Sunday, June 14, 2009

Interaksi Maktab

alhamdulillah, aku diberi kesempatan utk update blog ni. sblm ni aku mmg busy, dgn keje kursus yg maktab tetapkn. sblm masuk maktab pd 30 mei br2 ni pn, aku dah kene bt 6 assignments. tp aku cuma sempat siapkn n hantar 3 je. bakinya, aku sdg n ada yg dah siapkn. syukur alhamdulillah.

baru2 ni aku ada interaksi kat maktab. kene stay sana about 2 weeks... punyela mencabar hidup di sana. tglkan suami n anak yg dirindui, mmg tak tertahan. so, every weekend aku mmg chow balik umah. rindu giler kat suami n tasneem. 1 mgu aku berjauhan, dah tak tentu arah dibuatnya. tp keadaan sibuk dgn kelas yg bermula jam 7.30pg hingga 5.30ptg membuatkan aku tpaksa melupakan mrk seketika. aku ditempatkn luar kampus. sb hostel penuh dgn student KDC(khidmat dalam cuti). aku kene duk asrama budak sekolah agama menengah sg. merab. budak2 sekolah ni tgh cuti pertengahn tahun. asrama dorg kosong. aku kene byr rm52 n duk sana 2 mgu. jauh sket dgn maktab. first day aku kat sana, kene jalan kaki ke kuliah, sb takde transport. punyela rasa nk ttanggal kaki ni.. jalan berbukit2, then pikul laptop.. kelas lak berada di tgkat 4. mmg aku rasa pagi tu aku paling sihat dlm dunia.

tp.. mmg pancit jugakla, mujur aku pakai kasut getah RM10 yg aku beli kat pasar mlm paya jaras. aku mmg dah menjangkakan kaki aku akan sakit spjg duk maktab ni. so, aku pakai kasut yg paling best. alhamdulillah kaki aku takde masalah langsung. kawan2 lain ada yg mengaduh sakit kaki, penat dan sebagainya. sbnrnya, kasut memainkan peranan pntg utk kesihatan badan. urat saraf byk tdapat pada tapak kaki kt. kesihatan kaki mmg perlu dijaga.

Duk di asrama ni, mmg mcabar. antaranya, kedai makan jauh. aku tpaksa beli makanan pagi untk makan jam 7 ptg lepas balik kelas. tp selalunya juga, breakfast aku minum something yg bernutrisi spy aku tak lapar n sntsa btenaga. aku makan quaker oat, dan minum coklat 3 in 1.
alhamdulillah spnjg di kelas aku tak tersengguk mcm org lain. aku selalu tdo awal jugakla. plg lewat pn 12 mlm. tu pn dah teramat lewat bg aku semasa di maktab sb pagi kene bangun awal utk g kelas. kdg2 aku tumpg kete member, kdg2 aku naik bas. pihak maktab akhirnya bsetuju menyediakan bas utk kami. so,, ianya mmg mbantu la.

dalam kelas mmg penat jugak. jadual anjal sejam, dua jam dan ada yg 3 jam. dah mcm student master lak. tering masa aku kt UIA dulu. amik master.. kelas plg lama aku kene attend ialah 6 jam non stop. tp, masa tu depends on lecturer yg mengajar la. kdg2 aku g tandas jap..

benda yg aku rasa paling baik aku bt dlm hidup ni ialah.. aku tak penah tdo dlm kelas time ada cikgu. wpn ngantuk cmne.. mata aku akan buka n celik. bg aku, biadap n malu gile kalau tdo dpn guru. so,, masa kat maktab ni pn, kalau penat.. aku cuma betulkan cara duduk aku jela. kdg2 aku bersila je atas kerusi. as long as aku rasa comfort.. aku blaja... bg fokus n respons pd lecturer.. tu yg aku bt.

kelas paling best... kelas PJ iaitu pendidikan jasmani. 3 jam berada di padang. aku main rounders dan susun selipar. sblm tu pensyarah ajar cara utk warm up. bila abis semua dia ajar lak cara cool down. kali ni warm up n cool down yg dibuat mmg beza dgn yg penah dibuat sblm ni. aku dberi 2 biji bola saiz kecik.. dan disuruh baling dgn pelbagai cara. ada juga aktiviti warm up.. yang berpasangan. kene angkat pasangan kt dari belakang badan, pastu ada permainan patung. tolak rakan di tengah seperti patung.semua menyeronokkan.

kelas aku ada 20 org student. 5 lelaki(yg masih kekal n tak pupus), dan 15 pompuan. dibahagikan kpd 2 kumpulan pula, kumpulan aku 3laki n 7 pmpuan(including me), dan kumpulan lawan 8 pmpuan 2 lelaki. permainan ni kami bercampur. dan kumpulan aku dapat markah seri dgn pihak lawan(main susun selipar, tp ditukar selipar tu kepada susun kon).

Permainan kedua, ialah rounders(besball/bola lisut). kumpulan aku bjaya dapat 16-2. mmg kalah teruk pihak lawan ni. aku dapat pukulan kuat.. bola pegi jauh, then dapat round 1 pusingan terus. mmg best giler pmainan ni. sbnrnya, pmainan ni adalah pmainan bukan saja. kami belajar sambil praktikkan ilmu pendidikan jasmani utk diguna masa di sekolah. sekiranya guru PJ tidak dapat hadir, n tetiba guru agama mcm kitorg ni yg kene handle sukan tu.. kami kene bt aktiviti begini. bkn lepas tgn, duk dlm kelas atau batalkan pendidikan jasmani. inilah tujuan kami guru agama belajar ilmu PJ ni. so,, jgnla pndg rendah pd ilmu ni. nampak sempoi.. tp susah jugak, kalau tak belajar. yg jd mangsa, anak murid.

masa belajar PJ ni, kami diberi lecture jugak. pensyarah kata, kita kene bt pmainan utk budak2 yg mana syarat pmainan ditentukan oleh kita sdri. pmainan mestilah menyeronokkan murid2. bayangkan, kalau kita main tadi dah rasa seronok, apatah lagi murid2 kita, ye tak? murid2 ni, biasanya akan tgu2 saat PJ stp kali waktu PJ diadakan. sb murid2 suka pmainan. mrk dapat lepaskan energy mrk. kt tak boleh kongkong sifat kanak2. kanak2 mmg Allah dah jadikan dia mpunyai energy yg byk, dan mrk tak blh simpan. dia tak boleh duduk mcm kita, dlm kelas berjam2 tanpa aktiviti bgerak, bermain. Sb itulah kalau ada anak, atau budak2.. kita tak blh halang mrk drp berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. Itu amat pntg utk pkembangan psikomotor mrk.

Kanak2 yg pandai, tp tidak aktif.. akan tbantut proses pkembangan psikomotor mrk. kt dapat beza budak dulu dgn bdk skrg. dulu, budak main tembak2 guna senapang dibuat drp kayu, mrk mandi sungai, reti berenang, lasak dan sebagainya. tp budak skrg, yg hidupnya lebih byk kpd aktiviti dlm rumah, main game, mengadap komputer.. mrk tidak kreatif wpn mereka bijak dlm pelajaran. bila sekolah bt pkhemahan, mrk tak reti mhidupkan api, tak kreatif malah tak blh bfikir bgmna utk memasang khemah. mrk tidak tahu memasak dan sebagainya. sb apa? sb mrk hidup senang. apa mrk nk sejak kecik, mrk dapat terus.mrk hanya tahu menerima shj.

bila disuruh mendaki, memanjat, mrk gagal. mrk tidak reti main bola, dan tidak ada kemahiran membaling, menyepak, dan sebagainya. inilah yg kita kne baiki.

Fuyyooo!!! mmg dasat tu! itulah kata2 pensyarah yg masih tngiang2 kat dalam lubang telinga ni. pensyarah tu muda je.. nampak dia pn mcm student. tp mmg best giler blaja dgn dia. cara dia mmg berkesan! masa tu aku cuma tbayang tasneem je. seboleh2 aku mmg nak tasneem mdapat didikan dan pelajaran mcm ayah aku bg selama ni. masa aku kecik2, aku tak takut memegang lintah. sb aku selalu memancing kat kebun atuk. aku tak takut pd ular.. wpn dusun atuk sgt luas n bsemak. aku juga mahir memancing ikan, melompat, terapung di atas air.. mcm2 lagi yg best2 aku lakukan d zaman kanak2 aku. aku mmg mahukan tasneem spt aku. sekurang2nya bila dia besar, dia tidak akan mengungkit, krn tidak diberi pelajaran dan kemahiran yg sepatutnya dia perolehi semasa kecik.

semua aktiviti kanak2 sbnrnya akan mbentuk jati diri, sikap, tgkah laku dan personaliti anak itu sdri. jd, ibu2.. jgnlah terlalu mengongkong kebebasan anak. sebaliknya, lepaskan mereka spy belajar bdikari. biar dia jatuh dan bangun.. jgn mrk bangun dan terjatuh bila mrk sudah dewasa. anak2 yg bebas.. akan lebih kreatif.. mrk akan byk bfikir, dan belajar membuat keputusan. tapi anak2 yg sering dikongkong... akan pasif, tidak reti bfikir dan btindak sdri. apepun.. smga kita tidak salah mendidik.

byk ilmu yg aku blaja semasa di maktab. ilmu yg bkn shj utk mengajar murid2.. tp ilmu psikologi kanak2 yg amat bguna utk anak sdri.

aku juga belajar ttg apa itu stress.. bagaimana mengurus stress.. apakah tanda2 stress..
nanti ada kesempatan, aku ceritakan.. ok..

sampai disini shj coretanku.. salam kerinduan buat bumi madinah! aku mmg rindu pada saat lengang di sana. saat rehat, dan saat aku punya byk waktu di sana. kini aku berada dibumi yg amat sibuk.. sehingga aku hilang masa utk dri sdri. namun, semoga semua yg aku bt.. sntsa mdapat keberkatan dr Allah. ITULAH HADAF(tujuan) utama hidup ini.. wassalam

No comments: