Wednesday, March 5, 2008

Ziarah Kawan..


Ni gambar baby kwn aku. Kak Jie namanya.. Dia kwn masa aku sekolah menengah dulu. Dia senior aku. Actually kami tak sangka akan btemu semula kat Madinah ni.. 1st of February 2008, dia dpt ank yg kedua. Inilah anak kelahiran Madinah.. comel, kan.. Umair namanya.. sebijik mcm nama anak sedara aku.

Then, yg budak comel n kiut ni lak.. kakak dia. Insyirah namanya.. juga anak kelahiran Madinah. Bertuahnye mrk, celik2 je.. dah berada di bumi barakah ni. Semoga bahagia dunia n akhirat.. ye.. jadi anak soleh n solehah.. Ameen..

Bbrp mgu lalu, aku ke rumah kwn aku yg br lps bsalin. Kiranya tujuan utama ke sana ialah menziarahi kwn aku n baby nye yg baru lahir ke bumi. Alhamdulillah, segalanya selamat malah mudah bg si ibu melahirkan anak. Katanya, sblm dia sakit nk beranak, dia ke Mekah mengerjakan ibadah umrah. Malah, slps itu dia juga sibuk ke shopping center. Mgkn utk beli brg2 keperluan baby atau ape2 ajelah, aku pn xtau. Yg pastinya, dgn cite yg diberitahu, aku dpt simpulkan bhw dia mmg byk bjalan ke sana sini. Maka, tak mustahil jugak sbb tu dia mudah bsalin. Al-maklumlah, mengerjakan ibadah umrah, ada sa’ie. Iaitu berjalan berulang-alik dari Safa’ ke Marwah sbyk 7kali. Pasti membantu memudahkan lg proses utk bersalin. Kawan aku ni bersalin awal 10 hari dr due date yg dijangka. Tapi, anaknya alhamdulillah cukup bulan. Kiranya 9 bln dlm kandungan.

Seperti biasa, aku ke sana dgn kawan aku yg lain, Niza namanya. Kami ke sana dgn family msg2, tp aku tumpang kete dia lah sbb aku takde kete sdri. Kami bertolak lps Asar, dan singgah di As-Syarq, sebuah pasaraya yg menjual brg2 baby n pakaian. Kami membeli hadiah utk baby yg baru lahir. Aku sempat memilih baju sejuk utknya memandangkan cuaca masih sejuk ketika itu, jd aku rasa itu pilihan yg agak munasabah.

Masa berlalu begitu pantas, kedengaran amaran dr pihak pasaraya mberitahu bhw waktu Maghrib hampir tiba dan semua pelanggan diminta bersedia utk keluar, krn pasaraya akan ditutup utk memberi laluan solat. Inilah yg aku kagum dgn bi’ah(suasana/persekitaran) kat sini. Stp kali nk masuk waktu solat fardhu 5 kali sehari, semua premis jualan akan ditutup dan hanya dibuka semula kira2 sejam lps tu. Ini undang2 yg wajib dipatuhi di sini. Taklah pelik, sbb kat sini smua Muslim. Jadi, takde masalah bg semua org utk taat pd hukum yg sememangnya diwajibkan utk semua org.


Kami ke masjid bhampirn utk solat. Aku tgu dlm kete dgn kwn aku utk mjaga baby. Kdgrn iqamah bkumandang mnandakn solat hendak dimulakan. Bbrp org syabab(pemuda) kelihatan bgegas msuk ke pintu utama masjid. Tiba2 aku tnampak sorg laki berambut pnjg. Dia mengikat rambutnya dan memasukkannya ke dlm kopiah yg dipakai. Tkejut jugak aku. Kalau kt Msia, biasanya aku nmpk org camtu, msti kt shopping complex, cyber cafe n psr mlm. Tp, kt bumi barakah ni, mamat yg rambut pnjg, pegi ke masjid. Inilah bezanya budaya dan amaln Arab kat sini, dgn negara kt. Kalau kt Msia, jgn kata yg berambut pnjg tak ke masjid, yg berambut pendek n yg tak berambut lgsg pn belum tentu sembahyang. Apatah lg nk ke msjid.. jauh sekali. Kat sini, masyarakat Arab sememangnya solat fardhu di masjid. Bila azan bkumandang, smua bergegas ke masjid. Yg menjual, cepat2 halau pembeli n tutup kedai trus. Dia tak kira untung ke rugi. Yg pntg, solat!

Aku penah terkena. Ada satu kali tu aku tgh makan kat Tazaj, belum azan pn masa tu. Malah, masa ada lagi dlm 15 minit. Belum sempat aku abiskan hidangan yg lazat, lampu semua ditutup. Pekerja kat situ melaung dgn kuat, “solah!solah!”. Mujur tak tercekik aku dibuatnye. Hampeh betol. Nak tak nak, aku mkn cepat2 setakat yg sempat, n kuar menuju ke Masjid Nabi.
Kembali ke cite tadi, lepas suamiku n kawannya solat Maghrib, kami terus ke umah kawan. Sampai di sana kami berbual sedikit, bertanyakan kaba, dan kemudiannya dijamu dgn hidangan yg sungguh enak, iaitu Kudu. Kudu ni juga salah satu makanan yg product nye sama mcm Tazaj, Al-waha dan juga Al-baik. Kalau kt Msia, ianya sama mcm product Mc Donald, KFC, Burger King, Pizza Hut, dan sebagainye.

Lepas Isyak, kami pn pulang ler.. takkan tido sana lak, kan? hehe..

No comments: