Monday, March 31, 2008

Belajar Tajwid

Aku baru je abis blaja ngaji. Kali ni Kuliah Maghrib takde, tp diganti dgn belajar tajwid. Isteri Sheikh 'Omar mengaja. Dia ni asal org Patani, tp dah menetap kat sini. Suami dia Sheikh 'Omar asal dr Tganu tp dah jd org sini. Malah tak fasih cakap Melayu. So, aku blaja td dlm bahasa arab ler. Hm, sedap gak blaja ngaji kali ni. Wpn mula dgn Fatihah dan surah kecik je, tp dah cukup merangkumi hampir ke semua hukum tajwid. Aku, Niza, Kin, Ina dan Hajar Tok Don je ada kali ni. Org lain yg biasa hadir, Ela. Tp dia tak dapat hadir. Wpn camtu, keadaan turut meriah, cuma kali ni kami lebih fokus dan tumpu betul2 pd pbelajarn.

Hukum tajwid yg plg banyak ditegur adalah bkaitan cara bacaan mengenakan sebutan huruf dan makhraj huruf. Aku secara peribadinya, amat berterima kasih kpd ustazah yg mengajar. Selain membetulkan huruf, sbnrnya dia juga telah meniupkan semangat kami utk memantapkan lagi bacaan dan menyedarkn kami ttg al-Quran. Minggu akan datang, dia akan ajar lebih byk lg benda lain, dan lebih mendalam. In sya Allah..

Stp org kene baca surah secara bergilir2 dan ustazah mbetulkan hukum tajwid. Kmdn dia pula baca dan kami mdengarnya. Lepas tu, ada sedikit jamuan. Aku cuma sempat gorg kopok keping je, dgn kopok sayur. Manakala Hajar Tok Don ada bawa pencuci mulut iaitu agar2 koko. Ustazah pula bawa mee campur makaroni gorg. Tuan rumah buat air syai(teh). Makanan yg ada serba lengkap seolah2 dah berpakat lak nk melengkapi menu mlm ni. Padahal kami mmg tak rancang langsung utk jamuan ringkas ni. Namun, alhamdulillah anak2 juga dpt makan sama.

Hati ni rasa tenang sesekali dpt bertemu muka dgn saudara sesama Islam yg sama2 dr Msia. Kami juga berasa gembira diberi peluang utk menuntut ilmu. Walaupun sibuk melayan karenah anak2 kecil, aku tetap merasakan ianya suatu saat yg manis utk aku kenangi kelak. Mgkn bila pulg ke Msia, aku akan teringat saat2 manis bsama2 kawan, dan anak2 kecil yg mengikuti kuliah ilmu ni. Aku sntsa bharap agar Allah mberi ruang kpd aku dan kawan2 yg sememangnya dahagakan ilmu dan tazkirah2 utk mengubat jiwa. Mudah2an pjalanan kami ke sana diredhai Allah. Dgn adanya majlis ilmu sebegini, menguatkn lagi hubungan sillaturrahim antara kami.

Aku tak sempat tgkp gambar utk kali ni. Takpelah, next time ada lg.. "Terima kasih Allah"


No comments: