Saturday, March 22, 2008

Sembang kosong


Dah lama aku tak menulis. Yela, asyik busy dgn gambar2 je. Aku harini mkn nasi kambing. Sdp tu mmg la, tp agak jemu lak kali ni. Suami aku lak, mmg dah tak lalu nk mkn. Nasi kmbing ni sbnrnya sdp kalau mkn jarg2. Hm.. aku harini tak masak, sbb tu suruh dia belikan nasi kambing. Harganya 14Riyal=RM14. Ada ler 4 ketul daging kambing. Masaknya ala2 briyani tp rempah arab.

Umah jiran sebelah umah aku ni tgh renovate toilet, bingit telinga aku dgr dorg menggerudi. Skt kepala jugak dibuatnya. Aku nk menaip ni pn tak khusyuk. Hari Isnin ni, ada masjlis ilmu pas maghrib. Kalau sempat aku nk tgkp gambar. Harap kali ni cun ler.. Mcm haritu aku silap setting flash masa nak snap. Tu yg gambar terang tlebih cahaya.

Tasneem dgn baba dia ni tgh kuar. Dia pegi umah 'ammu Khairi. Umah dia ada 'Ammu Zul sekali. Lupa lak nk suruh tgkp gambar. Kalau tak, blh masuk dlm blog ni. Tasneem skrg dah pandai bjalan. Laju je dia jalan. Kelakar tgk dia jalan terkedek-kedek. Dia skrg dah tak nak merangkak. Jalan pn dah lancar. Asyik nak bjalan sejak dah pandai handle kaki dan badan dia tu. Tp masalahnya skrg, dia ni taknak pakai kasut. Tu yg aku pening. Kalau tak pakai kasut camne nak jalan atas jalan tanah nanti. Macam2 hal dia ni. Skrg ni kadang2 mood dia baik, dia nak makan. Tp dia tetap tak nak org suapkan. Mcm2 hal. Geram! Badan dia dah berisi. Semua org heran dia makan ape. Kalau aku bgtau org mcm tak brp nk caya je. Dia minum susu tepung je, dan aku campur nestum beras sesudu setiap kali bancuh susu dia.

No comments: