerima kesahihan hadis ini. Bahkan, beliau memadamkan hadis ini dari kitabnya.

Antara sumber lain yang menyebut kisah ini ialah:

- Al-Dhuafa al-Kabir oleh al-Uqaili
- Al-Maudhu’aat oleh Ibn al-Jauzi
- Masawi al-Akhlaq oleh al-Kharaiti
- Syuab al-Iman oleh al-Baihaqi
- Dalail al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi
- Al-Tadwin Fi Tarikh Qazwin oleh al-Qazwini

Kesemua sumber-sumber tersebut menyebut kisah ini melalui jalur yang terdapat perawi bernama Faid bin Abdul Rahman. Justeru, penilaian hadis ini mesti melalui kajian kedudukan perawi bernama Faid bin Abdul Rahman, adakah beliau perawi yang kepercayaan dan menepati kriteria perawi hadis sahih, atau sebaliknya.

Rata-rata ulama hadis yang mahir dalam bidang Jarh wa Ta’dil (ilmu penilaian terhadap perawi), menilai Faid bin Abdul Rahman sebagai dhaif. Antara mereka ialah Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibn Maien, Abu Hatim, Ibn Hibban, al-Hakim, dan lain-lain.

Apatah lagi, kisah ini diriwayatkan oleh Faid bin Abdul Rahman daripada Ibn Abi Aufa. Dan ulama hadis lebih mencurigai hadis-hadis Faid yang diriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa.

Kata Abu Hatim, “Hadis-hadis Faid daripada Ibn Abi Aufa adalah batil, hampir-hampir tidak ada asal baginya”. Katanya lagi, “Kalau seseorang bersumpah bahawa seluruh hadis Faid adalah bohong, maka dia tidak dianggap melanggar sumpah”.

Al-Hakim pula mengatakan, “Faid meriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa hadis-hadis palsu”.

Penilaian Ahli Hadis Terhadap Kisah Ini

Kisah ini didhaifkan oleh ramai ahli hadis, antara mereka:

- Imam Ahmad, sebagaimana disebut oleh anaknya.

- Al-Uqaili di dalam al-Dhuafa al-Kabir. Katanya, “Tidak ada mutabaah untuknya kecuali dari perawi yang sama taraf dengannya”.

- Al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman. Kata beliau, “Diriwayatkan secara berseorangan oleh Faid Abu al-Warqa’, dan beliau perawi yang tidak kuat”.

- Ibn al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam bukunya al-Maudhu’aat, dan membuat komen, “Tidak sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”.

- Al-Zahabi dalam kitabya Tartib al-Maudhu’aat.

- Al-Haithami dalam Majmak al-Zawaid. Beliau berkata, “Padanya terdapat Faid Abu al-Warqa’, seorang yang bertaraf Matruk”.

- Al-Syaukani dalam Al-Fawaid al-Majmuah. Kata beliau, “Dalam sanadnya terdapat perawi yang berstatus Matruk dan Pembohong”.

Penilaian kisah ini disebut secara terperinci oleh Syeikh Masyhur bin Hasan Ali Salman dalam kitabnya ‘Qishas La Tatsbut.

Kesimpulan

- Berdasarkan kajian ulama hadis terhadap hadis ini, didapati bahawa hadis yang mengisahkan cerita Alqamah dan ibunya adalah DHAIF.

- Di samping kedhaifan kisah ini, tidak ada dalam mana-mana riwayat pun menyebut bahawa pemuda berkenaan bernama Alqamah.

- Oleh kerana kisah ini tidak sahih, dan kisah ini ada kaitan langsung dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka tidak harus disebarkan cerita ini tanpa dijelaskan kedhaifannya.

- Para penulis, penceramah, panel-panel syarahan digalakkan membawakan cerita yang lebih sahih tentang kewajipan berbuat baik terhadap ibu. Dan Alhamdulillah, di dalam Al-Quran dan Sunnah yang sahih, banyak kedapatan dalil dan contoh yang boleh menggantikan kisah Alqamah.

Monday, May 17, 2010

Ya Allah..tingkatkan semangatku utk lebih mendekatkan diri padaMu

alhamdulillah..dapat menulis lagi. aku skrg kat sekolah.harini kelas x full. jd aku mcm byk masa lapang. sbnrnya,masa lapang mcm xde je..tp sb malas..jd bykla masa yg dilapangkan...

aku mcm letih arini,mcm kurg bsemangat..dan,mcm kurg motivasi diri.nak bt keje pun,slow jer.. doakan aku supaya lebih bsemangat.

semalam,seronok jugakla sabutan hari guru di sekolahku. aku kepenatan sb main 5 games masa acara sukaneka. ttg hadiah,alhamdulillah.. ma sya Allah.. rupa2nya seronok bila ada org bg hadiah. jd,kepada para guru.. jgn ler kedekut or kemut utk kuarkan sikit duit utk bg hadiah murid2..sebagai perangsang.. utk mrk terus bersungguh2 dan belajar..

sejak akhir2ni,cuaca mmg panas.. jd,kalau badan letih..antara puncanya ialah krn kurg air dalam badan. jd pesanan sy..bykkan minum air masak. elak ais, dan minuman yang manis..

pagi tadi, lepas masuk sekolah..aku ke kantin.tetiba, ada sorg guru menegur.katanya dia nampak muka aku berseri2, bersih dan elok je kulit. apa rahsianya? aku diam je sambil tersenyum. aku rasa takde apa2.. cuma,lepas praktikum ni aku mmg dah tak stress. dah rileks sket.jd,mgkn krn cukup tido,cukup rehat dan yg pntg sekali..aku takde pk pape.. tak pikir ttg orglain,takde masalah, dan kalau ada pn..aku takde pk byk. dada rasa lapang,hati tenang, dan rasa bahagia je.. aku juga,kalau bgaul dgn orglain..aku xde dgr umpatan org,takde nak join org bt ketupat. jd pikiran aku mmg lapang. selain tu,aku mmg minum susu kambing setiap awal pagi sebelum makan makanan lain. jd, sistem penghadaman, aku juga baik. dengan kata lain,alhamdulillah semuanya.

skrg aku bt bisnes kecil2an.aku join HR nye syarikat.sambil amalkan minum hi-goat aku bisnes la sikit. alhamdulillah aku rasa,mgkn susu kambing juga byk membantu dlm memberi khasiat dan zat yg kurg.

semoga,dengan kesihatan yg bpanjangan ini..dapat aku perbanyakkan amal ibadah kpd Allah. amin..


Saturday, April 17, 2010

my dreams come true

hamdan wa syukran lillah

Ingin aku berkongsi rasa syukur pd Allah bersama pembaca2.. kerana Dia telah mengizinkan aku menjalani PRAKTIKUM dgn sempurna. alhamdulillah.. pada 15 april 2010 aku menyambut harijadi tasneem dengan penuh kegigihan.pada tarikh yg sama,aku telah direntas untuk mendapat cemerlang praktikum(latihan Mengajar). pensyarah atasan daripada jabatan Pendidikan Islam, telah turun ke sekolah aku. aku di observe(selia). dan..alhamdulillah..katanya aku bjaya mendapat cemerlang dalam PRAKTIKUM ini.

perkara kedua, setelah tamat latihan mengajar ni, xlama lagi aku kene ke maktab..blaja, dan seterusnya exam final. mudah2an, allah membantu hambaNya ini. Aku ingin mendapat cemerlang pointer keseluruhan pembelajaran. semoga dengan kejayaan ni, dapat menambah kualiti diri dan pengajaran aku di sekolah.

untuk mendapat lulus..memang mudah. tp utk mendapat cemerlang.... tak sah kalau duit x habis byk, tido xcukup, otak x rehat, badan xlesu... mustahil namanya. bukan mudah menempa kejayaan yg cemerlang. skrg, aku mula pk.. utk meneruskan harapan anak didikku. murid2 yg belajar mengaji asyik menanya bila nak mengaji. aku stop mengajar ngaji spjg praktikum ni. utk memberi tumpuan pada praktikum. sebelum ni.. kalau dari pagi aku ke sekolah... dan balik umah jam 7 malam..kadang2 10malam kerana menyiapkan keje2..merancang, mengatur dan melaksanakan apa yang hendak diajar di sekolah... skrg,alhamdulillah... aku sudah kurg sibuk. cumanya, aku pk aku akan teruskan pengajaran seperti praktikum.kerana.. aku rasa, ianya bagus utk pembelajran murid2.

menggunakan LCD... mereka cipta permainan.. dan macam2 lagi...

semoga Allah meredhai dan mempermudahkan urusan ku menjalankan tgjwb serta amanah yg diberi..
amin...ini saje yg sempat ku rakam

Wednesday, March 10, 2010

sudahkah terlambat?




sudahka terlambat utk aku mengajar anakku mengenal dan membaca al-Quran? sudahkah terlambat utk anakku mendalami ilmu al-Quran? atau.. waktunya masih terlalu awal utk si anak kecil berusia 2 tahun utk mempelajari al-Quran? kerana... rata2 anak Melayu Islam di tanahair kita mempelajari dan sudah boleh membaca al-Quran hanya apabila usia mereka mencecah 7 tahun. usia 5 tahun baru tahu menyanyi huruf alif ba ta.. dan belajar mengenal huruf2 tersebut.

sedikit terkilan di sudut kecil hatiku. apabila aku melihat kanak2 berusia 3 tahun sudah boleh membaca surah maryam.. dan surah2 yg panjang tanpa mengenal satu pn huruf alif ba ta. dan org buta juga ada yg sudah menghafaz alquran. bila aku ceritakan hal ini kepada sahabatku.. katanya, "oo.. budak ni mmg cerah hati, cerdik, dan jaga makan minumnya." jd, timbul persoalan bagiku. adakah dgn jawapan begitu, sudah memadai utk budak berusia 3 tahun membaca surah dengan begitu lancar? kenapa anak kita belum reti sebegitu walaupun kita menjaga makan minumnya?

sebenarnya, kanak2 kecil ni bkn sahaja dijaga makan minumnya. tetapi, selain faktor pendedahan awal tentang al-quran... persekitarannya juga perlu kepada input tersebut. sebagai ibu, terasa diri ini terpanggil utk mengajar anak di rumah. kadang2 terasa sedih krn aku byk menyibukkan diri mengajar anak org di sekolah. sedangkan anak di rumah dibiar bermain sendiri. Tasneem mmg suka belajar. tak kira di mana dia berada. dia suka buku. suka menulis dan membaca. tp takde sape nak layan kesukaannya tu. aku selalu jugak belikan buku2 utk dia. colour, pensil.. kertas.. dan sebagainya. benda2 ni mmg perlu korbankan wang. walaupun dia merosakkan, dan tidak menjaga dgn baik.. itu sifat kanak2 yg ada pada dirinya. tetapi, ia boleh diajar dgn baik. aku kdg2 kesal tidak ajar dia mcm2. kadang2 bila dah penat keje, bg je dia tgk tv cite kartun. apa yg dia dapat?

tasneem ni suka tgk drama, cite geng bas sekolah, afi dan abah, dan cite kanak2 yg lebih besar. kartun dia kurang berminat. masa dia kecil, dia lgsg tak suka menonton. sekarang pula, dia suka bermain basikal di luar rumah dan menulis, membaca, mewarna. aku skrg lebih sedar apa yg Tasneem perlukan. baba Tasneem lebih byk masa bsama Tasneem. sb stp kali tasneem celik mata, bangun tido.. dia akan nampak Baba nya dan bersama Baba nya. Mama sudah ke sekolah waktu itu. aku sgt mengharapkan agar suamiku suka mengajar Tasneem belajar. kalaulah dia ajar sejak dulu.. sudah tentu tasneem sudah boleh membaca beberapa surah, detik hatiku..

doa2 yg aku ajar dan nayid2 yg diajar pd Tasneem biasanya aku hanya sempat ajar ketika dia hendak tidur, naik motor, dan apabila dapat bersama dia. alangkah bagus jika aku suri rumah. boleh aku ajar dia mcm2. berbeza sgt masa aku menjaga tasneem semasa aku suri rumah. tasneem belajar berjalan, bermain, menyanyi, menari, dan bermain mcm2.. tak kira siang mahupun malam.. aku dapat melayan dia jauh lebih baik dari skrg. sedih jugak.. namun aku yakin, belum terlambat.

skrg aku busy dgn praktikum.. masa lagi singkat bersama tasneem. tasneem byk belajar sendiri. aku suka tgk perkembangan tasneem. daripada tak pernah pegang pensil, sehingga dia sudah reti mewarna. sgt seronok. malah, dia boleh ingt doa hendak tidur dan makan dalam tempoh 1 minggu je. tetapi,, kenapa aku tidak mula lebih awal?

org suka kata, cerdiknya budak tu. cerdiknya budak ni.. budak yg lambat bercakap, cakap pelat, dan tidak tahu apa2 disangka tidak cerdik. kita memang silap!! sebenarnya, budak zaman skrg kebanyakannya cerdik2 belaka. yg membezakn tahap kecerdikan tu, hanya pendedahan awal atau lewat sebenarnya. budak yg diberi perhatian, dididik utk belajar akan dapat mengingat dan menyebut dgn baik. kita yg silap menilai. kita yg kurg mengajar. bukan kanak2 tu yg kurang belajar. kebanyakan anak2 kecil dijaga pemakanannya sejak dari dalam rahim ibu, dengan baik sekali. minuman berkarbonat(air gas) si ibu tidak minum, minuman berkafein, juga berpantang. bermacam2 si ibu berpantang. malah, byk makanan berkhasiat di makan semasa mengandung dan sehingga baby dilahirkan diberi makann berkhasiat. namun, malangnya.. kita menyediakan otak dan neuron2 yg baik.. tetapi tidak memberi sebarang input bermanfaat kepada anak kecil. mengapa?
g
menyentuh ttg pemakanan.. kita sebagai ibu, kita lebih tau apa yg baik, dan sihat utk dimakan.. tetapi knp selalunya ibu2 suka memberi anak2 mrk memilih makanan sdri? bila anak mintak utk makan makanan ringan.. bukan sahaja kita melarang. malah kita siap keluarkan wang utk menurut kehendak si anak. bila anak nk minum air gas(minuman berkarbonat), kita jugagklah yg tunjuk dan beri pada dia. malah segala yg buruk dan tidak elok, kita jugak yg sumbat ke dalam perut mrk. masa dlm kandungan bkn main lg kita jaga. apa gunanya?

bila anak lemah dalam pembelajaran.. kita menyalahkan dia. asyik tak ingat2 apa yg diajar. kita kata malas belajar.. padahal, kita tidak pernah menyokong dan mendorong. utk membeli baju anak... si ibu suka beli sebanyak2nya, supaya anak kelihatan cantik. tetapi utk beli flashcard, buku, alatulis, permainan... berat sekali utk keluarkan wang. sesetengah si ibu suka beli alat kosmetik, si ayah beli handset yg canggih2.. entah berapa kali tukar, wallahua'lam...
tapi, utk beli buku cerita utk anak... berat sungguh. alasannya, "kan ayah dah beli aritu, kat rumah". nak tunggu budak boleh habis ingat dan baca 1 buah buku, baru nak beli yg lain. budak pn ada rasa jemu dan bosannya. pakar motivasi ada menyebut..

kita perlu wujudkan budaya membaca di dalam keluarga. supaya anak2 suka membaca. antara caranya, belikan anak2 sekurang2nya 1 buah buku sebulan.. atau, lebih.. dan kene peruntukkan masa utk membaca. barulah anak2 juga akan ikut. wujudkan rasa minat utk membaca dan belajar dahulu. lainkali, dia tak payah disuruh utk membaca.

aku bcakap bagi diriku sdri.. bkn utk pembaca2 shj. daripada bawa anak ke shopping compleks yg xde tujuan, baik dibelikn buku. budak berusia 6 bulan adalah waktu paling sesuai utk belajar menggunakan flashcard. bila dah berusia 1 tahun dan boleh menyebut.. dia akan sebut dan tahu apa yg ditunjuk. inilah miracle!

mari sama2 kita mencuba.. anakku tasneem hanya manusia biasa. apa yg membezakan dia dan kanak2 lain.. bgantung pd apa yg kita bentuknya... anak2 juga cermin kepada ibu bapanya. sama2 kita mengubah dunia dgn mengubah diri kita dahulu.