Friday, April 11, 2008

Kek Coklat


Ni resepi kek coklat bg sesapa nk cuba. Senang n sedap tau!
Bahan-bahan:
1 cawan koko spt van houten, atau apa2 koko asli
1 cawan minyak
1 suku cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri(self raising flour)
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
setengah sudu kecil garam halus
1 setengah cawan air suam
1 tin susu pekat @ 1 cawan susu tepung(jika takde susu pekat)

Panduan:
Baking powder mesti di masukkn dlm air suam bersama garam.
Gula pasir tu mesti di blender dulu sehingga halus, atau beli gula yg dah mesin terus. Sukatan gula di atas, adalah utk gula pasir biasa.
Sekiranya guna susu tepung(jika tiada susu pekat), gula tu mestilah dilebihkan sikit.

Cara2nya:

Campurkan semua bahan2 tersebut dlm loyang. Gaulkan semua bahan2 td sehingga larut dan tidak berketul. Pastikan semua rata dan sebati. Masukkn dlm loyang dan bakar dlm oven dgn suhu 180 darjah celcius. Tunggu lebih kurg 30 minit. Kadang2 kek ni masak cepat dan kdg2 lambat. Utk pastikn betul2 masak, tanda2nya ialah naik bau dan seelok2nya cucuk kek td sehingga dlm mgunakn garfu, atau lidi. Jika kek tidak melekat pd lidi tu bila ianya diangkat, maka ianya sudah masak sepenuhnya.

Tambahan!

Bahan2 utk bg kek tu lebih sedap dan basah(bahan atas kek):
Larutkn secawan gula pasir dgn air suam, masukkan sesudu majerin atau butter, secawan koko, sedikit garam dan setengah cawan susu tepung. Sekiranya mgunakn susu pekat, lebih mudah. Gula tidak diperlukan dan susu tepung juga tidak perlu- susu pekat, koko, majerin atau butter, secubit garam.

Bahan tambahan ni, curahkan atas kek setelah kek masak, kmdn dibakar semula kek tu sekejap je dlm 4 minit. kang hangus lak lama2.. ok! slmt mencuba!
Jika ada masalah, cepat2la bgtaula kat chatterbox, ok!


No comments: