Wednesday, September 8, 2010

best ke,raya?



salam kasih sayang semua..

sebenarnya,terasa kurang mendapat kasih sayang pada hari raya kali ni. sebab,org tersayang iaitu ibubapa berada jauh dr mata.. kali ni,aku dijadualkan beraya di selangor bersama keluarga suami. herm..takde apa yg dapat mengatasi keseronokkan beraya di rumah parents sdri..tp,sb turn tahun ni di umah mertua...layan jela...

tahun ni,mgkn tahun last aku sambut 1st raya kat sini. cadangnya,stp tahun aku nak beraya bersama mak,abah dan adik2 di johor. bkn apa.. mmg wajarnya begitulah..sb aku ni mmg rumah pn dekat sesangat dgn umah mertua.sekolah tempat aku ngaja lak,mmg dekat dgn umah.. so, apelah salahnya setahun sekali dapat balik beraya dgn ibubapa aku di johor.. cuma utk raya pertama...

mak aku sejak kawin,duk dekat dgn mertua. tp,setiap tahun mak aku dapat beraya di umah nenekku. ayahku sgt bertimbang rasa dan memahami perasaan emak. so, knp tidak suamiku? hal ni,aku belum utarakan lg pada suami. susah jugak nak bawa berbincang hal2 menyentuh ttg parents ni.pasti dia lebih emosi...

esok last ramadan 2010..aku mmg rindukan Ramadhan.. dgn memujuk hati,aku fokus pd bulan mulia ini.. semoga ini bkn tahun terakhir buatku.dan,aku amat berharap agar tahun ini memberi seribu makna dalam hidup ku..khususnya bln Ramadan..

raya kali ni,terasa mmg kurg best. mukaddimah raya pn..mcm tercalit rasa duka.namun,realitinya aku hanya perlu bersabar sehingga raya keempat. hidup jd xde makna bila dihantui rasa sedih..tp,ini hanya sementara...ya Allah,bukakan padaku jalan kebahgiaan dunia dan akhirat. lapangkan dadaku dgn apa jua kehendakMu yg membawa kebaikan dan keredhaan..disisiMu..amin


kepada teman2 ..aku memohon maaf atas segalanya.diriku hanya insan biasa,tak kira apa jua yg pernah kukata...tak kira besar kecil idea..aku hanya insan yg tinggal di bumi hanya sementara... maafkan aku sepertimana dirimu jua ingin dimaafkan semua org..


terima kasih krn,menjadi sebahagian catatan perjalanan hidupku...

wassalam

No comments: