Monday, June 22, 2009

Teknik mengajar anak bcakap?

Harini baba Tasneem masuk Maktab. Jam 5 pagi(fuyyoo!!believe it or not!) awal pagi lagi baba Tasneem dah kuar ke Maktab bersama abah n mama(mertuaku). smlm aku pn tdo agak lewat, menyusun sijil n borang2 husband tersayang. Mcm2 yg dibawanya...instant drink, meehun segera(semua makanan segera), berus, sabun basuh baju, shower foam, syampu, n semua peralatan utk stay about 2 weeks dibawanya. utk daftar ni, wajib pakai songkok, kemeja lengan panjang(putih), tali leher, suar slack, n kasut(semua warna gelap). penampilan mmg kene jaga, kalau tak mmg tak blh daftar. aku tak dpt teman suami, sb aku mengajar harini(isnin).

Bermula harini aku duk umah sorg. siang, malam, pagi petang, aku bebas sepenuhnya. hihi.. teringat lak cite "HOME ALONE". mlm ni, tak taula.. ake kecut perut ke tak.. tp yg pastinya, aku tetap kene duk sorg. hujung mgu ni baba Tasneem n Tasneem akan pulang. Tasneem pulang dgn nenek yg dtg dr Segamat.

Baru ni, aku balik Segamat bertiga. Cuma naik bas je(takde transport sdri). tp, best jugak! sb tasneem dah besar, dia suka duk dlm bas. dia mcm hairan je. Aku ajar dia ckp "kita nak balik kampung. Umah nenek Sukinah(nama emak aku). kita naik "hafilah." Tasneem blh sebut "hafilah." tasneem alhamdulillah skrg dia dah berumur 2 tahun 2 bln n dia dah fasih ckp mcm2. dgn memek muka dan gaya dia bckp mmg lucu sgt2. penuh dgn emosi n body language tu boleh dpt full mark lah!

Tasneem dah besar.. dia dah reti nyanyi lagu buai laju2 sampai pokok sena, apa dlm baju, sekuntum bunga cina.. dia dah lama hafal n suka sgt la nyanyi lagu tu. tasneem skrg dah tak pakai pampers kecuali masa tdo.. nak berak n kencing dia ckp. dia dah tak terkencing merata2.. dan ini mmg agak menjimatkan kos pampers. cuma susu dia mmg kuat sb nasi dia kurang mkn. tp aku tetap bg dia makan lauk, buah2an dan apa yg dia nak ler.. dia makan ikut mood. tp yg pasti dia suka sup2.. tasneem ni kalau pakai kasut or selipar, mmg tak terbalik, dia pn dah reti main basikal.. kayuh punyela laju, dan dah reti berkawan sb jiran2 n murid2 yg aku ajar ngaji selalu main dgn dia. cuma, dia mmg tak blh tgk baby. habis diterkamnya sb geram, kot!

aku sbnrnya rindu kat Tasneem. selalu aku bt gaya dia bcakap, sb mulut dia agak riuh juga! kalau pegi umah mama tok(mertuaku), setiap kali nk balik, dia akan mintak duit! hihi.. dgn org lain dia tak mintak. tp dgn mama tok dia, dia suka mintak duit.

dulu bila menyusu botol, Tasneem suka main rambut org yg bg susu botol tu kat dia. selalunya, rambut mama n baba dia yg jd mangsa. Tp tadi, nenek dia kata dia skrg dah ubah tabiat tu. kali ni dia lak suruh org gentel rambut dia. herm.. lawak je. ada2 je dia tu..

Tasneem skrg dah reti baca doa naik kenderaan. wpn ada yg tputus2 tp bila kita baca, dia blh sambung lah jugak.. tu yg kelakar sket. mcm tak caya je. tp benda ni kene selalu dibacakan spy dia lg cepat ingt.

antara teknik supaya anak ckp cepat ialah;
1. selalu berkomunikasi dgn anak2 dgn bahasa yg fasih dan sebutan yg betul(bkn pelat)
2. hendaklah pandang pd matanya bila bercakap. pandang pd muka dan ajak dia sebut perkataan tu berulang kali. tp jgnla sampai dia jemu
3. kene ajar secara bperingkat2, bkn menyebut ayat1 yg panjang. bermula dgn menyebut kalimah, kemudian ditambah 2 kalimah, kmdn ayat2 ringkas, dan ayat2 bersambung.
4. mesti selalu tanya ttg kalimah, ayat yg telah diajar.
5. mesti sebut dgn nada riang gembira, bkn marah2
6. pd peringkat awal, jgn putus asa utk kenalkan dia dgn apa2 disekeliling dia. tunjuk benda yg berada di sekeliling dia, lebih berkesan bbanding gambar dlm buku2, terutama bg budak yg aktif
dan tidak suka blaja secara formal.
7.jgn sesekali paksa dia menulis atau mewarna atau bt apa2 yg dia mmg tak suka. tetapi, tanamkan rasa suka dgn melukis sambil menyanyi ttg apa yg dilukis supaya dia rasa tertarik
8. sebaik2nya bg dia bergaul dgn kanak2 yg lebih dewasa drp dia krn ini bkn shj dpt mengajar dia bcakap, tp dpt mengajar dia cara bersosial.
9. jika dia sudah mahir menyebut ayat(ada 3,4, perkataan), tambahkn perkataan itu.. dan blh ajar dia bkomunikasi apa jua ayat. cuba bcakap dgn dia, dgn intonasi yg betul, dan ada gaya. ini akan melatih pergerakan atau body language dia.
10. jika ingin ajar dia ayat atau sebutan yg ssh mcm bahasa arab atau ayat quran, hendaklah selalu membacakannya. bkn memaksa dia baca sehingga dia rasa jemu.

Tasneem ni, alhamdulillah dia tak pelat. dia blh ckp n bt ayat sdri. semua yg dia ckp, mmg tidak dinafikan dia ikut cara ibubapa n org yg menjaga dia. Tasneem byk duduk bersama baba dia, kdg2 mmg lucu sb dia ikut cara baba dia ckp. baba dia lak, ckp dgn dia mcm2 perkataan yg aku sdri jarang guna, dan tidak sangka dia dapat ikut. tp sangkaan aku ada jugak silap, krn rupanya dia bkn shj blh ikut, ckp.. sebut. tp dia blh ckp sesuatu yg ada makna.

cnthnya, bila aku ckp nk tidur dlm buai blh tak? dia kata, "tak blh.. tak muat." kdg2 ada jugak dia ckp "mama gemuk, buncit".. hish kurg asam betul. Tasneem ni dah besar, pernah jugakla aku n suami tercakap suara yg meninggi, dia terus menegur. padahal aku n suami tak pernah ajar dia. dia kata "jgn la gaduh".(kebetulan masa tu mmg aku n suami ada selisih fhm sket. tp bila tasneem ckp cmtu tetiba, kitorg sama2 rasa malu, n terkejut. dia ni,, kalau tak suka g kacau dia, dia akan ckp "jgn la kacau.." dia suka bg kucing makan. kalau blh semua benda nak disumbatkan kt kucing. kalau kitorg g kedai, dia main kucing je kejenya. dulu dia takut, skrg kucing tu habis dikerjakannya. bermula dengan usik2 bulu kucing, bg makan mcm2, sampaila last dia geram sgt, dia tarik kucing tu punye ekor... hampir tenat kucing tu melayan karenahnya. huhu..

tasneem ni, seboleh2nya aku bg je dia main apa2. petang2 kdg2 baba Tasneem bawa dia round naik motor. tgk tasik.. tasneem dah kenal tasik. dia stp kali lalu kawasan tu, mmg dia akan pgl aku. "mama!mama!tasik.tasik.." kalau nampak sekolah tmpt aku mengajar, "mama!mama! sekolah mama!"

kalau naik motor, mcm2 dia blh nampak. lg best drp naik keta. kalau naik keta, aku lebih suka berbual ttg warna dan alam semulajadi. aku selalu tanya, tu apa? dia kata, "pokok". pastu, aku tanya, pokok warna apa? dia kata "hijau". apa yg aku belajar dr tasneem pula ialah... jgn merendahkan kemampuan kanak2 kecil. dia mampu menyebut, mengingat dan menghayati sesuatu lebih mendalam tanpa kita sedari. sesekali kene cuba ajar sesuatu yg berat pd dia, jgn pandang rendah pd kemampuan akal dan IQ anak2. pd usia inilah otak dia sbnrnya lebih kuat n cerdas.

baba Tasneem penah ckp kat tasneem, "nak susu satu?" Tasneem kata, nak!nak! Baba ckp lagi, "betul ni, nak satu? comfirm?" tasneem kata' "comfirm" sambil tunjuk jari dia nombor satu.

masa mula2 nk ajar dia kencing n berak, mmg kene sabar. sb dia lambat nk kencing atau berak, bila dia mula nampak air. pikiran dia mula hilg fokus utk buang air. jd, masa ni aku kene tanya dia, nak kencing tak?cangkung, bt bunyi kencing syu..syu.. dan kalau nk berak, bunyikan 'ek.. 'erk.. pastu tanya, mana tahi dia.. sebutla besar ke.. banyak ke.. busuk,,,kene ada perkara yg menceritakan ttg berak.. najis.. br dia lebih jelas dgn perkataan yg kita gunakan. masa ni mmg kene sabarla kalau mula2 kene duk toilet lama. pastu, kalau taknak bg dia pakai pampers.. stp kali lepas buang air.. dan nak pakaikan seluar, kene ckp kat dia.. jgn kencing tau. jgn berak tau.. pastu ckp.. kalau nk kencing kat mana?"bilik air." (sambil tunjuk arah toilet).

pastu, bila dia dah paham maksud jgn berak, jgn kencing, ajar dia guna ayat yg lebih tepat. "nak kencing, cakap ye?" ulang byk kali ayat tu... pastu bila dia dah mula faham.. tambah lagi ayat.. "kalau nk kencing, ckp tau! cakap, baba.. nak kencing(kalau baba yg pakaikan seluar). kalau mama yg pakaikan suar(mama, nk kencing,,) ajar dia ayat mudah, dan tepat. kalau rasa give up.. kene la tanya2 org yg bpengalaman.. mgkn cara lain lbh bkesan utk anak kt.


oklah.. ini saje.. utk dikongsi hari ni. smga semua dpt manfaat..

No comments: