Sunday, March 9, 2008

Batang Tamar yg Menangis

Mimbar adalah tempat Imam berdiri ketiga sedang menyampaikan khutbah. Kedudukan Raudhah di dalam Masjid Nabawi adalah berada di tengah2 antara rumah Rasulullah s.a.w. dgn mimbarnya.

Pada awalnya Rasulullah s.a.w. telah mgunakan batang tamar utk bersandar semasa menyampaikan khutbah. Kmdn pd 8 Hijrah, datang seorang perempuan Ansar menawarkn utk mbuat satu mimbar yg lebih elok utk Baginda mgunakannya. Lalu, baginda bsetuju.


Perempuan tadi kmdn nya mbuat sebuah mimbar drp kayu yg mpunyai 3 anak tangga. Rasulullah s.a.w. berasa selesa dgnnya dan ianya sesuai utk baginda duduk semasa di antara dua khutbah. Tapi, tiba2 semasa baru je Rasulullah s.a.w. nk gunakan mimbar yg baru tu, batang tamar tadi menangis teresak2 spt tangisan kanak2.


Apabila menyedari hal ni, Rasulullah s.a.w terus ambil batang tamar itu dan memeluknya sambil mberikan tawaran kpdnya. Tawarannya ialah, sama ada batang tamar mahu kembali hidup dan berbuah atau terus mati dan dihidupkan semula dalam taman Syurga nanti. Maka, batang tamar itu memilih yg kedua. Kmdn, Baginda bersolat di belakangnya.


Kemudian, batang tamar itu ditanam di tempat asanya.(Namun, ada juga pendapat mengatakan bhw ia ditanam di bawah mimbar).


Rasulullah s.a.w sntsa bdiri pd anak tangga ketiga semasa menyampaikn khutbah. Manakala pd zaman Saidina Abu Bakar pula, beliau bdiri pd anak tangga kedua. Pada zaman saidina 'Umar al-Khattab pula beliau bdiri pd anak tangga pertama. Begitu juga dgn Saidina 'Usman. pada zamannya menjadi khalifah, beliau bdiri pd anak tangga pertama. Namun, selepas 6thn, beliau kembali bdiri pd anak tangga ketiga sebagai mana Rasulullah s.a.w.

No comments: