Friday, June 19, 2009

Suamiku Daftar Maktab

alhamdulillah.. syukur kepada Allah. 17 Jun 2009, keputusan KPLI j-QAF kuar kat internet. Saat yg dinanti2kan selama ini akhirnya sampai jua. Syukur pd Allah krn suamiku, Mohd Hafiz bin Sadri telah berjaya dan mendapat tawaran menjadi guru pelatih KPLI j-QAF. dia dapat opsyen mengajar Bahasa Arab. Kawannya Pojie, yang bersama2 pernah belajar di Madinah suatu masa dulu, juga dapat jugak. Tawaran yang sama iaitu mengajar Bahasa Arab.

Skrg suamiku mmg busy. dan aku, mesti lah lg busy dibuatnya. sape lg nk diharapkn kalau bukan pada isteri.. ye tak? 22 jun 09, Isnin ni... suamiku akan ke Maktab Perguruan Islam Bangi untuk melaporkan diri. Di sana dia mgkn akan bersama2 Pojie, mendaftar diri. Yg suspen nye... pihak maktab belum menetapkan sekolah yg bakal mereka berkhidmat. Tp, in sya Allah dlm area Selangor jugakla. Sb, biasanya pihak KPM akan menempatkan org yg dah berkahwin ni, di alamat pasangannya kerja. aku amat berharap agar Allah permudahkan segala urusan kami.

Oleh krn baba Tasneem nk masuk maktab dlm 2 mgu, utk sesi mgu orientasi n taklimat, Tasneem terpaksa dihantar ke umah nenek di Segamat. Jap lg.. petang ni, in sya Allah kami akan pulang ke Segamat. seboleh2nya, aku n suami tidak mahu bjauhan dgn Tasneem. Sb Tasneem lah pengubat kesunyian kami di rumah. Kini, kalau Tasneem duduk dgn nenek, maka aku tpaksa berada di rumah seorg diri. Pd waktu maghrib hingga Isyak, biasanya aku n suami akan mengajar budak2 mengaji. jd, Tasneem ada kawan utk bermain dan mengaji. tp, kali ni.. aku kene mengajar seorg diri. baba duk hostel di Maktab n mgkn hujung mgu je dia akan pulang.

Tak dapat bayangkan cmne kehidupan aku 1 mgu ini..

Skrg, aku membantu suami menyediakan borang2 dan persiapan utk ke maktab. Petang ni kalau jd akan ke segamat hantar tasneem. sabtu ni, aku ada kelas komputer di sekolah. belajar microsoft excell advance... aku mmg nk sgt pegi. dahla free... sekolah yg menganjurkan LADAP(latihan dalam perkhidmatan). sape tak nk, kan? dah tua2 ni pn kene belajar mcm2.

sejak aku ke maktab baru2 ni.. aku semacam dapat merasakan keseronokkan dan semangat belajar yg berkobar2. aku terdetik hati utk sambung master jika diberi peluang. in sya allah.. aku berhajat utk sambung di UKM kali ni. jika rezki aku di situ.. aku plan senyap2 utk sambung master selepas tamat praktikal maktab. iaitu tahun depan.. mudah2an allah mengizinkan.

tidak dapat ku lupakan saat indah dan manis suatu ketika dulu aku pernah sambung master kat UIA. tp keadaan tidak mengizinkan, aku pregnant masa tu n alahan teruk. jd aku tpaksa berhenti belajar, dan sebenarnya ada rezki yg Allah nk kurniakan. aku dapat ikut suami ke Madinah... aku sedikitpn tidak menyesal ttg apa yg telah ditakdirkan Allah. bg aku,, nilai master, ijazah atau apa jua sijil bukanlah matlamat. apa yg penting.. aku dapat belajar. sebab itu aku rasa nikmat bekerja menjadi cikgu wpn org kata.. bt pe ngaja sekolah rendah, sedangkan ada ijazah? bg aku, itu bkn persoalannya.. ijazah aku cuma bidang usuluddin. skrg aku masuk dlm bidang pendidikan. ianya mmg jauh bbeza. byk benda aku tidak tahu sblm ni, tp skrg diberi peluang utk mempelajarinya.

Aku belajar seni dlm pendidikan. iaitu mengajar dan menerapkan perkara2 seni. wpn mengajar agama, tp nilai kesenian utk mengajar dapat dipelajari dgn menjadi guru. seni ada 3 jenis. seni visual(apa yg kita nampak), seni muzik, dan seni pergerakan. bayangkan betapa seronoknya murid atau kt sdri belajar sesuatu sambil bergerak, sambil mendengar bunyi, dan dapat mencorakkan sesuatu dgn tgn kita sdri,, kan?

aku juga dapat belajar ilmu psikologi. teori psikologi ttg tingkahlaku manusia. bgmana tingkahlaku seseorg itu blh terbentuk? mgkn kita tak pernah tfikir.. knp seorg budak itu menjadi seorg yg aktif/ pasif/ hyper aktif/ apa jua bentuk sikap. tp dgn belajar ilmu psikologi, kt bkn shj dpt kenal murid.. tp kita blh membaca tingkahlakunya. kt blh membaca sikap anak kita, dan mendidik dgn cara yg sewajarnya..

oklah.. gotta go.. suami dah nk solat jumaat.. nk kene tgk tasneem nk sedia utk balik... semoga dpt bkongsi ilmu lg yek!!!

No comments: