Friday, March 14, 2008

Anak Anugerah Allah

Tasneem ank pertama aku. Dulu bila aku tgk org dapat anak, aku takla rsa sgt betapa bestnye dapat anak ni. Tp, bila aku tgh sarat mengandung 5 bln, perut aku mula gerak2. Aku mula rsa ada makhluk lain yg hidup dlm bdn aku. Masa tu aku mula rsa bteman n makin lama, makin best lak mengandung ni. Masa ni jugakla aku mula rsa betapa seronoknye ada ank. Makin lama, makin kerap si kecil ni menendang2. Mgkn masa tu dia tak sabar2 nk kuar kot.

Tanggal 15 April 2007, aku kene bedah. Masa tu aku hepi sgt, bila doktor nk belah perut aku. hihi,, sbb aku dh tak thn sesangat skt nk branak ni. 12 jam aku mnahan ksakitn yg sesekali reda bila dktor suntik aku dgn morfin. Akhirnya dktor mmutuskn aku mesti dibedah sb “poor progress” katanya. Aku pn bknla reti sgt bhsa kedoktoran ni. Tp dgn kata lainnye, jln tak tbuka. kalau jln tak buka, camne nk kuar baby, ek?isk,,isk,,sian anak aku. Dh nk kuar tp takde jln lak. Aku nk sruh JKR bt jln pn, dh tak sempat. Masa tu air mentuban aku dh pon pecah. kalau lmbt bedah, lemasla ank aku dlm perut.

Jam mnunjukkn dh pukul 12.30 ptg tp doktor tak dtg2 gak. Last2 aku menjerit, meraung pgl dktor spy cpt dtg. Kesan ubat dh berakhir. Lps mendengar pekikkan aku, doktor pn dtg. Berita baik bg aku yg sdg mnanggung kesakitn, bhw aku akn dibedah skjp lg. Masa tu yg tmn aku di labour room, adalah pakar kaunseling thebat di dunia iaitu emak aku.

Suami aku? Ooo.. masa tu dia takde kat Msia. Aku bsalin kat Tganu. Suami aku kn blaja kt Madinah, so aku bsalin takde sape2la tmn aku. Tapi, takla sunyi, sbb doktor dan nurse sntsa ada kat hospital. hihi..aku jugak ada kwn2 yg rmai yg sama2 berperut besar dan tunggu masa nk mlahirkn ank.

“Maaf, ya. Kene tunggu lg sejam, sbb bilik bedah penuh,” kata doktor yg btugas. “Apa??? sejam?,” tiba2 mengalir airmata keramat mbasahi kelopak mata aku. Doktor, tolongla saya. Cucuk ubat thn skt lg. Tak pn, bius ke.. sy dh tak thn sgt skt ni.” Dktor dgn tegasnya trus jawab,”saya bukan pakar bius. saya tak boleh main cucuk je.” Dalam hati aku, ya Allah, besarnya ujianMu.

Tak lama lepas tu, akhirnya aku dibawa msuk ke bilik bedah. perut aku sakit dan mengeras. Aku mintak spy dipercepatkn bius, sb aku dh tak thn skt. Akhirnya doktor pakar bedah cuba mbius aku. Dulu, aku ingt sng aje keje cucuk mcucuk ni. ala, bius,, ape la sgt, kn. Tiba2, doktor pakar bedah cuba bius kt tulang belakang aku, tp malangnya dh bbrp kali dia cucuk, tp tak kene lak urat yg sepatutnya. aduh! seksanya rsa..akhirnya dia memutuskan utk menunggu kdtgn doktor pakar bius. Akhirnya, dgn sekali cucuk aje, dh menjadi. Aku berasa lega, spt magik.

Dlm bbrp kelip mata, akhirnya aku tidak lg rsa apa2. aku mula rsa mengantuk. Rasanya nk tdo puas2. Aku dibaringkan. Sparuh bdn aku dilindung dgn tiang yg disidai dgn kain, spy aku tak nmpk perut aku yg akn dibedah. Setelah ubat bius jln spenuhnya, dktor mula belah perut aku. Masa tu aku trasa spt di potong kulit perut, mcm masa aku potong isi ayam dgn pisau tajam. Aku tak rsa skt, tp rsa dipotong dgn pisau. Aku mula mngantuk, tapi belum sempat aku tido, kdgrn tangisn baby. Kalau bkn baby aku, sape lagi.. aku rsa lega. Perut aku masih lg dijahit2. Setelah selesai, nurse tunjuk muka ank aku serta jantinanya. Perempuan! alhamdulillah..aku mberikan kucupn pertama bt anakku. Tak sangka, ank yg berada dlm perut aku selama 9 bln 10 hari ini, begitu comel sekali.

Anakku,

Tidak sia2aku sakit selama ini,

Menanggung kandungan ke sana ke mari,

Ke mana saja aku pergi,

Sama ada diam atau berdiri,

Kaulah penawar kesakitan aku selama ini.

Teman ketika aku sunyi,

Tanpa suami di sisi..

Menanggung onak dan duri, sendiri..

Anakku.. Nuur Tasneem nama diberi.. kaulah jantung hati..

1 comment:

Anonymous said...

masallah!
such a sweet kid.:D

salaam