Sunday, June 28, 2009

suamiku kata.. jd cikgu mmg best!!! aku rindu Tasneem






Oleh krn aku n suami bakal jd guru, takde benda lain yg kami lalui dlm hidup ni.. kecuali rutin harian yg mmg bsangkut paut rapat dgn hal2 keguruan (padahal.. hidup kami sempoi n simple jer..huhu).. aku rasa gembira sgt2 bila suamiku dpt jd cikgu. aku mmg dah lama nk dia g maktab n lalui pengalaman yg pernah aku lalui dulu, yg aku tak dpt kongsi "rasa" dgn dia sblm ni, sehingga dia laluinya sdri.

ramai yg kata, kalau nk jd hartawan, jutawan dan mcm2 lg "wan" lah...(tak termasuk cendawan), jgn jd cikgu. tp jd lah usahawan atau ahli perniagaan. mmg tugas cikgu ni, blh dikatakan bkn mengumpul harta yg btimbun2 tp.. mengumpul ilmu yg tak berhabis.. mengumpul ilmu utk diajar pd murid2. suamiku amat seronok sekali bila berada di maktab. kalau dulu waktu tido dia agak tak terurus (sb dia mmg jenis payah tido), skrg bila sampai masa.. mlm je mmg dia tdo mati. hidupnya lebih sistematik, sejak dia g maktab selama 1 mgu (untuk prog mgu orientasi). kepenatan dan kepadatan jadual, menyebabkan dia tido lena pd waktu malam. semua kene urus sdri. dia seronok sgt2 tak terkata, bila berada di maktab. sb dpt pengalaman, kawan2, ilmu, semangat dan paling ketara, kelihatan jiwanya terisi. sblm ni dia jd suri rumah sepenuh masa, sb aku keje. dialah yg basuh baju (wpn mesin basuh yg basuh sbnrnya), dialah yg jemur pakaian pagi2 time aku pegi keje (ngajar), dialah yg urus Tasneem (mandikan, bt susu, bg susu, cebuk kencing berak Tasneem), kemas umah dan blh dikatakan 80% kerja umah dia yg buat semuanya. aku pegi sekolah, balik sekolah, masak, dan rehat(tido sb kepenatan, kdg2 tak lalu makan). pastu bila bangun, aku bt assignment maktab yg melambak2. suamiku jugaklah yg tpaksa melayan karenah Tasneem. bermain dgn dia mcm budak2, kejar2, bgurau senda .. mcm2 lg. sedangkan aku masa tu berada dlm bilik, mengurungkan diri, menghadap laptop dan buat keje2 maktab. sb bln 8 ni, aku ada interaksi di maktab sekali lg (dlm bln pose). masa tu semua assignment kene hantar. Waktu malam, kami mengajar ngaji( free.. no charge).. then, n gitu gini.. jam pn dah malam.. kami semua kepenatan n tido. suamiku juga akan melalui benda2 ni, cuma mgkn dia lebih mudah sb mgkn ada bbrp assignment aku akan disedutnya (copy n paste). dan mungkin jugak, aku yg akan buatkan utk dia.. hoho.. (sb dia selalu bt agak lambat cikit(hihi jgn marah ye bang..).
td, kelam kabut aku memasak.. lepas isi borang utk suami, dia bangun.. kami g kedai beli lauk.. aku terus masak. lauk sambal sotong utk suamiku. dia nk bawa bekal ke maktab.. nak makan bsama kawannya.. Pojie.. aku hepi dgn keadaan suamiku di sana. sb dia ada kawan2.. dan semuanya lucu2 jer.. so, aku bekalkan nasi lauk sotong utk dia n kawannya sekali. Pojie sebilik dgn suamiku.. kelihatan dia berdua agak rapat sb sama2 belajar di Madinah. Aku bahagia sgt2 dgn kepulangan suamiku. Masa 2 hari yg ada utk bersama, sgt bermakna sb bila berjauhan kemesraan dan kerinduan itu membuatkan kita lebih menyayangi, merindui, dan menghargai.. terima kasih ye bang..

Dlm diam di rumah, aku sgt merindui Tasneem. kdg2 aku sdri tak sedar.. aku bcakap seorg diri. aku bcakap mcm Tasneem selalu cakap, dan aku buat gaya mcm Tasneem selalu lakukan.. Aku sbnrnya sunyi dan kesik sekali.. tanpa Tasneem di mataku.. kdg2 mmg tak keruan aku dibuatnya. Mmg rindu sgt2.. dan aku asyik tgk gambar2 dia dlm laptop ni.. br2 ni, emak kata.. Tasneem demam. Dia kene chicken pox untuk kali kedua.. namun, di hatiku.. aku cuma bdoa agar dia sht, sembuh. wpn dia begitu, aku masih rasa tenang krn yg menjaganya adalah emakku.. dibantu oleh Mak Iti nya(siti). Tasneem ada kawan, sepupu dia Umair.. jd hidupnya tidak sunyi.. bila dia tak sunyi dan gembira, dia akan melupakan aku. aku lebih suka begitu. Emak kata, Tasneem langsung tidak cari mama.. lagipun dia sudah paham byk perkara. bila dia tanya mama..mama.. emak akan bgtau dia, mama keje, baba kursus. dia terus diam dan tidak bertanya lg.. tanda dia benar2 paham.. begitulah sikap anak kecil.. yg mesti kita hargai sbg ibunya.
menjadi seorg ibu, kita kene sedar.. bhw, bukan hanya ibu sahaja yg berkorban utk anaknya. tetapi, seorang anak wpn kecil.. juga banyak berkorban demi ibunya.. seorg anak wpn kecil, sudah pandai membuat pengorbanan.. pengorbanan yg besar bg dirinya yg masih mentah.. si anak kecil, mengorbankan semua perasaannya.. rasa rindu, rasa mahu dibelai, rasa mahu mengadu, rasa mahu difahami keperluannya, dan segala rasa menanti kepulangan ibunya.. bukan mudah.. bkn sng.. anak yg bjauhan dgn ibu, akan rasa terpencil di sudut hatinya. wpn dia sdg bgelak ketawa, tp bila kita tanya ttg ibu bapanya.. kdg2 dia terus menitiskan airmata.. dan mencebik bibirnya.. kdg2.. dia tidak meraung, tp dlm kelopak matanya bertakung airmata.. tgl bersama org lain, tidak sama tinggal bersama ibunya. bersama ibu, sia anak kecil sering dipeluk, dibelai dan dimanja.. itulah perbezaan penjagaan seorg ibu dgn penjagaan org lain. terima kasih Tasneem.. sb berkorban utk mama dan baba..

mama sayang Nem...

No comments: