Friday, August 7, 2009

"Amalan Nisfu Sya'ban? wujudkah?"

Jam hampir pukul 9 mlm. spt biasa, anak murid br blk semuanya slps mengaji. skrg murid2ku sudah seramai 15 org semuanya. sblm ni, seramai 18 org, tp sudah kurg 3org. yg 3 org ni xdtg mengaji lg atas bbrp alasan tsendiri. ada yg ibunya br bsalin, dan ada yg br kematian makciknya, dan sorg lg pulak, xtau atas alasan apa dia bhenti mengaji di rumahku. yg pasti dia sudah mengaji di rumah org lain. namun, bg aku.. aku tidak pernah mhalau sesiapapun drp mrk, dan sekiranya ada sesiapa yg nk mengaji, dtg ajelah.. sbnrnya, aku mmg tidak kisah org tidak bayar apa2 sb kelas mengaji ni mmg free. tp yg aku kisah, jika mrk tidak dtg mengaji dan terus tidak mengaji. aku mmg terkilan jika pkara begini blaku. adakah ianya silap aku?

td aku mengajar semua murid2ku sendirian. suamiku bgegas keluar dr umah bsama rakan seperjuangannya. Mrk akan ke Sabak Bernam krn ada Program Motivasi untuk murid sekolah rendah di sana. Suamiku skrg mula melibatkan diri dgn rakan seperjuangannya yg biasa kami pgl dgn nama "Ateh". Kebetulan, abg Ateh(Angah) ada Consultant sendiri utk bt Prog Motivasi. Jd, Ateh mengajak suamiku join bg mengisi masa lapang hujung mgu. 3 hari 2 malam mrk di sana. Jd, aku hanya tgl dgn Tasneem di rumah. Aku dgn rela hati mbenarkan suamiku ke sana, menimba pengalaman, berbakti dan mberi sumbangan tenaga dan idea, di samping mencari pendapatan tambahan utk kami. Kata suamiku, jika dia join prog ni, dia akan dibayar RM350. alhamdulillah.. rezeki kami melimpah ruah.

Sblm ini, suamiku pernah diminta oleh Angah supaya menyampaikan ceramah di sebuah surau di Sri Damansara. Ceramah btajuk "Israk Mikraj" telah disampaikan oleh suamiku slps solat Maghrib hingga masuk Isyak. Tidak disangka2.. suamiku diberi RM70. Org yg menguruskan surau tu juga mencadangkan supaya suamiku terus menjadi penceramah utk kuliah akan dtg, dan jika tidak keberatan dia mahu suamiku megajar bahasa Arab di kelas2 yg ingin dibuka kelak. Ini adalah satu cdgn yg bagus.. aku tidak putus2 mengingatkan suami, spy tahsinunniah(perelokkan niat). apa yg penting.. beramal krn Allah... ttg ganjaran tu, dr Nya jua. Suamiku bkn gelojoh orgnya. alhamdulillah dia tahu dan sememangnya tidak fikir ttg ganjaran tsebut. sekiranya ia dtg... dia terima. dan sekiranya tidak ada.. tidak mengapa. krn Allah telah lebih dahulu memberikan segala ganjaran2 bg org yg ikhlas dan baik niatnya.

Kali kedua suamiku dijemput ceramah di surau yg sama. kali ni, dia jd bidan terjun. Angah telefon dan minta bantuan suamiku. masa tu, suamiku br sampai umah, pulang dr sekolah. belum smpt dia meletakkan punggung, belum sempat meneguk air.. baru je parking motor di depan rumah.. angah mahu dia memberi ceramah slps maghrib sekali lg. lantas, suamiku menerimanya, wpn masa tu.. mmg blur xtau nk bawa tajuk apa.

aku dgn tenang, memikirkan juga tajuk yg hendak disampaikn. Skrg bln Sya'ban.. apa kata, kalau abg ceritakan bgmana para sahabat dan nabi bsiap sedia menghadapi Sya'ban utk menyambut ketibaan Ramadhan? Suamiku masih blur ketika itu.. aku sempat buka internet utk cri sedikit input. namun, segalanya hampa.. tiba2 aku teringat ttg buku2 aku dlm bilik study yg dah usang krn dah lama aku tak menjenguknya. Aku teringat, aku pernah tbaca kisah dan pmasalahan amalan bulan Sya'ban yg dikupas oleh ulama kontemporari.. dlm kitabnya Fatawa Mua'siroh(Fatwa Terkini). Akhirnya, bila aku mbacanya, suamiku bsetuju utk bawa dan kupas tajuk tersebut.

Pendek cite, dlm tajuk ni.. yusof al-Qardhawi pernah ditanya mengenai wujudkah amalan khusus pd bulan Sya'ban, dan bgmana amalan nisfu Sya'ban dan bacaan doa2 tertentu yg biasa diamalkan oleh masyarakat? apakah hukum berkumpul dan membaca doa beramai2 di masjid2 utk meraikan Nisfu Sya'ban?

yusuf Qardhawi cuma kata.. tiada amalan khusus yg disebut oleh Rasulullah s.a.w. dlm mana2 hadis atau quran pd malam nisfu sya'ban. jika ada sekalipun, cuma satu shj dan ianya khilaf antara ulama, sama ada hadis itu hasan atau dhaif. dan, mengenai doa2 yg masyarakat kt selalu amalkan dlm kertas2 yg diedar.. doa tersebut mengandungi kepincangan dlm adab berdoa. doa tu juga tidak ada dlm ajaran nabi atau apa yg Nabi pernah amal dan ajarkan. Kesalahan plg ketara dlm doa tersebut.. adalah mengenai adab berdoa. utk maklumat dan keterangan lanjut, sila rujuk terjemahan Kitab fatawa mu'asiroh(Fatwa Terkini) karangan Yusof Qardhawi..

cuma nasihat aku.. amalkan amalan sunat biasa2 yg Nabi ajarkan itu lebih bagus drp baca doa2 yg ada kesalahan di dalamnya, dan doa tersebut juga bkn drp apa yg nabi ajarkan. nabi dah ajar kt bermacam2 doa yg bagus2.. dlm hadith dan al-Quran... jd, elok kt yg tidak berilmu ni.. ikut apa yg warid drp nabi. mmg tiada masalah kita nak bdoa papepun.. cuma, apa yg penting.. jgn sampai ianya menyalahi adab berdoa.. sehingga blh mengundang kemurkaan Allah dan kepincangan aqidah..

No comments: