Thursday, March 19, 2015

Hatyai~Krabi 2015

Alhamdulillah syukur  pd Allah atas rahmah dan rezekinya kami sekeluarga dpt bcuti di Thailand kali ini. Cuti Mac adalah cuti sek yg pendek 1 mgu shj. Namun pjalanan kami yg jauh kali ini dgn menaiki kereta sdri mbuatkan kami rasa ianya sgt lama dan bmakna.

Dr Selangor ke Kedah menuju Bukit Kayu Hitam terasa pjalanan yg jauh dan agak letih  namun aku yg duk sblh driver sdp tdo spjg mlm. Bila buka mata da smpi di Gurun. Bhenti makan fast food di phentian rehat Gurun. Sgt excited  sb ada francais Ramly kt situ br beroperasi  8 hari. Btuah juga dpt menikmati sarapan di situ sb kat lain x de. Tasneem pg2 lg da order lamb chop.. baba nya makan oblong ayam dan aku cuma order burger ramly special. Add on telur n cheese. So yummy..

Kmdn ke Changlun. Kat situ kami bt insurans di kedai tepi jalan shj. Byk kedai blh bt. Rm16 shj utk kereta yg kami bawa. Dan upah tulis  borang putih rm2 seorg. Kami juga isi minyak full tank sblm masuk ke thai. Sb minyak keta msia lbh murah. Kmdn terus ke kastam. Masuk parking keta dlu kmdn beratur  pjg giler sb kami ke sana hari weekend sabtu. Sepatutnya awal pagi kalau blh pukul 7pg da berada kat imigresen. Tp sb kami mkn2 n blengah2 jd masa smpi sana jam da kol 9pg. Org rmi n beratur pjg. Lps beratur cop pasport tu kami ke kaunter cop utk pas kereta. Kena selitkan rm5 utk pas kereta. Manakala rm1 shj utk pasport individu. 

Lps siap cop dua pasport dan pas masuk kereta kami jln terus menuju ke depan seberang jalan utk beli simkad kat kedai tepi2 jalan besar. Kalau beli simkad di seven eleven rm5 shj tp kt agak tkial2 sket nak daftarkan simkad baru.tambah lak x phm bhsa thai. Jd aku beli kat kedai bdekatan tu yg pekerja blh ckp melayu. Dia cas rm5 cmtu utk pkhidmatan dia. Aku beli simkad rm10+RM20 INTERNET unlimited selama 1 mgu+ topup Rm10.jd total lbh kurg rm40. Sesuai utk kegunaan di thai 1 mgu.

Kmdn kami sggah makan pulut ayam yg sdp dan minum air teh o ais . Harga bgabtubg pd saiz n bahagian ayam yg kt pilih.



Kami teruskn pjalanan ke hatyai sb jumaat sabtu dan ahad shj ada floating market di khloeng hae. Kami nk ke sana cpt jd lps makan kami bgegas masuk thai. Pekan Danok bdekatan  dgn imigresen ni juga tp kami xpegi sb dlu da pernah pegi. Xde apa nk dicari. Pjalanan ke hatyai x jauh sgt.kalau speed setengah jam da blh smpi. Plg lama pn sejam cmtu. Smpi hatyai big boss da kepenatan jd kami check in hotel yg kami da booking on9 melalui booking.com. Kami pilih meridian hotel sb masa booking tu aje yg murah dan available. Harga  rm90 1 mlm. Tp xpyh  bayar pape kt on9. Bila smpi hatyai check in byr deposit  dan duit hotel terus. Tp bila tanya kaunter hotel dia kata kalau x booking on9 cuma rm70 shj. Lbh baik walk in aje. Tp kawan kami pegi ke PB GRAND HOTEL RM65 shj. Hotel dia jauh lebih cantik baru dan sgt2 eksklusif. Ni gambar hotel PB grand x snap gambar meridian hotel. Sb biasa2 shj. Meridian hotel ni bagusnya sb dekat sket dgn pusat bandar lee garden. Tp pb hotel ni jauh sikit drp pusat bandar. Meridian hotel ada tub mandi. Tp hotel pb grand xde tab mandi. Tp klu dberi pilihan aku lbh suka pb grand sb sgt cantik  dan selesa. Dahlah murah. Tp kalau nak ke mana2 pb grand hotel  ni payah nak dpt tuktuk. Klu meridian byk tuktuk. Servis layanan pekerja meridian lbh baik. Smpi je hotel dia angkatkan semua brg ke bilik.nak naik tuktuk dia dptkan terus. Slps rehat kami bgegas pula ke khloeng  hae floating market. Masa ni mmg kbykn tuktuk menuju ke situ



Xlarat nk cite pnjg..lihat ajela gambo floating market ni ya

Air dlm bekas tembikar  pelbagai jenis corak. RM3 sahaja saiz bsr. Ada yg rm2.50 dpt terus bawa balik air n gelas ni. Straw buluh dililit bunga orkid hidup.
Pilih2.. nak gelas yg mana.. mcm2 ada


Tau2 je kt nak snap gambo. Siap possing lg. Dia jual salad buah. Sgt2 sedap. Rm3 sebekas atau 30bath


Sushi 50 sen sebiji.










Slps ke khloeng  hae floating market.. 3 jam juga kami di sini.. makan2 tgkp gambar n jalan2..layan tasneem nak main mainan.. kami pn pulang ke hotel dgn tuktuk yg kami naik td. Tuktuk ni kt bayar 1 tuktuk rm50 atau 500tb utk pjalanan pegi n balik dr hotel ke sini. Dia akan tgu kt dan kt blk semula ke hotel. Tp alang2 da kuar jd kami m ta dia hntr ke Lee Garden pula utk jalan2kat sekitar pusat bandar tu. Kat lee garden ni suasana mlm meriah sb ada mcm2 jualan. Kalau nk makan pulut mangga atau pulut durian..udang goreng pelbagai saiz.. sotong bakar..air longan lai chi kang.. semua ada kat sini. Tp nasi takdela pulak. Semua makanan ringan2 kunyah2 dan utk santai2.  Ni gambar laichi kang longan rm5 shj. Xdela sdp sgt.. manis nye lahai makanan n minuman thai ni.. 

Slps jln2 cari makan kami ke lee garden plaza utk beli selipar. Mmg sengaja x bawa selipar dr Msia  sb nak beli kat thai. Thai ni tkenal dgn brgn murah n kualiti beg handbag kasut selipar dan makanan. Kami beli selipar jalan2 biasa aje. Saje bt kngn.. kalau kat msia selipar rm30 kita beli.. kualitinya mcm rm10 kat thai ni. Jd kalau beli selipar yg rm30 kat sini kompem puashati dr aspek kualitinya. Kat plaza lee garden ni xblh nak mnta kurg. Harga best buy. Tp klu beli kedai2lain blhla.. kalau nak mnta kurg cakap luk noi..maknanya kurgkan sikit. Kalau nak tanya harga kita cakap kao rai. 

Slps shopping jln2.. kami pulg ke hotel. Naik tuktuk lainla pulak. Bkn yg ke floating  market td. Kos dr hotel bdekatan ke lee garden plaza 20tb shj. Iaitu rm2 seorg. One way.  

Esok harinya pula pagi2 kami da kuar jalan2 plaza hatyai. Naik tuktuk  rm2 juga. Kat sni ada 2 pasar yg glamour. Kim yong market dan hatyai plaza. Ramai org suka ke hatyai plaza sb atas floor nya ada food court muslim. Dan bahagian ground floor pn ada kedai2 makan muslim. Nak tau muslim ke x.. yg pakai tudg tu in sya Allah muslim n kt blh makan mknn yg dijual. Kalau kt tanya.. yg bkn muslim ni semua mengaku muslim wpn xpakai tudg. Sb nak brg laris. Mmg makanan dia jual muslim tp dia tu bkn muslim. So.. jgnla beli ya. Sb xtau bekas dia guna tu utk apa wpn mknn dia jual tu biasa shj yg halal. Ada peniaga muslim yg blh ckp melayu sikit2. Sb dorg mgkn dr pattani atau narathiwat. Kalau ke kim tong plaza xde mknn muslim n ssh sket nak mbeli. 1 pkara lg hatyai plaza ni ada 3 bangunan. Jd kalau nak cari food court atas sekali tgkt 3 hanya ada pd 1 bangunan shj. Blh tanya penjual2 situ.

Kat sini blh beli handbag .. kasut.. beg galas beg separuh kulit tp semua bkn ori ye.. jgn ttipu la. Harga blh mnta kurg tp make sure mmg nk beli la. Pengalaman pegi sini masa cuti  sek akhir tahun.. pembeli ramai n brg mahal. Pnjual pn blagak dan sng2 je nak mrh2. Bbeza sgt dgn time cuti bln 3 ni. Xrmi pelancong dan nk bargain  sgt sng n bbaloi giler2 dtg time ni. Peniaga pn lbh baik n mesra. Nak mnta kurg mmg sng sgt2. Kalau da survey harga tu blhla dptkn harga yg kt nak. Kalau x survey elokla mnta kurg 75%. Kalau dia x bg pn at least dia akan mnta kt up sket. Dpt half price. Jgn letak harga kurg ciput sgt2.

Slps ke plaza hatyai kami ke nora plaza pula. Tmpt ni jual brg ori btol. Brgn kulit. Nak kulit apa semua ada. Kulit gajah.. kambing lembu kerbau.. ikan pari.. semua ada. Dan kna tau juga. Selain harga bbeza ikut design..ia bbeza juga ikut gred kulit yg dijual. Dan saiz brg bsr biasa harga lbh mahal. Jenama yg aku suka dooney n bourke. Mmg original america kulit kambing. Tp sgt bbaloi beli sb dlu pernah beli saiz kecil  rm300 tahan lasak n x koyak lgsg. Rasanya blh tahan pakao 10 tahun pn. Brand ni xde kat msia. Stakat sogo tu xde apa brg smua cikai je sbnrnya. Xblh nak bangga la kalau beli yg sogo konon ori. Tgkla brp lama blh tahan. Mudah aje nk rosak kalau tkena bnda tajam. Kalau beg kulit ori xkoyak x tkupas. Mmg elok sgt2. Tp harga rm500 tu blh dpt yg mmg elok. Yg rm200 lbh pn ada. Jgn tkejut tgk harga mahal. Sb nilainya bentuk bath.kompem ribu raban. Dan tu harga sblm less. Nak masuk sini kene ada kad dia bg 20% diskaun pd pelancong yg dtg. Bila nak byr bg kad tu. Br2 ni aku beli handbag dia tulis harga 5730bath iaitu rm573. Tp lps less cuma rm460 shj. Bbaloi jugakla. Berani beli sb penah beli sblm ni.  Kalau la kat msia ada jual brand ni.. xdela ssh2 nak cari kat sini.

Esoknya pula.. aku check out hotel n terus ke krabi. Mak aiii.. jauh giler n penat. Pjalanan ke krabi lbh kurg 5 jam kalau x stop. Nak speed mmg sdp sb xde tol xde simpang.. dr hatyai ke krabi jalannya lurus shj sb highway. Sama mcm dr bukit kayu  hitam slps imigresen  terus je ke hatyai. Sgt sng.. xde belok2.. 1 bnda yg aku salute  sgt2 ngan thai ni ialah xde tol. Wpn minyak mahal rm3 lebih.. tol xde. Jalan elok dan yg bagusnya wpn minyak thai ni mahal.. asap keta takde. Xmcm negara msia minyak nya kuarkan asap busuk. Huhu.. sorry to be honest  dlm bab ni. Terasa  minyak kt ni xde kualiti. Okla.. bila smpi krabi.  Kami ke hotel buri tara resort  dekat ngan pantai. Hotel ni mmg mahal la tambah lak booking last minute. 2 hari da RM500. Kalau booking awal dptla rm200 lbh aje 1 malam. So tips kpd yg nak ke mana2 n nk booking on9 make sure plan awal n bayar awal. Kalau x mahal giler. Kawasan  Ao nang  ni best tp ada org kata kat krabi lg best  sb dpt pegi pekan krabi n mcm2 ada jual. Ntahla.. oleh krn da booking so kami ke sini aje. Sblm ke sini kami sempat request utk hias blk ala2 honeymoon  so pihak hotel hias katil kami..hehe jeng jeng jeng

Ada rose n angsa .. cantik  kan.. hotel ni cantik n bersihla sgt2. Ada tab mandi.. bilik air luas dan ada kolam renang. Layanan  staf pn ok. Sampai sini.. da nak maghrib. Lps solat kami jalan pekan ao nang. Meriah sgt2la. Kami naik tuktuk dan balik jalan kaki. Cari makanan dll. Masa ni juga kami daftar n book utk hoping island esoknya. Dptla 1 agensi ni dia book utk kami boat. Big boat syarikat mariam tour. Kami akan ke 7 buah pulau naik bot tu. Ada byk pakej lain disediakan. Blh berkayak.. naik gajah.. tp kami pilih  nak g pulau. Harga kami dpt cuma rm70 dewasa dan rm60 kanak2. So kami bertiga total RM200 shj. Yahoooo!!!! Xsabar

Esoknya pagi2 kami bsiap nak ke pulau2. Tuktuk dtg jemput kami dia akan amik dan pulang. Jd tepat 12.30 tghari waktu thai.. slps solat jamak zohor asar kami terus dibawa ke jeti. Daftar n bayar baki duit sb smlm daftar bayar deposit shj half. Dpt google free pinjam hilg kena ganti la.. hehe.. dan kami mula naik boat.
1 boat  ada dlm 20 org masa tu. Kami diberi air mineral dan di pulau  ke 6 kami Bhenti  di poda island. Kami diberi makan malam. BBQ nasi lauk buah dan mcm2lg. Dlm bot diberi buah tembikai jd kalau nak naik bot ni elok makan kenyang2 dlu n xpayah da bawak makanan ke pape. Baju elok pakai yg blh berenang terus. Pilih baju yg mudah kering.

Pulau  ptama dia bhenti di kawasan pantai. Stp phentian dia akan bg masa 35minit shj. Stp pulau aktiviti bbeza2. Phentian ptama mandi manda.. jalan2..tepi pantai. Pulau kedua snorkeling sgt2 best .  Ketiga  mandi dan berenang . Masa ni sape yg nak blh panjat gua dan terjun  dlm air. Masa mandi manda ni mmg pelancong pakai bikini ajela. Yg pegi  ngan suami2 ni.. sabo ajela ye.. masa ni br tau iman kuat ke x.. hahaha.. di poda island kami makan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Sbnrnya kalau nak ke pulau ni pakej sediakan masa bbeza2. Jd tpulg pd kita nak amik trip kol brp. Kami amik kol 12.30 smpi 8mlm sb nak tgk matahari tbenam. Dan ada phentian last bot akan bhenti di pulau  dan dia tutup lampu  semua. Keadaan sgt gelap. Dan kami diberi peluang terjun ke dlm air n sape yg nak berenang blhla berenang waktu malam ni. Yg plg menarik dan agak magic... lampu semua ditutup tiba2 air laut ni keluar cahaya mcm kelip2. Kami ingt ianya ikan. Rupanya buih2 drp pgerakan kita dlm air tu kelihatan  bcahaya. Sgt2 unik.. ma sya Allah.. 

Sbnrnya banyak sgt memori indah kat sini. Tak tgambar.. kami sempat tgkp gambar mcm2 tp blm sempat nak masukkan..hehe.. 





















No comments: