Friday, August 7, 2009

gula tiada, jejas bisnes dadih


Mlm semalam, aku ke Pasaraya Econsave bdekatan umh, utk beli brg2 dapur. maklumlah.. elaun aku n suami dah dpt. jd, blh la mbeli brg2 dapur. Wpn kami bdua dah ada pdptn sdri, namun pbelanjaan dapur semuanya tidaklah btambah drp sblm ni. Mkn minum semua tetap pd kadar dan kuantiti yg sama. Elaun yg suamiku dpt, habis dibuat bayar hutang org, smntara tgu 2 bulan elaun nk masuk, tpaksa meminjam dulu.. biasalah... mula2 nk hidup. namun, alhamdulillah.. dpt membayar hutang suatu nikmat yg besar..

berbalik ke Pasaraya td, kami mencari gula. tp, pekerja pasaraya tu kata, gula dah 3 hari takde. tkejut jugak aku. aku tak penah tau, hal ni sb sblm ni suami mmg beli gula lebih, utk simpanan. tambahan lg, sejak niaga dadih.. gula tu pkara pntg bg kami. skrg, aku juga menjadi risau sekiranya bekalan gula kurang, nampaknye harga brg akan naik. plg ssh lg, kalau stok gula takde lgsg kat kedai. nampaknye.. kami kene usaha utk mcari ni gula. biasanya setiap mgu aku akan bt dadih 2 kali. gula pasir yg digunakan hampir 1kg stp 2 round bt dadih. 1kg gula utk lebih kurg 53 cup dadih=RM53 kalau laku semuanya. jd, jika gula pasir yg harganya cuma 1kg RM1.45 tidak ada.. maka aku kerugian lebih RM40 krn dadih tidak dpt dibuat. ustazah di sekolah aku kata, ada sekolah yg muridnya tpaksa minum air masak kosong jer, gara2 tiada bekalan gula. bg penjual kuih, bisnes mmg tgendala. cmne nk cari rezki?

petang ni aku kene cari gula. ni musim nk raya, gula lg susah nk dapat. sb ramai peniaga nk jual kuih raya, dan pakai gula. bulan ramadhan ni pula, peniaga air juga sakit kepala gara2 kekurangan bekalan gula. gula yg ada, dijual sampai mencecah RM2.50 1kg. melampau tak?

No comments: