Tuesday, March 11, 2008

Jiwa Yang Tenang

Wujudnya kt sbb adanya jiwa dlm diri kt. Org yg takde jiwa, wpn dia wujud.. sbnrnya dia tak rasa dirinya wujud. Sbb hanya dgn jiwa, kt dapat rasa. Ada org kata, jiwa ni ibarat roh. Ada jugak yg sebutnya sbg spiritual.. anyway, whatever people said, hanya dgn jiwa kt dapat kecap pelbagai nikmat dlm dunia ni.

Jiwa ni kalau dlm falsafah, dia kata jiwa ni adalah bukti kewujudan diri seseorg. Cuba bayangkn kalau kita takde jiwa. Mesti kt tak blh hidup mcm manusia. Kt bkn sahaja perlukan akal utk bfikir dgn waras. Malah, dgn jiwa jugakla dapat bantu akal kt menilai apa yg kt rasa. Bg aku, jiwa ni sama lah dgn roh. Sbb org dah mati, mmg tak perlukan jiwa. Cuma jiwa ni lebih berfungsi drp roh yg biasanya diam je. Roh terikat dgn diri. Jiwa pula lebih kpd fungsinya utk merasa segala yg hadir.

Sbnrnya, aku tulis ni nk sebut satu perkara. Jagalah jiwa kita. Kalau ada org asyik cakap take cake of urself, jaga diri baik2.. aku nk cakap, "Jagalah Jiwa Baik2". jgn bg jiwa sakit. Nanti jd sakit jiwa. Jgn bg jiwa terseksa, mereng namanya. Jgn biarkn jiwa terganggu, nanti tension boleh jd gila. hehe

Jiwa yg tenang mengingati Allah, tidak ada ruang di hatinya untuk menyimpan kelukaan yg dihiris oleh manusia. Jiwa ni kalau dlm Quran, maksud yg lebih tepat sbnrnya adalah nafs. Nafs ada byk peringkat. yg jahat, yg sederhana, yg baik dan teramat baik.. capailah nafsu mutmainnah(jiwa yg tenang). Jiwa ni akan kembali kpd Tuhannya dlm keadaan dia redha dgn Tuhannya dan Tuhannya meredhainya.

No comments: