Friday, August 28, 2009

Nilai bahagia bg seseorg

ada org yg rasa dirinya bahagia melalui pelbagai cara. Rasa bahagia ni, sbnrnya lebih tinggi kedudukannya drp perasaan seronok, gembira, atau suka hati. Perasaan bahagia ini tidak blh dibuat2, tetapi ianya suatu anugerah dr Allah kpd hambaNya yg tertentu. Namun, rasa bahagia ini mesti dicari dan diiringi perbuatan yg menjurus ke arah kebahagiaan.

Bg aku, rasa bahagia ini adalah suatu perasaan yg tenang, damai, dan lapang dada. pd masa bila seseorg tu blh rasa bahagia? Jiwa yg mencapai tahap mutmainnah(tenang, redha kpd Tuhan dan Tuhan redha kpdNya) blh merasai perasaan spt ini. Kebanyakan manusia mendapat kebahagiaan apabila mrk melalui langkah2 dan jejak2 mendekati keredhaan Nya.. oleh itu, sama2 kita koreksi diri supaya kt mencapai rasa bahagia.

Menceritakan ttg diri aku sdri.. aku meletakkan bahagia itu pd satu rasa iaitu "rasa cukup"....

Ramai org mengejar dunia dan isinya.. begitu juga aku. aku ada bmacam2 keinginan yg belum tertunai. otak dan pkrn aku ligat memikirkan 1001 cara utk capai kehendak aku. aku juga tidak ptus asa, dan terus berusaha menuju ke arahnya. Perkara spt ini yg sering blaku dlm kehidupan kt hari ini. cari duit, nk beli umah, kereta mewah, permainan anak, pendidikan anak, tanggung keluarga, bg duit kpd ibu bapa..mcm2 lg,. termasuklah kehendak utk melangsaikan hutang yg sememangnya menjadi tuntutan.

namun, disebalik keinginan yg meluap2 itu.. aku dapati segalanya fana'.. akan binasa dan tidak akan kekal selamanya. malah, keinginan itu akan bertambah, dan terus bertambah. tidak ada 1 titik noktah utk mencapai kepuasan utk memiliki sesuatu di dunia.

Beberapa kali dadaku tersentak.. "nak tau tak.. mesti syg terkejut dan sedih...", kata suamiku pd suatu hari. "emak si fulan dah meninggal dunia". tidak lama kemudian.. org itu, org ini, org di sana, org di sini, org sekian dan sekian ... semua meninggal sorg demi seorg... di saat itu, pikiranku mula berfikir ttg suatu pkara yg amat berbeza dan kontra dgn yg sblm ini.

dlm bulan yg mulia ini, aku tekad utk menyelesaikan segala urusan duniaku segera yg blh. krn takut sampai giliranku di jemput oleh Allah.

dlm pada itu, aku memandang dunia ini segalanya sementara. aku tidak perlu gelojoh dan tidak perlu melompat utk memenuhi kehendakku, apatah lagi ianya tidak mampu kuperolehi dgn 2 tanganku sdri. apa yg penting... bkn bdiam diri. tetapi.. meletakkan matlamat yg jauh (akhirat) itu sebagai sesuatu yg awlawiyat dan paling penting, drp matlamat yg dekat(dunia).

"Dunia ibarat ladang, tempat kita bercucuk tanam.. dan hasilnya itulah bekalan utk kehidupan di akhirat yg lebih kekal". menyelesaikan masalah yg sedia ada, lebih utama drp membuat andaian terhadap masalah yg belum berlaku. Membayar hutang idan menyelesaikan hutang tu lebih utama drp membeli barangan kehendak. rasa cukup dgn apa yg ada lebih baik drp mharap benda yg bukan milik kita. berusaha ke arah cita2 dan kehendak itu lebih baik drp merancang dan tidak berbuat apa2.. Berasa tenang, sabar, melaksanakan tugas dan berusaha sungguh2 lebih utama drp bsikap tidak sabar, gelojoh dan terburu2 utk mendapatkan sesuatu.

banyakkan bertafakkur.. dan banyakkan rasa syukur. membangunkan jiwa adalah usaha yg berterusan, dan lebih penting drp mengumpul harta. membelanjakan harta ke jalan Allah lebih utama drp mengumpul harta dan tidak memanfaatkannya.

Wednesday, August 26, 2009

Early Ramadhan at Maktab

alhamdulillah.. syukur pd Allah atas segala nikmatNya. Harini hari ke 4 aku n suami berada di maktab. Kami menyambut kehadiran ramadhan selama 1 mgu di sini. Tasneem masih di umah nenek di Segamat. Spjg berada di Maktab ni, aku dpt berbuka puasa bsama suami. Aku rasa gembira sb dpt btemu suami. Kdg2 waktu sahur, suamiku belikan makanan. Kali ni mmg Allah nk bg aku bsendirian. Ruang privacy aku mmg luas, bila di maktab ni. Wpn waktu siang busy dgn kuliah, tp bila malam.. aku seolah2 menguasai ruang dan masa yg ada. Terasa bebas sebebas2nya.. sb, bilik aku takde roomate. aku duk sorg...

Dah lama aku tak bsendirian. Kali terakhir aku jd "free man" bila aku duk UM and stay kat Vista Angkasa(dkt luar UM). aku tgl sebilik yg hanya besarnya 10kaki panjang 6kaki lebar. sifat aku sejak dulu, aku suka bsendirian. aku mmg bergaul.. dan bkn anti sosial. cuma, di luar drp kehidupan bmasyarakat.. aku mmg suka bt keje sdri. mengadap laptop ke,, baca buku ker,, apa2 ler.. asal aku dpt layan diri aku sdri. dah lama aku tak "rest"...

Td aku bbuka puasa dgn suami. Aku dah biasa makan, minum, tido, dan bt ape jua keje sorg2.. tp, sb suamiku ada.. jd dia temankan aku makan. Kawan2 dia makan di meja lain, tp kami semua di kantin maktab. kali ni, suamiku masih sebilik dgn Pojie.. Dia mmg serasi dgn Pojie.. ke kelas bersama(sb dorg sama kelas), dan bilik pn sama.. dia berdua sebilik. Kali ni aku dpt ler kenal Pojie dr jauh. Sekadar tahu dia teman baik suamiku. Aku suka jer dia bkawan dgn Pojie tu.. tak kisahlah sesapa pon.. asal yg baik2. bg aku pula, dihidup aku mmg ramai kawan.. tp kawan masa belajar. Kawan susah dan senang.. ada, tp mrk tgl jauh. Aku contact mrk melalui media elektronik jer... bg seorg perempuan yg dah bgelar isteri.. tiada teman yg lebih rapat bg nya.. kecuali suaminya sendiri. Jd, bg aku.. aku bahagia wpn nampak tidak berteman di sisi. Aku ada suami dan rasanya sudah mencukupi.

Alhamdulillah, wpn pd mulanya aku beranggapan bhw puasa di maktab amat berat n mencabar.. rupanya tanggapan aku silap. Allah jua yg Maha kasih, dan Dia telah permudahkan segala2nya. Antara benda yg bt aku rasa berada di zon selesa kali ni ialah:

1) bilik kuliah aku ada aircond dan kipas pn sgt strategik kedudukannya dlm kelas. so, aku takde masalah letih yg bersangatan dan tidak penat atau haus.
2) dlm bilik kuliah aku, ada pantry + bilik solat. jd, wpn aku nye kelas di tingkat plg atas(tingkat5), aku dpt rehat pd waktu tengahari dlm kelas dan tidak perlu naik turun tangga ke asrama utk rehat dan solat.
3) aku duk asrama sorg2 dan takde roomate. jd, aku blh buat apa saje tanpa ada batasan.
4) wpn takde kawan nak g kantin utk sahur, aku ada suami yg blh tolong beli n hantarkan nasi sahur.
5) peralatan utk bt asignment dan brg2 keperluan lain semua dpt aku bawa, wpn bilik aku(asrama) berada di tingkat 3. Aku bawa printer, laptop dan semua pakaian utk 1 mgu. Aku blh bawa sb, suamiku bantu angkat brg2 tu sampai ke bilik masa hari pendaftaran asrama.
6) aku ada cerek dan seterika sdri, jd aku xperlu bgantung pd kawan utk pnjm peralatan mrk..

alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Aku juga dpt bantu suami bt asignment dia. jd, ada ler give and take.. hujung mgu ni aku balik ke rumah bsama suami juga.. in sya Allah..

Ya Allah,, jgnlah Engkau melupakan aku, wpn aku sering melupakanMu krn kelalaianku mengingati MU... dan sejahterakanlah aku, suamiku, anakku, dan semua org yg telah banyak membantu kami.. amin..

Saturday, August 15, 2009

Interaksi Maktab bersama suami

Salam kasih sayang buat pembaca semua. Kali ni, aku cuma nk maklumkan bahawa 24-29 Ogos 2009 ni, aku dgn suami akan ke Institut Perguruan Islam, Selangor(MPI, Bangi). Tasneem akan tgl bersama neneknya di Segamat, Johor. Berat sungguh hati nk meninggalkan Tasneem, krn sudah biasa bersama dia. Sedangkan nak letak dia kat umah orang pn, aku berat hati wpn umah pengasuh Tasneem cuma bbrp langkah dr umahku, inikan pula bjauhan di negeri yg berbeza.

Pada hari persekolahan, biasanya Tasneem bersama Baba pada waktu pagi. Pukul 12 tengahari je, Baba akan hantar Tasneem umah jiran(penjaga Tasneem). Baba mengajar dan kene masuk sekolah selewat2nya 12.30 tghari. Mujur sekolah baba dekat. Pukul 1.30 petang, aku akan amik Tasneem dr umah jiran dan Tasneem bersama aku sampai petang. Pukul 6.30ptg Baba Tasneem kuar sekolah, dan akan sampai umah jam 6.45ptg-7ptg.

ini jadual Tasneem di umah pengasuh;
Isnin, Selasa dan Khamis : 12 tghari - 1.30 ptg (1 jam 30 min X 3hari = 4 jam 30 minit)
Rabu : 12 tghari - 1 ptg ( 1 jam )
Total Masa : 5 jam 30 minit

Selain dari masa dlm jadual di atas, pd waktu pagi Tasneem berada di umah bersama Baba Tasneem. lepas waktu persekolahan(sesi pagi), Tasneem akan berada di umah bersama Mama Tasneem.

Kali ni aku tidak keseorangan ke maktab. Sebab suamiku dpt maktab yg sama sepertiku. Kami akan ke maktab, tp tgl di hostel. Bilik kuliah aku berada di tingkat 5. begitu juga dgn suamiku. Kami sama floor. Bezanya kelas dia hujung dan kelas aku di penghujung floor yg lg satu. xdpt kami bygkan cmne suami isteri belajar satu institut.

terkenang pd zaman sblm kami kahwin. Aku masuk universiti lebih awal drp suamiku. Krn aku ke universiti dgn kelulusan SPM. tamat SPM aku sambung pengajian di UM. Manakala ketika itu suamiku(masa tu blm jd suami ler), berada di sekolah menengah. Dia mahu ambil sijil STAM(Sijil Tinggi Agama Msia). bila dia tamat sekolah, dia dapat tawaran ke UKM. Wpn masa tu aku sgt bharap dia dapat masuk UM. Aku nk sgt2 dia sama2 tmpt belajar dgn aku. Tp, apa kan daya.. semua dah tersurat. Suamiku akhirnya melanjutkn pengajian ke UKM. tidak lama kemudian, dia dpt tawaran ke Universiti Islam Madinah. Dia sgt hepi masa tu bila mengkhabarkan berita mengenai tawaran tersebut. Namun, ketika itu aku mmg sgt sedih. sb dia akan lebih bjauhan drp aku. huhu... (masa tu aku pk.. bila ler nak kawin kalau jauh2 ni..). Tambahnya lagi, dia nk belajar di Madinah lama skit sb rasa semangat nk menuntut ilmu. lg ler aku cedih.. (bisik dihatiku.. "bjanggut ler aku tunggu mamat ni")

Akhirnya, takdir mengatasi segalanya. tidak ku sangka.. perancangan Allah jauh sekali. Mgkn aku pk utk 1 jangka masa yg teramat dekat dan singkat. siapa sangka.. dah kawin, dah ada anak.. akhirnya keje, dapat belajar di sama maktab. mujur kami tidak satu kelas jer.. hihi.. aku selalu berangan2.. berkhayal.. kalau dia sekelas dgn aku.

aku mmg hepi sgt sb sama tmpt belajar dgn suami. takdelah rindu mcm sblm ni. stp kali aku ke maktab seorg diri, aku dirundum rasa rindu nk balik umh. nak jumpa suami dan anak. skrg suami dekat.. cuma, rindu jugak kat Tasneem. rindu pd anak mmg tak sama dgn rndu pd suami. rndu pd anak ni, bercampur baur perasaannya. kdg2 risau memikirkan keadaan nye.. dan kadang2 kasihan, sedih.. mcm2 lg. rindu suami ni pulak, satu perasaan yg membuatkan kita khayal jer.. rindu mcm org dilamun cinta ler...

ape2pn, dlm awal Ramadhan ni mmg kami mengharungi detik yg agak mencabar. kami ditempatkan di maktab, yg mana keadaan geografi muka buminye.. sgt la dahsyat. berbukit2.. kene naik tangga yg banyak dan plg teruk.. bilik kuliah jugak tingkat lima. takde lif lak tu.. dhaif sguh. stp kali nk ke maktab aku kene beli kasut cap ayam jer.. yg murah2 asalkan kasut jenis getah. sb kaki aku akan sakit.. dan tapak kasut mmg mudah haus.. dah tua2 ni naik tangga.. mmg semput jugak ler.. tambah2 bulan pose.. mudah2an allah permudahkan. amin..

Saturday, August 8, 2009

RINDU --> Hujung mgu yg menyeksakan

Kali ni tajuk post aku adalah RINDU. sbnrnya aku kesunyian and kesepian jer hujung mgu ni. sb suamiku tiada di rumah. Sb tu lah aku terasa rindu. Rindu pd suamiku... mmg dah jd lumrah alam.. bila suami tiada di sisi, akan lahir perasaan rindu di hati dan jiwa seorg isteri. tido tak lena, baring terpusing2.. ada je tak kene. sb tu lah mata aku celik jer wpn jam dah byk kali bg amaran srh tido. Skrg dah pukul 2 pagi. aku sure tak leh lena.. xtau nk btpe bila rasa sunyi.. puas2 ngadap laptop ni, last2 menaip ler dlm blog ni..

Td akak aku n family dia dtg. Tasneem org plg hepi bila sepupunya dtg. Ada ler member dia nk main. Kalau tidak, asyik kene rotan sb buat sepah, main sorg2.. sian jugak tgk dia. Aku tidak sht sejak smlm. Gara2 gigi bongsu tumbuh, habis mulut aku sakit semuanya. Tak cukup lg, sakit melarat ke telinga, terus ke kepala. Smlm, aku tidak dpt tido lena. 4 biji ubat Panadol Active Fast aku telan sejak maghrib sampai ke pagi. Biasanya skt krn tumbuh gigi bongsu tidak seteruk ini. Kali ni Allah benar2 mahu menguji kesabaranku. Suamiku tiada di rumah, aku menanggung sakit sndirian. Makan panadol, tak berkesan(maklumlah.. yg beri kesan hanya Allah, bknlah ubat wpn ubat tu sebab musababnye). Last2 aku sapu minyak panas cap kuda berwarna merah. Pipi aku bengkak krn sakit gusi. tp, malangnya.. sedikitpn aku tak rasa, wpn minyak tu mmg power. Last2, aku tungku.. aku amik garam bukit yg mmg khas aku bt bertungku, aku panaskan.. dan tuam kat pipi kawasan rahang yg bengkak tu. Bila terasa kepanasan Garam Bukit tu.. terasa mcm kebas dan kurg rasa sakit. Aku tertidur sdri..

Mlm ni, alhamdulillah wpn sakit lg, tp mcm sengal2 jer.. kdg2 mmg mcm bdesing jugak kat telinga ni. tp, td aku telan lg sebijik Panadol active Fast, dan sblm tu aku bkumur dgn Listerine.. alhamdulillah ok cikit. Sblm ni, kat sekolah aku.. ada jugak cikgu lain yg alami masalah mcm aku. stp kali gigi bongsu keluar.. sakit bukan kepalang.. last2 mrk semua kebanyakannya ambil jalan mudah, pegi klinik gg dan cabut n buang terus gigi bongsu tu. Kawan aku kata, doktor suggest camtu.. lagipun gigi tu tiada faedahnya.. herm.. bg aku sayang nye nk cabut gigi yg br nk rasa hidup dlm mulut aku ni. mmg ler sakit.. tp mcm takut jugak nk bedah gusi n kuarkan gigi bongsu ni.. aku tidak pernah cabut gigi di klinik spjg hidup aku. Dulu masa kecik2, aku cabut sdri je gigi susu yg ada. skrg, bila dah dewasa.. aku belum pernah cabut gigi. Sb, alhamdulillah gigi aku tiada masalah kerosakan. semua cukup, tiada berlubang, dan aku tidak pernah alami sakit gigi spjg hidup ni, kecuali disebabkan kuar gigi bongsu, dan pernah 1 kali dulu aku nye gusi bdarah. tu pn cuma sb plak gigi menebal.. kes tu berakhir bila aku cuci gigi 6 bln sekali. Tu kes paling teruk pernah aku alami.. tp skrg.. aku sakit stp kali gigi bongsu nk kuar..sebulan sekali dia tumbuh.. kdg2 2,3,4 bln.. br dia tumbuh lagi...

mmg stp kali dia nk membesar.. nk kuar.. aku akan sakit sesakit sakitnye.... ya Allah, ampunilah dosa aku. ujian sekecil ni pn aku tak mampu tanggung.. aku harap ianya berakhir cepat. jika tidak,, aku mgkn akan bt pembedahan gusi dan kuarkan gigi bongsu tu dan buang... tak tahan rasa sakitnye..

Friday, August 7, 2009

"Amalan Nisfu Sya'ban? wujudkah?"

Jam hampir pukul 9 mlm. spt biasa, anak murid br blk semuanya slps mengaji. skrg murid2ku sudah seramai 15 org semuanya. sblm ni, seramai 18 org, tp sudah kurg 3org. yg 3 org ni xdtg mengaji lg atas bbrp alasan tsendiri. ada yg ibunya br bsalin, dan ada yg br kematian makciknya, dan sorg lg pulak, xtau atas alasan apa dia bhenti mengaji di rumahku. yg pasti dia sudah mengaji di rumah org lain. namun, bg aku.. aku tidak pernah mhalau sesiapapun drp mrk, dan sekiranya ada sesiapa yg nk mengaji, dtg ajelah.. sbnrnya, aku mmg tidak kisah org tidak bayar apa2 sb kelas mengaji ni mmg free. tp yg aku kisah, jika mrk tidak dtg mengaji dan terus tidak mengaji. aku mmg terkilan jika pkara begini blaku. adakah ianya silap aku?

td aku mengajar semua murid2ku sendirian. suamiku bgegas keluar dr umah bsama rakan seperjuangannya. Mrk akan ke Sabak Bernam krn ada Program Motivasi untuk murid sekolah rendah di sana. Suamiku skrg mula melibatkan diri dgn rakan seperjuangannya yg biasa kami pgl dgn nama "Ateh". Kebetulan, abg Ateh(Angah) ada Consultant sendiri utk bt Prog Motivasi. Jd, Ateh mengajak suamiku join bg mengisi masa lapang hujung mgu. 3 hari 2 malam mrk di sana. Jd, aku hanya tgl dgn Tasneem di rumah. Aku dgn rela hati mbenarkan suamiku ke sana, menimba pengalaman, berbakti dan mberi sumbangan tenaga dan idea, di samping mencari pendapatan tambahan utk kami. Kata suamiku, jika dia join prog ni, dia akan dibayar RM350. alhamdulillah.. rezeki kami melimpah ruah.

Sblm ini, suamiku pernah diminta oleh Angah supaya menyampaikan ceramah di sebuah surau di Sri Damansara. Ceramah btajuk "Israk Mikraj" telah disampaikan oleh suamiku slps solat Maghrib hingga masuk Isyak. Tidak disangka2.. suamiku diberi RM70. Org yg menguruskan surau tu juga mencadangkan supaya suamiku terus menjadi penceramah utk kuliah akan dtg, dan jika tidak keberatan dia mahu suamiku megajar bahasa Arab di kelas2 yg ingin dibuka kelak. Ini adalah satu cdgn yg bagus.. aku tidak putus2 mengingatkan suami, spy tahsinunniah(perelokkan niat). apa yg penting.. beramal krn Allah... ttg ganjaran tu, dr Nya jua. Suamiku bkn gelojoh orgnya. alhamdulillah dia tahu dan sememangnya tidak fikir ttg ganjaran tsebut. sekiranya ia dtg... dia terima. dan sekiranya tidak ada.. tidak mengapa. krn Allah telah lebih dahulu memberikan segala ganjaran2 bg org yg ikhlas dan baik niatnya.

Kali kedua suamiku dijemput ceramah di surau yg sama. kali ni, dia jd bidan terjun. Angah telefon dan minta bantuan suamiku. masa tu, suamiku br sampai umah, pulang dr sekolah. belum smpt dia meletakkan punggung, belum sempat meneguk air.. baru je parking motor di depan rumah.. angah mahu dia memberi ceramah slps maghrib sekali lg. lantas, suamiku menerimanya, wpn masa tu.. mmg blur xtau nk bawa tajuk apa.

aku dgn tenang, memikirkan juga tajuk yg hendak disampaikn. Skrg bln Sya'ban.. apa kata, kalau abg ceritakan bgmana para sahabat dan nabi bsiap sedia menghadapi Sya'ban utk menyambut ketibaan Ramadhan? Suamiku masih blur ketika itu.. aku sempat buka internet utk cri sedikit input. namun, segalanya hampa.. tiba2 aku teringat ttg buku2 aku dlm bilik study yg dah usang krn dah lama aku tak menjenguknya. Aku teringat, aku pernah tbaca kisah dan pmasalahan amalan bulan Sya'ban yg dikupas oleh ulama kontemporari.. dlm kitabnya Fatawa Mua'siroh(Fatwa Terkini). Akhirnya, bila aku mbacanya, suamiku bsetuju utk bawa dan kupas tajuk tersebut.

Pendek cite, dlm tajuk ni.. yusof al-Qardhawi pernah ditanya mengenai wujudkah amalan khusus pd bulan Sya'ban, dan bgmana amalan nisfu Sya'ban dan bacaan doa2 tertentu yg biasa diamalkan oleh masyarakat? apakah hukum berkumpul dan membaca doa beramai2 di masjid2 utk meraikan Nisfu Sya'ban?

yusuf Qardhawi cuma kata.. tiada amalan khusus yg disebut oleh Rasulullah s.a.w. dlm mana2 hadis atau quran pd malam nisfu sya'ban. jika ada sekalipun, cuma satu shj dan ianya khilaf antara ulama, sama ada hadis itu hasan atau dhaif. dan, mengenai doa2 yg masyarakat kt selalu amalkan dlm kertas2 yg diedar.. doa tersebut mengandungi kepincangan dlm adab berdoa. doa tu juga tidak ada dlm ajaran nabi atau apa yg Nabi pernah amal dan ajarkan. Kesalahan plg ketara dlm doa tersebut.. adalah mengenai adab berdoa. utk maklumat dan keterangan lanjut, sila rujuk terjemahan Kitab fatawa mu'asiroh(Fatwa Terkini) karangan Yusof Qardhawi..

cuma nasihat aku.. amalkan amalan sunat biasa2 yg Nabi ajarkan itu lebih bagus drp baca doa2 yg ada kesalahan di dalamnya, dan doa tersebut juga bkn drp apa yg nabi ajarkan. nabi dah ajar kt bermacam2 doa yg bagus2.. dlm hadith dan al-Quran... jd, elok kt yg tidak berilmu ni.. ikut apa yg warid drp nabi. mmg tiada masalah kita nak bdoa papepun.. cuma, apa yg penting.. jgn sampai ianya menyalahi adab berdoa.. sehingga blh mengundang kemurkaan Allah dan kepincangan aqidah..

gula tiada, jejas bisnes dadih


Mlm semalam, aku ke Pasaraya Econsave bdekatan umh, utk beli brg2 dapur. maklumlah.. elaun aku n suami dah dpt. jd, blh la mbeli brg2 dapur. Wpn kami bdua dah ada pdptn sdri, namun pbelanjaan dapur semuanya tidaklah btambah drp sblm ni. Mkn minum semua tetap pd kadar dan kuantiti yg sama. Elaun yg suamiku dpt, habis dibuat bayar hutang org, smntara tgu 2 bulan elaun nk masuk, tpaksa meminjam dulu.. biasalah... mula2 nk hidup. namun, alhamdulillah.. dpt membayar hutang suatu nikmat yg besar..

berbalik ke Pasaraya td, kami mencari gula. tp, pekerja pasaraya tu kata, gula dah 3 hari takde. tkejut jugak aku. aku tak penah tau, hal ni sb sblm ni suami mmg beli gula lebih, utk simpanan. tambahan lg, sejak niaga dadih.. gula tu pkara pntg bg kami. skrg, aku juga menjadi risau sekiranya bekalan gula kurang, nampaknye harga brg akan naik. plg ssh lg, kalau stok gula takde lgsg kat kedai. nampaknye.. kami kene usaha utk mcari ni gula. biasanya setiap mgu aku akan bt dadih 2 kali. gula pasir yg digunakan hampir 1kg stp 2 round bt dadih. 1kg gula utk lebih kurg 53 cup dadih=RM53 kalau laku semuanya. jd, jika gula pasir yg harganya cuma 1kg RM1.45 tidak ada.. maka aku kerugian lebih RM40 krn dadih tidak dpt dibuat. ustazah di sekolah aku kata, ada sekolah yg muridnya tpaksa minum air masak kosong jer, gara2 tiada bekalan gula. bg penjual kuih, bisnes mmg tgendala. cmne nk cari rezki?

petang ni aku kene cari gula. ni musim nk raya, gula lg susah nk dapat. sb ramai peniaga nk jual kuih raya, dan pakai gula. bulan ramadhan ni pula, peniaga air juga sakit kepala gara2 kekurangan bekalan gula. gula yg ada, dijual sampai mencecah RM2.50 1kg. melampau tak?

Monday, August 3, 2009

musim buah -blk kmpg

Alhamdulillah, tahun ni aku dpt sambut musim buah di kampung ku, Segamat. Segamat ni antara kawasan di mana tdapatnye durian paling best n sedap rasanya. Skrg musim durian sudah smpi ke phujungnye. Tempoyak, pengat durian, pulut durian, lempuk, dodol durian, sampailah kepada cekodok durian pn org dah buat. Betapa besarnya manfaat durian. Semua org mahu merasainya, tanpa pikir penyakit yg dihidapi. Darah tinggi, kencing manis, sakit kepala dan mcm2 lg.. tetap nk makan. Maha Besar dan Maha Bijaksana Allah yg menciptakan musim buah-buahan, silih berganti. Buah yg keluar, bukan kuar sekaligus.

Sblm ni di pasar mlm, pasar tani, dan di merata tempat, kelihatan buah durian, nangka, cempedak, manggis, dan mangga tersusun dgn pelbagai cara. Ada yg berlonggok2 dijual di tepi jalan, ada yg digantung, ada yg diikat, dan paling dahsyat aku penah tgk.. lori jual secara borong. Itulah senario yg blaku di negara kt, Malaysia. Wpn kt tidak pernah sambut musim salji, musim bunga, musim panas, dan musim gugur, kita ttp ada musim tsendiri. Mcm2 buah kt jumpa, termasuklah buah petai... wpn busuk.. sedap jugak dibuat ulam.


Hujung minggu yg lalu, aku bkesempatan ke rumah atok di Segamat. Mak, abah semua suka aku pulang. Mrk suruh balik, katanya buah mata kucing byk sgt, penuh 1 pokok. pokok yg ada lebih sepuluh batang semuanya. Buah dokong pula sudah masak dan manis. Jd, pendek cite, aku, suami dan emak ke kebun yg dulunya milik atok. (Tp skrg atok dh serahkn segalanya pd abah). Di kebun, byk pokok2 buah. DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS, LIMAU KASTURI, PETAI, KOKO, MATA KUCING, DOKONG, dll. Tp, skrg musim rambutan, mata kucing dan dokong.

Buah dokong mmg manis. aku sempat ambil 1 kampit beras. sbnrnya buah mmg byk, tp sb tinggi, tak reti memanjat plak tu.. so, dpt amik yg rendah2 jer. buah rambutan dah masak dan boleh dipetik dgn tangan jer.. ada pokok yg rendang dan yg tinggi di kebun atok. Pokok rambutan entah dekat 10 batang ada. sayangnya tiada org nk ambil.. akhirnya jika dibiarkan.. ianya bguguran sahaja di tanah. paling2 pn, menjadi makanan binatang lain. sayangnya..
buah mata kucing pula aku dpt amik yg muda dan belum penuh isinya.. buah mata kucing di kebun ni belum masak dan belum penuh isinya. jd aku sempat amik sikit je yg muda.. sb dah teringin sgt nk mkn.

Hujung mgu br ni adlh masa yg sgt bermakna bg aku n family. aku dpt pulang ke kampung menaiki kereta Wira yg dipinjam drp kawan suamiku. Inilah kali pertama suamiku drive dlm jarak yg agak jauh dr kebiasaannya. kebetulan suamiku br dpt lesen kete bbrp bulan yg lalu. Jd, inilah peluang utk dia gunakan lesen memandu yg dia ada(tak mcm aku, wpn dah btahu
n2 ada lesen, tp takut nk drive). Sblm ni, suamiku cuma dpt drive kawasan dekat2 jer... tu pn pinjam kete ayahnya. Kali ni dia rasa puas dpt test kemampuan diri bawa kete jalan jauh. Pd mulanya kami nk sewa kete, tp kawan suami sgt baik orgnya(ssh nk jumpa org bhati mulia zaman skrg ni) telah bg pinjam tanpa byr pape.

Sblm ni, aku tak penah jmpa org yg baik2 betul.. tp sejak kahwin, aku jumpa mcm2 org melalui suamiku. kalaulah aku pinjam kete kawan.. paling koman mesti nk kene bg duit sikit. wpn dia tak minta. tp kawan suamiku ini.. ma sya Allah.. mulianya hati dia. wpn diberi, dia tetap tidak mahu menerima wang kami. katanya, tak payah. buat apa nk bayar2.. bkn kita ni org lain. dah kenal lama.. aku dan suami mmg terharu dgn pertolongan dan budi yg diberi. kami tidak putus2 mendoakan dia dan keluarganya smga diberi ganjaran yg baik di sisi Allah dan kebahgiaan dunia akhirat.


Kawan suamiku ni adalah jiran kepada suamiku. adik beradiknya semua alhamdulillah ramai yg belajar di Mesir. dan ada yg belajar di Msia. tp apa yg aku lihat, hati mrk semua baik dan murah hati. tak mustahillah mrk ni murah rezki. Suamiku kata, kereta yg kami pinjam tu sbnrnya kereta free. kawan dia dpt, ada org bagi free. dulu kawannya tu bkn org senang. tp hatinya mulia dan entah cmne rezkinya, ada Dato' yg hadiahkan kereta dan rumah kpd dia. skrg kawan suamiku tu dah keje buka consultant, bt prog motivasi dll. rezkinya melimpah ruah, dan dia tidak kisah ttg wang. apa yg penting adalah bkorban utk Islam. Byk benda aku pelajari drp org yg bhati mulia.

Berbalik kpd cite ttg buah.. aku dpt petik buah dokong 1 kampit beras, buah mata kucing ada lah 1 plastik tp muda dan belum masak betul. selain tu, dpt juga ambil buah rambutan dan petai dr kampung. plan kami nk bg mertua, kawan suami yg bg pnjm kete, kakakku, dan jiran. tp.. malang sedikit, krn buah yg kami petik tu tidak begitu baik keadaannya bila kami tiba di Selangor(Kami bertolak pd waktu tengahari dan sampai petang), buah tu semua menjadi meletup2 sampai terkeluar isinya krn terlalu masak. kulitnya habis terbuka dan pecah2 .. hati rasa tak sdp pula nk bg org cmtu. jadi, kami pilih2 yg mana elok. sempatla merasa sorg sedikit..

seronok dpt jumpa family. rindu masakan emak.. rindu nk jumpa ayah dan atok yg dah tua... nenek Tasneem dan atuk Tasneem rindu sgt kat Tasneem. bila sampai di sana, terus nenek cium peluk Tasneem. alhamdulillah.. mudah2an kami dpt ke sana lg.. Tok Yang tasneem pula, tak puas2 asyik cium Tasneem berkali2. Tasneem mmg suka sgt pulang jumpa atuk.. sb dia dpt main kerusi roda(wheel chair) tok Yang(moyang).

alhamdulillah..