Friday, August 28, 2009

Nilai bahagia bg seseorg

ada org yg rasa dirinya bahagia melalui pelbagai cara. Rasa bahagia ni, sbnrnya lebih tinggi kedudukannya drp perasaan seronok, gembira, atau suka hati. Perasaan bahagia ini tidak blh dibuat2, tetapi ianya suatu anugerah dr Allah kpd hambaNya yg tertentu. Namun, rasa bahagia ini mesti dicari dan diiringi perbuatan yg menjurus ke arah kebahagiaan.

Bg aku, rasa bahagia ini adalah suatu perasaan yg tenang, damai, dan lapang dada. pd masa bila seseorg tu blh rasa bahagia? Jiwa yg mencapai tahap mutmainnah(tenang, redha kpd Tuhan dan Tuhan redha kpdNya) blh merasai perasaan spt ini. Kebanyakan manusia mendapat kebahagiaan apabila mrk melalui langkah2 dan jejak2 mendekati keredhaan Nya.. oleh itu, sama2 kita koreksi diri supaya kt mencapai rasa bahagia.

Menceritakan ttg diri aku sdri.. aku meletakkan bahagia itu pd satu rasa iaitu "rasa cukup"....

Ramai org mengejar dunia dan isinya.. begitu juga aku. aku ada bmacam2 keinginan yg belum tertunai. otak dan pkrn aku ligat memikirkan 1001 cara utk capai kehendak aku. aku juga tidak ptus asa, dan terus berusaha menuju ke arahnya. Perkara spt ini yg sering blaku dlm kehidupan kt hari ini. cari duit, nk beli umah, kereta mewah, permainan anak, pendidikan anak, tanggung keluarga, bg duit kpd ibu bapa..mcm2 lg,. termasuklah kehendak utk melangsaikan hutang yg sememangnya menjadi tuntutan.

namun, disebalik keinginan yg meluap2 itu.. aku dapati segalanya fana'.. akan binasa dan tidak akan kekal selamanya. malah, keinginan itu akan bertambah, dan terus bertambah. tidak ada 1 titik noktah utk mencapai kepuasan utk memiliki sesuatu di dunia.

Beberapa kali dadaku tersentak.. "nak tau tak.. mesti syg terkejut dan sedih...", kata suamiku pd suatu hari. "emak si fulan dah meninggal dunia". tidak lama kemudian.. org itu, org ini, org di sana, org di sini, org sekian dan sekian ... semua meninggal sorg demi seorg... di saat itu, pikiranku mula berfikir ttg suatu pkara yg amat berbeza dan kontra dgn yg sblm ini.

dlm bulan yg mulia ini, aku tekad utk menyelesaikan segala urusan duniaku segera yg blh. krn takut sampai giliranku di jemput oleh Allah.

dlm pada itu, aku memandang dunia ini segalanya sementara. aku tidak perlu gelojoh dan tidak perlu melompat utk memenuhi kehendakku, apatah lagi ianya tidak mampu kuperolehi dgn 2 tanganku sdri. apa yg penting... bkn bdiam diri. tetapi.. meletakkan matlamat yg jauh (akhirat) itu sebagai sesuatu yg awlawiyat dan paling penting, drp matlamat yg dekat(dunia).

"Dunia ibarat ladang, tempat kita bercucuk tanam.. dan hasilnya itulah bekalan utk kehidupan di akhirat yg lebih kekal". menyelesaikan masalah yg sedia ada, lebih utama drp membuat andaian terhadap masalah yg belum berlaku. Membayar hutang idan menyelesaikan hutang tu lebih utama drp membeli barangan kehendak. rasa cukup dgn apa yg ada lebih baik drp mharap benda yg bukan milik kita. berusaha ke arah cita2 dan kehendak itu lebih baik drp merancang dan tidak berbuat apa2.. Berasa tenang, sabar, melaksanakan tugas dan berusaha sungguh2 lebih utama drp bsikap tidak sabar, gelojoh dan terburu2 utk mendapatkan sesuatu.

banyakkan bertafakkur.. dan banyakkan rasa syukur. membangunkan jiwa adalah usaha yg berterusan, dan lebih penting drp mengumpul harta. membelanjakan harta ke jalan Allah lebih utama drp mengumpul harta dan tidak memanfaatkannya.

No comments: