Tuesday, December 14, 2010

i-city shah alam..ma sya Allah..jameel

panorama indah di i-city waktu malam


bismillahirrahmaanirrahiimm..

cuti sekolah kali ini aku sempat melawat beberapa tempat meanrik sekitar selangor ni.. alhamdulillah, wpn suami xbergaji krn tgu posting, namun pendapatanku seorang alhamdulillah masih mencukupi. selain itu, ayah memberi aku meminjam keretanya ke Selangor ni. di kesempatan yg ada, alhamdulillah aku dapat ke beberapa tempat menarik bersama keluarga.. seronok xterkata.. alhamdulillah.. diantara tempat paling menarik dan indah ialah panorama buatan manusia i-city.. di sini tempatnya dipenuhi lampu2.. dan pemandangan2 indah yg sangat romantis.. sesuailah juga kalau dibawa anak2 dan sesiapa shj yg ingin menikmati hidup bersama insan tersayang..
pemandangan pada waktu malam disini sangat menarik krn terdapat pokok2 yg berwarna warni,, serta beberapa jenis lampu-lampu yg direkabentuk mengikut perayaan yg sedang disambut. sekiranya datang time krismas ni..mmg banyakla lampu2hiasan berbentuk christmas tree, dll... mmg teramat cantik.ma sya Allah.. bijaknya manusia menciptanya.. Maha Bijaksana Allah yg menciptakan aqal manusia..
pemandangan di sini bukan shj cantik dan indah, malah udara malam di sini sungguh nyaman, dingin dan berangin.. kalau nk datang, datangla pada waktu malam. krn di sini,, siang harinya merupakan pusat multimedia dan ICT.. lebih kurg camtulah bunyinya.. pada waktu malam pula,, ia menjadi pusat pelancongan terindah .. ianya berada di atas bukit dan sememangnya menyeronokkan..
semasa aku ku sini, kebetulan kamera suamiku hilang. gara2 adikku bawa ke asramanya, last2 hilang.. aduhai ..malang sungguh. jd, di sini aku terpaksa menggunakan gambar yg terdapat dalam internet sahaja utk menggambarkan tempat2 di sini.. dan, gambar ni sama je dgn tempat yang aku pergi.

sebelum terlupa, utk masuk ke sini.. hanya RM 10 bagi 1 kereta. dan masa aku ke sini, RM 10 tu utk masuk dan diberi voucher RM10 utk beli makanan di tempat tertentu yg ada dijual. i-city ini berada di seksyen 7 shah alam..

so, sementara cuti sekolah masih ada.. pergilah ke tempat ini..pastinya tidak menyesal... kalau nak jimat duit.,,belilah permainan yg murah2, yg mempunyai lampu.. xkira apajua mainan krn ianya pasti menyeronokkan anak2 mahupun ibubapanya..

cth permainan berlampu,, kipas2, bola, scarf rambut, getah rambut.. atau apa saje yg dijual di kedai2biasa. krn, kalau beli kat sini.. harganya RM7-15.. baru2ni, aku ke kedai borong berdekatan rumah, scarf mickey berlampu cuma RM 2.50 sedangkan di i-city harganya RM8 satu. permainan yg harga RM 4 menjadi RM 10..

ini kawasan di dataran penuh dengan lampu-lampu berbentuk binatang seperti rusa.. angsa.. bangau.. mcm cite kartun snow white
lampu seperti ini pula,, biasanya menjelang perayaan krismas akan ada.. kalau perayaan lain.. lain pulalah reka bentuknya..


so,terpulanglah.. xde sape larang kalau nk bawa ape2 termasuk makanan. kalau nk beli makanan dlm i-city rasanya xbrp byk pilihan.. dan nak mudah.. makan kenyang2 dulu.. pastu ke sana..lg best. aritu aku ingat xde jual makanan.. so, aku beli kat pasar malam beberapa makanan ringan dan kuih2.. sambil makan.. dan rehat2 di sini..

Friday, December 3, 2010

Gambar Tasneem terkini dgn sepupu dan makcik2nya

alhamdulillah..
walaupun cuti sekolah tahun ni aku n Tasneem xdapat bersama Baba Tasneem.. namun, percutian ini tetap menjadi saat menggembirakan buat kami. kami berada di Segamat bersama nenek dan atuk Tasneem. lebih meriah, bila Tasneem dapat bermain dan berjumpa dgn sepupunya Khairullah dan Nasrullah. Sepupu Tasneem Abdurrahman kini di bumi Madinah.. jd, jumpa kat facebook ummuabdurrahman jela...

spjg di segamat ni,, kami hanya menghabiskan masa bersama keluarga, di rumah emak dan rumah atuk. sesekali sedara mara pulang dr Banting, Seremban .. menjenguk atuk. jadi, masa ini paling menyeronokkan Tasneem sb ramai kengkawan nye..

paling melucukan, bila sepupuku berusia 5 tahun telah bergelar "makcik". sepupu ku masih kecil, tp kalau ikut pangkat.. dia jadi makcik kepada Tasneem. teringat plak pernah ditayangkan iklan raya pasal ni. budak kecik jd makcik kepada org dewasa.. inilah yg unik dlm berkeluarga,,

tasneem mmg seronok sgt2 bila dapat ramai kawan. kalau duk Kuang.. duk umah.. asyik megadu boring duk umah xde kawan. bila tau dapat balik Segamat,, girang semacam je dia. dia mmg kamcing dgn sepupu2nya.. dan time cuti sekolah nilah masa paling bermakna utk alam kanak2dia. semua benda jadi mainan.. okla.. ni gambar2 Tasneem utk cuti ini.. the latest..


Tasneem dgn Khairullah main basikal. kat umah neneknya IOI. Tasneem duka bear besar Baba beli masa kat Madinah. dulu Tasneem kecik,xreti main. Mama simpan dulu. skrg da blh main



Tasneem possing tepi jalan jer,, Acu bawa nem g jalan2 petang2.. mujur handset aci ada kamera, yek..


ewah.. ewah.. kat Giant pn sempat tgkp gambo tepi sayur2.. bkn main lg yer.. bergaya dgn pembalut buah.. semua jd mainan

cewah.. peace.. no war.. sepupu terbaik tasneem.. x gaduh pn.. mmg kamcing giler.. dr celik mata, sampai tido..main je korg

inilah umah sewa nenek.. umah ni mcm tempat persinggahan je. nenek xtinggal sini. cuma letak brg2 jer.. sb kene jaga atuk.. jd nenek berkorban utk mertuanya yg baik hati

inilah gambar adik khairullah dgn Tok Yang Tasneem yg dijaga oleh nenek Tasneem. nenek tasneem tinggal umah Tok Yang ni..

Tasneem, Khairullah dan Nasrullah... geng cuti sekolah
hai.. bila lah Tasneem nk beradik...hihi~

say.. cheese...comel x gigi saya.. ? hehehe

gambar tasneem dgn weena.. Weena inilah "makcik" Tasneem. umur br 5tahun dah jd Makcik.. hihi.. Tasneem nye best friend. TQ weena baik hati bg Tasneem baju ni dan kasut cantik..

ini kakak Weena... syahirah.. pn baik sgt2.. weena yg comel di sebelah kanan. masa ni mrk da nak balik seremban.. sedih je Tasneem

Tasneem kat umah Tok Yang berpossing dgn baju barunye..bkn main lagi,yek

comel bears ni, kan? ini saya punye satu,, yg kecik Acu punye.. acu dah besar, xpayahla main bear lg yer.. bg Nem jer..

pejam mata lak saya.. hehe..
saya sayang bear ni.. semuanya.. hehehe


ini baju baru saya.. nenek belikan.. nenek baik hati,,, belanja Nem 5 pasang baju.. mekacih.. sayang nenek

acu Tasneem.. btpe tu?

Sweet Memory

Tasneem dan khairullah.. peace.. best friend forever