Saturday, August 15, 2009

Interaksi Maktab bersama suami

Salam kasih sayang buat pembaca semua. Kali ni, aku cuma nk maklumkan bahawa 24-29 Ogos 2009 ni, aku dgn suami akan ke Institut Perguruan Islam, Selangor(MPI, Bangi). Tasneem akan tgl bersama neneknya di Segamat, Johor. Berat sungguh hati nk meninggalkan Tasneem, krn sudah biasa bersama dia. Sedangkan nak letak dia kat umah orang pn, aku berat hati wpn umah pengasuh Tasneem cuma bbrp langkah dr umahku, inikan pula bjauhan di negeri yg berbeza.

Pada hari persekolahan, biasanya Tasneem bersama Baba pada waktu pagi. Pukul 12 tengahari je, Baba akan hantar Tasneem umah jiran(penjaga Tasneem). Baba mengajar dan kene masuk sekolah selewat2nya 12.30 tghari. Mujur sekolah baba dekat. Pukul 1.30 petang, aku akan amik Tasneem dr umah jiran dan Tasneem bersama aku sampai petang. Pukul 6.30ptg Baba Tasneem kuar sekolah, dan akan sampai umah jam 6.45ptg-7ptg.

ini jadual Tasneem di umah pengasuh;
Isnin, Selasa dan Khamis : 12 tghari - 1.30 ptg (1 jam 30 min X 3hari = 4 jam 30 minit)
Rabu : 12 tghari - 1 ptg ( 1 jam )
Total Masa : 5 jam 30 minit

Selain dari masa dlm jadual di atas, pd waktu pagi Tasneem berada di umah bersama Baba Tasneem. lepas waktu persekolahan(sesi pagi), Tasneem akan berada di umah bersama Mama Tasneem.

Kali ni aku tidak keseorangan ke maktab. Sebab suamiku dpt maktab yg sama sepertiku. Kami akan ke maktab, tp tgl di hostel. Bilik kuliah aku berada di tingkat 5. begitu juga dgn suamiku. Kami sama floor. Bezanya kelas dia hujung dan kelas aku di penghujung floor yg lg satu. xdpt kami bygkan cmne suami isteri belajar satu institut.

terkenang pd zaman sblm kami kahwin. Aku masuk universiti lebih awal drp suamiku. Krn aku ke universiti dgn kelulusan SPM. tamat SPM aku sambung pengajian di UM. Manakala ketika itu suamiku(masa tu blm jd suami ler), berada di sekolah menengah. Dia mahu ambil sijil STAM(Sijil Tinggi Agama Msia). bila dia tamat sekolah, dia dapat tawaran ke UKM. Wpn masa tu aku sgt bharap dia dapat masuk UM. Aku nk sgt2 dia sama2 tmpt belajar dgn aku. Tp, apa kan daya.. semua dah tersurat. Suamiku akhirnya melanjutkn pengajian ke UKM. tidak lama kemudian, dia dpt tawaran ke Universiti Islam Madinah. Dia sgt hepi masa tu bila mengkhabarkan berita mengenai tawaran tersebut. Namun, ketika itu aku mmg sgt sedih. sb dia akan lebih bjauhan drp aku. huhu... (masa tu aku pk.. bila ler nak kawin kalau jauh2 ni..). Tambahnya lagi, dia nk belajar di Madinah lama skit sb rasa semangat nk menuntut ilmu. lg ler aku cedih.. (bisik dihatiku.. "bjanggut ler aku tunggu mamat ni")

Akhirnya, takdir mengatasi segalanya. tidak ku sangka.. perancangan Allah jauh sekali. Mgkn aku pk utk 1 jangka masa yg teramat dekat dan singkat. siapa sangka.. dah kawin, dah ada anak.. akhirnya keje, dapat belajar di sama maktab. mujur kami tidak satu kelas jer.. hihi.. aku selalu berangan2.. berkhayal.. kalau dia sekelas dgn aku.

aku mmg hepi sgt sb sama tmpt belajar dgn suami. takdelah rindu mcm sblm ni. stp kali aku ke maktab seorg diri, aku dirundum rasa rindu nk balik umh. nak jumpa suami dan anak. skrg suami dekat.. cuma, rindu jugak kat Tasneem. rindu pd anak mmg tak sama dgn rndu pd suami. rndu pd anak ni, bercampur baur perasaannya. kdg2 risau memikirkan keadaan nye.. dan kadang2 kasihan, sedih.. mcm2 lg. rindu suami ni pulak, satu perasaan yg membuatkan kita khayal jer.. rindu mcm org dilamun cinta ler...

ape2pn, dlm awal Ramadhan ni mmg kami mengharungi detik yg agak mencabar. kami ditempatkan di maktab, yg mana keadaan geografi muka buminye.. sgt la dahsyat. berbukit2.. kene naik tangga yg banyak dan plg teruk.. bilik kuliah jugak tingkat lima. takde lif lak tu.. dhaif sguh. stp kali nk ke maktab aku kene beli kasut cap ayam jer.. yg murah2 asalkan kasut jenis getah. sb kaki aku akan sakit.. dan tapak kasut mmg mudah haus.. dah tua2 ni naik tangga.. mmg semput jugak ler.. tambah2 bulan pose.. mudah2an allah permudahkan. amin..

No comments: