Saturday, November 19, 2011

kehidupan yg seadanya

assalamualaikum.. salam mesra pembuka bicara. buat diri sendiri memulakan langkah. da lama tak mengadap blog sejak adanya muka buku. dunia bisnes membuatkan aku cuma tahu pegi keje, balik keje, meniaga. dan sesekali mengadap anak dan suami. masa sungguh cemburu. bertukar2 tangan dan bertukar2 langkah. sambil ngadap fb jap2 ke dapur memasak. dan jap2 kemas umah. yg mana sempat aje. umahku xdela cantik mcm orglain. ni da mcm umah peniaga pn ada. masa utk tgk tv? hurm.. mmg takde langsung. yg ada, masa kerja di sekolah, masa memasak, mengemas umah, mengurus baju yg kotor sehingga bersih, bisnes, layan suami dan anak... itu sahaja. dan sesekali tepon emak. camtula rutin harianku..

tup2.. pejam celik, pejam celik.. Tasneem da pn mengakhiri persekolahannya utk tahun 2011. sepatutnya arini dia last day ada majlis konvo. kecik2 br usia 4tahun da konvo. hehe.. sedihnya baba takde dirumah. baba ada perkhemahan. da dua mgu berturut2 baba ke perkhemahan jer setiap hari sabtu ahad tiada di rumah. so, masa ni lah aku take over semua tgjwb thadap anak. mmg agak letih, dan paling xtahan.. aku rasa sunyi umah. xdapat ke mana2.. dan mmg terperuk je dalam umah. xsabar nk tgu 3 hari berlalu dgn pantas. tp, masa ni juga aku curi peluang utk buat asgnment. ada org nk upah aku 7 asgnment sekaligus. yg da bayar baru 3 asgnment. jd,, yg lain2 tu aku rasa mcm nk cancel pn ada. malasnye nk buat. tp, mengenangkan org minta tolg,, dan kebetulan aku tgh sangap.. bosan giler jd elokla dilayankan aje. sekurg2nya aku ada masa utk study. huhu~

sejak mlm td tasneem xsihat. batuk2 lak., da tau nk konvo,, ada persembahan pentas.. dia lak xsihat. tambah2 lagi baba tasneem takde. aku cukup malas dan mmg xde semangat langsung nk pegi. kene tumpang org lak tu.. adeih.. malas nk makan budi dgn org. tgk2.. pagi tadi keadaan tasneem mcm batuk xbrp ok.. jd, aku pk punye pk.. aku nekad malas nk pegi. gara2 tdo lewat mlm td,,, pagi ni tdo mati. xsedar kawanku call. nak ajak ke konvo sekali. last2 ber"konvo" di rumah jer.. lemah sguh jiwa ni kalau suami xde di sisi. dia pula, asyik sibuk dgn sekolah...

arini aku rasa malasnye nk masak. terutama baba tasneem xde dirumah, jd aku bg tasneem minum susu dulu. petang br aku masak. aku uruskan baju kotor, dan goreng keropok. kebetulan lauk daging dalam freezer ada lagi. jd aku panaskan jer.. kalau diikutkan, Tasneem ni mmg payah nk makan.kalau makan, mesti tekak aku membesar da macam speaker masjid.. marahkan dia.. suruh makan. susah sungguh! kadang2 aku mmg fed up krn tpaksa memaksa dia makan. tp, kalau xpaksa.. sampai bila dia nk bgantung dgn susu sahaja. jd, aku nk mudahkan kerja, aku umpan dia dgn petai. tasneem suka sgt makan petai. ada je ulam petai.. xpayah sakit kepala.. dia mesti makan banyak.. cucu atok Rosli lah katakan.. kuat makan petai.

teringat kata2 abah smlm di telefon. katanya da lama aku xjumpa cucu aku sorg tu. pastu aku cakap,,, nanti nk balik cuti ni. walhal mmg xtaula bila masanya. jd, ayahku menambah lagi.. petai skrg tgh banyak. ayahku mmg suka makan ulam petai dan jering. cuma da tua2 ni gigi xbrp cukup nk memamah jering. jd, dia banyak makan petai. kebetulan ayahku juga menanam pokok petai di kebun. jd, mmg fresh hasil ayah, kalau dia balik kebun pasti dia bawa pulang. gemuk2 dan mmg xkan jumpa petai begitu.. ayah tanam sdri, dan siap bubuh baja. jd, mmg puashati kalau makannya. sb itulah Tasneem mmg gemar sgt2 makan petai. sejak kecil, ketika aku ke maktab.. berkursus dan belajar, dia tpaksa tgl bsama nenek yg jauh. dan atuknya makan petai, tasneem pn pandai makan petai...

hm.. rindunya kat suami. semakin lama kawin semakin terasa kehangatan cinta. byk benda yg xserasi mula semakin serasi. kalau dulu xreti nk memahami.. skrg lebih cuba memahami dan btolak ansur. mgkn inilah yg dikatakan bahtera rumahtangga. bila datang ombak.. memang menggugat perasaan dan keimanan.. namun,, bila reda.. menjadikan perjalanan lebih manis dan indah.. semoga sntsa mendapat keberkatan dalam hidup...amin..

No comments: