Tuesday, December 14, 2010

i-city shah alam..ma sya Allah..jameel

panorama indah di i-city waktu malam


bismillahirrahmaanirrahiimm..

cuti sekolah kali ini aku sempat melawat beberapa tempat meanrik sekitar selangor ni.. alhamdulillah, wpn suami xbergaji krn tgu posting, namun pendapatanku seorang alhamdulillah masih mencukupi. selain itu, ayah memberi aku meminjam keretanya ke Selangor ni. di kesempatan yg ada, alhamdulillah aku dapat ke beberapa tempat menarik bersama keluarga.. seronok xterkata.. alhamdulillah.. diantara tempat paling menarik dan indah ialah panorama buatan manusia i-city.. di sini tempatnya dipenuhi lampu2.. dan pemandangan2 indah yg sangat romantis.. sesuailah juga kalau dibawa anak2 dan sesiapa shj yg ingin menikmati hidup bersama insan tersayang..
pemandangan pada waktu malam disini sangat menarik krn terdapat pokok2 yg berwarna warni,, serta beberapa jenis lampu-lampu yg direkabentuk mengikut perayaan yg sedang disambut. sekiranya datang time krismas ni..mmg banyakla lampu2hiasan berbentuk christmas tree, dll... mmg teramat cantik.ma sya Allah.. bijaknya manusia menciptanya.. Maha Bijaksana Allah yg menciptakan aqal manusia..
pemandangan di sini bukan shj cantik dan indah, malah udara malam di sini sungguh nyaman, dingin dan berangin.. kalau nk datang, datangla pada waktu malam. krn di sini,, siang harinya merupakan pusat multimedia dan ICT.. lebih kurg camtulah bunyinya.. pada waktu malam pula,, ia menjadi pusat pelancongan terindah .. ianya berada di atas bukit dan sememangnya menyeronokkan..
semasa aku ku sini, kebetulan kamera suamiku hilang. gara2 adikku bawa ke asramanya, last2 hilang.. aduhai ..malang sungguh. jd, di sini aku terpaksa menggunakan gambar yg terdapat dalam internet sahaja utk menggambarkan tempat2 di sini.. dan, gambar ni sama je dgn tempat yang aku pergi.

sebelum terlupa, utk masuk ke sini.. hanya RM 10 bagi 1 kereta. dan masa aku ke sini, RM 10 tu utk masuk dan diberi voucher RM10 utk beli makanan di tempat tertentu yg ada dijual. i-city ini berada di seksyen 7 shah alam..

so, sementara cuti sekolah masih ada.. pergilah ke tempat ini..pastinya tidak menyesal... kalau nak jimat duit.,,belilah permainan yg murah2, yg mempunyai lampu.. xkira apajua mainan krn ianya pasti menyeronokkan anak2 mahupun ibubapanya..

cth permainan berlampu,, kipas2, bola, scarf rambut, getah rambut.. atau apa saje yg dijual di kedai2biasa. krn, kalau beli kat sini.. harganya RM7-15.. baru2ni, aku ke kedai borong berdekatan rumah, scarf mickey berlampu cuma RM 2.50 sedangkan di i-city harganya RM8 satu. permainan yg harga RM 4 menjadi RM 10..

ini kawasan di dataran penuh dengan lampu-lampu berbentuk binatang seperti rusa.. angsa.. bangau.. mcm cite kartun snow white
lampu seperti ini pula,, biasanya menjelang perayaan krismas akan ada.. kalau perayaan lain.. lain pulalah reka bentuknya..


so,terpulanglah.. xde sape larang kalau nk bawa ape2 termasuk makanan. kalau nk beli makanan dlm i-city rasanya xbrp byk pilihan.. dan nak mudah.. makan kenyang2 dulu.. pastu ke sana..lg best. aritu aku ingat xde jual makanan.. so, aku beli kat pasar malam beberapa makanan ringan dan kuih2.. sambil makan.. dan rehat2 di sini..

No comments: